Projek
Cerpen : Bukan Perempuan Suci
16/6/20/14
IMAN
LILY
Cahaya
Suci itu namaku. Nama unik yang diberikan oleh mama dan papa. Semua orang
memanggil aku Suci. ‘Suci’ kata mereka.
‘Suci’
mengikut kamus maksudnya bersih, tidak bernoda, tidak berdosa. Tapi diriku
bukan seSuci itu. Aku bukan perempuan suci. Suchi tidak sesuci yang dimaksudkan
oleh kamus itu.
Nama
Cahaya Suci tidak mampu menjadi ‘doa’ yang terbaik buat perempuan bernama
Cahaya Suci ini. Nama itu doa bagi setiap manusia. Nama yang membawa maksud
baik pasti menjadi doa yang terbaik buat diri seseorang.
Aku
merenung kembali maksud ‘suci’ itu buat diriku. Ya Allah begitu jauh sekali
makna suci itu terhadap diriku. Tiada palitan ‘suci’ yang menghinggapi diriku.
Bak kata pepatah Melayu, jauh panggang daripada api. Jauh nasi daripada kuah
asam pedasnya.
Aku
merenung tudung bawal berbidang 60 yang menutupi dadaku. Aku merenung jubah hitam
yang menutupi seluruh tubuhku ini. Semuanya nampak indah diluar. Hakikat isinya
penuh noda dan dosa. Kulit luar saja indah tapi isi dalamnya cukup indah khabar
daripada rupa. Umpama kulit luar mempelam yang tampak licin dan bersih diluar
tetapi dalamnya sudah diteroka ‘insan’ lain. Purdah yang menutupi sebahagian
wajahku ini turut menghibaku. Tiada ‘suci’nya lagi wajah ini. Wajah yang
sepatutnya dilindungi daripada ‘mata’ lain, aku pertontonkan untuk yang tidak
berhak sesuka hatiku.
Aku bangga menayangkan lekuk tubuhku yang
cukup menggiurkan. Aku bangga menayangkan peha gebu untuk ditatapi lelaki-lelaki
kesayanganku. Aku menonjolkan aset didadaku dengan rasa riak. Aku suka tatkala
ada perempuan yang menjeling ‘kelebihanku’ itu. Makin ligat aku berjalan bagai
bercatwalk.
Wajah
ini ‘diwarnakan’ mengikut pelbagai tema dan trend. Macam-macam warna sudah
kugayakan dikelopak mataku dengan keterlaluan. Bulu keningku, ku pantis. Ku
bentukkan mengikut sukaku.
Bibirku
yang merekah bak delima ku dekatkan bersahaja pada wajah lelaki-lelaki yang
mencari keseronokkan duniawi. Setakat pipi apalah sangat bagiku dahulu.
Tapak
tanganku ini sekiranya boleh diimbas dengan sinaran radioaktif pasti tidak
terkira jumlah tangan-tangan bukan mahram yang pernahku sentuh dahulu. Kulit sengaja
kudekatkan dengan kulit yang bukan mahram.
Suara sengaja aku manjakan dan lembutkan
tatkala berbicara dengan lelaki-lelaki. Sengaja ku berlagak manja dan ‘daring’.
Sengaja mahu jadi penggoda.
Liuk
lentok tubuhku apabila berbicara dengan teman-teman lelakiku. Aku bangga
apabila mereka memeluk erat pinggang rampingku tatkala berdua. Aku gembira bila
mereka mengusap-usap pipiku yang bak pauh melayang ini. Jikalaulah pipi ini
juga boleh di x-ray dengan sinar radioaktif pasti banyak bekasnya bibir-bibir
yang pernah meghinggapi pipiku ini.
Aku
tak pernah berasa diri ini ‘sesuci’ namaku. Cahaya Suci hanya nama tapi tidak
pemiliknya. Pemiliknya penuh dengan noda.
Tetapi
syukur, sesosial dan sifat terbuka diriku ini, tidak pernah aku menyerahkan
satu lagi mahkota diriku kepada lelaki-lelaki itu. Hanya sentuhan dan
berpelukan saja ku serahkan.
Walaupun begitu, tidak pernah berasa diriku
ini masih ‘dara’, masih suci. Aku tetap perempuan yang kotor dan penuh noda.
Pemikiran
terbuka dan kebaratan aku dulu tidaklah sampai menjebakkan aku kepada seks
bebas. Aku takut dijangkiti virus-virus yang membunuh itu. Aku seorang yang
mementingkan penjagaan kesihatan dan kebersihan.
Peristiwa
aku hampir dirogol bergilir-gilir oleh penjenayah yang merompak teratak usang
keluargaku cukup memberi trauma yang hebat buat diriku. Ketika itulah aku tersentak,
tersedar dan berasa seperti ‘dicuit’ ‘rasa’ itu oleh Allah s.w.t yang Maha
Pengasih dan Maha Penyayang. Aku menangis semahu-mahunya. Aku berterima kasih
yang tidak terhingga kepada DIA kerana menyelamatkanku daripada menjadi
‘hidangan’ buat binatang-binatang itu.
Aku
mula membawa diri ini mengenal siapa diriku. Aku memahami diriku dengan namaku,
Cahaya Suci. Apabila aku mengenangkan maknanya, aku meraung kerana aku bukanlah
sebaik namaku. Cahaya yang suci. Aku tidak mendapat kedua-duanya. Cahaya
daripada-NYA pun tidak apatalah lagi ‘suci’ itu.
