Pages

welcome


Sunday, June 17, 2012

#Projek Cerpen# .DIBIUS CINTA.

#Dibius Cinta
Nama Pena : Iman Lily

Shafiqah Izreen menonong laju menuju ke wad yang menempatkan sahabatnya, Iznani atau dipanggilnya Nani selepas dimaklumkan oleh jururawat yang bertugas di wad kecemasan dan trauma. Tanpa sedar, dia terlanggar seseorang ketika keluar dari lif tadi  namun , dia tidak sempat minta maaf sebab terlalu bimbang akan keadaan Nani yang pengsan ketika dibawa ke hospitalnya tadi. Tidak kisahlah orang yang dilanggarnya tadi kata dia tak ada sivik yang penting sekarang ni Nani!

“Nani, macam mana sekarang dah okay sikit ke?” Tanya Shafiqah kepada Iznani yang terbaring atas katil hospital kerajaan di bandar Johor Bahru itu.
“ Dah okay sikitlah daripada tadi. Doktor cakap aku kena apendiks, sebab itulah aku sakit perut kat bahagian kanan teruk gila. Aku dehydration juga sebab banyak muntah dengan cirit-birit semalam.” Jawab Iznani panjang lebar dengan suara yang begitu perlahan kerana begitu lemah.

Sebenarnya sudah dua hari Nani sakit perut yang teramat. Apabila Shafiqah membawanya ke klinik sawasta  hari itu, doktor di klinik itu bagi tahu yang Nani hanya kena gastrik dan ada ulser sikit. Sememangnya Nani memang mempunyai gastrik, namun tidak disangka pagi tadi ketika dia menjenguk Nani dalam bilik ketika dia mahu pergi kerja,  dia menemui Nani yang badannya terbujur kaku di lantai berhadapan bilik air. Terus dia meminta pertolongan teman serumah mereka Yaya dan Zaza untuk mengangkat Nani ke kereta dan dibawa ke hospital. Yaya dan Zaza atau  ada urusan penting pagi ini jadi mereka terpaksa meninggalkan Shafiqah Izreen menemani dan menguruskan Nani di hospital.

Ketika Shafiqah Izreen sedang sibuk memberi SMS kepada Yaya dan Zaza bagi memaklumkan keadaan Nani, datang  sekumpulan doktor yang terdiri dua lelaki dan seorang perempuan menghampiri katil Nani.

“ Baru admit ya? “ Tanya doktor lelaki itu yang wajahnya agak handsome dipandang berpakaian formal dengan kemeja lengan panjang warna biru muda yang dilipat lengannya hingga ke siku dan berseluar slack hitam dan tidak menyarung jubah putih seperti dua orang doktor lagi. Yang menampakkannya doktor, pada name tag yang dipakainya. Dr. Adam Zafril itu namanya.

“ Ya, doktor baru ja.” Jawab Nani lemah.

“ Dah berapa lama sakit perut, Cik Iznani?” Tanya doktor itu lagi.

“ Dah dua hari.” Jawab Nani lagi. Dalam hatinya, kenapalah doktor ni tanya  soalan yang sama doktor kat emergency tanya tadi.Bosanlah nak jawab banyak kali.

“ Cik ni siapa?” Tanya doktor itu kepada Shafiqah Izreen.
“ Saya kawan Nani.” Jawab Shafiqah sambil mengukir senyuman nipis kepada doktor muda itu.
“ Bagi saya periksa Cik Nani ya dulu.” ujar doktor itu kepada Shafiqah seperti meminta izin daripada Shafiqah untuk memeriksa Nani.
“ Baiklah, doktor.” Jawab Shafiqah sambil bangun dari kerusi untuk beralih bagi memberi peluang kepada doktor yang bernama Adam Zafril itu.

“ Cik Iznani punya apendiks belum pecah lagi tapi kalau tak dibedah segera nanti banyak pula komplikasinya. “ Terang doktor muda itu panjang lebar. Kemudian, seorang lagi doctor lelaki sibuk menulis sesuatu di fail yang terdapat di meja itu. Kelihatan mereka berbincang sesama sendiri dalam bahasa Inggeris.

“ Jadi bila kawan saya boleh operate ,doktor? “ celah Shafiqah.

“ Seberapa segera. Kita tunggu sahaja dewan bedah panggil.” jawab Dr. Adam Zafril tenang.
“ Harap Cik Iznani bersabar menunggu.” ujar Dr. Adam Zafril sebelum berlalu ke katil sebelah.

“ Nani, kau dah bagi tahu mak kau, kau masuk wad?” tanya Shafiqah Izreen kepada Iznani.

“ Aku tak nak mak aku risau, lagi pun mak dengan abah aku tak ada sini. Pergi London tengok Izara, adik manja aku tu. “ jawab Iznani lemah sahaja.

“Oklah, kalau kau dah cakap macam tu. Hmmm.. Nani, aku minta maaf ya sebab hantar kau kat hospital kerajaan ja, aku tahu kau mampu pergi private tapi hospital ni ja yang ada dalam kepala otak aku tadi.” Ujar Shafiqah Izreen panjang lebar dengan wajah yang kelihatan agak bersalah.

“ Eh, kenapa kau cakap macam tu? Aku tak kisahlah Iqa. Lagi pun buat apa nak habiskan duit kat swasta kalau ada yang lebih menjimatkan.. he he he. “ ujar Iznani dengan ketawa kecil bagi menghilangkan rasa bersalah sahabatnya itu.

“ Aku bersyukur kau, Yaya dan Zaza ambil berat sangat dengan aku.” tambah Iznani lagi sambil memegang erat tangan Shafiqah Izreen.

“ Mestilah kitakan teman serumah aka sahabat!” ujar Shafiqah Izreen dengan wajah yang ceria.
Sebenarnya, dalam diam Dr. Adam Zafril mendengar perbualan dua teman itu.
***
Adam Zafril kelihatan sedang  mengingati sesuatu dengan wajah yang berkerut umpama berfikir sesuatu yang serius sahaja. Kotak memorinya menyelongkar  di mana raut wajah itu pernah dilihatnya sebelum ini.

Pertama kali dia terlihat gadis itu ketika dia ingin melangkah masuk ke dalam lif dan badannya terasa seperti dilanggar seseorang dan dia sempat melihat gadis yang melanggarnya itu hanya berlalu tanpa meminta maaf.

Ketika dia menerima satu kes baru apendiks, dia terkejut kerana terserempak lagi dengan gadis itu dan terus mindanya berfikir di manakah wajah gadis itu pernah dilihatnya sebelum ini. Seakan pernah bersua namun tidak pernah berbicara.
***
Shafiqah Izreen membantu Iznani baring ke katil setelah menemankan Iznani ke tandas sebentar tadi. Alhamdulilah Iznani telah selamat dibedah. Mujur pembedahan itu mampu berjalan lancar meski pun, apendiks Iznani hampir pecah. Shafiqah Izreen bersyukur sangat kerana sahabatnya selamat.

“ Nani, kau nak makan tak? Kalau nak aku belikan? “ tanya Shafiqah Izreen kepada Iznani yang baru meletakkan kepalanya ke bantal.

“ Boleh juga, lagi pun bubur yang hospital sedia tadi aku tak lalulah nak makan. Kau belikan aku Mee Hoon Sup ya.” jawab Iznani lembut sambil membetulkan tudung dikepalanya itu.
“ Ok, aku pergi beli ya. Kalau apa-apa kau call aku ea,” ujar Shafiqah sambil berlalu meninggalkan katil sahabatnya itu.

“ Adik, bagi akak Mee Hoon Sup satu dan Nasi Goreng Daging Merah satu.” ujar Shafiqah Izreen kepada gadis

Shafiqah Izreen menghayun langkahnya ke meja yang terdapat di kafe itu.

Adam Zafril yang sedang menunggu pesanan minumannya terpandang gadis yang menjadi mainan di kotak memorinya ketika ini. Sejurus minuman yang dimintanya siap, dia terus menuju ke meja yang dipilih gadis itu yang ketahui namanya sebagai Iqa. Itu pun ketika dia ‘mencuri’ dengar perbualan pesakitnya dan gadis itu semalam.

“ Hai, tunggu order ke?’’ tegur Adam Zafril sambil melabuhkan punggungnya atas kerusi tanpa disuruh oleh Shafiqah Izreen.

“ Ya, doktor seorang ja ke?” ujar Shafiqah Izreen sambil menutup majalah Mingguan Wanita yang dibelinya tadi. Apahal pulak doctor ni mesra semacam tegur aku, ngomel Shafiqah Izreen dalam hati.

“ Yup. Nak makan tapi tak ada member.” Jawab Adam Zafril sambil menyedut Milo Ais yang dipesannya tadi.

Entah macam mana, Shafiqah dengan selambanya berkata,

“ Kalau doktor nak, saya boleh temankan doktor makan sekejap sementara tunggu order saya tu siap.” Isshhh...kenapa gatal sangat mulut aku ni offer diri  nak teman dia makan sekarang, ngomel Shafiqah Izreen dalam hati dengan wajah yang cuba dimaniskan. Nampak sangat tak ikhlas aku ni, bisik Shafiqah Izreen dalam hati lagi.

