CERPEN : bukan kisah
Romeo & Juliet
cerpen ni mungkin
sekali baca very cliché, mudah diagak jln ceritanya tp 30 percent dlm cite ni
kisah benar.
1
1
AKU TENUNG lelaki itu dengan rasa geram yang menggunung.
Lelaki yang baru beberapa jam bergelar suami aku. Dia bukan orang asing dalam
hidup aku. Dia pernah menjadi sahabat baik aku. Sahabat yang paling aku sayang!
Ya, sayang! Tapi itu dulu! Sekarang ni hati aku dah lemau dengan dia!
Sahabat lelaki aku sayang? Ya, sayang.
Tak salahkan? Tak akan sahabat perempuan aje boleh sayang.
‘’Yusra, jom kita solat jemaah!” ajak
lelaki itu, Muhammad Adham.
Ketika itu aku baru menyarungkan
telekung putih itu pada badan untuk menunaikan solat asar.
Majlis pernikahan aku bersama dia hanya
ringkas, Akad nikah dan jamuan makan bersama saudara-mara terdekat, jiran
tetangga dan beberapa kawan yang aku undang. Seawal jam 9.30 pagi aku
dinikahkan dan majlis tamat jam 2 petang. Tiada pelamin, tiada bersanding.
Cukuplah untuk menunaikan tanggungjawab sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w .
Aku kucup kekura tangan lelaki itu
seadanya. Sekadar tanda hormat sahaja. Aku tak mahu tangan yang disua itu
dibuai angin lalu sahaja.
‘’Yus, tunggulah dulu,’’ pinta Adham
apabila melihat aku buru-buru membuka telekung dan memulas tombol pintu bilik.
‘’Kau nak apa lagi? Aku rasa dah tak
ada apa nak bincangkan. Tak tahulah kalau kau dah bersedia nak lafaz cerai tu
sekarang. Bagus jugak. Aman hidup aku,’’ balasku sinis sekali. Permintaan yang
aku pinta semalam sebelum kami dinikahkan hari ini.
‘’Yusra!’’ tinggi nada suara dia
menyebut namaku,
‘’Aku nak kita berbual sebagai kawan
baik macam dulu-dulu,’’ kata dia lembut seakan memujuk.
Aku lempar senyum senget. “Perlu ke
lepas apa yang kau dah buat?’’ balas aku sambil memulas semula tombol pintu
yang aku lepaskan tadi untuk meninggalkan lelaki itu sendiri.
Perut yang berkeroncong minta diisi.
Ketika majlis berlangsung aku tiada selera untuk mengunyah waima sepotong kuih.
‘’Makan?’’ suara makuda dari pintu
dapur menghentikan kunyahanku.
Anggukkan. Respon tanda hormat buat
kakak kepada ibuku. Makuda terus berlalu ke ruang hadapan rumah.
Baru terasa perut ini lapar sebenarnya.
Mogok lapar pun tak guna, aku juga yang sengsara. Cukup rasa sengsara yang
bergumpalan dalam ketulan daging yang satu itu.
Aku menambah
lauk dan nasi dalam perut pinggan. Inilah akibatnya makan dalam keadaan yang
sangat lapar. Sedangkan Rasulullah s.a.w dah tegah makan ketika sangat lapar
sebab boleh menjadikan kita kawan kepada syaitan. Gelojoh. Pelahap.
Terdengar
bunyi kerusi meja makan enam orang di hadapanku ditarik, lantas aku tongkat
kepala untuk melihat gerangan manusia itu.
‘’Baru lapar
ke? Ingat mogok lapar lagi,’’ perli Haziqah dengan senyuman penuh makna.
Sepupuku ini
memang sengaja bikin panas. Hati ini baru nak berada takat sejat.
Mentang-mentanglah dia seorang yang tahu aku mogok lapar sepanjang majlis.
Macam manalah orang lain nak tahu sebab tiada sesi makan beradap. Hanya khemah
biasa sahaja yang aku sedia. Tidak ubah seperti kenduri tahlil atau kesyukuran
biasa.
‘’Sudah-sudahlah,
Yusra. Semuanya dah selamat pun. Kau terima ajelah takdir. Kita ini hamba hanya
mampu merancang,’’ kias Haziqah sambil join aku sekaki di meja makan.
‘’Tak semudah
itu, Ziqah!’’ putus aku lalu bangkit mengangkat pinggan. Licin. Nampak sangat
kebulur. Mogok sangat katanya. Hampeh!
‘’Kalau macam
tu bagi tahu aku macam mana nak mudahkannya, Yus.’’
