KERANA TAKDIR ITU...
BAB 18 (b)
Munirah
mengurut perlahan tubuh tegap suaminya. Menggeletar jari-jarinya untuk
menari-nari di atas batang tubuh yang meniarap selamba di hadapan televisyen
itu. Tidak pernah seumur hidupnya mengurut badan lelaki waima ayah dan abangnya
sendiri.
Firas Amsyar dapat merasakan
kegigilan tangan isterinya. Dia tersenyum sinis. ‘Ketar kepala lutut kau,’
desisnya nakal. Dia sengaja membuat permintaan itu. Sengaja meminta ‘perhatian’
dan ‘belaian’ daripada seorang isteri. Lagi pun badannya memang tegang beberapa
hari kebelakangan ini. Hafsham ada mengesyorkan kepadanya untuk pergi berurut
ke tempat ala Thai itu tetapi dia tidak suka berkunjung ke tempat sebegitu.
‘’Urutlah kuat sikit. Lembik macam
orang tak makan aje,’’ provok Firas Amsyar. Sengaja mendengki isterinya.
‘’Tangan perempuan mana sama dengan
tangan lelaki, encik. Lagi pun urut suami kenalah lembut-lembut. Tak boleh
kasar-kasar. Dengan penuh kasih sayang.’’ Pandai sungguh Munirah menjawab.
Firas Amsyar yang sedang meniarap di atas karpet di hadapan ruang televisyen itu mencebirkan bibirnya.
Munirah mengurut tubuh tegap itu
dengan menggunakan minyak aromaterapi lavender secara lembut dan
bersungguh-sungguh. Dia mahu menawan hati suaminya dengan urutan yang penuh
rasa kasih sayang. Dia mahu suaminya mengakui ‘keajaiban’ urutan daripada
seorang isteri.
Firas Amsyar mencebirkan bibirnya.
‘’Kau nak goda aku ke? ’’ tebak Firas Amsyar. Dia seakan dapat berasa ada udang
galah disebalik mee bandung Muar.
Munirah tersenyum saja. Tangannya
masih ligat dengan urutan di kedua-dua bahu suaminya. Dipicitnya perlahan.
‘’Ya! Dah tergoda ke?’’ balas
Munirah cukup berani dan yakin.
Ya, dia sedang ‘menggoda dan
menawan’ gunung dihati suaminya. Gunung keegoaan yang puncaknya terlalu tinggi.
Perlu didaki dengan kesungguhan dan keyakinan. Banyak denai dan cerun yang
perlu dilalui. Walau mencabar Munirah tetap ingin mendaki.
Firas Amsyar menyepetkan kedua-dua
matanya. Dia secara tiba-tiba membalikkan tubuhnya. Terkejut Munirah dengan
tindak balas sebegitu.
Dia mengubah posisinya dengan duduk
bersila menghadap isterinya. Munirah yang duduk bertimpuh hanya terdiam. Dia
menanti saja reaksi suaminya. Sengaja ‘menggoda’ suaminya.
Firas Amsyar mendekatkan wajah
mereka. Dia menyebak rambut panjang isterinya dan diselitkan di belakang
kedua-dua telinga isterinya. Tangannya merayap ke dahi, mata, hidung dan bibir
isterinya.
Munirah mengambil peluang menatap
wajah suami tersayang dengan jarak yang sangat dekat. Suaminya memiliki bentuk
paras bujur sirih yang mencerminkan seorang yang sensitif dan penyayang. Dia melihat dahi suaminya yang luas. Mungkin
seluas itu juga pemikiran suaminya. Dahinya nampak ke depan. Jendul! Tapi ada
orang kata, dahi sebegitu orangnya bijak. Kening suaminya tidak terlalu lebat.
Suaminya memilik sepasang mata yang mata hitamnya berada di tengah-tengah. Mata
sebegini menggambarkan suaminya seorang yang bercita-cita tinggi dan tahu apa
yang diinginkannya. Suaminya juga memiliki hidung yang mancung dan bulat.
Suaminya memang jelaslah seorang yang bertenaga dan sentiasa ingin tahu. Memang
segala perkara yang dibuatnya pasti suaminya ingin tahu. Semuanya kena
diberitahu. Kalau tidak mulalah mengaku dia itu suami!
Firas Amsyar memiliki bibir yang
nipis yang mencerminkan dia seorang yang bijak. Suaminya mungkin bijak dalam
menguruskan perniagaan bapa mertuanya. Cuping telinga yang kecil menandakan
suaminya seorang yang bertanggungjawab kepada keluarga. Ya, benar! Dia nampak
bagaimana suaminya melayan kedua-dua buah keluarga.
Firas Amsyar ralit memerhati
isterinya yang ‘seronok’ menelanjangi parasnya. Firas Amsyar memegang kepala
Munirah dan menyatukan dahi mereka. Mata
mereka bertentang. Dada Munirah berdebar. Ritma jantung mula tidak sekata.
‘’Dah puas tilik muka aku, Munirah?
