Projek Cerpen 10 : Jijah gedempol! 26/2/2014
‘’Kau tu dahlah gemuk gedempol. Ada hati nak bersuamikan aku
yang handsome dan ‘sempurna’ ni!’’
Umie Azizah terdiam mendengar jerkahan yang penuh kehinaan
dan cacian daripada seorang lelaki yang dia cintai dalam diam. Sayangnya, cinta
dalam diam itu bukan rahsia lagi akibat hasad dengki seseorang, dirinya
diaibkan sebegini rupa. Umie Azizah hanya mampu meraupkan wajahnya bersama sisa
air mata yang membanjiri pipinya.
‘’Perempuan ni tak malukan sayang. Simpan perasaan dengan
tunang I yang tampan ni. Hoi, Jijah kau kalau dah teringin sangat nak berlaki
carilah mat-mat indon ke bangla mana. Sedarlah diri sikit. Kau tu memang
layaknya seumur hidup jadi kuli batak aje dalam company tunang aku, faham!’’
jerkahan itu pula menambah rasa malu dan aibnya terhadap insan-insan sekeliling
yang melihatnya dirinya ditertawakan dan dicaci oleh wanita cantik dan lelaki
tampan itu.
‘’Mulai saat ini, aku nak kau sedar-sedar sikit siapa diri
kau tu! Kau hanya kerani cabuk dalam office ni. Kau tak layak langsung nak
simpan secebis zarah pun perasaan dekat aku, bos kau atau lebih terang lagi,
CEO syarikat tempat kau tagih duit untuk isi perut kau yang boyot tu!’’
sergahan lelaki itu menerobos tepat ke mata dan telinganya yang ditutupi tudung
bawal itu.
Air mata pilu dan sedih terus lancar mengairi pipinya yang
tembam itu.
‘’Hoi, Jijah! Kau faham ke tidak apa kami cakap ni?Kau pekak
ke apa?’’ jerit suara wanita cantik itu lagi.
Wanita cantik yang bagai hilang akal itu mula mendekati Umi Azizah
yang terduduk di lantai lalu menampar-nampar wajah comel Umie Azizah.
Bertubi-tubi tamparan itu. Lelaki tampan itu hanya tersenyum sinis melihat
wanita cantik berstatus tunangnya menampar Azizah, gadis yang naïf lagi malang
itu.
Umie Azizah hanya mampu terdiam dan tidak mampu melawan.
Semua yang berada di situ, ada yang tersenyum sinis dan yang bersimpati.
Malangnya simpati mereka terhalang tindakannya. Tiada siapa berani menghalang
perbuatan wanita cantik dan lelaki tampan itu.
‘’Woi, Izreen! Kau dah gila ke buat budak tu macam tu?Kau
nak bunuh dia ke?’’
Tiba-tiba tempat yang dikerumuni oleh kakitangan syarikat
teknologi itu disergah oleh suatu suara yang cuba menjadi penyelamat Azizah,
gadis malang itu. Gadis naïf yang ‘comel’ itu.
‘’Abang Iqram ni dah kenapa nak bela sangat si gemuk
gedempol ni?’’ sergah wanita cantik yang bernama Izreen itu. Dia sudah
menghentikan perbuatannya. Umie Azizah memegang kedua-dua pipinya yang pedih
dan perit itu. Wanita cantik itu bukan sekadar menampar, malah mencakar wajah
comelnya dengan kuku yang panjang itu. Kenapa wanita cantik itu bela khinzir
ya?
‘’Sebab aku bukan jantan dayus macam tunang kau si Fikri ni
yang sanggup tengok pehel bakal isteri yang dah tempah sebelah kaki ke neraka
ni!’’ balas hero penyelamat bernama Iqram itu geram dan penuh amarah.
Lelaki tampan yang bernama Fikri itu, terdiam dan terkedu.
Bahang wajahnya ketika itu. Darah merah menyala menyerbu wajah tampan persis
hero pujaan Malaya.
‘’Iq, kalau kau nak sangat jadi hero si gemuk gedempol ni,
kau bawak dia keluar dari office aku sekarang!’’ cabar jejaka tampan, Fikri.
Jejaka tampan yang ditaruh sepenuh rasa sayang dan jiwa oleh Umie Azizah.
Iqram yang sudah pun merapati Umie Azizah, memegang bahu Umie
Azizah yang terduduk lemah di lantai berpermaidani itu. Dia menyuruh Umie Azizah
bangkit.
‘’Kau tak payah suruh, Fik. Aku tahu apa yang aku nak buat.
Aku bukan jantan dayus macam kau!’’ balas Iqram serius sambil matanya tepat
mencerlung ke arah pasangan ‘sejoli’ itu.
Umie Azizah dengan lemah dan sungguh perlahan membangunkan
tubuhnya yang berangka timbangan 80 kilogram itu. Berat beban badan yang
ditambah dengan ‘berat’ jiwa dan emosinya ketika itu. Iqram hero penyelamat
bagaikan seorang Kluangman yang berjaya membantu orang ramai yang diancam oleh
penjenayah, membantu Umie Azizah bangkit. Umie Azizah juga mangsa penjenayah.
Penjenayah emosi yang tidak berhati perut apatah lagi berperikemanusiaan.
Sebelum Iqram hero penyelamat membawa Umie Azizah pergi, dia
sempat berkata sesuatu kepada pasangan ‘sejoli’ itu.
‘’Izreen, kau tak payah nak bongkak sangat dengan wajah kau
yang cantik. Tubuh kau yang langsing itu pun belum tentu membahagiakan kau!’’
ujar Iqram nampak mendatar tetapi ‘keras’.
‘’Kau, Fik. Jangan ingat kecantikan fizikal perempuan
kebahagiaan buat seorang lelaki! Satu masa nanti ‘idaman’ kau akan membuat kau
merana!’’
Selepas menitip ingatan yang penuh maksud mendalam, Iqram
terus membawa Azizah pergi dari tempat gadis itu diaibkan oleh pasangan
‘sejoli’ itu.
***
‘’Terima kasih, Encik Iqram ‘selamatkan’ Jijah.’’ Umie Azizah
memulakan perbualan mereka di dalam restoran makanan segera itu.
‘’Tak payah ucap terima kasih Jijah. Saya bertanggungjawab
‘bela’ awak tadi. Saya malu dengan perbuatan adik saya,Izreen dan kawan baik
saya Fikri. Saya malu sangat dengan awak. Saya tak pandai didik adik saya. ‘’
Iqram membalas tenang namun, penuh rasa sedih dan malu menggebu.
Umie Azizah mengelap wajahnya yang sudah dicuci bersih
dengan air pili. Wajah yang bersisa limpahan banjir itu berjaya disedut bahnya
dengan kertas tisu. Pedih terasa pada kesan cakaran Izreen.
‘’Saya yang salah Encik Iqram. Saya tak sedar diri dan
berdosa simpan perasaan pada hak orang,’’ balas Umie Azizah yang diburu rasa
penyesalan kerana melayan rasa suka dan cinta buat tunangan orang. Lebih-lebih
lagi kepada seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang cukup ‘sempurna’ serba
serbi. Dia memang bodoh kerana tidak menatap cermin apabila menyedari rasa suka
dan cinta terhadap Fikri.
‘’Awak tak salah Jijah,’’ ujar Iqram dengan mesra memanggil
nama manja gadis comel itu.
Terkedu Umie Azizah dengan ayat pendek yang keluar daripada
mulut Iqram.
