Projek Cerpen : Dendam vs Cinta 8/4/14
‘’Akhirnya dendam aku terbalas,
Nadeelah!’’ ujar Akif Furqan dengan wajah yang puas. Sangat puas! Dendamnya
ketika zaman sekolah terhadap Nadeelah, sudah ‘terbayar’.
Nadeelah duduk meringkuk di
hujung kamar yang suram itu. Hanya lampu tidur yang menerangi kamar itu. Kamar
berhias indah berharum mewangi. ‘’Kau memang syaitan, Akif! Kau dah rampas
seluruh kehidupan aku, tahu tak!’’ jerit Nadeelah dengan memeluk lutut. Rambut
yang basah dibiarkan kering sendiri.
Akif Furqan mendekati Nadeelah.
Dia memegang kedua-dua pipi itu. ‘’Aku ni suami kau, bukan orang lain. Kau tu
milik aku dari hujung rambut sampai ke kaki. Aku berhak ke atas kau. Kau nak
menyesal buat apa? Itukan lumrah suami isteri,’’ jerkah Akif Furqan. Dia
mencengkam kedua-dua belah pipi itu.
Nadeelah menolak tubuh lelaki
yang bergelar suaminya itu sekuat tenaganya. ‘’Tapi kau aniaya aku. Aku teraniaya,
tahu tak!’’jerit Nadeelah geram. Dongkol hatinya apabila mengingatkan sebab
musabab mereka disatukan sebagai suami isteri. Begitu mudah sekali maruahnya
diperkotakkatikkan oleh lelaki bernama Akif Furqan itu.
Akif Furqan ketawa besar. ‘’Aku
tak aniaya kaulah, Deelah. Aku ajak kau kahwin, salah ke?’’ balasnya selamba. Akif
Furqan mengelap rambut basahnya dengan menggunakan tuala. Tubuhnya hanya
bersarung boxer.
Nadeelah bangkit dari posisinya.
Dia mendatangi suaminya yang duduk di birai katil itu. Dia merapapatkan muka mereka. ‘’Kau perdaya
mak bapa aku, kau cakap aku ni dah terlanjur dengan kau. Kau tipu semua orang.
Sampai tunang aku pun tinggalkan aku. Itu kau kata tak salah, Akif Furqan?’’
serang Nadeelah dengan beraninya dia menampar wajah tampan itu semahunya.
Akif Furqan tangkas merampas
tangan Nadeelah setelah tamparan pertama menghinggap pipinya. ‘’Kau dah gila
ke? Kau tak boleh terima takdir ke? Aku suami kau sekarang. Aku yang terima
ijab dan kabulnya. Bukan bekas tunang kau yang pengecut tu. Dasar bukan anak
jantan. Itu pun kau nak?’’ sela Akif Furqan geram lalu berdiri. Dia menarik
isterinya ke dalam pelukkannya. Dipeluk tubuh sederhana itu sekuat-kuatnya biar
pun isteri yang baru semalam dinikahi itu meronta-ronta.
Nadeelah yang cuba melepaskan
dirinya terkedu dengan bisikan lelaki itu ditelinganya.
‘’Aku mencintai kau sejak dulu
lagi, Nadeelah Nadeem, isteriku.’’
Nadeelah menolak tubuh tegap itu
semahunya. Dia tidak ‘berminat’ dengan luahan suaminya itu. Bagi dia lelaki itu
sejahat-jahat manusia.
Setelah berjaya melepaskan
pelukkan lelaki itu, dia menampar lelaki itu sekali lagi. ‘’Aku benci kau Akif
Furqan! Aku tak akan benarkan keturunan kau hidup menumpang dalam rahim aku.
Aku tak ingin nak mengandungkan anak kau. Selama-lamanya aku tak akan terima
kau sebagai suami aku, faham!’’ beritahu Nadeelah dengan penuh keberaniannya.
Selepas meluahkan apa yang
sepatutnya dia terus membaringkan tubuh ke katil dan membungkus seluruh
tubuhnya. Malam itu malam pengantin yang meninggalkan titik hitam dalam
hidupnya.
***
‘’Sampai bila kau dan Deelah nak
hidup macam ni, Kif? Dah dua bulan kahwin tapi hidup tak serupa orang berumah
tangga. Rumah aje yang ada. Titian tangga bahagianya tak ada,’’ luah Irfan
terhadap Akif Furqan, kawan baiknya. Dia mengetahui kisah rumah tangga
sahabatnya itu.