Adam Zafril bagai orang yang mengantuk dioffer bantal terus melangkah untuk memesan sesuatu untuk dimakan tanpa memberi kata setuju kepada Shafiqah Izreen.
Dari jauh Shafiqah Izreen hanya memerhati doktor muda. Dia sedang menganalisis fizikal doktor itu dari jauh. Lelaki ini memiliki ketinggian lebih kurang 170 cm, berkulit cerah, wajahnya memang seratus peratus Melayu tulen tak ada darah lain yang bercampur dalam dirinya, dan rambutnya yang disisir rapi menyerlahkan lagi ketampanan yang sedia wujud di wajahnya.

Dari jauh juga, Adam Zafril tahu gadis itu sedang memandangnya bagai orang dikehendaki pihak berkuasa!

Ketika Adam Zafril melangkah semula dengan sepinggan nasi dan lauk pauk, Shafiqah Izreen cepat-cepat membelek telefon bimbitnya seolah-olah sedang menanti panggilan daripada seseorang, mungkin teman lelakinya. Entah mengapa ada sedikit rasa berbeza dihati Adam Zafril apabila menafsir perkara itu.

“ Nama awak apa?” tanya Adam Zafril kepada Shafiqah Izreen yang sedang membaca majalah Mingguan Wanita itu sambil menyuapkan nasi putih yang berlaukkan asam pedas ayam dan sayur kobis goreng sahaja.

“ Shafiqah Izreen.” Jawab dia pendek dengan mata yang masih ditumpukan pada bacaan sedangkan dia langsung tidak fokus apa yang dibaca. Macam mana nak fokus kalau dihadapannya kini seorang doktor lelaki yang mampu menggugat iman seorang wanita.

“ Awak satu kerja dengan Iznani ke?” tanya Adam Zafril lagi ingin tahu lebih lanjut tentang gadis yang berada di hadapannya kini. Sempat ditelek wajah itu, yang berbentuk bujur sirih, berkulit cerah, bermata sedikit sepet dan disempurnakan dengan seulas bibir yang mungil. Tudung sarung bercorak abstrak dikepalanya menambahkan lagi kecantikannya.

Perrrghhh..doktor ni soal aku macam aku ni patient dia ja, ngomel Shafiqah Izreen dalam hati.

“ Satu tempat kerja ja tapi kerjanya tak sama, dia lawyer saya ni kerani cabuk ja,  doktor.” jawab Shafiqah Izreen tenang dan merendah diri. Sempat dia  melihat lauk yang diambil doctor itu. Simplenya, kalau akulah mesti ada sambal belacan, ulamlah, biasalah doctor mesti jaga makan ya tak, ngomel Shafiqah Izreen dalam hati.

Adam Zafril ketawa mendengar jawapan si gadis. Hatinya rasa geli hati mendengar ‘’term’’ yang digunakan oleh Shafiqah Izrreen. Shafiqah Izreen pelik melihat respon Adam Zafril, aku buat lawak ke, ngomel Shafiqah Izreen dalam hati lagi.

‘’ Mana awak dapat istilah ‘kerani cabuk’ tu? Tak patut betul istilah itu diguna   pakai. Kerani pun pekerjaan juga,” balas Adam Zafril .

Term tu dah wujud lama dah pun doktor, saya rasa tak ada masalah pun dengan term tu.” ujar Shafiqah Izreen sambil menutup majalah yang dibacanya tadi. Tiba-tiba datang gadis yang mengambil pesanannya tadi menghantar makanan yang sudah siap dimasak.

“ Ok, tapi saya kerja apa pun sama, tujuannya menyumbang sesuatu kepada masyarakat.” ujar Adam Zafril tenang.

Adam Zafril menghabiskan minumannya sambil memeriksa mesej-mesej di telefon bimbitnya yang berjenama Apple itu.

“ Oklah doktor, saya minta diri dulu. Takut Nani dah lama menunggu.” ujar Shafiqah Izreen kemudian bangun daripada kerusi yang didudukinya tadi dan mengambil palstik yang berisi makanannya dan Nani.

“ Oklah kita jalan sama-sama,” balas Adam Zafril sambil berdiri untuk menyaingi Shafiqah Izreen.

Doktor ni nak jalan sama-sama dengan aku, biar betul bisik Shafiqah Izreen dalam hati dengan wajah yang cuba dibiasakan.
                                                ***
Mereka berdua pun jalan beriringan menuju ke wad yang menempatkan Iznani. Sepanjang perjalanan itu, ada juga beberapa rakan Adam Zafril yang menegur dan mereka hanya tersenyum penuh tersirat.

 Iznani terkejut melihat Shafiqah Izreen berjalan beriringan dengan Adam Zafril masuk ke dalam wad.

“ Patutlah lama, rupanya pergi dating,” ujar Iznani kepada Shafiqah Izreen yang sedang menyediakan makanan yang dipesannya tadi di atas meja khas itu diiringi senyuman penuh makna.

“ Mana ada, aku cuma teman dia makan ja tadi itu pun sebab mulut aku yang gatal ni  offer diri teman dia makan,” ujar Shafiqah Izreen sambil meletakkan jari telunjuknya di mulutnya.

“ Alah, tak apalah mana tahu boleh jadi suami nanti,” balas Iznani selamba sambil menyuapkan Mee Hoon Sup ke mulutnya menggunakan sudu.

“ Banyak kau punya suami, jauh panggang daripada api.” balas Shafiqah dengan muka yang tidak puas hati diusik begitu.

“ Kau ingat ni zaman Mak Dara ke, nak kahwin kerjanya kena sama taraf. Sekarang ni zaman dah moden okay, jodoh tak kira profesion yang penting chemistry.” bidas Iznani sebelum meminum air yang disediakan  Shafiqah Izreen tadi.

Okay, sekarang aku tak terlibat dengan jodoh macam ni ya. Cepatlah makan, nanti sejuk pulak dah tak sedap makan.” balas Shafiqah Izreen sambil tangannya ligat mengemas barang-barang Iznani kerana petang nanti sahabatnya itu akan discaj.

“ Kau tak makan ke?” tanya Iznani sambil memerhatikan Shafiqah Izreen yang memasukkan pakaian kotor ke dalam beg.

“ Tak. Belum lapar lagi. Kau makan dulu,” balas Shafiqah Izreen tanpa memandang wajah Iznani.
“ Ke kau dah kenyang tengok doktor handsome tu makan tadi? He he he.” ujar Iznani sambil ketawa mengekek.

“ Tak ada maknanya kenyang tengok orang makan Cik Nani.” balas Shafiqah Izreen dengan memandang tepat ke muka Iznani.
                                                ***
Sudah lebih seminggu Iznani discaj dari wad. Selama itulah Shafiqah Izreen menjaga Iznani, sanggup dia mengambil cuti lama untuk menjaga Iznani yang baru sahaja mengalami proses pembedahan. Segala makan dan minumnya Shafiqah Izreen yang sediakan bagi memastikan proses penyembuhan luka pembedahan sempurna dan cepat, pantang larang orang tua turut dipraktikkan walau zaman dah moden.

Yaya dan Zaza sibuk dengan tugas masing-masing sebagai Eksekutif Akaun dan Pegawai Pemasaran menyukarkan mereka untuk mengambil cuti lama.

Shafiqah Izreen dan Iznani sedang berehat di depan televisyen LCD di ruang tamu rumah sewa milik mereka berempat dengan melayan Sinetron Putri Yang Ditukar. Tiba-tiba telefon bimbit Shafiqah Izreen yang berjenama Nokia itu berbunyi menandakan ada Sistem Pesanan Ringkas (SMS) yang diterima. Shafiqah Izreen terkejut melihat nombor pengirim yang asing baginya.

0126466779
Hi, sihat ke?

Siapa pula yang ni yang tanya aku sihat ke tak ni, dahlah tak bagi tahu dia tu siapa, ngomel Shafiqah Izreen sendiri.

Wei, mak cik apahal kau membebel sorang-sorang?” tanya Iznani yang berada di sofa hujung sana kepada temannya itu sambil matanya yang jelas fokus kepada babak yang berlangsung dalam sinetron itu.

“ Ni ha, siapa entah hantar SMS tanya aku sihat ke tak, pelik betul,” balas Shafiqah Izreen dengan muka yang ‘kepelikan teramat’.

“ Tanyalah siapa orangnya,” balas Iznani.

“ Nak tanyalah ni,”

Terkejut ‘cipanzi’ Shafiqah Izreen melihat balasan SMS itu,

0126466779
Saya Adam Zafril, doctor yang merawat kawan awak hari tu.

Shafiqah Izreen pelik macam mana Dr. Adam Zafril mempunyai nombor telefon bimbitnya yang sememangnya private baginya. Namun tidak sempat dia membalas apa-apa tiba-tiba si pengirim SMS dah telefon dulu. Kalut dibuatnya Shafiqah Izreen.