‘’Saya bersalah, Encik Iqram. Saya simpan perasaan pada
tunang orang bahkan majikan saya sendiri,’’ tukas Umie Azizah tegas.
Iqram menelan sedikit cecair salivanya. Dia memberi senyuman
paling manis dan cukup menawan buat Azizah , gadis naïf itu.
‘’Rasa suka dan cinta itu bukan dipaksa. Perasaan halus yang
datang tanpa diundang. Rasa yang semulajadi. Siapa boleh halang, Jijah. Macam
mana rasa suka dan cinta saya buat Jijah.’’ Iqram meluahkan rasanya dengan
spontan.
Terpempan Umie Azizah. Dia mengelap-ngelap wajahnya yang
masih lembap kesan air pili. ‘’Encik Iqram perli saya ya. Saya sedar siapa diri
saya, Encik Iqram. Saya ni tak layak dicintai. Saya tak cantik dan langsing
macam Cik Izreen.’’ Polos sungguh kata-kata itu.
‘’Jijah, tak baik
merendahkan diri awak macam tu sekali. Awak hamba Allah yang layak dicintai dan
disayangi. Binatang pun sanggup orang bela dan sayang apatah lagi kita manusia,
ciptaan ALLAH yang paling sempurna. Saya dah lama suka pada awak. Awak aje yang
tak perasan. Yalah...saya tak tampan macam bakal adik ipar saya tu,’’ balas
Iqram lembut namun, sempat mengusik gadis comel itu.
Umie Azizah menggeleng-gelengkan kepalanya. Iqram pula
menghirup sedikit kopi Arabika kegemarannya.
‘’Bukan macam tu, Encik Iqram. Saya tak pandang rupa pun tapi
Encik Fikri dah buat sesuatu yang buat saya jatuh cinta kepada dia. Maaf, Encik
Iqram saya sedar siapa diri saya. Lagi pun saya tak nak rasa cinta itu berasas
daripada simpati semata-mata.’’ Umie Azizah membalas tenang. Dia cuba sehabis
mungkin ‘menolak’ secara lembut dan baik.
Iqram menegakkan batang tubuhnya yang lampai dan sasa itu
dari posisi yang menyandar pada kerusi.
‘’Cinta saya bukan sebab simpati. Saya memang simpati dengan
situasi awak tadi tapi saya suka dengan awak ikhlas.’’ Iqram menukas bagi
menyatakan kebenaran rasanya buat gadis polos itu.
Umie Azizah hanya diam. Dia mengambil beg tangan cap bazar
karatnya di sisinya. Dia bangkit. ‘’Maaf ,Encik Iqram. Jangan persendakan saya.
Terima kasih selamatkan saya. Sampaikan salam maaf saya buat Cik Izreen.’’ Umie
Azizah bertutur sebelum membawa diri pergi daripada hero penyelamatnya.
***
‘’Kan mak dah kata jangan mudah jatuh cinta. Inilah
padahnya,’’ Puan Hanum bertutur lembut setelah mengetahui peristiwa yang
terjadi pagi tadi.
‘’Tapi mak Jijah bukannya hebohkan pada orang yang Jijah
suka pada Encik Fikri. Jijah cintakan dia dalam diam aje. Tapi Jijah tak tahu
macam mana dia orang boleh tahu. Malu Jijah mak,’’ adu Umie Azizah kepada
ibunya yang cukup memahami gejolak rasa anak daranya yang comel itu.
Satu-satunya anak dara yang dia ada dalam dunia ini.
‘’Mungkin Jijah ‘show off’ sangat tak? Itu yang orang
perasan tu,’’ tebak Puan Hanum selamba.
Tersenyum Umie Azizah mendengar perkataan Inggeris yang
keluar daripada mulut ibunya.
‘’Wah, mak speaking mat salleh ya!’’ usik Azizah dalam
kagumnya.
‘’Apa ekau ingat omak ekau tak makan keju ke?’’ balas Puan
Hanum dengan suaranya yang nyaring.
Umie Azizah yang berada di riba ibunya. Menutup telinga
kerana kenyaringan suara wanita akhir 40-an itu. Dia mengekek ketawa.
‘’Habis tu Jijah nak kerja lagi kat situ?’’ soalan Puan
Hanum itu menyebabkan Umie Azizah yang
sedang bermain dengan anak rambutnya terdiam.
‘’Tak tahulah, mak. Kalau Jijah berhenti nampak sangat Jijah
memang betul-betul sukakan Encik Fikri. Tapi kalau Jijah tak blah dari situ,
orang cakap Jijah muka tembok.’’
Puan Hanum mengusap-usap ubun-ubun kepala Umie Azizah. ‘’Mak
rasa, Jijah jangan berhenti. Kerja aje kat situ. Buktikan kepada orang yang
Jijah tak lemah dengan semua tu. Jijah kena kuat. Peduli apa orang kata.
Buktikan kepada orang yang Jijah tak layak diperlakukan sebegitu. Jijah kena
berani. Jangan biar aje apa orang buat. Kuatkan semangat macam badan Jijah yang
‘semangat’ ni...’’ ujar Puan Hanum dalam kelembutan dan suntikan keyakinan buat
puterinya itu. Sempat lagi mengusik anak daranya itu.
Umie Azizah yang beria-ia mendengar pendapat ibunya,
mengetap bibir jongetnya itu apabila mendengar ayat terakhir ibunya.
‘’Mak ni...’’ Umie Azizah terus membangunkan tubuhnya dan
duduk di sisi ibunya.
Puan Hanum senyum nakal. ‘’Mak gurau ajelah. Betul apa,
badan aje besar anak mak ni tapi hati kecik. Orang jerkah sikit dah lembik.
Cuba lawan. Jangan dok diam. Tengok sampai bercalar muka pun boleh terima aje
apa orang buat. Lindungi diri sendiri Jijah. Nanti kalau mak dah tak ada, tak
ada siapa boleh lindung dan pertahankan Jijah.’’ Puan Hanum menasihati puterinya yang sudah
melentokkan kepalanya di bahu kirinya.
‘’Mak kenapa cakap macam ni?Janganlah tambah sedih Jijah,
mak!’’ larang Umie Azizah. Dia memeluk tubuh sederhana itu. Tubuh yang berjaya
membesarkannya selama 21 tahun itu seorang diri.
Puan Hanum tersenyum dan mengusap-usap tubuh berisi anaknya
itu.
***
Umie Azizah dengan keyakinan dan semangat baru meneruskan
sahaja tugasnya di syarikat teknologi itu. Dia mempedulikan kata-kata nista
yang didengarinya. Yang penting periuk nasinya tidak berkerak!
Hidup perlu diteruskan walau apa pun yang berlaku. Itu kata-kata
perangsang yang diberi oleh ibunya yang vogue itu pagi tadi sebelum dia
melangkah pergi mencari sesuap nasi.
Umie Azizah melangkah dengan sedikit sisa lelah kerana jauh
menapak dari perhentian bas. Baru sahaja dia menolak pintu kaca, namanya
kedengaran disebut-sebut.
‘’Hai, Jijah datang kerja jugak kau hari ini! Tak malu betul
budak gedempol ni ya?’’ kata-kata Juliza penyambut tetamu syarikat itu didengar
bayu angin sahaja.
Umie Azizah malas melayan spesies sebegitu. Spesies yang
sepatutnya dah pupus ketika zaman batu lagi.
