Pages

welcome


Thursday, April 24, 2014

DUDA BERHIAS ITU MILIK RASYIDAH!

BAB 1 

Rasyidah  merenung lelaki itu dengan penuh minat. Sudah lama dia memerhati lelaki yang wajahnya serius sentiasa tanpa sedikit ‘sedekah’ pun dihadiahkan buat orang lain. Muka itu sentiasa tegang. Hatinya sudah lama berpaut kepada lelaki itu. Berpaut pada dahan cinta. Ya, dia sudah lama memerhatikan lelaki itu. Kisah hidup lelaki itu ada dalam tangannya.
Dia duduk di tepi divider itu sambil tangannya ligat bergerak-gerak di dada skrin sesentuh Samsung S3 itu. Lelaki itu sedang melihat bahagian enjin keretanya.


Faliq Asyraf yang menyedari dirinya menjadi objek retina seseorang, mengerling tajam. Rasyidah yang terperasan dengan kerlingan itu, pantas memberi pandangan kepada telefon pintar ditangannya.


‘Alamak, dia perasan pulak! Mati aku!’. Rasyidah bermonolog sendiri.
Mata itu menjeling tajam setajam-tajamnya. Tajam setajam mata pedang. Panas hatinya.


Faliq Asyraf menghampiri gadis itu. Jarak antara mereka hanya sedepa. ‘’Saya ada hutang ke dengan awak ke, cik adik?’’ soal Faliq Asyraf tegang.Rasyidah  yang sedang menunggu Izura rakan serumahnya, terkedu. ‘’Encik ni kenapa?’’soal Rasyidah semula. Berlagak seperti tidak buat apa-apa ‘kesalahan’.


Faliq Asyraf membundarkan matanya. ‘’Awak jangan buat-buat tak tahu ya! Saya nampak tadi mata awak macam nak tersembul tengok saya,’’ ujar Faliq Asyraf serius dengan bercekak pinggang. Lengan kemejanya sudah dilipat ke siku. Dia perasan sangat gadis itu memandangnya dengan penuh minat.


Rasyidah yang duduk tepi parkir itu, mengipas-ngipas wajahnya dengan tangan kanannya. Dia tak memandang langsung muka lelaki itu. Panas pula terasa, padahal berdebar-debar. ‘’Jangan nak perasanlah, encik! Bila masa pulak saya tengok, encik? Tak kuasalah,’’ tempelak Rasyidah berani.  Dia bangun dan membetulkan baju kurungnya.


Faliq Asyraf melonggarkan ikatan tali lehernya. ‘’Eh, dia pulak marah kita!’’ dengus Faliq Ayraf.


Izzura yang baru keluar dari Menara Kencana dari jauh dapat melihat kawan baiknya Syeda ‘berbual’ dengan seseorang yang dia cukup kenali.

‘’Sorry If I ganggu you all,’’ sapa Izura.


‘’Ha, Izue kau baru turun! Aku dah lama tunggu kau. Jom, balik!’’ sergah Rasyidah dan terus menarik tangan Izura menuju ke Perdoua Myvi milik gadis itu. Dia perlu ‘lari’ daripada lelaki itu.


‘’Izura, cakap dengan kawan awak tak baik tenung duda orang.’’ Faliq Asyraf  dengan selamba berpesan begitu kepada Izura.


Izura terpingga-pingga dengan kata-kata bosnya itu. ‘’Saya balik dulu ya Encik Faliq.’’  Faliq Asyraf merupakan majikan Izura. Dia menjadi  pembantu peribadi lelaki itu sejak dua tahun lalu.


Izura dan Rasyidah bekerja di bawah satu bangunan cuma syarikat yang berbeza. Mereka juga teman serumah.


Faliq Asyraf menjeling Rasyidah dengan penuh makna.


‘’Berlagak gila bos kau tu, Izue.’’ Rasyidah membebel geram setelah kereta itu meluncur laju di lebuh raya.


Izura tersenyum sendiri dan menjeling Rasyidah yang sudah membuat muka 14.


‘’Kau tenung dia, ea? Memanglah dia marah. Kan aku dah cakap, Encik Faliq yang sekarang ni bukan macam Encik Faliq yang dulu. Dia sekarang ni dingin beku aje. Dia layan semua perempuan memang macam tu. Aku ni pun nasib baik PA dia kalau tak jangan mimpilah dia nak layan baik-baik,’’ balas Izura sambil tenang memandu. Jari-jarinya di stereng sibuk mencari saluran radio yang menarik untuk menjadi halwa telinganya.


Rasyidah memeluk tubuhnya sendiri. ‘’Patutlah suka menyembur aje kerjanya,’’ rungut Rasyidah geram. Malunya masih bersisa. Dia memang begitu ralit memerhati majikan kawannya itu. Ketampanan dan karisma lelaki itu sudah mengegarkan naluri kegadisannya.

‘’Kau suka dia, ea?’’ tebak Izura ketika itu mereka berhenti di lampu isyarat di persimpangan memasuki apartment sewaan mereka bersama dua lagi rakan mereka, Mieza dan Etty.


Rasyidah sudah membulatkan matanya. ‘’Hello, setakat mamat berlagak macam tu tak hingin aku!’’ tukas Rasyidah dengan nada tinggi.


Izura perasan sesuatu. ‘’ Kau toleh sebelah kiri kejap,’’arah Izura teruja.


Rasyidah mengerutkan dahinya. ‘’Ada apa?’’ aju Rasyidah sambil memandang raut Izura yang begitu teruja.


Izura tanpa izin memegang kepala Rasyidah untuk memusingkan kepala itu di sisi kiri keretanya.


Terbuntang mata Rasyidah apabila melihat Faliq Asyraf sedang menoleh ke arah mereka sambil memegang cermi mata hitamnya. Lelaki itu juga menurunkan cermin tingkapnya.


Rasyidah cepat-cepat memusingkan kepalanya. Izura ketawa mengekek melihat aksi Rasyidah.


‘’Cepatlah jalan, Izue. Dah hijau tu,’’ suruh Rasyidah dalam dedar dada yang menggila.


‘’Amacam? Mengancam tak bos aku? He he he...’’ usik Izura. Ketawanya masih bersisa.


Rasyidah mengherotkan bibirnya. ‘’Ancaman adalah,’’ balas Rasyidah geram.Manalah hatinya tidak geram lelaki itu telah ‘menghadiahkannya’ senyuman sinis. Mestilah bertambah kekwat lelaki itu.


‘’Kau tahu tak apa dia cakap dengan aku,’’ beritahu Izura kepada Rasyidah. Ketika itu Perodua  Myvi telah selamat diparkir di kawasan tempat letak kereta di apartment mereka.


‘’Tak tahu,’’ balas Rasyidah dengan muka selamba. Dia keluar dari kereta. Beg tangan disangkutkan di bahunya.


Mereka berjalan beriringan menuju ke blok mereka. ‘’Dia suruh aku cakap dengan kau, tak baik tenung duda orang!’’ beritahu Izura kepada Rasyidah. Izura tersenyum-senyum menanti respon Rasyidah.


Rasyidah menggigit bibir bawahnya. ‘’Dia cakap macam tu?’’ soal  Rasyidah menahan geram. Bengangnya!


Mereka sudah berada di hadapan lif. ‘’Ya...’’ jawab Izura meleret. Mereka sudah memasuki lif.


Rasyidah  meletakkan jari telunjuk kanannya di bawah dagu. Memikirkan sesuatu.


Izura memandang Rasyidah. Dia membuat aksi yang sama.‘’Jadi betullah kau tenung dia tadi. Amboi!’’seloroh Izura mengusik kawannya itu.


‘’Alah, bukan luak pun kan?’’ balas Rasyidah selamba. Dia memasuki bilik tidur yang dikongsi bersama Izura itu. Dia bersedia untuk membersihkan diri.


Izura tersenyum-senyum dengan ‘pengakuan berani’ Rasyidah. Melalui bahasa tubuh gadis itu, dia tahu Rasyidah cukup meminati majikannya itu.


‘’Aku cakap dengan Encik Faliq ya, yang kau suka kat dia?’’ jerit Izura dari dalam bilik. Dia membaringkan tubuh yang letih atas tilam sambil melayari internet.


‘’Kau jangan nak buat pasal ea, Izue. Aku sumpah kau jadi kancil nanti, baru tahu,’’ laung Rasyidah dari dalam bilik air sambil mencuci mukanya dengan pembersih wajah.


            Izura sudah ketawa terbahak-bahak. ‘’Sumpah jadi kancil aje? Sumpahlah jadi BMW ke? He he he...’’ giat Izura dengan ketawa yang masih bersisa.


            Sepuluh minit kemudian, Rasyidah keluar dari bilik air dengan berkemban.


            ‘’Pergi mandi cepat. Kau kalau aku tak suruh mandi jangan harap kau nak mandi. Mengadaplah handphone tu,’’ bebel Rasyidah. Dia memang pantang dengan orang tak reti nak mandi. Tak rasa melekit ke badan itu setelah seharian dengan pakaian yang sama? Dia cukup rimas dan lemas.


            Izura hanya tersengih. Dia sudah biasa kena ‘bebel’ dengan mak cik seorang itu. Dah tebal dah telinga dia.

            ‘’Nak mandilah ni,’’ balas Izura dengan meleret. Dia memasuki bilik air yang dikongsi berdua itu.


            Rasyidah sedang mengeringkan rambutnya dan menyikat rambut panjang miliknya. Dia mencium-cium rambutnya yang wangi itu.