Suara itu.
Muncul tepat pada masanya.
Mujur hanya
kami bertiga yang berada di situ. Kalau tak pasti pecah berderai rahsia antara
aku dan dia. Nampaknya lelaki itu memang tak faham bahasa.
Aku lihat
Haziqah geleng kepala dengan perangai kepala batu aku. Aku tunakkan anak mata
ke arah Adham yang berpagoda dan kain pelikat. Kopiah putih atas kepala juga
belum ditanggalkan.
Lelaki itu
hembus nafas lemah. Aku tinggalkan mereka berdua tanpa rasa ‘cemburu’ sedikit
pun setelah mecuci pinggan. Dia nak makan? Lantak dialah.
2
ALBUM KENANGAN zaman persekolahan tingkatan 6 aku belek
dengan senyuman manis. Rindu. Kerana rindu aku capai album yang tersusun atas
almari bilikku. Rasa aku itulah zaman persekolahan yang paling menyeronokkan
dan membiaskan kenangan manis.
14 orang
dalam sebuag kelas tapi keriuhannya bagaikan 30 orang. Mengusik dan ‘membahan’
kawan-kawan itulah kerja kami. Tiada istilah ‘sentap’ atau kecil hati antara
kami. Kasih sayang dan ukhuwah antara kami cukup tersemat dalam memoriku. Kami
benar-benar menikmati zaman terakhir memakai uniform sekolah sepanjang hidup
kami.
Wajah seorang
demi seorang aku tatap. Makin mencanak rindu dihati ini. Masing-masing ada
karakter tersendiri. Tapi tetap ‘sekepala’.
Begitu juga
haluan hidup. Ada yang ke menara gading dan memilih bekerja dengan kelulusan
STPM itu. Antaranya akulah. Bukan tak layak. Cuma rezeki bukan milik aku.
Maklumlah persaingan antara pelajar perempuan untuk mendapatkan tempat di
university awam sangatlah sengit. Berlainan dengan pelajar lelaki, pointer
cukup-cukup makan pun dah lepas.
Tapi impian
segulung ijazah belum pernah tenggelam dalam hatiku. Takkan tenggelam seperti
tengelamnya kapal Van Der Wjick.
Jariku
terhenti menyelak tatatkala terpaku pada potret yang meninggalkan jejak dalam
lipatan hidup aku.
Dia. Dia yang
aku rindu. Dia sahabat baikku. Tapi mungkin dulu ketika kami masih memakai
uniform kain dan seluar krim itu.
Sekarang entahlah. Hanya aku saja yang
masih ingat akan tali persahabatan antara kami. Aku saja yang masih menyisip
sisa kenangan persahabatan yang ada.
Aku masih
ingat betapa akrabnya kami ketika itu. Kami senang berkawan. Bercerita dan
‘bergosip’ bersama. Aku juga sangat senang dan selesa dengan dia. Aku
benar-benar menjadi diriku tatkala bersama dia.
Bersms setiap
hari selepas waktu sekolah sememangnya aktiviti wajib kami. Ketika itu telefon
bimbit tidak secanggih sekarang. Dapat bersms pun dah cukup seronok. Mungkin
lebih menarik berbanding aplikasi whatsapp kerana ‘sayang’ mahu membuang setiap
mesej walaupun inbox hampir penuh.
Kenangan mengusik jiwa betul.
Kami akan
berbual kisah di sekolah, gelagat kawan-kawan dan cikgu-cikgu kami. Tidak
pernah ada ayat ‘aku sibuklah nanti kisah mesej lagi ya’ sebab perbualan kami
tiada penamat. Kami akan membalas setiap mesej dikirim. Jarang tergantung
perbualan kami.
Aku juga begitu
senang berkongsi cerita dan ‘rasa’ bersama dengan menari di atas papan kekunci
telefon bimbit. Dia juga tempat aku meluahkan rasa kekecewaan apabila cinta
monyetku di usia 18 tahun punah.
Ketika di
sekolah kami tidaklah serapat dan semesra ketika bersms, biasa saja. Pelikkan?
Aku jugak pelik dengan cara persahabatan antara kami.
Tapi kini
antara kami semakin renggang. Asing umpama kawan jauh yang kurang dikenali.
Semuanya
bermula selepas dia memasuki universiti di nun utara sana. Aku faham kesibukkan
dia sebagai pelajar tapi entahlah.