Ketika dia melangkah ke meja kerjanya. Namanya disapa
lembut.
‘’Jijah, okey hari ini?’’ aju Kak Uji Ramlah, pembantu
peribadi Encik Fikri.
Umie Azizah berpaling memandang wajah lembut dan penuh
keibuan itu. ‘’Jijah okeylah Kak Jee. Kenapa Kak Jee?’’ tanya Umie Azizah pula
kepada Uji Ramlah. Berlagak seperti tiada apa berlaku semalam.
Uji Ramlah menghampiri tubuh comel itu. ‘’Jijah, maafkan Kak
Jee. Kak Jee yang terjumpa diari Jijah. Tapi Encik Fikri nampak masa Kak Jee
tengah baca. Dia rampas bila dia jumpa gambar dia dalam diari Jijah. Akak pun
berdosa jugak sebab ceroboh hak peribadi Jijah. Maafkan Kak Jee, Jijah.’’ Uji
Ramlah menceritakan punca sebenar perkara sebenar yang membuatkan dia malu
semalu-malunya semalam.
Uji Ramlah sudah bersedia dan reda sahaja untuk menerima apa
jua respon gadis comel itu. Dia perlahan-lahan mendekati tubuh berisi itu.
Terbuntang matanya apabila melihat Umie Azizah ketawa besar.
Lopong mulutnya.
‘’Jijah, tak nak tarik rambut akak?’’soal Uji Ramlah sambil
memegang rambutnya yang diset cantik macam orang bengong seketika.
Umie Azizah menarik Uji Ramlah duduk di sebelahnya. Kerusi
yang dimiliki oleh rakan sekerjanya, Kamalia.
‘’Akak ingat Jijah Cik Izreen ya?Kak Jee dah buat Jijah
sedar yang enggang dan pipit memang tak boleh terbang sama sebab ‘pipit ni’
berat macam anak gajah! he he he... Jijah tak layak kejar cinta mereka kak,’’
luah Umie Azizah bersahaja.
Uji Ramlah yang bergincu merah menyala sudah membuat raut
sedih. ‘’Tak baik Jijah cakap macam tu. Jijah, kena percaya yang Jijah berhak
meraih bahagia macam Cik Izreen tu. Kesian adik akak yang comel ni kena cakar
dengan singa betina,’’ ujar Uji Ramlah dengan nada biasa tetapi sebelum menuju
ke ayat-ayat terakhir dia merendahkan nadanya seperti berbisik dalam kelambu.
Ketawa besar mereka berdua. Malangnya tawa itu dihentikan oleh
seseorang.
‘’Kak Jee layan budak gedempol ni sampai tak perasan Fik
masuk office,’’ teguran itu menyebab Umie Azizah memandang muka meja kerjanya.
Dia sibuk menyusun fail yang sudah sedia tersusun itu. Dia gugup untuk melihat
wajah tampan itu. Wajah yang masih ada tempatnya dalam hati gadis naïf dan
polos itu. Pelik! Walaupun sudah berbakul dihina dan dicerca masih tersemat
rasa cinta itu?
‘’Fik, tak baik cakap macam tu pada Jijah. Jom, masuk office
akak nak bagi tahu ‘shecedule’ Fik hari ini!’’ ajak Uji Ramlah dengan berkata
lembut lalu menarik selamba tangan Encik Fikri.
Semalam Uji Ramlah
sudah menghalang Fikri berbuat begitu tapi malangnya, bakal isteri lelaki itu yang
tidak disukainya tingkah laku Izreen telah memulakan segala-galanya dengan menyerang
Umie Azizah dengan diari gadis itu.
Umie Azizah meneruskan tugasnya pada hari itu tanpa sedikit
pun rasa sedih, marah terlalu mahu pun benci. Dia mahu mencari sesuap nasi
sahaja di syarikat bumiputera itu. Tapi dalam masa yang selam-selam sedut juga
air. Manalah tahu dapat balik seorang buat menantu untuk Puan Hanum. Malangnya
dia tersalah sayang orang pula. Sekurang-kurangnya dia sudah mencerminkan
dirinya bahawa mencintailah yang sepadan dengan diri.
***
Umie Azizah tekun untuk menjaga berat badannya. Dia mula
mengamalkan pemakanan yang sihat. Tiada lagi junkfood di lewat malam. Nasi juga
dijamahnya sekali seminggu sahaja. Ibunya juga banyak memberi sokongan dengan
menyediakan masakan dengan cara mengukus dan merebus sahaja. Tiada lagi
hidangan berlemak seperti kari dan lemak cili api. Dia mahu lakukan ini semua
kerana ingin meningkatkan personaliti dirinya yang secara langsung meningkatkan
keyakinan diri.
‘’Mak, berat Jijah dah kurang 20 kilogram!Alhamdulilah...tak
sia-sia usaha Jijah, mak.’’ Umie Azizah memberitahu ibunya apabila menimbang
berat badannya.
Puan Hanum tersenyum gembira. Dia perasaan tubuh anak
semakin cantik dipandang. Tidak lagi orang memanggil anaknya dengan panggilan
anak gajah.
‘’Ingat Jijah jangan ambil kesempatan nak tayang badan pula
lepas ni. Mak tak nak Jijah pakai baju ketat-ketat. Ingat Jijah buat semua ini
sebab sayangkan kesihatan diri.’’ Puan Hanum menitip ingatan buat anaknya. Dia
tidak mahu anaknya menjadi seperti perempuan lain yang sudah langsing lalu
membuka aurat dan berpakaian ketat serta menayangkan lekuk badan.
‘’Jijah ingat mak. Lagi pun Jijah tak nak tayang badan untuk
orang lain. Jijah nak tayang untuk suami Jijah aje mak,’’ beritahu Jijah
malu-malu dengan menayangkan giginya yang cantik tersusun.
Puan Hanum tersenyum. “Amboi, anak mak ni!Dah ada calon
ke?’’ selidik Puan Hanum.
Umie Azizah hanya menggelengkan kepalanya. Tiba-tiba dia
teringat tentang Iqram. Lelaki yang berjaya menyelamatkan dia daripada terus
menjadi mangsa cakaran Izreen. Lelaki itu sudah lama tidak datang berjumpa
Encik Fikiri di pejabat. Mungkin sibuk sangat atau dia malu dengan Umie Azizah
sebab gadis polos itu menafikan pengakuan cintanya?
Umie Azizah bukan tidak menghargai pengakuan cinta lelaki
itu cuma masa yang itu salah. Ketika dia sedang dirundung pilu akibat hinaan
dan cercaan orang. Lagi pun, dia tidak percaya akan ada lelaki seperti Iqram
boleh jatuh cinta akan dirinya. Dia hanya seorang gadis gemuk lagi gedempol.
Gelaran yang diberi oleh lelaki tampan dan wanita cantik itu. Lagi pun, Encik
Iqram bukan idaman Umie Azizah sebab lelaki itu tak sasa macam Encik Fikiri.
Encik Iqram putih merah sangat tidak seperti Encik Fikri yang berkulit sawo
matang. Amboi, citarasa Jijah Gedempol boleh tahan,ya?
***
Encik tampan dan wanita cantik dah berkahwin dua bulan lalu.
Sedih betul hati Jijah sebab lelaki idamannya itu sudah pun menjadi hak wanita
cantik itu.
Jijah dalam proses untuk mengambil kursus pastri. Jijah dah
lama mahu mengambil kursus penyediaan pastri tapi dia mahu mencari pengalaman
bekerja di pejabat dahulu. Ternyata bekerja di pejabat memang memboringkan
sebab mengulang sahaja perkara yang sama.
