Benarlah kata orang pertunangan ini bukan mudah. Banyak ujian buat Adam
dan Hawa yang ingin membina mahligai bersama. Pertunangan juga bukan jaminan
dialah jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T buat kita. Hanya doa yang
dipadu agar ikatan pertunangan ini akan mencapai matlamatnya.
Harris Azahan yang bergelar tunangan aku, kini
sudah berhijrah ke bandaraya Kuala Lumpur atas tuntutan kerja. Pada mulanya
berat hati ini untuk melepaskan dia ke Kuala Lumpur namun, setelah berfikir
dengan waras inilah peluang terbaik untuk kerjayanya dan masa depan kami berdua
juga nanti.
Buat masa ini kami
hanya berjumpa sebulan sekali. Itu pun jikalau dia tidak sibuk outstation ke
sana sini. Bertugas di Head Quarters
memang memerlukan Hariss Azahan bergerak ke sana sini.
Segala persiapan perkahwinan aku dan dia berjalan
lancar. Bagi di pihak aku, Harris Azahan tidak ambil tahu pun apa warna tema
dan konsep yang aku pilih baginya itu hak aku. Dia hanya mengambil berat di
pihak keluarganya itu pun semuanya diserah sepenuhnya pada ibunya untuk
melaksanakannya.
Tempoh
pertunangan kami setahun itu pun pihak aku yang minta kalau ikutkan pihak
lelaki mereka mahu tiga hingga enam bulan sahaja. Aku pun baharu kerja masih
banyak masa yang perlu aku untuk menstabilkan ekonomi dan kerjayaku serta
diriku untuk bergelar seorang isteri dan bakal ibu, Insya ALLAH.
‘’Assalamualaikum,
Harris. Awak sihat hari ini?’’ ajuku bersahaja kepada Harris Azahan yang berada
di hujung talian.
‘’Waalaikumussalam,
sayang. Saya sihat hari ini tapi hati saya aje tak sihat, ‘’ jawab Harris
Azahan perlahan sahaja.
Aku tersenyum
mendengar jawapannya. ‘’Hati awak sakit rindu ya?’’ usikku riang.
‘’Yalah, sayang.
Rindunya saya kat awak. Awak tak nak datang KL ke jumpa saya?’’ soal Harris
Azahan manja.
‘’Pergi KL jumpa awak?
Tak bolehlah, Harris. Saya sibuk dengan kerja sekarang ni... awaklah balik JB
jumpa saya, ‘’ balasku mesra.
‘’Saya tak boleh balik
JB buat masa ni sebab jadual memang packed. Awak rindu saya tak?’’ aju Harris
Azahan manja.
‘’Awak rasa?’’ soal ku
pula. Aku memang suka dera hati dia bab rindu-rindu ni. Sepanjang usia
pertunangan kami belum pernah aku melafazkan kata cinta buat dia, cukuplah
dengan menerima dia sebagai teman yang bakal berkongsi hidup dan impian
bersama.
‘’Sayang, awak selalu
dera hati saya macam ni kan, ‘’ rungut Harris Azahan. Pada aku, cinta dan rindu
itu tak semestinya perlu dilafaz. Perbuatan kita dan cara kita melayani
pasangan kita merupakan terjamahan rasa sayang dan rindu kita buatnya.
‘’Awak tahukan, dalam
hati saya selain keluarga saya, awak juga ada istimewa yang ada tempat khasnya dalam hati saya.’’
‘’Sayang, saya tahu.
Okeylah, saya tunggu masa ‘itu’,‘’ putus tunangku.
Belum sempat aku
membalas apa-apa, dia sudah meyambung perbualan lagi.
‘’Sayang, saya rasa
baik kita percepatkan wedding kita. Saya dah bincang dengan mama dan papa saya.
Mereka pun nak kita kahwin cepat-cepat.’’
Aku menggaru kepalaku
yang tidak gatal. Aku pening kepala, masalahnya kewangan aku belum mencukupi.