Sebenarnya
tali persahabatan antara kami semakin rapat tatkala ibu aku dimasukkan ke wad
kerana menjalani pembedahan ketumbuhan kanser usus. Dialah satu-satunya kawan
yang sentiasa ‘keep in touch’ dengan
mengambil tahu keadaan ibu aku dan melawat di hospital. Sokongan dan semangat
daripada dia sentiasa ada untukku. Apabila ibu aku dimasukkan ke dalam ICU,
dialah insan pertama yang aku called
untuk memberi tahu perihal tersebut. Aku benar-benar sedih ketika itu. Dia menenangkan
aku.
Selepas dia
memasuki universiti kami jarang sangat-sangat berhubung. Adakah kerana
peristiwa hari raya itu menggambarkan pandangan lain daripada dia terhadap aku?
3
3
AKU PULAS tombol pintu bilikku perlahan. Kantuk yang cuba
aku tahan membuatkan rabak peluput mata ini. Penat mengemas rumah yang tunggang
langgang akibat majlis siang tadi masih bersisa. Aku regangkan otot yang
kejang.
Mata merayap
ke sekeliling kamar beradu yang dihias indah oleh mak, Kak Yusmira dan Yuhanes.
Cantik. Sayangnya sedikit pun aku tidak teruja. Indah dan seri kamar itu
ditenggelamkan oleh gumpalan rasa dalam setiap relung hatiku.
Aku
membaringkan tubuh atas katil. Lega. Badan terasa segar selepas dibersihkan.
Tak sedar aku terlelap.
Laungan azan
membangkitkan lena yang dihanyut oleh mimpi. Panggilan syahdu dari surau berdekatan rumah umpama alarm clock.
Suasana bilik
yang suram menyukarkan pandanganku. Dengusan nafas di telinga membawa mataku
mencari dari mana datangnya bunyi itu.
Terkejut.
Terlupa status diri. Rupanya tidurku semalam berteman. Nasib dialah kalau kaki
aku ada ‘landing’ pada tempat bukan sepatutnya. Aku tidur ganas.
Aku renung
raut wajah yang tidur meringkuk dek kesejukan angin subuh itu. Tak sangka dia
insan pertama yang aku lihat ketika bangun dari tidur pagi ini. Sesuatu yang
langsung tidak pernah terlintas dibenak fikiran ni. Benarlah kadang kala kita
tidak terfikir itulah yang terjadi. Hidup ini tak selalu seperti yang
disangka. Hidup ini pun bukan selalu
main sangka-sangka tetapi keyakinan yang utuh terhadap qadak dan qadar.
Tapi
perkahwinan ini terlalu sukar untukku terima. Walau apa pun alasan lelaki ini,
aku tak akan mampu meneruskan ikatan yang penuh tipu muslihat ini.
Jelas raut
ketenangan terpancar pada wajah suamiku ini. Kacak. Patutlah terlalu ramai
perempuan yang mendekati. Walau dalam ramai perempuan yang wujud dalam dunia
lelakinya tapi kenapa aku yang perlu berada di atas katil yang sama dengannya
pagi ini? Kenapa aku yang dapat melihat wajahnya dalam lenanya dan bukannya
perempuan lain?
Tak pernah
terlintas dalam sanubari yang aku akan menjadi isterinya. Dia bukan angan
pelaminku. Namanya tidak pernah ada dalam doaku.
Tiba-tiba dia
membuka sedikit kelopak matanya. Aku cepat-cepat mahu berlalu. Mahu merebut
bilik air. Kalau lambat gamaknya subuh dihujung waktu. Tak suka solat dalam
gopoh-gapah.
Dalam
terkocoh-kocoh mahu memulas tombol pintu dia bersuara, ‘’Yusra, tunggu aku.
Jemaah sekali dengan aku.’’
Tanpa
memandang wajahnya aku mengangguk sebelum berlalu keluar.
4
AKU TAK boleh tipu hati aku. Aku berasa tenang sangat-sangat
setelah berjemaah subuh dengan dia hingga aku terlupa akan amarah yang
berlingkar dalam hatiku semalam. Sesuatu detik baru yang aku alami sepanjang
hidupku ini. Berimamkan dengan seorang bernama suami. Terasa perasaan asing
mengacau bilau lagi gejolak rasa.
Mungkin ini
ketenangan yang sering diperkatakan oleh mereka yang sudah berkahwin. Jiwa yang
tenang dan damai setelah membina sebuah perkahwinan. Halal. Bertambah berkat
dalam lindungan rahmat-NYA.
Tiap bait doa
yang dilafaznya bagaikan terlalu dalam maknanya. Kenapa aku yang diheretnya
dalam perkahwinan ini?
Ketika aku
selesai melipat marhana, gerak tangan ini dihentikan pergerakkannya. Tangan
kekar itu memegang erat kedua-dua pergelangan tanganku. Aku cuba meloloskan
pegangan itu, namun gagal.
‘’Kau dah
kenapa?’’ soalku dengan mengetap bibir kerana geram dengan perbuatannya. Aku
dibawanya duduk di birai katil.
Dia menarik
tubuhku rapat kepadanya. Pinggangku direngkuh kukuh. Tak mampu aku lawan tenaga
lelakinya.
‘’Lepaskan
akulah, Am. Rimas tahu tak!’’ rungutku dengan menolak-nolak tubuh sasanya.
Fizikal yang ketara berubah selepas zaman persekolahan. Sado ke tak ‘sado’
diri?
Tangan kasar
itu mula membelai-belai rambut ikalku yang masih lembap. Dari kepala turun pula
ke sekitar wajahku yang kelat mempelam.
‘’Tak baik
melawan suami, Yus. Aku cuma nak tunaikan angan-angan aku je. Semalam dapat
peluk jasad je. Nasib akulah dapat bini tidur mati,’’ perlinya sambil
mengetatkan rangkulan yang cuba aku leraikan.
Malas aku
ambil pusing-pusing kata-katanya. Langsung tiada rasa debar yang menjalar dalam
ruang dada ini dengan kedudukan kami sebegitu. Entahlah. Agaknya jantung aku
dah tak ‘berfungsi’ lagi kot?
‘’Sebagai
kawan pun aku tak mampu nak terima kau lagi, kau rasa sekarang ni aku rela
sangat ke hidup dengan kau? Cukuplah kau dah buat hidup aku kucar kacir dengan
perkahwinan ni. So please, tunaikan
persetujuan kau sebelum ni. Aku nak tuntut janji kau.’’
Aku lantas meninggalkannya sekali lagi
begitu. Sendiri.
5
SERONOK RASANYA apabila kawan-kawan sekelas nak datang
beraya ke rumah. Setelah dua tahun aku tinggalkan alam persekolahan barulah
tahun ini diaorang nak datang beraya ke rumah aku.
Aku siapkan
beberapa hidangan ringkas untuk mereka. Biskut raya dalam baling turut aku
tambah. Ketika menyusun biskut Mama Carey di dalam balang, aku teringat pada Am
yang suka sangat dengan biskut raya itu. Sama macam aku. Aku puas mencuba
pelbagai jenis resepi dan teknik akhirnya percubaanku tahun itu ‘menjadi’.
Dohnya tiada masalah cuma hiasan aising di atasnya itu. Teknik membuatnya
bukannya mudah. Aku mengkaji pelbagai cara melalui banyak resepi. Maklumlah tak
semua orang ikhlas dalam berkongsi ilmu.
Biskut Mama
Carey versi aku sedap dan secantik yang biasa dimakan. Aku ingat lagi, aku sms
Am yang aku berjaya buat Mama Carey. Dia pun teruja dan tak sabar nak makan
katanya. Dengan rasa senang hati, aku pun memasukkan beberapa keping biskut itu
ke dalam bekas plastik tau foo fah. Nak bagi pada Am sebab aku tahu dia suka
makan. Itu saja.
Rupa-rupanya
yang datang beraya cuma kawan-kawan lelaki. Sabar ajelah. Takpelah mungkin yang
lain sibuk. Apa-apa pun aku gembira sangat dengan kedatangan mereka. Tanda
ingatan buat sahabat lama.
Ketika aku
memberi plastik berisi bekas plastik itu, Pejal, Yem, Faez, Hazrin, Pipi dan Arep hanya tersenyum penuh makna.
‘’Yus, bagi
Am aje ke? Kitaorang punya mana?’’ usik Pejal.
Aku mampu
senyum. Bengang. Aku pun satu apasallah aku bagi depan budak-budak ni. Sengal.
Sekarang sendiri yang malu.
Am pun agak
bengang. Aku tahu. Mungkin tak mahu kawan-kawan kami salah faham. Dia pun tak
cakap apa tapi terima jugak pemberian aku.
Malamnya aku
sms dia sebab nak tahu apa komen dia pasal biskut mama carey aku. Haram!
Sebatang abjad pun dia tak ada balas. Berminggu aku sms dia pasal tu. Aku bukan
apa teruja nak tahu komen dia. Sedap ke idak.
Akhirnya aku
sendiri pendam rasa. Geram. Marah. Dan
mulalah syaitan mengaca bilau hati aku dengan membuat aku bersangka dan
berfikir bukan-bukan.
Satu malam
tu, aku rasa macam ternampak dia bersama bekas budak kelas tingkatan 6 yang
lain ketika berkunjung ke bazar karat JB. Aku smslah dia tanya betul dia ada ke
bazar karat malam yang aku nampak dia. Hampeh! Sikit pun dia tak balas. Apa
salah aku pada dia? Apa dosa aku pada dia? Sampai hati dia buat kawan dia macam
ni. Kejam. Benci aku!
Lama jugak
kami tak ada berhubung. Berbulan lamanya. Akihirnya dengan rasa geram aku
menghantar sms kepada dia.
+ Am, kalau kau rasa aku bagi kau biskut tu
sebab aku ‘suka’ kau sorrylah beb! Sikit pun takde niat macam tu. Aku bagi
sebab aku tahu kau suka makan biskut tu. That’s all. Aku rasa cukuplah sampai
sini aje persahabatan kita. Aku minta maaf atas salah silap aku semasa berkawan
dengan kau. Bye!
Aku pun dah
tak ingat teks yang dibalasnya. Aku tahu dia berlagak buat tak faham. Aku rasa
cukuplah hati aku ‘dirosakkan’ oleh dia. Dia dah buat hati aku kacau bilau. Aku
terfikir sendiri tanpa jawapan yang pasti. Sejak peristiwa itu langsung aku
ambil keputusan tidak ingin lagi mempunyai kawan baik berjantina lelaki. Pasti
akan selalu disalah tafsir. Dia belum kenal siapa aku. Dia tak faham cara aku
dan isi hati aku.
Cp 6
KAHWIN. Isu bila aku nak kahwin sering diungkit oleh
keluarga cukup menyesakkan dada. Kala usia menjengah 27 tahun, perempuan mana
yang tidak gusar? Ingat aku tak risau ke? Serius risau jugak. Tapi aku sentiasa
cuba bersangka baik kepada ALLAH. Aku tahu dia sudah sediakan siap-siap bakal
suami aku cuma belum masanya. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui waktu yang
tepat untuk mengabulkan permohonan hamba-NYA.
Cinta
pertamaku dengan lelaki bernama Amir ketika berusia 18 tahun terkandas. Tak
kesampaian mencapai mimpi. Umur yang masih muda menyebabkan tiada kematangan
dan serius dalam perhubungan antara uda dan dara. Dulu aku sangka dialah cinta matiku. Cinta
pertama dan terakhir tapi nampak sangat aku ni kuat berangan. Cinta mukabukukan
jarang sangat berakhir dengan satu kepastian. Tak sangka aku termasuk dalam
golongan yang pernah menjadi mangsa cinta siber ni. Kelakar sungguh apabila
diingat kembali.
Tapi aku tak
pernah mengalah. Aku berusaha juga untuk berkawan dan bergaul. Maklumlah kalau
tak bersosial cara sihat macam manalah nak ‘survey’
calon suami. Nak beli barang pun kita ‘survey’
banyak kedai dan tempat apatah lagi bakal suami.
Masa zaman
budak-budak dulu aku fikir apa yang susah sangatlah nak dapat jodoh? Takkanlah
susah sangat? Sekarang bila dah terkena batang hidung sendiri barulah aku
‘faham’. Payahya nak bertemu jodoh. Kita mungkin mampu berkawan beribu orang tapi
nak jumpa seseorang yang dinamakan ‘jodoh’ amatlah susah.
Makin aku
bertambah risau mak aku dah mula berkias. Saudara-mara tak usahlah ceritalah.
Lebih-lebih lagi sepupu sebaya dah pun selamat melangsungkan perkahwinan.
Berita yang
dibawa Yuhanes cukup mengejutkan aku.
‘’Kak Yus,
adik nak bertunang hujung bulan ni.’’
Terkedu aku.
Tak pernah dengar pula adik yang berusia 24 tahun itu menjalin hubungan serius
dengan sesiapa.
‘’Dengan
siapa?’’
‘’Faris.’’ Jawab
Yuhanes tersipu malu.
Faris.
Sahabat baiknya yang selalu dinafikan punya perasaan terhadapnya. Kalau
diberitahu Faris punya hati terhadapnya akan dijawabnya mereka hanya kawan
baik.
‘’Allhamdulilah.
Tepat pilihan Hanes. Akak yakin Faris akan jadi suami dan bapa yang baik.’’ Aku
peluk tubuh kecil molek Yuhanes.
Rangkulan
dilepaskan Yuhanes. Wajah muram pula yang terlukis pada Yuhanes. Aku kerut
dahi.
‘’Kenapa
ni?’’ soalku lembut.
‘’Tapi kalau
boleh adik nak tengok akak kahwin dahulu. Hanes tak nak akak terus dijadi bahan
tanyaan dan cerita orang lain. Mak pun kalau boleh mahu Kak Yus kahwin
dahulu daripada Hanes.’’ Luah Yuhanes
dalam serba salah.
Ya. Aku ni
sentiasa jadi bahan gosip dan cerita jiran sekeliling dan saudara-mara.
Maklumlah aku ini yang paling ‘corot’ dalam keluarga. Belajar tak pandai.
Cantik pun tidak. Menganggur lama. Senang cerita macam orang yang tiada masa
depanlah. Aku pasti sekarang ni pun aku dah jadi bahan cerita orang sebab masih
sendiri sedangkan kawan sebaya aku yang merupakan jiran aku pun dah selamat
bernikah bulan lalu. Sabarlah duhai hati. Allah tidak pernah mengecewakanmu.
‘’Mak cakap
macam tu ke?’’ Dugaku setelah hampir bersaat aku terdiam tidak berkutik.
‘’Kalau boleh
mak tak nak Hanes langkah bendul. Lagi pun family Faris tak nak kami bertunang
lama-lama. Kalau dapat tahun ni juga nak langsungkan tahun ni jugak,’’ cerita
Hanes tenang.
Nampaknya
pembayangnya jelas mahu aku segera berkahwin. Jika tidak keluarga Faris harus
menunggu lebih lama.
Aduhai,
jikalah mencari jodoh itu semudah membeli barang di pasar pasti aku tak perlu
keluh kesah begini!
‘’Hanes tak
usahlah fikirlah soal langkah bendul. Ni semua budaya Melayu aje. Dalam Islam
tak sebut pun pasal langkah-langkah bendul ni. Jangan langkah bendul pintu sudahlah!
He he he...’’ selorohku bagai menutup rasa yang menyelebungi awan hati ini.
‘’Hanes
jangan risau ye. Nanti akak ‘slow talk’ dengan mak ya,’’ pujukku lembut. Aku tak mahu
dia runsing. Janganlah disebabkan aku, jodoh dia pula yang tertangguh.
Dalam sibuk
aku membantu Yuhanes membuat persiapan majlis pertunangan, aku dikejutkan
dengan rombongan merisik. Sudah pastilah untuk aku. Tak pernah sesiapa merisik
aku sebelum ini. Jenuh aku menunggu pinangan orang.
Hampir
pengsan aku dibuatnya apabila mengetahui insan yang menghantar rombongan itu.
Dia. Apa motif dia sebenarnya? Dia nak ‘prank’
aku ke? Ingat ni rancangan bang bang boom ke? Macam Rafidah Ibrahim kena dengan
Zuan Melodi.
Rombongan
merisik itu cukup mengembirakan ibuku. Yuhanes apatah lagi. Aku?
Cp 6
AKHIRNYA setelah bertahun aku tak bersua empat mata dengan
lelaki itu, aku mengatur satu pertemuan. Tak sabar rasanya aku nak ‘sembur’
dia.
‘’Apa khabar,
Yus? Lama kita tak jumpakan.’’ Suara dia memecah tembok sepi antara kami.
Ternyata masa telah mengubah segalanya.
Dia nampak lain sangat. Muka ‘baby face’
dia pun dah hilang dek kematangan. Kalau masa zaman sekolah dulu, kami berdiri
sama tinggi duduk sama rendah. Sekarang aku perlu mendongak untuk melihat raut
wajahnya.
Tak tahu nak
jawab macam mana. Canggungnya rasa. Tadi sebelum sampai restoran mamak 24 jam
itu, aku dah siap-siap nak ‘serang’ dia tapi bila dah jumpa mulut aku bagai
dizip.
‘’Aku sihat.
Aku tak ada masa nak berbual-bual mesra dengan kau sekarang ni. Straight to the point, apa motif kau
ekk? Kau nak ‘prank’ aku ke apa?’’
Dia tongkat
tangan kanan dia pada dagu. Ya Allah, kenapa kau handsome sangat?
‘’Kau ni tak
berubah langsung ekk... asyik fikir buruk ajekan. Cuba kau ubah sikap kau tu,
Yus. Emo tak habis-habis. Perempuan sangat...’’ kata-kata dia itu cukup buat
aku’sentap’ seketika. #sentapgila
‘’Aku tak
kisah apa yang kau nak cakap. Yang penting aku nak kau jangan hantar lagi
rombongan bodoh tu!’’ sela aku sedas. Sakitnya hati aku saat ni.