Puan Hanum pun meyokong apa sahaja tindakan anaknya itu. Dia
tahu anaknya sudah lama mengidam untuk memiliki kedai bakerinya sendiri.
Apabila Jijah mahu meletakkan jawatan, pelbagai kata-kata
nista orang didengarnya. Orang cakap Jijah frust menonggeng sebab Encik Fikri
berkahwin dengan Izreen. Dia malas melayan semua itu. Dia hanya mahu mengejar
mimpinya sebagai pemilik kedai bakeri.
***
Jijah Gedempol Bakeri akhirnya berjaya ditubuhkan selepas
dua tahun Jijah memegang sijil pastri dari Kolej Komuniti. Selepas tamat
mendapat sijil, Jijah berkerja selama setahun di hotel untuk mencari
pengalaman. Setelah berasa yakin dengan kemahiran yang dia miliki, Jijah
berusaha membuat kertas kerja untuk mendapatkan pinjaman agensi kerajaan untuk
membuka bakeri sendiri. Bantuan daripada pihak kerajaan banyak membantu
melicinkan proses untuk memiliki bakeri sendiri.
Nama Jijah Gedempol Bakeri digunakannya bagi menaikkan
semangatnya yang suatu ketika dahulu pernah luntur. Dia mahu membuktikan budak
gemuk gedempol ini mampu mencapai mimpinya. Teringat kerani di kaunter majlis
bandaraya tersenyum mendaftarkan nama perniagaannya. Mana tak gelak orang baca
nama bakeri Jijah. Tambahan pula, tuan punya bakeri tidak gemuk mahu pun
gedempol!
Nampaknya Jijah Gedempol Bakeri semakin menjadi tempat
dihati orang ramai. Kesedapan pelbagai jenis roti, kek dan pastri menggamit
orang untuk terus menikmati pastri yang ada di bakeri Jijah.
Jijah yang sedang sibuk menguruskan perihal invois dan
baucer di kaunter terkejut apabila mendengar perbualan dua orang manusia.
‘’Ya, ini bakeri Jijah. Akak yakin sebab akak pernah nampak
dia dalam bakeri ni, ‘’ suara itu cukup dikenali Jijah walau sudah bertahun
suara itu tidak didengarinya.
‘’Pandai aje akak ni. Tak akanlah budak gemuk gedempol tu
dah ada bakeri macam ni.’’ Suara itu! Suara yang pernah menjerkahnya dahulu.
Suara cukup lunak ditelinganya dahulu.
Jijah mengangkat wajahnya. Mereka saling berpandangan. Tiga
pasang mata menerobos antara satu sama lain.
‘’Assalamualaikum. Selamat datang ke Jijah Gedempol
Bakeri,’’ ucap Jijah mesra dan bersahaja. Dia bergerak keluar dari kaunter
untuk menemui dua orang yang cukup dikenalinya.
Nampaknya mereka berdua masih tergamam. Uji Ramlah tidak
segamam Fikri.
‘’Jijah! Jijah tak kenal Kak Jee ke?’’ tegur Uji Ramlah
mesra. Dia mendekati tubuh gadis yang cantik mengenakan jubah moden dan
bertudung Sugar Scarf. Manis sekali gadis polos itu.
“Kak Jee...Jijah kenallah. Walaupun Kak Jee dah ubah imej
sekarang,’’ balas Jijah mesra dan teruja. Dia mencapai tangan wanita yang sudah
cantik berhijab kini. Dia kucup tangan itu. Tubuh itu ditarik ke dalam
pelukannya. Jijah memandang Fikri yang masih terpaku dengan semua itu. Mata
mereka bertembung. Anak mata hitam bertemu. Jantung Jijah berdebar secara
mendadak. Denyutan jantung meningkat.
‘’Dah lama Kak Jee cari Jijah...Jijah menyepi terus lepas
berhenti.’’ Uji Ramlah memulakan perbualan mereka setelah Jijah mengajak mereka
duduk di meja kayu berbentuk bulat berwarna putih itu.
‘’Jijah sibuk nak gapai mimpi Kak Jee...mana Kak Jee tahu ni
kedai Jijah?’’ soal Jijah lembut dan ceria. Fikri hanya diam tidak berkutik.
‘Tak nak jerkah Jijah ke encik tampan?’, monolog Jijah.
‘’Kak Jee carilah...lagi pun ada orang sibuk ajak Kak Jee
cari Jijah dia yang comel tu. Dia rindu sangat dengan Jijah gemuk gedempol dia
tu.’’ Uji Ramlah bercerita ramah.
Fikri yang bertentangan mereka sudah memusing memandang
lain. Jijah hanya diam.
‘’Mana Puan Izreen, Encik Fikri?’’soal Jijah bersahaja.
‘’Jijah, encik tampan Jijah ni sekarang duda hot tau!’’
beritahu Uji Ramlah selamba dan berseloroh. Nasib baiklah kedai Jijah tiada
pelanggan lain. Nama encik tampan diketahuinya ketika membaca diari Jijah
dahulu.
Terkejut Jijah dengan berita terkini lagi sensasi itu.
‘Nampaknya ada peluanglah kau Jijah,’ monolog Jijah nakal.
‘’Encik Iqram macam mana sekarang, Kak Jee?’’
Tiba-tiba Jijah teringat hero Kluangman dia itu. Nampak
sangat cinta lelaki itu tidak tulus. Kalau benar dia menyukai Jijah pasti dia
serius untuk memikat hati Jijah.
Fikri sudah berubah rautnya. Tiba-tiba rasa lain perasaan
apabila Jijah bertanya perihal Iqram sahabat baiknya yang kini sudah berumah
tangga dengan kawan sekolah mereka, Eja.
‘’Iqram, dah kahwin dah Jijah. Tapi encik tampan Jijah ni
aje yang belum kahwin sekali lagi, ‘’ beritahu Uji Ramlah dengan bersahaja
sambil menjeling ke arah Fikri.
Jijah buat muka tidak faham sahaja dengan kata-kata itu.
Ternyata benarlah telahannya Iqram hanya mempersendakan dirinya.
‘’Kak Jee dan Encik Fikri nak minum apa?’’ soal Jijah lalu
bangun.
‘’Kak Jee nak fresh orange. Encik tampan Jijah ni rasanya
nak apple juice,’’ beritahu Uji Ramlah selamba.
‘’Saya nak hot chocolate macam yang Jijah selalu buat untuk
saya dulu,’’ pinta Fikri tiba-tiba.
Jijah terkedu dengan permintaan encik tampan. Encik tampan
masih ingat coklat panas yang cukup ‘kaw’ itu? Mahu tak ‘kaw’ Jijah letak
serbuk minuman coklat Cadburry itu ikut sesedap tekak dia. Masa bekerja di syarikat teknologi itu, Jijah
selalu tolong Uji Ramlah buatkan air untuk encik tampan. Wah, betapa gembiranya
Jijah setiap kali dapat membancuh minuman kegemaran Fikri! Siap dia
berzikir-zikir merdu moga-moga encik tampan jatuh sayang buat dirinya. Walaupun
ketika itu Jijah sangat sedar yang dia menyintai tunang orang.
‘’Okey, Encik Fikri.’’ Jijah terus berlalu ke dapur bakeri
yang sudah setanding taraf kafe itu.