Akif Furqan meraup wajahnya. Dia
juga buntu. Dia juga mati akal. ‘’Nadeelah tak boleh terima hakikat. Aku dah
cuba layan dia sebaik mungkin. Aku dah luahkan perasaan aku. Tapi dia still tak
boleh terima aku sebagai suami dia,’’ balas Akif Furqan sebelum menyedut Jus
Avokado kegemarannya itu.
Selepas peristiwa malam pengantin
mereka, dia puas memujuk Nadeelah. Pohonan maaf juga telah dipaut, namun
ternyata isterinya ‘keras’ orangnya. Tidak berubah lagi perangai isterinya
walaupun sudah melalui proses kedewasaan dan kematangan. Dia berusaha melayan
isterinya sebaik mungkin. Mereka sebilik dan sekatil cuma tidak sehati dan
sejiwa.
Irfan menggelengkan kepalanya.
Dia merapatkan kedua-dua tangannya ke meja. ‘”Kau pun satu. Kenapa tak beritahu
perkara sebenar? Kau biarkan isteri kau terus membenci kau, tahu tak.’’ Irfan
membalas geram dengan ‘kebodohan’ sahabatnya itu.
Akif Furqan menjeling ke
sekeliling restoran seperti mencari ayat terbaik. ‘’Aku tak akan beritahu dia.
Biarlah menjadi rahsia aku dan kau. Aku hanya mahukan cinta daripada seorang
isteri, Ir.’’ Akif Furqan mempertahankan tindakannya.
‘’Terserahlah, Kif. Apa-apa pun
aku belakang kau, okey.’’ Irfan menepuk bahu sahabatnya.
***
‘’Kenapa kamu kurang ajar dengan
suami, Deelah?’’ tegur Puan Ruhaya apabila melihat anaknya Nadeelah menempelak
suaminya sendiri.
‘’Perlu ke saya hormat dia, mak?
Dia dah letak maruah saya serendah-rendahnya ke tanah. Sampai mak dan ayah tak
percayakan Deelah. Mak tahu tak, dia ni syaitan bertopengkan manusia,’’ luah
Nadeelah keras sahaja suaranya. Dia telah menempelak tindakan Akif Furqan yang
cuba mengambil berat perihal mak dan
ayahnya. Benci hatinya dengan lakonan lelaki itu.
Puan Ruhaya mengurut dadanya. Tak
dapat diterima sikap anak perempuannya yang semakin kasar setelah berkahwin
dengan menantunya. Pada mulanya, dia dan suami juga tidak dapat menerima
‘kenyataan’ itu. Tetapi terima juga Akif Furqan sebagai anak menantu apabila
menantunya bersungguh-sungguh untuk membuktikan bahawa dia seorang yang
bertanggungjawab terhadap apa yang telah dilakukannya.
‘’Deelah, mengucap banyak-banyak.
Istighfar. Mak tak pernah ajar anak mak jadi isteri yang kurang ajar. Hormat
suami kamu, Deelah.’’ Puan Ruhaya menasihati anaknya lembut. Dia pun hairan
dengan perubahan anaknya yang semakin kasar dan keras dari hari ke hari.
Akif Furqan hanya diam menekur. Kemudian
mengambil keputusan supaya keadaan tidak semakin keruh. ‘’Kami balik dulu ya,
mak. Sayang, jom kita balik.’’ Akif
Furqan menyalami mak mertuanya. Mujur bapa mertuanya, Encik Nadeem tiada di
rumah ketika itu. Tadi dia cuba mengambil tahu perihal kesihatan ibu mertuanya yang
baru pulih daripada demam denggi. Mereka melawat keluarga isterinya pada hujung
minggu itu. Rutin yang dilakukan setelah mereka duduk di rumah sendiri.
Nadeelah jijik dengan panggilan
mesra yang dikeluarkan oleh Akif Furqan. Telinganya berbulu apabila suaminya
bercakap mesra dengannya.
‘’Aku tak nak ikut kau balik. Kau
baliklah sendiri,’’ ingkar Nadeelah berani. Dia menyikat rambut basah Puan
Ruhaya dengan lembut. Dia sudah dua bulan hidup bersama Akif Furqan di rumah
lelaki itu. Terpaksa mengikut. Itu pun setelah telinga bernanah dileter oleh
ibu bapanya yang sudah tertipu dengan
kasih sayang yang ditonjolkan oleh Akif Furqan.
‘’Deelah, jangan lawan cakap
suami. Pergilah ikut suami kamu balik.’’ Puan Ruhaya cuba memujuk anaknya
lembut. Tubuhnya masih lemah. Seminggu menjadi penghuni di hospital. Bau-bauan
di hospital membuatkan dia lemah.