Aku lihat dia
hanya tersenyum sumbing. Mamat ni gila ke apa? Tak ada perasaan agaknya. Tujuan
aku jumpa dia malam ni untuk menghentikan ibu dan bapanya menghantar rombongan
meminang setelah risikan direstui oleh keluargaku.
Aku capai beg
tangan atas meja dan mahu berdiri untuk berlalu. Namun tindakan aku dihalang.
Kejap sungguh cengkaman tangannya pada pergelangan tangan aku. Nasib baik tak
kena kulit aku. Itu pun aku dah menyinga.
‘’Lepaskan
tangan akulah!’’ Aku perasan orang sekeliling memerhati kami. Aku terpaksa
melabuhkan semula punggung aku. Sia-sia aje buat drama percuma dekat kedai
mamak.
‘’Tahu pun
kau malu ekk...’’ orang Johor sangat mamat seorang ni. Aku
ingat negeri labu sayong dah menelan loghat Johor dia.
‘’Kenapa
makin susah nak bercakap dengan kau sekarang, Yus. Emosi kau selalu mendahului
tindakan kau, Yus. Cuba kau bertenang. Tarik nafas dalam-dalam. Nampak sangat
aku aje yang faham sangat perangai kau ni, Yus. Sebab itulah agaknya jodoh kita
kuatkan.’’ Kata-katanya cukup menyentakkan aku. Nampaknya jaraknya hubungan
persahabatan kami tidak menghalang dia mengingati segala sikap dan tindak
tandukku.
‘’Aku nak
jawapan soalan aku tadi. Jangan nak menceceh benda lain boleh tak,’’ gerutu aku
geram.
‘’Aku cakap
benda yang betul apa. Aku juga yang kena pinang kau. Orang lain tak berani nak
masuk meminang sebab kau tu dah ada ‘cop’ aku. Aku rasakan tak payahlah kau
menyombong sangat nak tolak pinangan aku ni sebab petang tadi mak aku dah bagi
tahu yang mak kau dah bagi tarikh pertunangan kita. So, apa alasan kau?’’ kata-kata dia itu terus membuatkan aku
membuat tindakan refleks dengan mentunakkan pandangan ke arahnya. Tepat.
Sampai hati mak buat aku macam ni... dia tak
pernah tanya apa jawapan aku. Terdesak sangat ke dia nak tengok aku berumah
tangga. Kalaulah ayah masih ada mesti dia tak buat macam gini.
‘’Itu mak aku
yang cakap. Aku tak pernah bagi apa-apa kata putus pun. Tolonglah jangan
teruskan rancangan bodoh ni, Am!’’ rayuku. Aku terdesak sangat. Aku tak mampu
nak terima dia dalam hidup aku sebagai suami. Aku tak cintakan dia. Aku tak
akan kahwin dengan orang yang aku tak cinta dan kasih.
Bibir itu
bergayut senyum. Senyuman yang sukar aku tafsir. Sinis atau harapan.
‘’Kau sanggup
ke nak kecewakan mak kau? Tiada apa yang lebih mengembirakan seorang mak
apabila anak perempuan dia disunting orang untuk dijadikan isteri, Yus.
Percayalah cakap aku. Kau nak tunggu umur kau berapa baru kau nak terima
pinangan orang? Atau kau memang bercita-cita nak jadi andartu?’’ provok Adham
selamba.
‘’Kau jangan
nak kurang ajar dengan aku, Am. Kata-kata kau tu menghina aku tahu tak!’’ selar
aku. Tegang. Perbualan kami berubah suasana.
‘’Aku bukan
nak hina tapi aku nak kau fikir. Fikir sebelum buat sesuatu keputusan dalam
hidup ni. Apa yang susah sangat kau nak terima pinangan aku? Aku bukan mintak
kahwin free. Beradab dan beradat
segala. Umur kita bukan muda lagi,’’ jawab dia tenang.
‘’Aku tak
suka kau. Full stop!’’ Aku terus
bangun setelah memberi jawapan pada persoalan dia.
Aku tekup
muka pada stereng Myvi kesayanganku ini. Hasil titik peluh dan kesabaranku
mencari rezeki yang halal demi keselesaan dan kelangsungan hidup. Air mata pun
mengalir jua apabila mengenangkan perbuatan Adham lima tahun dulu. Aku
dibiarkan tanpa jawapan kini kembali dengan niat untuk mengambil aku sebagai isteri.