‘’Kak Jee malukan Fik
ajelah,’’ gerutu Fikri.
‘’Akak dah tolong kau kompelin pula ya,’’ balas Uji Ramlah
geram.
‘’Fik, malulah kak. Fik pernah hina dia. Akak tak ingat
ke?’’ balas Fikri penuh rasa malu dan penyesalan.
‘’Fik, maaf itu sentiasa ada untuk insan yang dicintai.
Percaya cakap akak. Dah mulakan misi lepas ni,’’ ujar Uji Ramlah lembut penuh
maksud mendalam sambil menepuk-nepuk bahu Fikri.
Belum sempat Fikri membalas Jijah muncul dengan minuman yang
diminta mereka.
‘’Tak nak pilih makanan ke? Ada roti, kek dan pastri.’’
Jijah menyoal setelah meletakkan gelas dan muk dengan cermat.
‘’Mana boleh tak nak. Akak nak ambillah ni, ‘’ jawab Uji
Ramlah dan berlalu ke deretan pelbagai pilihan pastri hasil pembakaran bakeri
Jijah Gedempol.
Fikri pula tidak sabar menikmati minuman yang cukup
dirinduinya itu. Jijah berlalu ke kaunter untuk melihat pekerjanya melayan
pelanggan yang lain.
Fikri merencanakan sesuatu yang penting selepas ini. Misinya
harus berjaya.
***
‘’Encik Fikri nak apa hari-hari menempel kat bakeri saya
ni?’’ soal Jijah geram kerana setiap hari Fikri akan mengunjungi bakerinya
semata-mata mencari peluang untuk berbual-bual dengan Jijah. Coklat panas
semestinya mesti dipesan dengan permintaan khas hanya Jijah yang bancuh.
‘’Saya nak bakeri ni, ‘’ jawab Fikri selamba sambil
mengekori Jijah yang bergerak ke sana sini dalam bakeri yang sekangkang kera
itu.
Jijah yang sedang mengelap penyepit memandang wajah Fikri.
‘’Banyak cantik. Bakeri ni saya punya dan tak akan menjadi hak orang lain,’’
beritahu Jijah sambil mengacu-acukan penyepit plastik berwarna putih itu ke
wajah tampan Fikri.
‘’Kalau tuan punya bakeri macam mana?Boleh jadi hak saya?’’
soal Fikri sambil merapatkan mulut ke sisi telinga gadis polos itu.
‘’Itu lagi tak boleh sebab bukan barang jualan ya,’’ jawab
Jijah selamba dan bergerak ke bahagian dapur. Fikri mengekori lagi.
‘’Saya bawak jumpa tok kadi ajelah senang,’’ beritahu Fikri
sambil sibuk mengacau adunan kek baldu merah yang sudah siap dibancuh oleh
pekerja Jijah.
Jijah buat tak dengar. ‘’Encik Fikri ni dah kena pecat ke?’’
soal Jijah selamba. Mahu tak pelik dah seminggu muka dia sahaja yang menyemak
di bakeri Jijah.
‘’Saya ambil cuti seminggu,’’ jawab Fikri. Dia membantu
Jijah mempaip adunan puff di atas dulang pembakar. Nampak bersahaja
dilakukannya. Mengikut spefikasi yang Jijah mahu.
‘’Saya tak mampu nak bayar gaji Encik Fikri setanding gaji
CEO encik tu. Gaji kuli batak bolehlah,’’ ujar Jijah selamba dalam keras. Jijah
sedang mempaipkan krim kastard ke dalam puff yang sudah sejuk itu.
Fikri sibuk memasukkan adunan kek baldu merah ke dalam cawan
kertas. Segala yang dilakukan oleh Fikri tampak bersahaja langsung tidak kekok
melakukan semua itu.
‘’Jijah jadi isteri saya. Itu ‘gaji’ saya. ‘’ Fikri membuat
permintaan gila sambil memasukkan loyang pembakar ke dalam ketuhar. Dia perlu
tebalkan telinga menerima semua itu.
‘’Hello, Encik Fikri ingat isteri tu apa?Barang pertukaran
sistem barter?’’ balas Jijah geram sambil tangannya ligat menyusun puff ke atas
dulang untuk diletakkan di hadapan.
Tiga orang pekerja Zuraihan, Zainon dan Satinah hanya
memandang sesama sendiri dan tersenyum. Geli hati melihat Kak Jijah mereka
‘diayat’ baik oleh Fikri. Mereka ‘bekerjasama’ dengan baik.
‘’Ehea, tolong tengok kat depan kejap,’’ pinta Jijah
terhadap Zuraihan yang dipanggil Ehea. Nama manja katanya. Nama manja loghat
‘kelate’.
‘’Okey kak,’’ akur Zuraihan dan membawa krim puff ke
hadapan.
‘’Jijah, please be my wife. I really need you as my wife
right now.’’ Amboi, encik tampan dah lama tak makan belacan ke? Tebak Jijah
dalam hati aje.
‘’Kalau Encik Fikri dah kemaruk sangat nak kahwin lagi,
pergilah cari perempuan macam Cik Izreen tu bukan macam saya yang ‘pipit’ ni.
Encik layaknya dengan perempuan yang cantik dan langsing belaka bukan macam
‘anak gajah’ ni.’’ Jijah membalas ‘pedas’ umpama memulangkan paku buah
kerasnya. Jijah berlalu ke hadapan bakeri untuk melihat pastrinya. Fikri turut
mengekori sambil membawa roti berinti kacang merah ke hadapan. Fikri
satu-satunya kumbang dalam bakeri itu.
‘’Jijah, saya minta maaf sangat pasal kes dulu. Saya
betul-betul menyesal. Benar cakap Iq, ‘idaman’ saya buat saya menderita. Saya
pun gagal didik Izreen. Jijah saya dah bersedia nak bergelar suami Jijah,’’
ucap Fikri penuh penyesalan dan pengharapan. Dia betul-betul menderita
berkahwin dengan Izreen. Izreen hanya tahu bersosial dan tidak pandai menjadi
isteri yang sepatutnya. Selama dua tahun dia berkahwin dengan Izreen jiwa
lelakinya tidak tenteram. Telinganya bagai terdengar kata Iqram dan tangisan
Jijah.
Jijah memang berhati kering. Langsung dia buat tidak endah
dengan buah-buah penyesalan Fikri. Dia bukan Jijah yang dahulu, yang lemah!
‘’Encik Fikri boleh blah dari bakeri ni kalau setakat nak
kacau saya. Saya tak perlukan seorang lelaki bernama suami sekarang ni. Saya
happy dengan life saya sekarang.’’ Jijah tegas dengan pendiriannya.
‘’Saya betul-betul cinta dan sayangkan Jijah. Jijah tak nak
bagi saya peluang?Sebab saya duda ya, itu yang Jijah tak nak kat saya?’’ ujar
Fikri mendekati Jijah yang sudah duduk di kerusi yang terdapatnya laptop. Dia
mahu membuat kerja pejabatnya seketika.
Dia menghadap laptopnya tanpa menghiraukan Fikri di
hadapannya. ‘’Yalah...saya ni anak dara, takkan nak kahwin dengan duda. Tak
classlah,’’ jawab Jijah selamba anak badak dengan mata yang tertumpu di skrin
laptop Toshiba itu.
‘’Tapi saya duda tak ada anak, Jijah. Tak nak bagi
peluang?’’ aju Fikri lagi cuba merayu lagi. Dia mengerdipkan-ngerdipkan
matanya. Nampak miang pada orang lain tapi pada Jijah comel!