‘’Deelah tak pernah anggap dia
suami Deelah lah, mak.’’ Nadeelah tidak mempedulikan suaminya yang setia
menunggunya di muka pintu bilik Puan Ruhaya dan Encik Nadeem.
‘’Deelah, tak baik cakap macam
tu. Pergi balik. Mak tak nak tengok muka Deelah dekat sini,’’ ‘halau’ Puan
Ruhaya. Dia perlu tegas dengan Nadeelah.
Nadeelah terkejut. ‘’Sampai hati
mak, kan. ‘’ Nadeelah menyalami juga maknya seperti biasa. Walaupun marah, pipi
dan dahi ibunya tetap dikucup hangat.
Akif Furqan menyalami Puan Ruhaya
sekali lagi. Dipeluknya tubuh wanita separuh abad itu.
‘’Sabar banyak-banyak ya, Kif.’’
Puan Ruhaya mengingatkan menantu lelakinya itu.
‘’Ya, mak. Mak banyakkan rehat
ya. Saya dan Deelah balik dulu,’’ ucap Akif Furqan.
Nadeelah menyampah melihat
situasi itu. ‘’Cepatlah balik. Tadi sibuk sangat nak balik,’’ ujar Nadeeelah
geram.
Akif Furqan menarik tangan
Nadeelah. Cepat-cepat Nadeelah membolos.
Dia menonong ke kereta lelaki itu.
***
‘’Sayang, tak baik tau cakap
kasar dengan mak.’’ Akif Furqan menegur isterinya lembut. Isteri yang leka
dengan telefon pintar ditangan.
Nadeelah menjeling lelaki itu
tajam dengan ekor matanya. Lelaki yang tenang memandu kereta buatan negara
Jepun itu.
‘’Kau peduli apa? Kau tak payah
nak berlagak baiklah, Akif. Aku jijik tahu tak. Jijiknya sama macam mana kau
‘sentuh’ aku, tahu tak!’’ pekik Nadeelah dalam kereta itu.
Akif Furqan menumpukan tumpuan kepada pemanduanya.
Nyawa mereka ketika ini dalam tangannya.
‘’Abang ni anjing ke Deelah
sampai jijik sangat untuk sentuh isteri sendiri?’’ soal Akif Furqan lembut.
Nadeelah merengus.
Akif Furqan menyambung lagi
kata-katanya. ‘’Nadeelah Nadeem, cuba beristighfar banyak-banyak. Belajar
terima ketentuan dan takdir ALLAH. Kalau tak, sampai bila-bila emosi dan badan
Deelah takkan tenang dan lelah sentiasa. Terimalah haikikat, abang ni suami
Deelah. Abang yang bertanggungjawab atas Deelah sekarang ni,’’ ujar Akif Furqan
lembut.
Nadeelah terdiam. ‘’Satu sahaja
untuk aku tenang, Akif.’’ Nadeelah ‘memancing’ suaminya.
Akif Furqan menoleh isterinya.
Ketika itu, Akif Furqan memberhentikan keretanya di hadapan sebuah restoran. Dia
mahu mengajak isterinya menikmati makanan kegemaran isterinya.
‘’Deelah jangan sebut benda tu.
Sampai bila-bila pun Deelah tetap isteri abang, faham.’’ Akif Furqan memutus
tegas. Dia tahu itulah satu-satunya yang diinginkan oleh isterinya saat itu.
Dia takkan mengalah untuk memiliki hati Nadeelah Nadeem.
Tiba- tiba dengan rasa geram, Nadeelah
mencengkam kolar t-shirt suaminya. Perkara yang tidak pernah dibuatnya selama
ini. Kerana amarah, sakit hati dan dendam. ’’Kau sanggup tengok aku terus pikul
dosa hidup dengan kau, kan. Aku minta lepaskan dengan cara baik kau tak nak
kan. Baik. Aku akan tuntut fasakah. Kau tunggu ajelah nanti,’’ ugut Nadeelah
keras.
Akif Furqan hanya tersenyum. Dia
memegang tangan isterinya. ‘’Sayang, abang sentiasa ampunkan dosa-dosa sayang.
Hati abang ni memang sentiasa terbuka luas untuk sayang. Dah, jom kita makan,
ya. Abang tahu, tadi sayang tak makan pun kat rumah mak. ‘’ Akif Furqan
mengajak isterinya menikmati makanan ala
Thai. Makanan yang dimasak oleh Nadeelah di rumah keluarga isterinya itu
langsung tidak dijamah oleh isterinya.
‘’Aku tak nak makan tapi aku nak
cerai, Akif Furqan.’’ Nadeelah meminta dengan nada suara yang tinggi. Ketika
itu dia tidak peduli langsung hukum isteri meminta cerai tanpa sebab yang
kukuh.