Shafiqah Izreen  keihatan ragu-ragu untuk menjawab panggilan tersebut namun, dijawabnya juga dengan nada yang cuba dibiasakan walhal jantung berdenyut laju!

“ Hello, assalamualaikum.” ucap Shafiqah Izreen lembut menjawab panggilan itu.

“ Waalaikumusssalam,Shafiqah malam ni saya nak ajak awak dinner dengan saya dekat Restoran Remaja dekat Bandar Baru Uda  pukul 8.30. Saya tunngu awak kat sana. Ok, saya ada kes kat OT ni. Malam nanti kita jumpa.” jawab Adam Zafril panjang lebar.

“ Choop! Ada saya kata saya setuju nak keluar dinner dengan doktor?” balas Shafiqah Izreen menguji.

“ Kenapa tak boleh? Awak ada suami,anak yang perlu dijaga?” ujar Adam Zafril selamba.

Terdiam tak terkata Shafiqah Izreen dibuatnya.

Adam Zafril terus bersuara apabila Shafiqah Izreen terdiam di talian.

Okay fine, diam tandanya setuju, kita jumpa malam ni. Saya nak cepat ni ada patient yang menunggu saya.Okay, bye. Assalamualaikum.” ucap Adam Zafril terus mematikan talian.
                                                      ***
Shafiqah Izreen termanggu seketika selepas Adam Zafril menamatkan perbualan mereka tadi. Otaknya ligat memikirkan macam mana nombor telefon bimbitnya dimiliki oleh lelaki itu. Lantas, Iznani yang sedang lena di sofa panjang dikejutnya serta-merta.

“ Nani oh Nani, bangunlah!” kejut Shafiqah Izreen sambil menggoyang-goyangkan badan Iznani.

“Nak apa? Aku ngantuklah.” jawab Iznani lemah.

“ Kau bagi number phone aku kat doktor tu ea?” tanya Shafiqah Izreen dengan muka yang penuh curiga.

“ Ya.” Pendek sahaja jawapan Iznani dengan mata yang masih terpejam dan tanpa ada riak bersalah.

“ Kenapa kau bagi? Bila masa dia mintak?

“ Masa tu kau pergi tolietlah. Dia cakap dia lupa nak minta nombor kau jadi mintak dengan aku. Iqa, doktor tu baiklah, aku nampak keikhlasan dalam diri dia. Apa salahnya kenal-kenal, mana tahu boleh buat suami. He he he.” jawab Iznani panjang lebar sambil duduk menghadap Shafiqah Izreen yang mencuka menahan geram.
“ Suka hati kau ya. Doktor tu nak buat suami aku? Tak ada maknanya okay!” ujar Shafiqah Izreen masih dengan raut wajah yang sama.
“ Alah, janganlah marah aku. Aku sayang kau ‘ketat-ketat’ janganlah marah aku.” ujar Iznani memujuk Shafiqah Izreen dengan gaya yang sengaja dimanjakan.

‘’ Buat salah baru cakap sayang bagai,” ucap Shafiqah Izreen.

“ Aku memang sayangkan  kau, Yaya and Zaza! Eh, doktor tu nak apa? Dia ajak kau keluar ya?’’ tanya Iznani teruja.

“ A’ah. Malam ni kat Restoran Remaja. Suka hati dia ja nak paksa-paksa orang, sekeh baru tahu,” jawab Shafiqah Izreen dengan muka yang geram.

“ Alah pergi jelah, mana tau dia nak lamar kau jadi wife dia ke,he he he,” ujar Iznani mengusik temannya itu.

Wak lu...tak kenal nak jadi bini,” pintas Shafiqah Izreen.

“ Tak kenallah nak bagi kenal, Iqa.” giat Iznani.

 ‘’Kau jangan nak merepek bukan-bukan ya, ikut aku malam ni sebagai hukuman!” ujar  Shafiqah Izreen dengan nada yang sedikit tegas yang disengajakan.

“ Buat apa aku kena ikut, buat kacau daun ja,” jawab Iznani pelik.

“Itu hukuman yang dijatuhkan Cik Shafiqah Izreen kepada Tuan Lawyer Iznani Iskandar atas kesalahan sengaja memberi maklumat peribadi kepada orang yang tidak dikenali. Titik!” ujar Shafiqah Izreen tegas  sambil berlalu ke dapur.
                                                ***
Seperti yang dijanjikan Shafiqah Izreen memenuhi janji mereka, eh bukan, janji Adam Zafril sebenarnya. Kalau ikutkan dia tak kuasa dia nak melayan tapi disebabkan menghormati pelawaan orang, dia terima dan Iznani diheretnya sama.

Malam itu dia berpakaian ringkas sahaja, t-shirt lengan panjang berjenama Nike, jeans hitam dan tudung sarung bercorak abstrak yang senada dengan t-shirtnya itu. Sapuan bedak asas, lip balm dan blusher menyerlahkan lagi kecantikan semulajadi yang dimiliknya.
Di sebuah meja yang berdekatan televisyen menjadi pilihan Adam Zafril. Dia tidak terkejut melihat Shafiqah Izreen datang bersama Iznani teman serumahnya.

“ Assalamualaikum, doktor. Lama ke tunggu?” ucap Shafiqah Izreen kepada Adam Zafril yang ringkas dengan t-shirt merah hati yang terpapar logo Ferari sambil melabuhkan punggungnya di kerusi dihadapan Adam Zafril.

“ Waalaikumussalam, baru ja sampai.” Jawab Adam Zafril tersenyum manis buat sambil memandang jam tangannya yang berjenama Polo itu.

Shafiqah Izreen melabuhkan punggungnya diiringi Iznani yang duduk  di sebelahnya. Tiba-tiba mereka ditegur oleh seseorang.

“ Hai, sayang! You tak cakap pun nak makan kat sini?” Hafiz, tunang Iznani menegur mereka. Hafiz ditemani dua lagi temannya. Dia sempat menghulurkan tangan untuk berjabat dengan Adam Zafril dan tersenyum manis buat Shafiqah Izreen yang cukup dikenalinya.

“ Hai, sayang! Iqa yang ajak teman dia datang sini. You baru nak makan ke? “ ujar Iznani mesra.

“ Yup. You nak join I ke?” tanya Hafiz pula.

“ Boleh juga, I pun tak nak kacau daun ni.” jawab Iznani riang disertakan senyuman manis buat Shafiqah Izreen  dan bangun dari tempat duduknya.

“ Iqa, aku makan dengan Hafiz ea, nanti aku balik dengan dia.” ujar Iznani kepada Shafiqah Izreen yang kelihatan resah wajahnya. Shafiqah Izreen hanya diam dan tersenyum manis buat Iznani dan Hafiz yang berlalu meninggalkannya dan Adam Zafril berdua.

“ Itu Hafiz, tunang Nani.” ujar Shafiqah Izreen kepada Adam Zafril yang masih memandang pasangan sejoli itu.

“ Oh, ya ke. Lama ke dia orang dah bertunang?” tanya Adam Zafril pula sambil memandang wajah gadis yang berada di depannya kini.

“ Baru sebulan. Tahun depan kahwinlah kalau tak ada aral melintang.” jawab Shafiqah Izreen tenang.

“ Ok. Hmmm..awak nak makan apa?” tanya Adam Zafril sambil melihat menu yang diberikan oleh pelayan restoran itu tadi.

“ Ikut doktorlah saya tak kisah.” jawab Shafiqah Izreen selamba. Sebenarnya dia geram dengan Iznani yang meninggalkan dia berdua dengan doktor muda itu.

Datang seorang pelayan mengambil pesanan mereka. Adam Zafril memesan dua gelas Fresh Orange, Nasi putih, Ikan Siakap Tiga Rasa, dan Tom Yam Campur.

            “Kenapa doktor mintak number phone saya daripada Nani?” tanya Shafiqah Izreen kepada Adam Zafril setelah pelayan itu berlalu.

            “Saja.” Jawab Adam Zafril pendek.

            Saja dia boleh kata, aku rasa macam nak sekeh ja kepala dia sekarang ni, ngomel Shafiqah Izreen dalam hati.

“ Izreen, umur awak berapa?” tanya Adam Zafril.

Shafiqah Izreen terkejut kerana nama Izreen begitu mesra dibibir doktor handsome itu.

“ 22. Kenapa panggil saya Izreen?”

“ Muda lagi. Kenapa tak boleh?” tanya Adam Zafril kembali.

Dia ni nak makan kasut agaknya, aku tanya, dia tanya soalan pulak, bebel Shafiqah Izreen dalam hati.

“ Bukan tak boleh tapi macam pelik pulak, sebab tak ada orang panggil saya nama tu.” jawab Shafiqah Izreen dengan menopang dagu, selamba tak cover ayu langsung!

Okay, kalau macam tu, biar saya satu-satunya manusia yang panggil awak Izreen.” ujar Adam Zafril dengan menopang dagu juga!