Sebagai kawan pun dia sudah merosakkan persahabatan kami apatah lagi
perhubungan suami isteri di kemudian hari.
Aku tak
pernah menyimpan secebis hama rasa suka dan sayang lebih daripada seorang
sahabat untuk dia. Aku tak tahu apa niat sebenar dia. Tak mungkin sebab
cinta. Aku bukan perempuan idaman dia. Kalah aku dengan kawan-kawan perempuan
yang sering dia bergaul.
Aku tak nak
kahwin dengan dia!!!
Cp 7
AKU beranikan diri untuk berbincang dengan mak. Walau aku
tahu tarikh pertunangan itu semakin dekat. Yuhanes sudah selamat bertunang
dengan Faris minggu lalu. Emak pun seronok nampaknya menjemput orang untuk
majlis pertunanganku. Sedangkan aku hanya menyimpan gumpalan rasa sedih dan
geram dalam hati.
‘’Mak, kalau
Yus nak tolak pinangan tu boleh tak?’’ ujarku perlahan dalam rasa takut-takut.
Mak yang
sedang menyembat tempahan baju kurung drastik mentunakkan pandangan ke arah aku
yang melutut di hadapannya. Aku pegang kepala lutut mak.
‘’Kenapa?’’
lembut saja jawapan mak. Hati aku berbunga seketika. Nampaknya harapan masih
ada.
‘’Yus, tak
sedia lagi nak kahwin lagi pun Yus tak sukakan Adham, mak. Kami tak pernah ada
apa-apa hubungan pun.’’
Mak membuka
cermin matanya. Berlopak matanya. Alamak, aku dah buat mak menangis! Terasa
bahangnya api neraka.
‘’Tak cukup
lagi kau kecewakan aku, Yus? Kau dah lah corot dalam belajar ni soal kahwin pun
kau tak boleh gembirakan aku sikit pun. Pedih telinga aku dengar orang mengata
kau dari kecik sampai ke besar. Kenapalah kau tak habis-habis buat masalah,
Yus? Kenapa kau tak macam kakak dengan adik kau. Diaorang tak pernah susahkan
hati aku macam kau ni, ah. Aku tak kira kau suka atau tak kau kena kahwin jugak
hujung tahun ni. Aku dah tak nak simpan anak tak guna macam kau ni!’’
Pedihnya hati
ini. Ya Allah, kenapa mak benci sangat dengan aku? Aku darah daging mak. Aku
anak mak. Mak, siapa yang jaga mak bila mak sakit dulu. Siapa yang sanggup
bersakit badan tidur atas kerusi plastik di wad selama sebulan. Siapa tidurnya
sentiasa terjaga-jaga kerana khuatir dengan keadaan dia. Siapa yang teman mak
buat rawatan kemoterapi. Aku bukan mengungkit tapi aku terlalu sedih. Kenapa
layanan mak terhadap aku sangat berbeza berbanding buat Yusmira dan Yuhanes.
Aku sering dikutuk. Mereka sering dipuji. Dari kecil sampai ke besar.
Aku tak
pernah jadi anak yang membanggakan mak. Aku tak pernah buat mak gembira dengan
keputusan peperiksaan aku. Tiada deretan abjad ‘A’ yang dapat aku hadiahkan.
Mereka sering
mendahuluiku dalam semua perkara termasuk soal jodoh. Apakah aku terpaksa
‘membuat’ mak gembira dengan berkahwin dengan Adham? Sedangkan aku terpaksa
untuk mengharunginya...
BERSAMBUNG...
IMAN LILY SAY : Alhamdulilah belog kecik ni dah berfungsi kembali... jemput komen ya kawan2.. memang saja post separuh...hehee
Best..tak sabar tunggu sambungan..
ReplyDeleteishh.. tengah syok baca sambungan la pulak.. next bagi sambungan.. x sabar la nak baca
ReplyDeleteishh.. tengah syok baca sambungan la pulak.. next bagi sambungan.. x sabar la nak baca
ReplyDeletesedih cerita ni... sambung cepat...
ReplyDeletetegah dok syok ni....mana sambungannya.....
ReplyDeleteBila nak sambung....x sabar ni
ReplyDeleteBila nak sambung....x sabar ni
ReplyDeleteKnp bersambung? Kalu cerpen ni brsambung pttnya letakkn part 1.. Mf ats teguran tpi cerpen sepatutnya tidak bersambung...
ReplyDelete