‘’Peluang apa?Saya tak pernah bagi sesiapa pun peluang.
Cukuplah Encik Fikri jangan nak merepek entah apa-apa kat sini,’’ balas Jijah
lagi.
‘’Saya nampak dalam mata Jijah masih ada cinta untuk saya,’’
ujar Fikri tiba-tiba setelah mereka berdua diam untuk beberapa minit.
Kata-kata itu menarik perhatian Jijah. Dia menjongketkan
keningnya. ‘’Ya ke?Encik Fikri tak nampak ke mata saya penuh dengan cinta buat
Encik Iqram?’’ aju Jijah sambil mendekatkan mukanya dengan muka Fikri. Dia
merenung mata hazel lelaki itu. Jantung macam nak rebah ke bumi.
Fikri sudah berubah rautnya. Geram nampaknya. ‘’Hai, tadi
kata nak yang teruna aje!Suami orang
pulak yang Jijah suka, ya. Tak baik ambil hak orang, Jijah.’’ Fikri mengusik
Jijah dalam hati yang sebal. Tidak sangka Jijah menaruh perasaan terhadap
Iqram. Cemburu pula rasanya. Mungkin Iqram pernah melayan Jijah dengan baik.
Bukan seperti dia, menghina Jijah lagi ada. Jijah jatuh hati sebab Iqram
‘selamatkan’ dia dahulu kot. Berteka-teki Fikri sendiri.
Jijah memuncungkan bibirnya. “Tak apalah, sekurang-kurangnya
saya tahu Encik Iqram ikhlas sukakan saya. Jadi bini nombor dua pun tak apa,’’
balas Jijah berani padahal dalam hati, minta simpang malaikat 44!Tak sanggup
nak hidup bermadu!
‘’Jijah, jangan bohong saya! Saya tahu Jijah bukan perempuan
macam tu,’’ tukas Fikri lembut tapi tegas.
Jijah terpegun dengan kata-kata Fikri. “Jijah dulu mungkin
kot. Jijah sekarang tak kisah janji lelaki tu sayang dia.’’ Jijah membalas selamba
dan bersahaja.
Fikri mengigit bibirnya. Dia tahu dia perlu sabar. Misinya untuk
memetik cinta Jijah kembali semakin kemuncaknya. Sudah enam hari dia menjadi
penyibuk di bakeri Jijah ini.
‘’Saya pun sayangkan Jijah. Sayang sangat-sangat!’’ ucapkan
Fikiri beria-ia.
Jijah buat muka selamba. Matanya tetap diskrin komputer
ribanya. Bukan buat kerja pun, tengok news feed dekat Facebook adalah!
‘’Sayang Encik Fikri tu boleh dijual beli.Palsu semua tu,’’
balas Jijah geram.
‘’Saya akan buktikan saya sungguh-sungguh sayangkan Jijah.
Saya nak Jijah terima saya sebagai suami Jijah.’’ Fikri bersuara penuh yakin.
‘’Alah, piraahh...’’ balas Jijah selamba dengan tangan
kanannya diangkat.
‘’Okey baik. Tak nak percaya ya?Tunggu esok,’’ ujar Fikri
tenang. Dia kemudian bangkit dan berlalu keluar dari bakeri Jijah. Sebelum
beredar dia tunggu juga Jijah memandang dia. Namun, hampeh sikit pun tak toleh!
“Kak Jijah, kenapa keras sangat hati tu?Kesian Encik Fikri
tu. Dah berapa hari dia tak kerja semata-mata nak lamar Kak Jijah jadi isteri
dia,’’ tegur Satinah lembut setelah puas memerhati Jijah yang menjual mahal
langsung tak mahu bagi diskaun.
‘’ Kak Jijah ke yang suruh dia cuti?Tak kan?Kalau Tinah
kesian sangat dengan dia, pergi ajak dia kahwin.’’ Jijah membalas selamba lalu berlalu
ke kaunter apabila melihat dua orang pelanggan mula mengambil dulang dan
memilih roti.
Satinah mecebikkan bibirnya.’’Dia nak kahwin dengan Kak
Jijah bukan dengan Tinah. Akak tengoklah tadi betapa sweetnya dia tolong akak
kat kitchen. Nampak bersahaja langsung tak kekok!’’ puji Satinah cuba mengumpan
Jijah.
Jijah buat muka selamba. Dia mengelap meja kaunter. Malas
melayan. ‘’Dah, pergi tengok oven. Karang hangus pulak roti. Akak denda
nanti,’’ arah Jijah sempat ‘mengugut’ Satinah.
***
Hari esoknya Jijah mulakan seperti biasa. Dia langsung tidak
memikirkan soal Fikri. Bagi dia Fikri hanya mengacau hidupnya. Dia tidak
langsung berasa lelaki itu serius dan bersungguh-sungguh.
Jam sudah menunjukkan tepat pukul 3.00 petang. Dia tertunggu
juga jikalau Encik Fikri mahu menempel lagi di bakeri ini.
‘’Assalamualaikum.’’ Terdengar satu suara memberi salam.
Jijah yang sedang mengatur-atur pastrinya menjawab salam
tanpa memandang. ‘’Waalaikumussalam. ‘’
‘’Boleh aunty nak jumpa Jijah?’’ pinta wanita yang anggun
berbusana baju kurung dan bertudung Fareeda.
Jijah terkedu apabila wanita itu mengenalinya. Mesra pula tu
menyapanya. ‘’Maaflah ya. Boleh saya tahu, puan ni siapa?’’ aju Jijah lembut
dan mesra. Dia mengukir senyuman manis buat wanita anggun itu. Dia menyambut
huluran tangan itu dan tunduk mencium tangan itu.
Wanita anggun itu tersenyum. ‘’Aunty ibu Fikri.’’ Jawapan
wanita itu menyebabkan rasa amarah menampar dada Jijah. Nampaknya lelaki itu
‘main kotor’ kerana menggunakan ibunya.
Dia menahan rasa dan cuba sedaya upaya untuk melayan
kedatangan wanita itu dengan cara yang baik. Orang datang cara baik, kita layan
dengan baik.
‘’Encik Fikri ke yang suruh puan datang sini?’’ tebak Jijah.
‘’Aunty datang sini sebab nak pinang sendiri bakal isteri
Fikri. Aunty memang dah tak sabar nak tengok Fikri bertemu jodoh lagi. Umie
Azizah sudi tak jadi isteri kepada Fikri sekaligus anak perempuan buat aunty?’’
aju Datin Kamalia lembut.
Ketika itu mereka berdua sudah melabuhkan punggung di kerusi
kayu itu. “Maaf ya, aunty. Saya rasa puan tak kenal siapa saya dulu,’’ balas
Jijah lembut.
Datin Kamalia tersenyum sahaja dengan jawapan ‘menolak’
gadis itu.
‘’Aunty minta maaf pasal Fikri, Jijah. Aunty tahu apa yang
berlaku dulu. Aunty tahu segalanya pasal Jijah. Aunty terima Jijah sebagai anak
perempuan aunty seadanya Jijah. Jijah terima Fikri ya.’’ Datin Kamalia bertutur
lembut. Ternyata sifat keibuan wanita separuh abad itu terserlah.
Datin Kamalia mengambil tangan Jijah. Dia genggam tangan itu
erat. ‘’Maaf ya, aunty. Saya tak boleh terima Encik Fikri. Saya dah ada pilihan
saya sendiri.’’ Jijah bersuara yakin.