            Sedang menyikat rambut, telefon bimbit milik Izura menjerit lagu I do nyanyian Colbie Calliat. Rasyidah mencapai telefon itu untuk melihat siapa yang ‘memanggil’ kawannya. Tertera di skrin ‘My Boss’.


            ‘’Izue, bos kau call ni,’’ jerit Rasyidah.


            ‘’Angkatkan. Tanya dia nak apa?’’ pinta Izura yang sedang membersihkan diri.


            Rasyidah tanpa fikir apa-apa terus menekan butang hijau.


            ‘’Hello, assalamualaikum. Izura dalam bilik air. Ada apa pesanan?’’ sapa Rasyidah selamba tak ubah seperti receptionist menyambut panggilan telefon. Suaranya lembut saja.

‘’Waalaikumussalam. Oh, awak ni kawan dia ya?’’ soal Faliq Asyraf serius.


            ‘’Ya, encik.’’ Rasyidah mengawal intonasinya. ‘Banyak soal pulak,’ gerutu Rasyidah dalam hati.


            ‘’Oh...jadi you lah yang tenung I tadi ya?’’ tebak Faliq Asyraf keras.


            Rasyidah yang sedang membelek telefon bimbitnya menjawab dengan selamba. ‘’Ya...sayalah!’’ Setelah menyedari ‘kesilapannya’, Rasyidah menutup mulutnya dengan tangan kiri. Serta-merta telefon bimbitnya terlepas ke tilam. Macam manalah dia boleh terlupa bos Izura lelaki sombong itu tadi? Dia ‘memukul-mukul’ dirinya sendiri. Geram dengan ke’blur’an diri sendiri!


            Faliq Asyraf di talian sudah ‘berapi’. ‘’Awak ni tak malu ke, ah tenung duda orang? Berdosa tahu tak? Boleh mendatangkan fitnah,’’ sela Faliq Asyraf keras.


            Rasyidah menepuk pipinya. Sakit. Tak mimpi. ‘’Bila masa pulak saya tenung encik? Encik ni memang perasan handsome lah! Berlagak!’’ ujar Rasyidah berani.


            Pijar pula telinga Faliq Asyraf dengan kata-kata berani kawan kepada pembantu peribadinya itu. Tidak pernah lagi seseorang mengatanya seperti itu.


            ‘’Memang saya handsomelah sebab itu awak curi-curi tengok saya,kan?’’ tebak Faliq Asyraf lagi.


            Tangan kiri Rasyidah sudah terkeluar buku lima. Dia rasa seperti mahu mengacukan buku lima itu ke muka Faliq Asyraf. Panasnya hati dia.


            ‘’A’ahlah...encik ni handsome sangat sampai saya rasa nak buat suami!’’ perli Rasyidah selamba.


            Terpana Faliq Asyraf dengan kata-kata berani dari mulut gadis itu. Tidak pernah dia ‘berbual’ dengan gadis seberani ini.


            Izura yang selesai membersihkan diri. Terkedu dengan perbualan dua manusia itu.Izura menaik-naikkan keningnya. Dia seolah-olah menyoal Rasyidah tentang apa yang berlaku.


            Rasyidah yang panas hatinya menyerahkan telefon bimbit kawannya. Izura menyambutnya.


            ‘’Okey, Encik Faliq nanti saya masuk dalam schedule. Jumpa esok. Assalamualaikum.’’ Izura mengakhiri perbualan mereka. Faliq Asyraf mahu dia mengaturkan pertemuan dengan wakil daripada rakan niaganya.


            ‘’Wei, kau cakap apa tadi dengan bos aku? Macam serius aje,’’ soal Izura dengan rasa ingin tahu.


            Rasyidah yang masam mukanya keluar dari bilik tanpa menjawab pertanyaan Izura.


            Izura yang sedang mengeringkan rambutnya dengan tuala,terpinga-pinga. ‘Apahal pula ni?’


IL: mungkin sekali saja dipublish di sini :) just pengenalan :)
         
          
         
         
     

13 comments:

  1. iman...akk suka..menarikkk,x de sambungan ekk?

    ReplyDelete
  2. Kalo bnyk x pon xpe....best ape!sambung lg ye.. :)

    ReplyDelete
  3. Best awk.. sambung la... ke nk ke versi cetak?

    ReplyDelete
  4. cik Iman syg...gud job!! sambungan nyer plssss

    ReplyDelete
  5. Sambung please...kan cerpen maka kenalah habiskan...hehe....please..........

    ReplyDelete
  6. best woooooooooooooooooooooooooo

    ReplyDelete
  7. Sambung lagi please....
    BEST GILER... HEHE..he...

    ReplyDelete
  8. Sambung sikit lagi please.....
    best sangat...

    ReplyDelete
  9. Aje klako ..sumpah jdk kncil..suka lah..best iman..smbung lgi

    ReplyDelete

dah baca? terima kasih dan lagi best kalau awak write something here :)