Mama dan abah memanglah akan menyediakan perihal katering dan dewan tapi aku ni
nak sedia juga duit untuk bayar mak andam dan lebih-lebih lagi baju kahwin, aku
buat sendiri.
‘’Kita baru aje
bertunang enam bulan, Harris.’’
‘’Apa salahnya, lagi
pun kita tempoh pertunangan kita setahun hidup,’’ sanggah Harris Azahan pula.
Tempoh pertunangan yang kami persetujui setahun
hidup yang bermaksud bila-bila masa sahaja dalam tempoh itu kami akan
berkahwin. Kalau bertunang setahun mati memang genap tempohlah baru
dilaksanakan. Setahun hidup memang pihak keluarga dia tetapkan.
‘’Agak-agak awak
bila?’’ tanyaku. Aku perlu maklumkan kepada mama dan abah selepas ini.
‘’Saya dah minta mama
dan papa datang rumah sayang, berbincang. Lagi pun sayang, saya dah tak sabar
nak hidup berdua dengan awak sayang. Saya perlukan seorang isteri di sisi saya
iaitu awak, Zarith Maryam.’’ Lembut kata-kata itu namun menusuk ke kalbuku.
Sebaknya mendengar kata-katanya yang tulus itu.
‘’Terima kasih Harris
sebab awak perlukan saya sebagai isteri dan bukannya teman untuk awak
berseronok, ‘’ ucapku ikhlas.
‘’Sayang, masa kali
pertama kita jumpa hati saya dah berkata, awaklah Hawa yang saya cari selama
ini.’’ Harris Azahan ternyata ikhlas memilih aku sebagai bakal isterinya.
‘’Masa bila? Masa saya
datang rumah awak ke?’’ soalku ingin tahu masanya itu.
‘’Masa dalam bas
itulah. Saya tengok aje muka awak, hati saya dah terpikat. Sebab tu saya tahu
awak tilik saya atas bawah,’’ jawab Harris Azahan sempat lagi memerli aku.
Aduhai, encik tunang ni perkara itu jugak yang dia ingat!
‘’Ishhh...awak ni suka
baut saya blushing. Patutlah awak ‘smash’ saya macam itu ya,’’
Melalui corong telefon
pintarku, aku dapat mendengar tunangku yang tercinta itu, ketawa besar.
‘’Sayang pandang saya
masa tu, macam nak telan. Asyik benar tenung anak teruna orang ya?’’ giat
Harris Azahan. Geram aku dengan encik tunang ni. Nakal!
‘’Yang awak ‘smash’
saya kenapa pulak ya? Ada hati nak suruh orang jadi isteri dia?’’ giatku pula.
Aduhai, seronok pula mengenangkan pertemuan kami yang unik itu!
‘’Saya memang tengah
‘mencari’ masa tu jadi bila tengok awak tilik saya macam tu, memang dah
jumpalah kiranya apa yang saya cari,’’ luah Harris Azahan dalam tawa yang masih
belum hilang namun, terasa menusuk ke arus jantungku.
‘’Tapikan sayang, saya
tak boleh lupa muka awak yang merah gila masa tu. Lepas tu, turun bas menonong
aje tak pandang belakang ingat baru nak mintak nombor telefon, ‘’ sambung
Harris Azahan lagi dengan ketawa yang masih bersisa.
Baru aku terperasan
selama kami berkenalan selepas berjumpa di rumah keluarganya dan sehingglah
tercipta pertunangan, kami tidak pernah
bercerita tentang peristiwa pertemuan kami. Baru hari ini, kami buat imbas
kembali.
‘’Orang dah malu
takkan tayang muka kat awak lagi,’’ balasku yang masih bengang lagi.
‘’Alah, tapikan nasib
baik saya teringin nak makan KFC tengah hari tu. Rupanya nak jumpa Hawa saya.
Nasib baiklah Hawa saya tu sudi terima nombor saya kalau tak kempunanlah saya,
sayang,’’ cerita Harris Azahan lagi. Sukanya dia mengimbas kembali kenangan tu,
dia tak tahulah yang aku sekarang muka dah macam udang kena bakar.