Terkesima seketika  Shafiqah Izreen dengan aksi selamba Adam Zafril, manakan tidak mata mereka saling tepat memandang. Jantung berdegup laju dan muka pastinya blushing gila!

Serta-merta posisi Shafiqah Izreen berubah posisi dengan duduk tegak seperti biasa. Gaya selamba cuba dilakukan namun, kelihatan kaku. Adam Zafril hanya tersenyum nakal melihat aksi gadis manis dihadapannya ini.

“ Kenapa doktor ajak saya dinner malam ni?” tanya Shafiqah Izreen bersahaja.

Saja.” jawab Adam Zafril pendek, jawapan sama yang diberi dengan soalan pertama tadi.

Nampaknya ada orang nak makan kasut aku agaknya malam ni, ngomel Shafiqah Izreen dalam hati lagi kerana geram jawapan yang diberi tak kukuh langsung!

            Tiba dua orang pelayan menghantar pesanan mereka. Adam Zafril membaca doa makan dan Shafiqah Izreen hanya mengaminkan sahaja.

            “ Jomlah makan. Lepas ni saya nak tanya banyak perkara dengan awak.” ujar Adam Zafril bersahaja.

            Mereka berdua pun menikmati makan malam itu dengan penuh selera tanpa diselangi perbualan langsung. Hanya suara pelakon-pelakon drama bersiri Vanilla Coklat yang kedengaran  yang sedang ditayang.

            “Ralit awak tengok drama tu, follow ke?” tanya Adam Zafril apabila melihat mata Shafiqah Izreen yang begitu ralit melihat lakonan Izara Aishah.

            “ Tak adalah follow sangat, kadang-kadang ja tengok.” tanya Shafiqah Izreen dengan matanya yang memandang wajah Adam Zafril yang sedang menikmati Tom Yam Campur
.
            “ Izara Aishah ni pelakon barukan?’ tanya Adam Zafril sambil menyedut Fresh Orange yang menyegarkan itu.

            “ A’ah.. tapi tak adalah baru sangat, sebenarnya dia dah banyak berlakon cuma baru sekarang popular. Doktor kenal juga artis ya, saya ingat jadi doktor ni hiburan terus entah ke mana,” ujar Shafiqah Izreen sambil menyuapkan nasi berlaukan Ikan Siakap Tiga Rasa dan bersupkan kuah Tom Yam itu.

            “ Apa awak ingat doktor-doktor ni nerd sangat ke? Kami pun nak tengok entertainment juga sekali-sekala, at least dapat release tension,” jawab Adam Zafril sambil mengelap mulutnya yang sedikit comot dengan tisu.

            “ Tak adalah doktor, saya tengok kerja sebagai seorang doktor ni umpama dah tak tengok dunia luar, oncall sentiasa,” tutur Shafiqah Izreen lembut.

            “ Tak jugak, Izreen. Masa untuk berhibur dengan keluarga dan kawan-kawan ada saja kalau saya pandai ‘curi’ masa tu. Tapi inilah pengorbanan yang perlu dibuat oleh seseorang bila dia memilih doktor sebagai kerjaya, sebab patient is our priority.” jawab Adam Zafril panjang lebar.

            “ Sebab itulah orang kata, kerjaya sebagai doktor ni mulia.” tutur Shafiqah Izreen lembut sambil mengelap mulutnya dengan tisu tanda selesai menyudahkan makan malamnya bersama doktor muda yang berusia 28 tahun itu.

            “ Alhamdulilah kalau orang cakap macam tu, maknanya masyarakat menghargai kerja doktor.” ujar Adam Zafril dengan menghadiahkan senyuman manis buat gadis yang berjaya mencuri hatinya selepas  setahun kematian tunang tersayang akibat penyakit SLE yang dihidapinya.

            “ Okaylah doktor, saya pun dah habis makan. Saya minta diri dulu ya. Lagi pun esok saya dah mula kerja. Doktor pun mesti dah penatkan. Terima kasih sebab belanja saya makan malam ni.” ujar Shafiqah Izreen lembut sambil mengeluarkan kunci keretanya daripada beg tangannya itu.

            “ Ada saya kata awak dah boleh balik?” tanya Adam Zafril selamba badak dengan mengelap mulutnya dengan tisu yang disediakan sebelum menyedut Fresh Orange hingga habis.

            “ Tak ada, tapi saya nak balik juga,” jawab Shafiqah Izreen berani.

            “ Nanti dulu, awak jangan nak lari daripada saya.” balas Adam Zafril sambil  mengeluarkan duit daripada dompetnya dan menuju ke kaunter bayaran.

            Shafiqah Izreen hanya diam sahaja tanpa membalas apa-apa dan menyibukkan diri dengan membelek telefon bimbitnya itu.

            “ Jom kita pergi tempat lain untuk berbual.” ucap Adam Zafril sejurus kembali daripada membuat pembayaran.

            “Kat sini tak boleh berbual ke doktor?’’ tanya Shafiqah Izreen yang sememangnya sudah berdiri.

            “ Ikut ja lah jangan banyak tanya boleh,” jawab Adam Zafril dengan jawapan yang menyakitkan hati.

            Shafiqah Izreen sudah membuat muka menyampah dan mencebirkan bibirnya. Entah macam mana dia boleh bersahaja dengan lelaki ini sedangkan ini merupakan kali pertama dia keluar makan dengan seorang lelaki!

            Mereka berdua memang pelik, sebab tadi boleh berbual mesra tapi sekarang berubah pula intonasi suara masing-masing.

            Shafiqah Izreen hanya membuntuti langkah lelaki itu keluar dari restoran yang cukup dikenali penduduk Johor Bahru itu. Dia menuju ke Proton Saga BML kepunyaannya yang  di parkir di tepi jalan itu manakala, Adam Zafril menuju ke kereta Mitsubishi Lancer miliknya yang diparkir di hadapan keretanya.

            “ Awak follow saya,” ujar lelaki itu sebelum memuatkan tubuhnya ke dalam keretanya.

            Shafiqah Izreen tidak menjawab sepatah pun. Dia menghidupkan enjin keretanya dan mengikut arah tujuan destinasi lelaki itu.
                                                            ***
             Menghadap laut dan kapal-kapal di Danga Bay menjadi pilihan Adam Zafril. Suasana sepi antara mereka yang kedengaran hanya  deruan angin malam. Masing-masing hanya memandang ke arah laut.

            “ Saya tak tahu apa niat doktor terhadap saya sekarang ni.” ujar Shafiqah Izreen memecah suasana sepi antara mereka.

            “ Please don’t call me, doctor. I’m not your doctor but I’m Adam Zafril.” Jawab Adam Zafril sambil memandang wajah Shafiqah Izreen disebelahnya yang sedikit rendah dengan ketinggian 163 cm.

            “ Niat saya terhadap awak, baik , so awak jangan risau.” tanya Adam Zafril pula.

            “Ya ke? Boleh percaya ke ni?Kalau tak panggil doktor nak panggil apa?” tanya Shafiqah Izreen ingin tahu.

            “ Boleh percaya, jangan risau, Izreen. Panggil ja nama saya, tapi kalau nak lagi mesra panggil ja abang, kan mudah.” usik Adam Zafril.

            “ Abang? Tolonglah tak payah nak berabang-abang sangatlah lagi pun doktor bukan abang saya lagikan  pula sepupu saya.” Jawab Shafiqah Izreen selamba dengan muka bersahaja.

            “ Saya lagi tua daripada awak, “ pintas Adam Zafril.

            “ Okay, Zafril.” ujar Shafiqah Izreen sambil memusingkan badannya menghadap Adam Zafril.

            Ketawa kecil Adam Zafril melihat respons serta-merta gadis disebelahnya.

            “ Mak awak apa khabar? Dah sihat sepenuhnya?” tanya Adam Zafril bagi memecah kesunyian yang melanda mereka buat seketika.

            “ Mak saya sihat alhamdulilah. Sihat sepenuhnya? Maksudnya awak tahu mak saya pernah sakit sebelum ni?” tanya Shafiqah Izreen penuh tanda tanya dengan panggilan ‘awak’ yang mesra dibibirnya.

            “ Saya one of the houseman yang pernah incharge mak awak dulu? Awak tak ingat ke muka saya, Izreen?” jawab Adam Zafril lembut dengan riak menguji ingatan Shafiqah Izreen.

            “ Ya ke? Maaflah saya dah lupalah Zafril, banyak houseman yang incharge mak saya dulu, jadi mana nak ingat. Macam mana awak  boleh ingat saya ni?” ujar Shafiqah Izreen lembut dengan mengukir senyuman manis buat Adam Zafril.

            “ Mak awak ditahan di wad lebih kurang dua bulan dan awaklah yang jaga mak awak siang dan malam tanpa jemu, mustahillah saya tak ingat muka awak,Izreen,” jawab Adam Zafril panjang lebar dengan matanya melihat kapal-kapal yang berada di situ.

            Dua tahun lepas ibunya, Puan Sabariah disahkan menghidap kanser usus tahap 4 dan menjalani pembedahan di hospital akibat komplikasi dengan paru-parunya dan luka pembedahan ibunya ditahan dekat dua bulan di wad dan selama tempoh itulah dia dan kakaknya bergilir-gilir menjaga ibunya namun, selepas kakaknya menyambut semesternya dialah yang menjaga ibunya siang dan malam dan wad itu bagaikan rumah kedua buatnya. Dunianya ketika itu hanya ibunya.

            “ Kira famous jugak muka saya ni,. He he he.” Ujar Shafiqah Izreen diiringi ketawa kecil.

            “Mahu tak famous, awak dengan Staff Nurse saya tengok macam kawan ja. Macam mana mak awak sekarang, Izreen?” tanya Adam Zafril sambil mereka berdua melabuhkan punggung atas kerusi yang diletakkan di situ diiringi ketawa kecil.

            “ Mak saya sihat alhamdulilah. Saya pun macam tak percaya Zafril, mak saya masih dipanjangkan umurnya sehingga hari ini. Bayangkanlah mak saya disahkan kanser tahap 4 dan selalunya agak mustahil nak pulih tapi kuasa Allah mengatasi segala-segalanya, doktor.” Jawab Shafiqah Izreen ceria dan keilhatan bersahaja bagaikan sudah kenal lama dengan doktor muda tanpa  rasa canggung.

Ketawa kecil dia mendengar apa yang diperkatakan oleh Adam Zafril. Memang sepanjang dia “menghuni” wad pembedahan itu hampir dua bulan siang dan malam, jururawat yang bertugas di wad itu sudah mengenalinya dan mereka boleh bergaul mesra dengannya.

            Terpaku Adam Zafril melihat gadis dihadapannya ini yang tidak sombong berbicara walaupun pada mulanya gadis itu seperti tidak menyenangi caranya.

            “ Itulah namanya kuasa Allah, Izreen. Setinggi-tinggi mana pun ilmu doktor tak akan menandingi kuasa Allah. Kirim salam saya buat mak awak nanti.” balas Adam Zafril lembut.

            “InsyaALLAH, Zafril.” balas Shafiqah Izreen lembut dengan mengukir senyuman manis buat Adam Zafril.

            “ Awak, saya minta diri dulu. Dah lewat dah ni lagi pun saya ni takut sikit nak drive malam-malam kat kawasan perumahan saya tu.” tambah Shafiqah Izreen lagi untuk pulang.

            “ Awak duduk mana?” tanya Adam Zafril.

            “ Saya menyewa dekat Taman Perling, rumah family dekat Skudai.” Jawab Shafiqah Izreen lembut sambil berdiri dan meletakkan beg tangan berjenama Coach miliknya di bahu.

            Mereka berdua berjalan perlahan menuju ke kawasan parkir.

            “ Kenapa tak duduk dengan family ja?” tanya Adam Zafril lagi ingin tahu. Ketika itu mereka telah pun berada di kereta Proton Saga FL milik Shafiqah Izreen.

            ‘ Kenapa doktor handsome  ni banyak tanya, nak aku jadi bini dia ke,hehe’ ngomel Shafiqah Izreen dalam hati.

            “ Saya nak berdikarilah, Zafril lagi pun nak pergi tempat kerja dekat sikit. Saya minta diri dulu ya. Assalamualaikum.” jawab Shafiqah Izreen sambil melangkah masuk ke tempat pemandu.

            “ Baguslah kalau macm tu. Awak drive carefully,okay. Waalaikumussalam.” jawab Adam Zafril sambil memberi ruang Shafiqah Izreen memulakan pemanduannya.

            Shafiqah Izreen pun memakai tali pinggang kelendar dan menghidupkan enjin keretanya. Perlahan-lahan kereta Shafiqah Izreen keluar dari kawasan parkir itu sambil mengangkat tangan buat Adam Zafril yang masih tercegat di tempat yang sama.
                                                       ***
            “ Seronok pergi dating, kak?” tegur Iznani apabila melihat Shafiqah Izreen masuk ke dalam rumah teres setingkat sewaan mereka.

            “ Seronok sangat..kau cepat pulak balik, selalunya tak pukul 12 malam tak balik lagi dari dating dengan Hafiz,” jawab Shafiqah Izreen sambil membuka tudung dan melabuhkan punggungnya atas sofa berbentuk L itu.

            “ Aku kan baru baik sakit, dia tak bagi aku berembun malam-malam, lagi pun esok pagi dia ada presentation untuk projek baru,” jawab Iznani sambil mengunyah keropok Mister Potato berperisa BBQ itu.

            “ Oh, patutlah. Hmmm...Yaya dengan Zaza mana?” tanya Shafiqah Izreen apabila melihat hanya kereta Iznani yang berada di luar.

            “ Biasalah anak dara dua orang tu, mana reti duduk rumah ada ja program berdua, shoppinglah apa lagi,” jawab Iznani.

            “ Kat mana, JPO?”

            “ A’ahla..eh, tadi macam mana? Okay tak abang handsome kau tu?” tanya Iznani dengan gaya yang sengaja dikepohkan.

            ‘’Kalau dah handsome mestilah okaykan? Kau sengaja plan dengan Hafiz tadikan?” soal Shafiqah Izreen kepada Iznani yang sedang mencari siaran televisyen yang menarik.
            “ A’ah..” jawab Iznani dengan muka langsung tak bersalah.

            “ Aku dah agak dah,” ujar Shafiqah Izreen.
            “ Alah, kau janganlah marah, doktor tu baikkan?” rayu Iznani.
            “ Baik, dahlah aku nak masuk tidur..penatlah,” jawab Shafiqah Izreen terus masuk ke bilik yang berdekatan dapur itu.

            Terpinga-pinga Iznani dengan tingkah laku sahabatnya itu.
                                                   ***
            Dia memang istimewa, tutur katanya bersahaja dan peramah berbicara. Adam Zafril seakan jatuh cinta lagi setelah setahun pemergian tunang tersayang, Iffah Nadhirah menemui PENCIPTA. Mana mungkin kisah cinta yang tersemai ketika menuntut bersama-sama di Ireland dalam bidang perubatan yang menghampiri gerbang perkahwinan dapat dilupakan dengan mudah. Hati Adam Zafril sudah lama tidak hinggapi perasaan sebegitu. Bukan tidak ada rakan-rakan sekerja yang cuba mendekat malah jururawat-jururawat muda turut mendekati apabila mengetahui dia sudah single, namun tidak pernah dilayan kerana cinta dan kasihnya masih menebal. Tetapi hari ini, gadis bernama Shafiqah Izreen berjaya membuat jantungnya berlagu irama cinta.

            “ Apa yang kau menungkan tu, Ril?” tegur Lutfi teman serumah Adam Zafril.

            “Tak ada apalah,Fie” kalis Adam Zafril.

            “ Ya ke tak ada apa-apa? Aku rasa kau ni jatuh cinta semula ni, kalau tak akanlah termenung sana, termenung sini,” provok Lutfi.

            “ Entahlah, Fie. Nak kata aku jatuh cinta ke suka       ja aku pun tak pasti,” akui Adam Zafril sambil mengambil alat kawalan jauh televisyen.

            “ Siapa perempuan yang malang tu?” sakat Lutfi.

            Adam Zafril melempar sebiji kusyen kepada Lutfi dan bersuara.

            “ Kurang asam kau, bertuah tau dia dapat aku, pakej lengkap untuk jadi seorang suami dan bapa yang baik,” ujar Adam Zafril.

            “ Perrggh ayat tak boleh tahan, angkat bakul masuk sendirilah kau ni, siapa perempuan yang bertuah sangat tu, Ril?” balas Lutfi sambil memandang Adam Zafril yang sedang mencari rancangan menarik di televisyen diwaktu malam begini.

            ‘’ Dia gadis yang sangat simple, kerja kerani ja tapi dia ada ciri-ciri yang aku nak sebagai isteri dan ibu kepada anak-anak aku nanti.” Jawab Adam Zafril sambil memandang wajah teman serumahnya itu yang duduk bertentangan dengannya.

            “ Kalau macam tu, masuk jalah meminang, jangan tunggu-tunggu lagi. Soal kerja dia tu tak penting, lagi pun aku rasa kau ni dah lebih daripada mampu nak tanggung your future family, soal taraf pendidikan tak akan dibangkit kalau kau dah terima dia seadanya.” Balas Lutfi panjang lebar.

            “ Yang ni yang payah ni, aku belum kenal family dia lagi,” ujar Adam Zafril.

            “ Kalau belum kenal, pergilah kenal-kenal, apa susah sangat ni bro?”

            “ Tak susah tapi aku risau dia tak nak terima aku, lagi pun aku ni dah pernah bertunang,” jawab Adam Zafril.

            “ Okay, kau ada kenal kawan baik dia ke?” tanya Lutfi dalam diam dia membantu Adam Zafril, teman serumah yang merangkap sahabat baikknya itu.
            “ Ada.”

            “ Okay, cantik! Kau minta tolong kawan dia tu untuk kenal family dia dan masuk meminang terus, kau risik sendiri,” cadang Lutfi dengan muka yang beria-ia.

            “ Bagus juga idea kau tu, tak sangka aku Mechanical Engineer depan mata aku ni idea dia mantap,” balas Adam Zafril diiringi ketawa besar dan muka yang berseri-seri.
            “ See the leg lah, bro.” Balas Lutfi bangga.

            ‘’ Terima kasih, Fie. Kau ni bila pula nak masuk meminang Zara? Suruh aku masuk meminang anak dara orang, kau sendiri belum lagi,” giat Adam Zafril.

            “ Aku tengah kumpul duit lagilah Ril, insyaALLAH kalau ada rezeki aku nak terus nikah dan kenduri tak payah tunang-tunang, kita orang pun dah lama berkawan, aku pun risau jugak ke sana ke mari tanpa ikatan.” Jawab Lutfi tenang.

            “ Baguslah kalau macam tu, aku sokong kau daripada belakang, okay!” sokong Adam Zafril sambil menghampiri Lutfi dan menepuk bahu kawannya itu serta berlalu ke biliknya.
                                                ***
            “ Apa mak terima?” terkejut beruk Shafiqah Izreen mendengar apa yang diungkap oleh ibunyanya tadi perihal peminangan daripada lelaki yang tidak begitu dikenalinya itu.

            “ Kamu juga cakap hari tu, mak kalau ada orang masuk meminang Iqa terima ja mak, “ ujar Puan Sabariah sambil mengajuk cara percakapan anaknya.

            “ Mak ambil serius ke? Iqa main-main ja hari tu,” tutur Shafiqah Izreen dengan muka yang serabut. Dia tidak menyangka kata-kata gurauan ketika mereka sekeluarga bercerita pasal nikah kahwin diambil serius oleh ibunya. Ketika itu mereka bercerita mengenai sepupunya, Kak Farah yang bertugas sebagai jurutera menolak pinangan daripada kawan sekerja dengan alasan tidak bersedia berkahwin sedangkan usia sudah mencecah 28 tahun.

            ‘’Kamu ingat soal meminang boleh buat main-main ke?” balas Puan Salbiah sambil tangannya ligat memasukkan bahan kisar untuk menumis Asam Pedas Ikan Pari ke dalam periuk kaca itu.

            “ Yalah Iqa tahu Iqa salah, okay tapi mak tolonglah, Iqa tak naklah kahwin sekarang, Iqa muda lagi, lagi pun Iqa baru ja daftar kat UTMSPACE  untuk belajar out campus, “ pujuk Shafiqah Izreen sambil memaut lengan ibunya.

            ‘’ Mak tak tahu, mak dah pun terima pinangan tu lagi pun bukan calang-calang orang masuk meminang anak mak, doktor tau you! “ ujar Puan Salbiah dengan gaya yang mengelikan hati sesiapa sahaja yang melihat.

            “ Akak, kahwin jalah dengan doktor tu,” sokong adik perempuan bongsunya, Aisyah yang berusia 18 tahun itu.

            “ Kau jalah kahwin dengan dia, akak tak nak,” balas Shafiqah Izreen dengan bibir terjuih.

            “ Syah nak ja kak, handsome pulak tu orangnya tapi masalahnya dia tak meminang Syah, tapi akak!” balas Aisyah sambil menunjukkan jari telunjuknya kepada akaknya.

            “ Habis tu Kak Aza yang sibuk nak kahwin tu mak tak nak kahwinkan pulak,” ujar Shafiqah Izreen mengaitkan kakaknya yang kedua yang berangan-angan nak kahwin tahun ni tapi kerjanya sebagai Civil Engineer pun baru setahun jagung.

            “ Kakak kau tu lain dia dengan Si Khairul tu baru sama-sama nak hidup, Si Khairul tu entah ada berapa ringgit ja simpanan dia nak kahwin dengan anak dara aku,” balas Puan Salbiah sambil tangannya ligat membasuh pinggan mangkuk yang digunakan oleh mereka sekeluarga ketika sarapan pagi tadi.

            “Iqa pun baru nak hidup mak, belum cukup tiga tahun pun kerja,” sangkal Shafiqah Izreen.

            “ Kau ni ada ja alasan ya, kau jangan risau mak akan bantu buat belanja kahwin kau tu nanti, duit KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) mak tu ada, yang penting sekarang ni kau terima jalah, Adam tu baik ja mak tengok, mak ayah dia pun merendah diri ja walaupun diaoarang tu keluarga yang berada mak tengok,” pujuk Puan Salbiah.

            Shafiqah Izreen tidak terkata apa apabila ibunya sudah berkata begitu. Mati akal dia untuk menyangkal. Sebenarnya hubungan dia dan doktor muda itu biasa-biasa sahaja malah mereka tidak pernah berhubung setelah pertemuan makan malam itu. Dia tidak menyangka doktor tu mempunyai niat untuk memperisterinya. Bertambah musykil bagaimana Adam Zafril boleh mengenali keluarganya, lantas wajah Iznani terpapar di retinanya.

            Puan Salbiah yang melihat anak gadis nombor tiganya yang hanya diam tanpa membantah itu terus bersuara.

            ‘’Diam tandanya setujulahkan, Iqa?”

            Shafiqah Izreen tidak menjawab dan hanya berlalu keluar dari dapur yang luas itu tanpa memberi jawapan. Andainya ibunya pasti faham apabila dia berdiam dan tidak mengeluarkan sepatah perkataan tandanya dia hanya menuruti.
                                                ***
            Apalah perasaan aku pada dia, aku pun tak tahu. Nak kata aku suka, sayang, cinta aku pun tak pasti sebab yang aku ingat aku tak pernah ada apa perasaan yang istimewa untuk dia jadi macam manalah aku nak kahwin dan hidup dengan dia nanti? Aku ni dahlah tak layak langsung dengan dia, dia tu doktor, aku ni kerani cabuk yang baru belajar nak hidup nak kumpul harta sedangkan dia dah boleh kata mantap walaupun baru Medical Officer. Bermonolog sendiri Shafiqah Izreen ketika dalam perjalanan pulang ke rumah sewanya. Keluarganya ditinggalkan jawapan yang mereka sendiri tahu.

            ‘’ Reda jalah Iqa, mungkin ini jodoh kau,” cakap Shafiqah Izreen sendiri ketika memasuki taman perumahan rumah sewanya.

            “ Aku kena bagi dia syarat, kalau dia nak kahwin dengan aku,” ujar Shafiqah Izreen lagi sambil akalnya ligat memikirkan syarat tersebut.
                                                ***
            “ Itu ja syaratnya, Izreen?” tanya Adam Zafril meminta kepastian sambil menyedut air dihadapannya.

            “ Ya.” Jawab Shafiqah Izreen pendek.

            “ Jangan risau saya tak akan halang awak further study malah saya suka dan bangga have the future wife like you yang tak jemu nak menuntut ilmu tapi soal tinggal asing-asing untuk tempoh tiga bulan lepas kahwin tu saya tak setuju,” ujar Adam Zafril tegas sambil matanya memandang tepat mata gadis yang bergelar tunangannya kini semuanya atas bantuan Iznani dan sokongan Lutfi.

            “ Kenapa?” tanya Shafiqah Izreen selamba.

            “ Kita dah sah jadi suami isteri masa tu buat apa nak tinggal asing-asing? “ jawab Adam Zafril juga selamba.

            “ Tapi saya tetap dengan syarat saya,” pintas Shafiqah Izreen sambil memeluk tubuh.
            “ Saya tak setuju!” ujar Adam Zafril tegas.

            “ Peduli apa saya awak tak setuju, saya tetap akan menyewa dengan kawan-kawan saya.” balas Shafiqah Izreen berani.

            “ Peduli sebab saya ni bakal suami awak, Izreen bukan kawan-kawan awak.” Pintas Adam Zafril pula.

            Hampir kalah Shafiqah Izreen dengan pernyataan Adam Zafril itu namun dia tidak mahu nampak lemah di hadapan lelaki itu.

            “ Awak nak penuhi syarat ni atau saya akan batalkan perkahwinan ni?” ugut Shafiqah Izreen dengan mengangkat kening sebelah, macam Ziana Zain gitu.

            “ Berani ke awak nak batalkan?” cabar Adam Zafril kerana dia tahu tempoh untuk mereka bergelar suami isteri hanya tinggal tak sampai sebulan.

            ‘’Awak lupa ke Dr. Adam Zafril yang kuasa ijab dan kabul tu dalam tangan perempuan dan cerai tu dalam tangan sang suami atau yang lebih tepat lagi lelaki!” ujar Shafiqah Izreen cukup tenang dan bersahaja.

            Geram betul aku dengan bakal bini aku ni, ada ja jawapan dia. Aku ingat dah angkat bendera putih tadi, ngomel Adam Zafril dalam hati.