‘’Jijah, terima ajelah pinangan tu. Jijah, tak baik menipu
orang.’’ Tiba-tiba suara itu menjengah.
‘’Mak...’’ panggil Jijah lemah. Terkejut dengan kedatangan
ibunya.
‘’Jijah, jangan nak banyak songeh lagi ya. Mak dah terima
pun pinangan daripada pihak Fikri. Kamu jangan nak membantah lagi. Keputusan
mak muktamad. Tak ada talian hayat!’’ Puan Hanum menggunakan kuasa vetonya
sebagai ibu. Dia muncul di bakeri itu pun bersama Datin Kamalia.
Jijah melepaskan genggaman Datin Kamalia. Dia berdiri
menghampiri ibunya yang berada di pintu masuk itu. Mujur tiada pelanggan ketika
itu.
‘’Mak, kenapa buat Jijah macam ni? Mak belakangkan Jijah
tahu tak. Ini masa depan Jijah,’’ rayu Jijah sambil memaut lengan Puan Hanum.
Puan Hanum mengeraskan tubuh sederhananya. ‘’Kalau nak
tunggu Jijah bawa calon menantu buat mak, jangan haraplahkan. Kami dah
tetapkan. Lagi tiga bulan kamu dan Fikri akan disatukan,’’ beritahu Puan Hanum.
Datin Kamalia tersenyum gembira, namun terselit rasa kasihan buat Jijah. Tapi
hati tuanya tahu Jijah dan Fikiri ada ‘rasa’ itu.
Jijah sudah muncung sedepa. Dia melangkah menolak geram
pintu kaca bakerinya itu. Nah, jelas dihadapannya Fikri yang sedang menyandar
gembira di tepi Mazda X5 itu!
‘’Encik Fikri guna cara ‘kotor’ ya?’’ sergah Jijah geram.
Fikri mendekati Jijah yang cantik berblaus muslimah bercorak
abstrak dan pashmina itu. Cantik dan manis. Luarannya tampak lembut sekali
‘menghembus’ Fikri, hilang terus kelembutan dan keayuan.
‘’Saya dapatkan Jijah cara yang betul. Kalau saya ‘noda’
Jijah, itu baru cara kotor, sayang. Lagi pun Jijah ingat selama ini saya
main-mainkan? Saya serius untuk memperisteri Jijah. Jijah aje yang buat tak
faham,’’ jelas Fikri lembut namun tegas.
Tersentak Jijah dengan kata-kata Fikri. ‘’Saya ada haklah
nak batalkan semua ni,’’ ujar Jijah tak mahu angkat bendera putih lagi.
Fikri hanya tenang. Dia tahu gadis dia itu bukannya
seperti gadis-gadis lain yang ‘lemah’.
Gadisnya ini ‘brutal’ sangat.
‘’Jijah nak buat apa?’’ soal Fikri dengan merapatkan
bibirnya ditelinga Jijah yang ditutupi pashmina itu.
‘’Adalah,’’ jawab Jijah selamba.
Fikiri tersengih. Dia tahu apa yang berada di dalam
perkiraan gadisnya itu.
‘’Jijah nak lari ya? Saya ikut tau,’’ tebakkan Fikri
mengena!
Jijah sudah merona wajahnya menahan geram. Fikri ketawa
‘menang’.
‘’Jijah, terimalah saya jadi suami Jijah. Saya tak berani
janji tapi saya akan berusaha menjadi suami yang baik seperti yang Jijah
idamkan. Insya-Allah sayang kita bina ‘jannah’ dalam rumah tangga kita ya nanti.
Saya janji saya akan pimpin Jijah ke jalan yang benar. Jijah pun dah
permudahkan jalan saya dengan menutup aurat dengan sempurna. Jijah cuba
lembutkan hati ya, sayang. Jijah lari macam mana pun, saya percaya Jijahlah
tulang rusuk saya yang selama ini hilang.’’
Terpana Jijah dengan taburan keyakinan daripada lelaki itu.
Jijah tidak menjawab sepatah pun dan memusingkan tubuhnya lalu menolak pintu
bakerinya.
Fikri tersenyum lega. Dia telah berusaha sedaya upayanya
untuk mengambil gadis itu menjadi yang halal buat dirinya. Gadis yang meninggal
kesan mendalam dalam hidupnya.
***
Jijah meraupkan kedua-dua
belah tapak tangannya ke muka setelah mengaminkan doa yang dipadu oleh
suaminya. Encik Fikri lah suami Jijah! Ya, betul inilah malam pertama mereka!
Ehem...suka ya! he he he...
‘’Abang, terima kasih
sebab sudi ambil Jijah jadi isteri abang. Terima kasih sebab boleh terima Jijah
yang serba kekurangan ni, ‘’ ucap Jijah sambil mengucup tangan kasar lelaki
itu. Tangan lelaki yang bakal mencoret mimpi bersamanya.
‘’Sama-sama,sayang. Sayang
cukup sempurna dimata abang. Abang pun tak sempurna, sayang. Sebab itulah Allah
temukan kita supaya kita sedar tiada pasangan suami isteri yang sempurna sayang
kerana perlu melengkapi antara satu sama lain. Terima kasih banyak-banyak
sayang sebab tak lari masa wedding kita hari ni,’’ balas Fikri sempat mengusik
isterinya. Dia mengucup dahi luas isterinya. Dikucup kedua belah pipi gebu itu.
Rasa cinta dan sayangnya buat wanita itu cukup menggebu.
Jijah menarik muncung dan
memaut lengan suaminya yang sudah bersila di sebelahnya. Dia melentokkan
kepalanya dibahu suami tercinta. Tercinta sudah Jijah dengan Fikri, ya? he he
he... Cinta yang kian mekar setiap detik dan saat.
Orang tua kan dah kata,
hati perempuan inikan macam kerak nasi. Kalau dah direndamkan dengan kasih
sayang dan cinta pastilah lembut. Begitu gigih Fikri melembutkan hati keras
Jijah. Pelbagai dugaan yang mereka tempuhi tiga bulan sebelum majlis dengan kemunculan
Izreen yang cuba menggoyahkan keyakinan yang telah Jijah semai dalam hatinya
untuk Fikri. Mujurlah Fikri kuat menanganinya.
‘’Boleh abang tahu sebab
apa Jijah sukakan abang dulu?” aju Fikri mengenai perkara yang telah lama
melingkari fikirannya. Dia sebenarnya terpana dengan luahan jujur Jijah dalam
diari gadis itu. Dia ‘cair’ dengan apa yang ditulis oleh Jijah, namun egonya
tercabar kerana gadis yang menyukainya ialah gadis yang gemuk lagi gedempol!
Tapi itu dulu, sekarang ni jiwa dan raganya hanya untuk isterinya yang cantik
itu. Ya, Jijah sangat cantik dan sempurna dimatanya kini. Apabila kali pertama
melihat isterinya tanpa tudung, barulah dia mengakui ‘nikmatnya’ memiliki
isteri yang menjaga aurat dengan sempurna.
‘’Abang tak ingat ya?’’
aju Jijah sambil mengusap-usap pipi kiri suaminya manja. Ketika itu mereka
menyandarkan tubuh mereka pada katil. Fikri memaut mesra bahu Jijah dan Jijah
juga berbuat begitu.
Fikri mengerutkan dahinya.