‘’Harris, awak nak
tahu tak yang saya ingat awak ni office boy tau, he he he...’’ beritahuku
jujur. Yalah siapa nak percaya seorang eksekutif naik bas ke tempat kerja!
‘’Tak kisahlah sayang,
awak anggap saya kerja apa pun. Saya dah biasa pergi naik bas. Malas nak drive.
Kebetulan kereta saya, Helena nak guna pagi tu jadi saya naik bas ajelah. Tak
sangka pulak jumpa bakal isteri dalam bas,’’ cerita Harris Azahan bersahaja.
Nasib baik dia tak marah aku sebab fikir dia seorang budak pejabat sahaja.
Aku hanya ketawa
kecil. Dia menyambung lagi. ‘’Malam tu awak sms saya aje, saya rasa macam nak
pergi peluk mama nak beritahu dia, bakal isteri saya on the way! He he he...’’
Aduhai, kelakarnya
bakal suami aku ni, nakal pun juga! Suka menyakat aku.
‘’Sayang, saya harap
kita akan nikah tak lama lagi. Saya dah tak sabar nak tangan tok kadi ni,’’
Aku sudah ketawa
besar. Amboi, terujanya dia! Tak ketaq lutut ke encik tunang? Orang lain
punyalah berketaq lutut nak jabat tangan tok kadi.
‘’InsyaALLAH... saya
pun dah bersedia nak jadi isteri awak, Harris. Awak dah pilih tarikh?’’
‘’Alhamdulilah...saya
pun dah bersedia nak jadi suami awak, sayang. Saya cadang lagi tiga bulan kita
nikahlah. Sebenarnya mama dan papa dah siapkan semua, katering dan sebagainya.
Okeylah, minggu depan saya cuba balik JB.’’ Terang dia. Aku pun gembira
mendengarnya, mungkin benarlah inilah lelaki yang bersungguh-sungguh ingin memiliki
anak dara orang. Serius dan tangkas.
‘’Okeylah,
kalau macam tu, nanti saya maklumkan pada mama dan abah. Nampaknya, nanti awak
kena balik kita perlu uruskan berkaitan akad nikah nanti. Kursus kahwin dah
settle,’’ setujuku.
Kursus telah pun aku
jalani pada bulan lalu, senang attend awal-awal.
‘’Okeylah, kalau macam
tu. Saya pun memang dah sijil kursus kahwin. Awak tunggu saya balik ya sayang.
Jaga hati awak untuk saya, tak lupa jaga iman ya.’’ Harris Azahan menitip
pesanan buat tunangnya ini. Pesanan yang sering kali dititip setiap kali kami
berbual di telefon mahu pun berjumpa empat mata.
Apabila Harris Azahan
menyebut sijil kursus kahwin pasti kursus kahwin yang dia hadiri untuk
perancangan perkahwinannya dua tahun dulu ketika baru tamat pengajian di
Universiti Sains Malaysia (USM).
Selepas mengucapkan
salam aku pun mematikan talian. Aku mencampakkan badanku ke katil.
Bersambung lagilah gamaknya... he he he
rasa sayang nak nak berpisah dengan mereka...he he he
silalah comment ya :)
apa yg korang harapkan dlm cerpen. :)
bestnya cerpen ni..cpt2 smbung ye..bru trjumpa blog ni...
ReplyDeleteterima kasih sudi baca cerpen ini, jauhariatul :)
ReplyDeletealhamdulilah terjumpa blog ini :) *wink*
moga2 terus mengikuti kisah zarith dan harith :)
Iman,
ReplyDeleteDah baca dari awal sampai n3 ni... kira komen secara pukal la ekkk...
menarikkk.... cerita santai... mudah.. dan yg penting best...
teruskan the next n3
sayang
kak ita
Nk tnyaa...part 4 ad tak??sy cri xjmpk..rsa segan plk sbb dh 2018 dhh bru nk bcaa
ReplyDelete