Di
usiaku 26 tahun barulah aku memahami apa itu ‘aurat’. Kenapa pentingnya menutup
aurat. Aku memandang perempuan-perempuan Islam yang berjaya melindungi tubuh
dan pandangan mereka daripada mata-mata lelaki ajanabi. Aku melihat kekaguman
kerana keakuran mereka akan perintah ALLAH dan rasul yang satu itu.
Cahaya
yang sepatutnya sudah lama bersinar dalam diriku baru aku berasa biasannya. Aku
baru mengenal apa itu ‘taufik’ dan ‘hidayah’. Taufik, pertolongan daripada
ALLAH yang diberikan-NYA tatkala aku hampir menjadi mangsa ratahan manusia.
Hidayah, petunjuk daripada Allah s.w.t ke arah kebenaran. Bukan lagi tipu daya
dunia.
Allah s.w.t berhak memberi taufik dan
hidayahnya kepada sesiapa yang DIA kehendaki. Aku yang dikehendakinya. Aku juga
sangat memerlukan taufik dan hidayah itu.
Aku
mula koreksi diriku ini. Aku menyedari sikapku dulu yang semata-mata ingin
mendapatkan perhatian dan pandangan daripada kaum adam sahaja. Aku mahu mereka
melihat kecantikan dan kejelitaan yang aku miliki. Aku mahu mendapat tempat
dihati mereka. Aku mahu tampak menyerlah antara perempuan lain. Aku mahu
‘glamor’. Aku mahu dikenali sesiapa saja walau apa cari sekali pun. Walau aku
tahu, cinta yang ditabur oleh lelaki-lelaki hidung belang itu hanyalah bersifat
luaran sahaja. Memandang apa yang ada pada zahirku sahaja.
Aku
rasa begitu terlewat sekali menutup apa yang ada pada tubuhku. Aku telah
mempersia-siakan perintah yang mengangkat tinggi darjat seorang perempuan
disisi ALLAH.
Purdah
yang menutupi sebahagian wajahku ini bukanlah tandanya aku perempuan yang
‘suci’. Aku cuma seorang perempuan yang berusaha daripada menjadi punca zinanya
mata bagi lelaki bukan mahramku.
Tudung
yang labuh, purdah yang dipakai, labuhnya baju mahu pun longgarnya pakaian
bukan bertujuan tampak alim atau baik dimata orang lain. Tetapi perjuangan
menegakkan ‘kesucian’ diri seseorang muslimah. Apa yang ditampalkan pada tubuh
bukan gambarannya iman dan takwa tetapi perjalanan seseorang hamba yang
berusaha menunaikan perintah ALLAH dan rasul. Iman itu hanya sebesar zarah dan
mungkin juga sebesar biji sawi. Iman itu bukan boleh dikira dengan formula
matematik. Iman juga bukan boleh diukur dengan panjangnya kain tetapi iman itu
bersifat mudah lebur seperti besi, mudah cair seperti ais. Hanya iltizam dan
istiqamah yang menunjanginya. Itulah aku Cahaya Suci.
Akan
tetapi aku tetap berasa diriku ini bukan perempuan suci. Aku telah gagal
memelihara ‘kesucian’ diriku. Aku telah membiarkan tangan-tangan kotor memalitkan
noda setiap lekuk tubuhku. Aku membiarkan mereka meninggalkan hanya sisa buat
bakal suamiku. Aku membiarkan mereka menatap setiap lekuk dan mulus tubuhku. Naifnya
aku dahulu. Dangkalnya akalku dahulu.
Bagi
diriku, kesucian seseorang gadis itu bukan terletak pada ‘dara’ tetapi
‘sucinya’ tubuh mereka daripada hinggapan dosa-dosa itu. Sucinya gadis apabila
berjaya melindungi tubuh mereka daripada pandangan yang bukan muhrim mereka.
Sucinya gadis apabila berjaya mengekang kulit mereka daripada kulit yang bukan
mahram mereka. Sucinya gadis apabila berjaya melindungi pandangan dan suara
merdu mereka. Itulah nilai ‘suci’ bagi seorang perempuan.
Tapi
itu bukan aku. Aku Cahaya Suci yang gagal menyinarkan cahaya yang suci lagi
bersih buat diriku. Cahaya Suci ini bukan perempuan suci!
***
NOTA MATA
HATI PENULIS :
HANYA REKAAN
PENULIS SEMATA-MATA. TIADA KENA MENGENA DENGAN YANG HIDUP ATAU PUN YANG MATI.
YANG BAIK
JADIKAN TELADAN, YANG BURUK JADIKAN SEMPADAN.
YANG BAIK
WUJUDNYA DARIPADA ALLAH SWT, YANG BURUK WUJUDNYA DARIPADA PENULIS SENDIRI.
Dlm mkna crita ni...
ReplyDeletealhamdulilah awak dapat 'merasakan' apa yg iman nak sampaikan ;)
DeleteMenarik sekali..nasihat berguna untuk kita semua..tahniah iman lily..
ReplyDeleteterima kasih sayang kak fiza ;)
DeleteDear Iman
ReplyDeleteThanks atas cerpen ini... menarik dan maksud di sebaliknya amat menarik..
tanpa kita ketahui "suci" diri kita bukan sekadar "dara" tetapi "suci" diri kita merangkumi setiap inci diri kita. Sucikah diri kita andai setiap inci tubuh @ aurat kita org yg bukn mahram kita dah telanjangiiii... suci kah kita andai Allah sudah murka... Nabi kita Muhammad dah menangis kerana kecewa umat kecintaan nya telah merendahkan maruah sebegitu sekali
tahniah iman
love
kak ita
terima kasih sayang kak ita ;)
Delete