Dia menggelengkan kepalanya. ‘’Abang ingat tak pertama kali Jijah kerja dekat
office abang, abang tolong Jijah masa Jijah tergelincir. Wah, masa tu Jijah
terus jatuh cinta dengan abang!’’ cerita JIjah dengan tersipu-sipu.
Berkerut-kerut dahi Fikri.
Akhirnya dia baru teringat. ‘’Sebab itulah Jijah sedih bila abang hina Jijah
dulu. Penghinaan daripada orang yang kita cinta dan sayang amat menyakitkan,
bang.’’ Jijah menyambung sayu.
Fikri memusing tubuhnya.
Dia meletakkan kedua-dua tangannya di bahu Jijah. ‘’Maafkan abang, sayang.
Abang dah banyak lukakan Jijah,’’ucap Fikri jujur dan telus.
Jijah mengambil tangan
Fikri. Dia tersenyum manis.‘’Abang, maaf itu sentiasa ada untuk insan yang
dicintai. Jijah cuma nak kita bina rumah tangga kita aje sekarang ni. Jijah nak
abang yang akan jadi pelindung dan penguat dalam hidup Jijah selepas mak.
Abang, Jijah tak ada tubuh dan wajah yang cantik, tak ada kulit yang putih
gebu, tak ada pelajaran yang tinggi tapi Jijah hanya ada sekeping hati yang
tulus dan ikhlas untuk menjadi seorang isteri yang setia dan pendamping hati
serta hidup abang. Isteri yang bakal menempuh segala susah dan senang bersama
abang, InsyaALLAH. Terimalah segala kekurangan dan kelebihan Jijah, bang. Abang
bantulah Jijah perbaiki diri Jijah.’’ Jijah berujar lembut dan sayu. Air mata
gembira, kesyukuran dan pengharapan mengalir di pipi tembam itu.
Fikri terpaku dengan
luahan ikhlas wanita yang bergelar isterinya kini. Wanita yang sudah bertahun
dia cari untuk dirayu kemaafan dan menggapai peluang. Alhamdulilah Allah
memperkenankan segala permintaan dan pengharapannya untuk hidup bersama Jijah.
Air mata lelakinya menitis.
Fikri mengusap kedua-dua
belah pipi isterinya. Ubun-ubun isterinya yang tidak ditutupi sebarang kain,
dikucupnya. Kucupan itu bergerak ke dahi dan kedua-dua pipi isterinya.
‘’InsyaALLAH, sayang. Kita
bina ‘jannah’ dalam masjid kita ni ya. Abang dah belajar daripada kenangan
lalu. Semua itu bukan ukurannya sayang. Seorang lelaki yang ikhlas mencintai
wanita tidak mempertikaikan perkara itu. keikhlasan dan keluhuran hati
isterilah yang diperlukan oleh seorang suami, sayang. I love you so much,
sayang. InsyaALLAH, cinta dan kasih sayang abang untuk sayang tak akan
berhenti. InsyaALLAH abang akan menjaga dan melindungi sayang sebaik mungkin.’’
Fikri membalas lembut. Dia merenung dalam mata bundar milik isterinya.
Jijah merenung dalam mata persis mata yang dimiliki
angkasawan negara. ‘’Jijah pun cintakan abang sangat-sangat. Daripada dulu,kini
dan insyaALLAH untuk selama-lamanya,’’ ucap Jijah manja sekali.
Fikri tersenyum gembira dengan ucapan isterinya. Ucapan yang
cukup yang dia nanti selama tiga bulan dahulu. Akhirnya malam pertama mereka
bergelar suami isteri barulah isterinya mengucapkannya.
‘’Terima kasih, sayang. Ermm...apa kata kita merancang
mengembangkan empayar Fikri Azidan dan Umie Azizah sekarang...’’ ujar Fikri
dengan mengenyitkan mata kanannya.
Jijah mengerutkan dahi. ‘’Abang nak kembangkan bakeri Jijah,
ya?’’ aju Jijah teruja.
Fikri tersenyum. ‘’Ya, itu semestinya sayang. Tapi abang
rasa nak bagi badan Jijah kembang sikit lepas ni sebab nak ‘wujudkan’ Fikri
Azidan Junior dan Umie Azizah Junior. Barulah ‘empayar’ kita berkembang,
sayang.’’ Beritahu Fikri bersahaja dan bersungguh-sungguh.
Jijah buat muka tidak faham.’’ Oh...’’ itu sahaja
balasannya.
Fikri menghela nafas panjang. Nampaknya isterinya buat-buat
tidak faham. Misi menggoda perlu dijalankan.
‘’Assalamualaikum, abang.’’ Terkejut besar Fikri apabila
Jijah mendekatkan bibirnya di telinganya. Fikri tersenyum gembira dan sangat
teruja.
‘’Waalaikumussalam, sayang. Pandai ya kenakan abang. Nakal
isteri abang ni!’’ balas Fikri dan menarik tubuh sederhana isterinya itu dan
dipeluk erat. Jijah ketawa kecil. Dia mahu membawa isterinya ke syurga mereka.
Bahagia milik mereka.
TAMAT
Alhamdulilah, syukur ke hadrat ALLAH S.W.T. yang memberi
ilham buat saya untuk menghasilkan cerpen yang ringkas ini. Sebuah kisah di
celah-celah kehidupan. Mungkin ‘fairytales’ semata-mata namun apa yang saya
mahu bawakan di sini, siapa pun kita, apa pun fizikal kita, kita tak patut
dihina mahu pun dicerca. Sesungguhnya bahagia itu milik kita. CInta itu tidak
memandang kesempurnaan tetapi bagaimana kita mengemudikannya agar cinta itu
sempurna untuk kita. Isterinya yang setia itu mahal harganya!
nape macam tergantung je ni.. ke ada sambungan lg..
ReplyDeleteAwat tergantung ni yunk..
ReplyDeleteAwat tergantung ni yunk
ReplyDeleteSambung lagi please?
ReplyDeletesambungla lagi..teringin nak tahu kesudahannya....
ReplyDeletebestttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt
ReplyDeleteTq Iman lily..x sgka nma akak ada dlm ini cerita
ReplyDeleteJd assist jijah kt bakery.
He he btw best cerpen Ni.
'Jijah' kt sini menatap nukilan d tepi katil smbil teresak prlhan...ada some part yg ada jgk trjdi spnjang prjlnan meniti dewasa ini...tq k.iman...cita yg besssstt sngat pd sy... *still in tears*
ReplyDeleteassalamualaikum, suka sangat dengan jalan ceritanya. good job sis!
ReplyDeleteHi,
ReplyDeletesemua! ;) jutaan terima kasih kpd kwn2 dan kakak2 yg sudi membaca dan
menghadam cerita Jijah Gedempol! sekiranya suka, iman tambah lagi lemon2
terima kasih ya ;) yg baik harapnya bersama-sama kita jadikan tauladan
dan yg buruk jgn sesekali kita ikuti ;) sesungguhnya yg baik dan
sempurna itu dtgnya drpd Allah s.w.t dan yg buruk dan serba comot itu
dtgnya drpd iman lily sendiri :) maaf segala kekurangan dlm cerpen ini
:) terima kasih byk2 ya sayang2 ;) syg kamu semua ;)
Best Iman.. thumbs up.. tulis cerpen lagi yer.. :)
ReplyDeletewow sangat berbakat dan sangat rajin menulis
ReplyDeleteJom kita makan Minyak Ikan