Aku tahulah aku ni handsome sangatkan. Mesti kau dah tergodakan?’’ tebak Firas
Amsyar dalam keadaan dahi mereka bersatu. Sinis saja nadanya.
‘’Ya! Tergoda sangat! Tak sangka
tampannya suami saya ni,’’ balas Munirah bersahaja dengan beraninya mengusap
pipi suaminya.
Firas Amsyar menahan dedar dadanya.
Dia menggerakkan kepalanya ke kanan. Bibirnya lantas menjadikan pipi gebu
isterinya sebagai sasarannya.
Chup!
Ciuman pendek yang cukup
menggetarkan naluri Munirah. Alamak, siapa pula yang tergoda sekarang ni?
Firas Amsyar menolak tubuh sederhana
Munirah menyandar ke badan sofa. Dia meniup perlahan telinga kiri isterinya.
Jantung Munirah sudah berdegup
dengan lebih kencang. Jika dibuat ECG atau ekodiagram ketika itu pasti
bacaannya tidak normal!
‘’Aku sayangkan kau budak
kecik!’’bisik Firas Amsyar.
Mulut Munirah sudah mengukir huruf
O.
Firas Amsyar terus bangkit selepas
memberitahu sesuatu yang cukup bermakna buat Munirah. Dia membiarkan isterinya
terus tertanya-tanya dan ‘tergoda’ sendiri.
Selepas batang tubuh suaminya
menghilang dari pandangan, Munirah memegang pipi gebu kirinya yang sudah
mendapat cop SIRIM. Telinga yang masih berbekas hembusan angin asmara daripada
suaminya dipegang. Bagaikan terasa kehangatan tiupan angin daripada bibir Firas
Amsyar.
‘Betul ke apa yang dia cakap tadi?’
‘Dia main-mainkan aku kot?’
‘Tapi aku pun sayangkan dia!’
Munirah bersoal jawab dengan hatinya
sendiri. Dia tersenyum penuh makna tersirat.
***
Amelia melentokkan kepalanya dibahu lelaki yang
berdarah diraja itu. Tengku Zachrie lelaki kerabat diraja yang baru saja
berjaya didekatinya. Ketampanan dan ketebalan poket lelaki itu merupakan
kriteria yang menjadi taruhannya.
‘’Honey,
I gembira sangat bersama you. Bila kita
nak kahwin? I tak sabar nak jadi family kerabat ni,’’ ujar Amelia dengan
suaranya yang memang sedia manja itu.
Tengku
Zakri mengherotkan bibirnya, namun kepala teman wanitanya itu tetap diusap
manja. ‘’Kahwin? I tak bersedia
lagilah, Dear. Lagi pun bonda I sibuk nak kahwinkan I dengan Tengku Afifah. We all
dah bertunang masa kecil lagi,’’ beritahu Tengku Zachrie dengan suara
yang begitu lembut. Dia menggunakan ‘alasan’ yang terbaik menolak wanita itu.
Amelia hanya ‘stoknya’ saja. Bukan jenis untuk dibuat isteri. Tak akanlah
perempuan yang tidak ubah seperti pelacur terhormat itu ingin dibuat isteri?
Ada juga kena buang keluarga.
Amelia mengangkat kepalanya.
Wajahnya dicemberutkan. ‘’ Habis I ni
apa bagi you?Teman tidur?”sela Amelia
geram. Dia bangkit mengikat rambut panjangnya. Dia mencapai jubah mandinya.
‘’Dear,’’ panggil Tengku Zachrie
lembut. Dia cuba menggapai tangan Amelia.
Amelia merentap tanggannya. Dia
berlalu ke kamar mandi. Mahu membersihkan tubuhnya. Lelaki itu dibiarkan
sendirian di atas katil yang menjadi tempat pelampiasan nafsu syaitan mereka.
Tengku Zachrie tersenyum sinis
sambil memandang tubuh langsing yang telah melayani keinginannya. Dia puas
dengan layanan first class wanita
itu. Tapi bukan perempuan itu menjadi impiannya untuk berumah tangga.
p/s mohon maaf byk2 ya ;) internet baru ada! heeheee
Heeee finally. Lama dah tunggu ni hehe. Agaknya apalah sambungan dia ye hm
ReplyDeleteBest.
ReplyDeleteAduiiii... at last keluar "
ReplyDelete’Aku sayangkan kau budak kecik!’’bisik FA
so apa jadi ngan Amelia... ?
sabar menanti next n3
loves
kak ita
bestnyee...mana bab strusnya?
ReplyDeleteSuperb!!!...best..x sabar nk bace bab seterusnya...;)
ReplyDeleteassalamualaikum Iman,
ReplyDeletebila nak sambung citer Firas dan Munirah? Suka sangat couple ni!
bila lah nak sambung kisah Firash &Munirah
ReplyDeleteX da sambungan kew?😔😔
ReplyDeletePlease sambung sis !! Serios menarik . Bila nak keluar dekat kedai buku ni ??? Hehhehe
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete