Pages

welcome


Saturday, July 5, 2014

CERPEN : BUKAN PEREMPUAN SUCI

Projek Cerpen : Bukan Perempuan Suci

16/6/20/14
IMAN LILY

Cahaya Suci itu namaku. Nama unik yang diberikan oleh mama dan papa. Semua orang memanggil aku Suci. ‘Suci’ kata mereka.

‘Suci’ mengikut kamus maksudnya bersih, tidak bernoda, tidak berdosa. Tapi diriku bukan seSuci itu. Aku bukan perempuan suci. Suchi tidak sesuci yang dimaksudkan oleh kamus itu.

Nama Cahaya Suci tidak mampu menjadi ‘doa’ yang terbaik buat perempuan bernama Cahaya Suci ini. Nama itu doa bagi setiap manusia. Nama yang membawa maksud baik pasti menjadi doa yang terbaik buat diri seseorang.


Aku merenung kembali maksud ‘suci’ itu buat diriku. Ya Allah begitu jauh sekali makna suci itu terhadap diriku. Tiada palitan ‘suci’ yang menghinggapi diriku. Bak kata pepatah Melayu, jauh panggang daripada api. Jauh nasi daripada kuah asam pedasnya.

Aku merenung tudung bawal berbidang 60 yang menutupi dadaku. Aku merenung jubah hitam yang menutupi seluruh tubuhku ini. Semuanya nampak indah diluar. Hakikat isinya penuh noda dan dosa. Kulit luar saja indah tapi isi dalamnya cukup indah khabar daripada rupa. Umpama kulit luar mempelam yang tampak licin dan bersih diluar tetapi dalamnya sudah diteroka ‘insan’ lain. Purdah yang menutupi sebahagian wajahku ini turut menghibaku. Tiada ‘suci’nya lagi wajah ini. Wajah yang sepatutnya dilindungi daripada ‘mata’ lain, aku pertontonkan untuk yang tidak berhak sesuka hatiku.

     Aku bangga menayangkan lekuk tubuhku yang cukup menggiurkan. Aku bangga menayangkan peha gebu untuk ditatapi lelaki-lelaki kesayanganku. Aku menonjolkan aset didadaku dengan rasa riak. Aku suka tatkala ada perempuan yang menjeling ‘kelebihanku’ itu. Makin ligat aku berjalan bagai bercatwalk.  

Aku juga seronok menayangkan setiap urat rambut ikal mayangku mengikut trend terkini. Warna apa yang tidak pernah kupalitkan ke setiap urat helai rambutku, semuanya pernah kucuba. Aku juga gembira lelaki-lelaki kesayanganku, membelai-belai dan mencium penuh ghairah mahkota itu. Ya, namanya mahkota tetapi martabat mahkota itu aku persiakan. Mahkota yang sengaja kukibarkan pada wajah-wajah penggerak zina itu. Tudung? Kolot bagiku apabila memandang perempuan-perempuan yang menggayakannya. Tidak panas ke berserkup 24 jam? Hinaku dulu.

Wajah ini ‘diwarnakan’ mengikut pelbagai tema dan trend. Macam-macam warna sudah kugayakan dikelopak mataku dengan keterlaluan. Bulu keningku, ku pantis. Ku bentukkan mengikut sukaku.

Bibirku yang merekah bak delima ku dekatkan bersahaja pada wajah lelaki-lelaki yang mencari keseronokkan duniawi. Setakat pipi apalah sangat bagiku dahulu.

Tapak tanganku ini sekiranya boleh diimbas dengan sinaran radioaktif pasti tidak terkira jumlah tangan-tangan bukan mahram  yang pernahku sentuh dahulu. Kulit sengaja kudekatkan dengan kulit yang bukan mahram.

 Suara sengaja aku manjakan dan lembutkan tatkala berbicara dengan lelaki-lelaki. Sengaja ku berlagak manja dan ‘daring’. Sengaja mahu jadi penggoda.