            “ Okay baiklah saya terima dan pintu rumah kita tu terbuka bila-bila masa ja untuk awak, sayang. Tapi saya nak awak kurangkan tempoh tu boleh tak, sayang?” pujuk Adam Zafril dengan harapan syarat tersebut dapat dibatalkan terus.

            “ Tak boleh.” Jawab Shafiqah Izreen tegas dan pendek. Geli-geleman betullah telinga aku dengar dia panggil aku sayang, ngomel Shafiqah Izreen dalam hati.

            “ Okay tak apa, saya akan pastikan syarat akan terbatal oleh awak sendiri.” Balas Adam Zafril sambil menghadiahkan senyuman paling manis buat gadis kesayangannya itu.
            Gerun jugak Shafiqah Izreen mendengar tapi wajahnya cuba dibiasakan.

            “ Saya nak balik, dah malam ni. Hantar saya sekarang boleh?” pinta Shafiqah Izreen untuk menamatkan pertemuan dan perbincangan tersebut.

            “ Boleh,sayang sekejap saya pergi bayar dahulu.” Jawab Adam Zafril dengan senyuman manis dengan berlalu ke kaunter bayaran.
                                                ***
            “ Aku terima nikahnya Shafiqah Izreen Binti Abdul Ghafar dengan mas kahwinnya dua puluh dua ringgit setengah tunai.”

            Sebaik sahaja lafaz akad ijab dan kabul dilafazkan lancar dan tenang oleh Adam Zafril Bin Mohd Sufian  sahlah dia bergelar isteri kepada doktor muda itu.

            Majlis menerima menantu disambut meriah oleh keluarga Shafiqah Izreen, yang paling gembira tentulah ibunya, Puan Salbiah yang seronok benar dapat menantu seorang doktor muda yang handsome pulak tu. Rakan-rakan sekolahnya tidak menyangka dia akan berkahwin seawal itu kerana ketika zaman persekolahan tidak pernah mereka mendengar dia bercouple dengan sesiapa sebab itu mereka menganggap dia kampung girl di tengah bandar Johor Bahru.

            Malam semakin gelap ramai saudara-mara dan jiran tetangga yang datang membantu sudah pulang ketika itu hanya tinggal mereka sekeluarga, neneknya Hajah Hadijah serta Mak Uda dan Mak Ateh yang berada dalam rumah tersebut.

            Adam Zafril masih rancak berbual dengan abang iparnya, Abang Faizal di luar rumah. Entah apa yang mereka bicarakan. Ketika ini sesi urut mengurut sedang berlangsung antara ibunya, Mak Uda, Mak Ateh dan Kak Sarah di bilik Aisyah. Dia turut memeriahkan suasana tersebut. Neneknya sudah lena melayan mimpi. Penat sangat agaknya, padahal nenek cuma tolong mak pegang salam kaut yang orang beri ja kot, hehehe.

            “ Iqa, pergi masuk biliklah,” suruh Kak Sarah apabila melihat Shafiqah Izreen baring atas katil bujangnya itu dalam bilik yang dikongsi bersama Aisyah sebelum ini.
            “ Alah, Iqa nak tidur sinilah,” balas Shafiqah Izreen selamba dengan matanya yang sengaja dipejamkan. Misinya memang nak tidur dalam bilik itu.

            Puan Salbiah yang mendengar jawapan Shafiqah Izreen terus menyampuk.

            “Kau jangan mengada-ngada nak tidur bilik ni, tu bilik pengantin kau mak dah buat besar-besar cantik-cantik tu nak buat apa? Buat perhiasan?”
            Kak Sarah pula menambah, “ Iqa, pergi masuk bilik kau, kalau laki kau tahu kau tidur sini nanti apa pulak dia fikir,”
            Tiba-tiba Aisyah berbisik ditelinganya,”Akak takut first night ya?”hehe”
            Serta-merta Shafiqah Izreen mencubit lengan adik bongsunya itu dan membulatkan mata.

            Puan Salbiah mengesa-gesa Shafiqah Izreen keluar dari bilik itu.

            “ Dah pergi masuk bilik kau,”

            Kak Sarah dan Aisyah hanya tersenyum sumbing bersama yang lain. Nak atau tak dia perlu keluar dari bilik itu.
                                                ***
            Ketika Shafiqah Izreen memasuki bilik pengantin yang berdekatan ruang tamu itu, Adam Zafril dilihatnya sedang berbaring sambil membaca majalah yang mungkin diambil dari ruang tamu.

            Shafiqah Izreen dengan selambanya mengeluarkan toto dan menghamparkannya di lantai. Dia mengambil bantal kepala di atas katil itu dengan berhati-hati agar tidak mengganggu pembacaan suaminya itu.

            “ Sayang buat apa tu?”

            Hampir tersentap dia mendengar teguran sang suami yang dibelakanginya itu.

            “ Nak tidurlah,” jawab Shafiqah Izreen selamba sambil menepuk-nepuk bantal kepalanya.

            ‘’ Tidur kat atas katil jangan nak ngengada nak tidur bawah,” arah sang suami.

            “ Kalau nak tidur kat sini tak boleh ke?” tanya Shafiqah Izreen berani.

            “ Nak ke dilaknati malaikat sepanjang malam sebab mengingkari arahan sang suami untuk tidur disisinya?” provok Adam Zafril yang berada di atas katil King Size itu.

            ‘ Laki aku ni kan memang sengaja buat aku takut, dahlah ni baru malam pertama kahwin tak akan nak buat dosa pada suami’ bisik hati Shafiqah Izreen.

            Akhirnya dia mengalah, dia bangun dan meletakkan bantal peluk di tengah-tengah antara mereka kemudian barulah dia meletakkan kepala atas bantal. Cuba berlagak selamba walhal berdebar gila takut diapa-apakan oleh sang suami. Kali pertama tidur sekatil dengan seorang lelaki semestinya berdebar dan malu.

            Adam Zafril hanya memerhatikan gelagat sang isteri dan tersenyum kecil sahaja seakan dapat dibaca apa yang ditakuti oleh sang isteri.

            Shafiqah Izreen hanya baring menelentang sahaja maklumlah kalau tidur membelakangkan suamikan berdosa.

            Dia cuba memejamkan mata namun gagal. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi tanda ada mesej yang yang baru diterima lantas dia bangun dan mengambil telefon bimbitnya yang terletak di meja kecil di tepi katil itu.

            Iznani
            Wei, cepat sikit bagi anak sedara untuk aku. :p

            Geram betul dia apabila membaca mesej tersebut dan terus membalas.

            Shafiqah Izreen
            Beranak sendirilah wei.. :p Aku nak tidurlah,bye.

            Selepas membalas mesej tersebut dia terus meletakkan handphonenya di temaptnya semula, namun dia sangkakan Iznani sudah habis rupanya tidak.

            Iznani 
            Aku lambat lagi..amboi, dah nak start ea..sorry ganggu..hahaha.

            Sakit hati betul Shafiqah Izreen melihat SMS terakhir yang dihantar oleh Iznani.

            Shafiqah Izreen cuba berlagak selamba dengan meletakkan kepalanya atas bantal dan baring menelentang dengan mata memandang kipas yang berpusing sederhana di siling bilik itu.

            Adam Zafril yang sedang membaca menegur isterinya.

            “ Kenapa? Tak boleh tidur ke?”

            Tersentak Shafiqah Izreen mendengar teguran sang suami.

            “ Taklah, nak tidurlah ni,” jawab Shafiqah Izreen dengan mengambil kusyen kecil yang dipegangnya tadi dan ditutupnya mukanya denagn menggunakan kusyen itu supaya matanya dapat dilelapkan dengan posisinya sama seperti tadi.

            Shafiqah Izreen cukup mengantuk sebenarnya. Melalui pendengarannya, dia dapat mengetahui suaminya bangun dari katil mereka dan menekan suis lampu. Serta merta bilik itu menjadi gelap gelita.

            ‘Alamak, dia tutup lampu..kena jaga-jaga ni,’ bisik hati Shafiqah Izreen.

            Shafiqah Izreen dapat berasakan bantal peluk yang berada di antara mereka dialihkan sang suami. Dia cuba melenakan tidurnya namun gagal. Dia dapat merasakan tangan sang suami melingkari badannya, kusyen yang menutupi mukanya dialihkan namun matanya tetap dikatup rapat serapat-rapatnya.

            Adam Zafril mengalihkan posisi isterinya dengan mengiring menghadapnya, dia mengambil tangan sang isteri dan dilingkarkan dibadannya. Dia tahu isteri yang baru dinikahinya semalam masih belum tidur. Dia berbisik lembut di telinga isterinya.

            “ Abang tahu sayang belum tidur lagi,sayang jangan takut okay abang tak akan minta hak abang selagi sayang tak sedia, abang tak zalim sayang. Abang nak sayang tahu yang abang betul-betul cinta dan sayangkan,sayang.” Kemudian dahi dan pipi sang isteri dikucup lembut dan penuh kasih sayang. Tak lupa bibir mungil sang isteri turut diragut lembut.