Liuk lentok tubuhku apabila berbicara dengan teman-teman lelakiku. Aku bangga apabila mereka memeluk erat pinggang rampingku tatkala berdua. Aku gembira bila mereka mengusap-usap pipiku yang bak pauh melayang ini. Jikalaulah pipi ini juga boleh di x-ray dengan sinar radioaktif pasti banyak bekasnya bibir-bibir yang pernah meghinggapi pipiku ini.

Aku tak pernah berasa diri ini ‘sesuci’ namaku. Cahaya Suci hanya nama tapi tidak pemiliknya. Pemiliknya penuh dengan noda.
Tetapi syukur, sesosial dan sifat terbuka diriku ini, tidak pernah aku menyerahkan satu lagi mahkota diriku kepada lelaki-lelaki itu. Hanya sentuhan dan berpelukan saja ku serahkan.

 Walaupun begitu, tidak pernah berasa diriku ini masih ‘dara’, masih suci. Aku tetap perempuan yang kotor dan penuh noda.
Pemikiran terbuka dan kebaratan aku dulu tidaklah sampai menjebakkan aku kepada seks bebas. Aku takut dijangkiti virus-virus yang membunuh itu. Aku seorang yang mementingkan penjagaan kesihatan dan kebersihan.

Peristiwa aku hampir dirogol bergilir-gilir oleh penjenayah yang merompak teratak usang keluargaku cukup memberi trauma yang hebat buat diriku. Ketika itulah aku tersentak, tersedar dan berasa seperti ‘dicuit’ ‘rasa’ itu oleh Allah s.w.t yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Aku menangis semahu-mahunya. Aku berterima kasih yang tidak terhingga kepada DIA kerana menyelamatkanku daripada menjadi ‘hidangan’ buat binatang-binatang itu.

Aku mula membawa diri ini mengenal siapa diriku. Aku memahami diriku dengan namaku, Cahaya Suci. Apabila aku mengenangkan maknanya, aku meraung kerana aku bukanlah sebaik namaku. Cahaya yang suci. Aku tidak mendapat kedua-duanya. Cahaya daripada-NYA pun tidak apatalah lagi ‘suci’ itu.

Di usiaku 26 tahun barulah aku memahami apa itu ‘aurat’. Kenapa pentingnya menutup aurat. Aku memandang perempuan-perempuan Islam yang berjaya melindungi tubuh dan pandangan mereka daripada mata-mata lelaki ajanabi. Aku melihat kekaguman kerana keakuran mereka akan perintah ALLAH dan rasul yang satu itu.

Cahaya yang sepatutnya sudah lama bersinar dalam diriku baru aku berasa biasannya. Aku baru mengenal apa itu ‘taufik’ dan ‘hidayah’. Taufik, pertolongan daripada ALLAH yang diberikan-NYA tatkala aku hampir menjadi mangsa ratahan manusia. Hidayah, petunjuk daripada Allah s.w.t ke arah kebenaran. Bukan lagi tipu daya dunia.

     Allah s.w.t berhak memberi taufik dan hidayahnya kepada sesiapa yang DIA kehendaki. Aku yang dikehendakinya. Aku juga sangat memerlukan taufik dan hidayah itu.

Aku mula koreksi diriku ini. Aku menyedari sikapku dulu yang semata-mata ingin mendapatkan perhatian dan pandangan daripada kaum adam sahaja. Aku mahu mereka melihat kecantikan dan kejelitaan yang aku miliki. Aku mahu mendapat tempat dihati mereka. Aku mahu tampak menyerlah antara perempuan lain. Aku mahu ‘glamor’. Aku mahu dikenali sesiapa saja walau apa cari sekali pun. Walau aku tahu, cinta yang ditabur oleh lelaki-lelaki hidung belang itu hanyalah bersifat luaran sahaja. Memandang apa yang ada pada zahirku sahaja.

Aku rasa begitu terlewat sekali menutup apa yang ada pada tubuhku. Aku telah mempersia-siakan perintah yang mengangkat tinggi darjat seorang perempuan disisi ALLAH. 

Kini ukuran labuhnya tudung di dadaku ini tidak akan dapat menyamai labuhnya imanku. Tetapi ini semua akan keakuranku yang mula menyedari keaiban diri yang perlu dilindungi.

Purdah yang menutupi sebahagian wajahku ini bukanlah tandanya aku perempuan yang ‘suci’. Aku cuma seorang perempuan yang berusaha daripada menjadi punca zinanya mata bagi lelaki bukan mahramku.

Tudung yang labuh, purdah yang dipakai, labuhnya baju mahu pun longgarnya pakaian bukan bertujuan tampak alim atau baik dimata orang lain. Tetapi perjuangan menegakkan ‘kesucian’ diri seseorang muslimah. Apa yang ditampalkan pada tubuh bukan gambarannya iman dan takwa tetapi perjalanan seseorang hamba yang berusaha menunaikan perintah ALLAH dan rasul. Iman itu hanya sebesar zarah dan mungkin juga sebesar biji sawi. Iman itu bukan boleh dikira dengan formula matematik. Iman juga bukan boleh diukur dengan panjangnya kain tetapi iman itu bersifat mudah lebur seperti besi, mudah cair seperti ais. Hanya iltizam dan istiqamah yang menunjanginya. Itulah aku Cahaya Suci.

Akan tetapi aku tetap berasa diriku ini bukan perempuan suci. Aku telah gagal memelihara ‘kesucian’ diriku. Aku telah membiarkan tangan-tangan kotor memalitkan noda setiap lekuk tubuhku. Aku membiarkan mereka meninggalkan hanya sisa buat bakal suamiku. Aku membiarkan mereka menatap setiap lekuk dan mulus tubuhku. Naifnya aku dahulu. Dangkalnya akalku dahulu.

Bagi diriku, kesucian seseorang gadis itu bukan terletak pada ‘dara’ tetapi ‘sucinya’ tubuh mereka daripada hinggapan dosa-dosa itu. Sucinya gadis apabila berjaya melindungi tubuh mereka daripada pandangan yang bukan muhrim mereka. Sucinya gadis apabila berjaya mengekang kulit mereka daripada kulit yang bukan mahram mereka. Sucinya gadis apabila berjaya melindungi pandangan dan suara merdu mereka. Itulah nilai ‘suci’ bagi seorang perempuan.

Tapi itu bukan aku. Aku Cahaya Suci yang gagal menyinarkan cahaya yang suci lagi bersih buat diriku. Cahaya Suci ini bukan perempuan suci!



***
NOTA MATA HATI PENULIS :
HANYA REKAAN PENULIS SEMATA-MATA. TIADA KENA MENGENA DENGAN YANG HIDUP ATAU PUN YANG MATI.
YANG BAIK JADIKAN TELADAN, YANG BURUK JADIKAN SEMPADAN.
YANG BAIK WUJUDNYA DARIPADA ALLAH SWT, YANG BURUK WUJUDNYA DARIPADA PENULIS SENDIRI.




6 comments:

  1. Replies
    1. alhamdulilah awak dapat 'merasakan' apa yg iman nak sampaikan ;)

      Delete
  2. Menarik sekali..nasihat berguna untuk kita semua..tahniah iman lily..

    ReplyDelete
  3. Dear Iman

    Thanks atas cerpen ini... menarik dan maksud di sebaliknya amat menarik..

    tanpa kita ketahui "suci" diri kita bukan sekadar "dara" tetapi "suci" diri kita merangkumi setiap inci diri kita. Sucikah diri kita andai setiap inci tubuh @ aurat kita org yg bukn mahram kita dah telanjangiiii... suci kah kita andai Allah sudah murka... Nabi kita Muhammad dah menangis kerana kecewa umat kecintaan nya telah merendahkan maruah sebegitu sekali

    tahniah iman

    love
    kak ita

    ReplyDelete

dah baca? terima kasih dan lagi best kalau awak write something here :)