            Dalam diam Shafiqah terpaku dan rasa terharu dengan apa yang dibisikkan dan dilakukan oleh sang suami. Dia berasa begitu selamat dalam dakapan seorang suami.  Dia berasa dirinya dibius oleh doktor muda itu. Bius yang paling kuat, ubat bius yang bisa menikam seluruh jiwa dan hatinya yang belum pernah dimiliki oleh mana-mana lelaki sebelum ini. Itulah dia rasa seperti dibius cinta!Tidurnya malam ni bagaikan yang paling lena sekali. Tanpa sedar dia membalas lembut kucupan sang suami dibibirnya. Dia ingin menyerahkan seluruh jiwa dan raganya buat lelaki ini. Mulai saat ini dia akan belajar mencintai dan menyayangi sang suami dengan sepenuh hatinya. Dia dapat mendengar suaminya menitip doa. Dia terpegun dengan tingkah laku sang suami yang mengikut tata tertib Islam.

            Akhirnya malam merangkak pergi membawa seribu kenangan buat pasangan pengantin baru itu.
                                                ***
            Adam Zafril baru sahaja selesai membersihkan diri. Dia mengelap tubuhnya yang basah dengan kain tuala. Matanya terpandang wajah isteri tersayang yang masih lena lagi pantas kenangan semalam menyinggah mindanya. Sungguh dia berasa sangat bahagia dengan apa yang dilaluinya bersama Shafiqah Izreen. Dia bersyukur kerana memiliki seorang wanita yang tahu menjaga kehormatan diri.

            Setelah siap bert-shirt dan berkain pelekat, dia mengejutkan isterinya. Terasa ingin disentuh dan dikucup wajah itu sepenuhnya bagi menggambarkan sayang dan cintanya buat wanita itu namun mengenangkan wuduk sudah diangkat maka diberhentikan dahulu niat itu.

            ‘’Sayang, bangun sayang, kejap lagi dah masuk subuh,” kejut Adam Zafril perlahan sambil menyentuh bahu isteri yang ditutupi comforter itu sambil memandang jam di dinding yang menunjukkan 5.40 pagi.

            Sedikit mamai Shafiqah Izreen apabila terdengar namanya diseru. Serta-merta mukanya merah apabila memandang wajah suaminya yang ‘sebenar-benarnya’ itu yang betul-betul dekat dengan mukanya itu. Kelihatan suaminya sudah siap membersihkan diri.

            Lantas dia bangun sambil menutupi tubuhnya dengan comforter. Adam Zafril yang cukup memahami menghulurkan tuala dan kain batiknya yang yang disidai di tempat penyidai. Disambut malu oleh Shafiqah Izreen. Tapi mengenangkan waktu subuh yang cukup pendek terus dia segera bangun dari katil dan keluar menuju ke bilik air yang terletak di dapur.
                                                ***
            Setelah selesai mengaminkan doa oleh suaminya, dia terus mengambil tangan kasar itu dan dikucupnya lembut, terasa satu ketenangan dan kebahagian menjalar seluruh jiwanya apabila tangan itu disalam dan dikucup lembut.

            Adam Zafril terus menghadiahkan kucupan didahi isterinya. Tanpa rasa segan Shafiqah Izreen pula menghadiahkan kucupan dipipi kiri dan kanan suaminya.

            Terpana Adam Zafril dengan tindakan bersahaja sang isteri rasa bahagia tak dapat dicerita. Dia berasa dirinya sudah diterima dengan baik sebagai suami oleh Shafiqah Izreen.
            “Abang, Iqa minta maaf sebab macam tak reda kahwin dengan abang,” ujar Shafiqah Izreen sambil memandang tepat wajah tampan itu yang duduk bersila di hadapannya itu.

            Adam Zafril tersenyum lebar kerana panggilan istimewa itu telah pun digunakan oleh isterinya, dia fikir dia akan kempunan untuk mendengar panggilan mesra daripada bibir mungil isterinya itu.

            Sambil mengangkat sedikit dagu isterinya dia bersuara, “ Sayang, abang faham keadaan sayang masa tu okay, sayang terkejut mungkin, tapi apa-apa pun abang gembira sebab sayang dah terim abang sebagai suami sayang. Kiranya syarat kedua dah batallah ni?’’ ujar Adam Zafril dengan senyuman penuh makna.

            Shafiqah Izreen tersipu malu dengan apa yang diperkatakan oleh suaminya itu, tanpa memberi jawapan dibibir kucupan dipipi kiri dan kanan untuk  suaminya harap dapat memberi jawapan bagi persoalan suaminya itu.

            Adam Zafril terus merangkul erat tubuh sederhana isterinya itu, kucupan  diberi didahi dan dibibir isterinya. Sempat dibisik kalimah keramat ditelinga isterinya yang dilitupi telekung itu, “ I love you so much, sayang!”

            Shafiqah Izreen turut membisikkan kalimah keramat buat suaminya, “ Sayang, love abang ketat-ketat!”. Selepas mengucap perkataan spontan itu meletus ketawa kecil dari bibir suaminya itu. Dia turut ketawa bersama. Bahagia menjalar diseluruh jiwa pasangan itu. Di hening subuh menjadi saksi penyatuan dua jiwa sepasang pengantin baru.
                                                ***

            Tiga tahun berlalu...

            “ Sayang, cepat sikit nanti jammed lambat pulak nak beratur nanti,” jerit Adam Zafril dari luar rumah. Dia sedang memasukkan stroller anak mereka, Zahir Farhan yang berusia dua tahun setengah di belakang Honda CRV. Hari ini mereka akan menghadiri majlis konvokesyen Shafiqah Izreen di UTM,Skudai. Alhamdulilah akhirnya penat lelah isterinya berbaloi. Pembahagian masa sebagai pekerja, isteri, mama dan pelajar cukup berkesan. Segulung ijazah yang diimpi oleh isterinya akhirnya dalam genggaman.

            “ Ya, bang. Iqa dah siap ni, “ jawab Shafiqah Izreen yang berada di tengah pintu dengan  memegang beg berisi jubah dan beg tangan. Hari itu dia menggayakan baju kurung batik sutera yang berwarna biru turquoise dan digayakan dengan tudung bawal senada.

            ‘’ Dah habis touch up dah?” usik suaminya yang sedang menghidupkan enjin kereta.

            “ Dah,” jawab Shafiqah Izreen diiringi ketawa kecil.

            “ Baguslah, Zahir dah tidur dibuatnya tunggu mamanya bersiap,” ujar Adam Zafril sambil mengunci grill rumah mereka sementara isterinya menyarung kasut bertumit rendah berjenama Hush Pupies itu. Kalau tidak kerana hamil tiga bulan pasti isterinya sudah menyarung high heels.

            Selepas siap Shafiqah Izreen mengunci pintu pagar rumah semi-d dua tingkat itu mereka pun bergerak menuju ke majlis penuh bermakna buat isterinya.
                                                ***
            Akhirnya perkahwinan yang dibina tanpa rasa cinta dihati Shafiqah Izreen membawa bahagia seribu rahmat. Keikhlasan seorang lelaki untuk mengahwini dan memiliki dirinya rupanya tidak memerlukan rasa cinta dihatinya terlebih dahulu kerana lelaki itu punya ubat bius yang paling kuat untuk ‘ pesakit istimewanya’ itu. Dia berasa teramat bahagia menjadi isteri Adam Zafril Mohd Mazlan sekaligus ibu buat Zahir Farhan dan anak mereka yang bakal lahir awal tahun depan.

            Ucapan terima kasih tidak terhingga buat suaminya yang sudi menerima dirinya seadanya kerana dia kelihatan sempurna dimata suaminya. Buat Iznani teman serumah aka sahabat  terima kasih kerana membantu Adam Zafril mendekati dan mengenali keluarganya sehingga mereka bergelar tunangan. Iznani kini mempunyai firma guaman sendiri dan juga bahagia bersama suami dan dua anaknya. Buat ibu tersayang, Puan Salbiah juga terima kasih diucapkan kerana tahu jodoh yang terbaik buat anak perempuannya ini.

            Kerana apendiks Iznani, Adam Zafril dan Shafiqah Izreen bertemu dan menemui bahagia. Tidak disangka seorang doktor mampu memberi bius cinta yang hebat! Terima Kasih Allah!
***********************************************************************
                       

6 comments:

  1. farida ashiken : terima kasih byk2 ya sbb dudi jelajah blog iman lily dan baca dan komen :)
    terharu sgt ;)

    ReplyDelete
  2. sweetnya.. citer ni simple tapi best..

    ReplyDelete
  3. Bru smpt bca sbuh2 ni . Best iman citer ni ..

    ReplyDelete
  4. Best n sweet....baru jer singgah blog ni....:)

    ReplyDelete

dah baca? terima kasih dan lagi best kalau awak write something here :)