Akif Furqan keluar dari kereta
dan menuju ke pintu penumpang. ‘’Kita makan dulu, sayang. Nanti sayang tak
payah masak kat rumah,’’ pujuk Akif
Furqan. Isterinya itu walaupun membencinya, tetap menyediakan makan minumnya.
Tetap memasak untuk suami. Makin berbunga kasih buat isterinya yang moodnya
yang tak ubah seperti dingin di musim sejuk. Ada kalanya berlaku juga letusan
gunung berapi isterinya.
Nadeelah akhirnya
menuruti walaupun dengan muka yang tegang. Dia bengang apabila pemilik kereta
di parkir sebelah memandang mereka suami isteri. Dia masih punya malu.
Akif Furqan tersenyum melihat
isteri yang menonong masuk ke dalam restoran itu.
***
Akif Furqan menumpukan
pemanduannya. Dia buntu mengenangkan rumah tangganya yang suram tiada warna.
Sikap baran dan keras isteri yang dinikahi cukup menjeruk rasanya. Dia sudah
mencampakkan egonya ke tanah. Dia mahu mengemudi bahtera rumah tangga itu
sebaik mungkin. Dia mahu menjadi nakhoda yang baik dan Nadeelah navigatornya. Malangnya bahtera
sentiasa bergoyang dek ombak laut. Jika tidak terus bersabar pasti bahtera
mereka akan karam bila-bila masa. Itulah yang ditakutinya. Dia tahu, dia hanya
manusia biasa yang tingkat sabarnya boleh merudum. Sebaik mungkin dikuatkan
imannya demi mendapatkan cinta puan isteri.
Nadeelah Nadeem merupakan rakan
zaman persekolahannya dahulu. Dia akui pernah berdendam dengan gadis itu.
Ketika Nadeelah bergelar pengawas sekolah, isterinya telah melaporkan
kesalahannya merokok di dalam tandas lelaki. Isterinya terlihat perbuatan
nakalnya ketika membuat rondaan. Sejak peristiwa itu, dia cukup berdendam
dengan Nadeelah. Lebih-lebih lagi Nadeelah merupakan junior sedangkan dia di
tahun akhir persekolahan.
Dia cuba mencari peluang untuk
membalas dendamnya. Malangnya peluangnya tiada. Sehinggalah pertemuannya
bersama Nadeelah dan bekas tunangnya, Dazrin cukup menjeruk rasanya. Dendamnya
belum tertunai.
Dia cuba berusaha menggagalkan
perkahwinan mereka. Usaha tanpa jemu sehingga berjaya menyakinkan ibu bapa
mertuanya bahawa dia dan Nadeelah pernah terlanjur ketika zaman persekolahan
mereka.
Serta-merta rancangan perkahwinan
dan Dazrin dibatalkan. Tetapi dia melakukannya bukan semata-mata kerana dendam.
Sesuatu yang tersirat dalam perkara itu.
Ketika malam pertama mereka, dia
berusaha sedaya upaya menjadikan Nadeelah hak milik mutlaknya. Walaupun nampak
dia seperti membalas dendam semata-mata yang sebenarnya perlakuan itu kerana
cinta. Dendam bertukar cinta. Rasa dendam yang cuba melawan rasa cinta.
Sejak dihukum oleh Cikgu Mansor, guru
disiplin sekolah mereka sehingga kini dia tidak merokok lagi. Itulah akibat
suka mencuba-cuba. Cikgu Mansor memberi kaunseling tentang bahayanya merokok
dan bukannya merotannya sahaja. Itulah peranan guru disiplin yang sepatutnya
ketika mengendali pelajar yang bersalah. Hukuman yang berat bukan jaminan
kesalahan itu tidak berulang. Sepatutnya hukuman yang bersalut kasih sayang
itulah yang sebaik-baiknya.
Dia amat berterima kasih kepada Cikgu Mansor.
Jika tidak, tiga puluh peratus wang gajinya akan ‘dibakar’ hangus begitu
sahaja. Sia-sia sahaja hasil titik peluh dibakar hangus.
***
Nadeelah menyedari sudah sebulan
dia sudah tidak kedatangan haid seperti biasa. Buntu kepalanya memikirkan perkara
kewanitaan itu. Rutin bulanan yang tidak menjengah amat membimbangkan. Dia
menyentuh perutnya. Perut yang sedikit buncit itu. Berdegup jantungnya. Dia
jenuh mengingati tarikh akhir haidnya. Disebabkan periodnya yang teratur, dia
tidak mengambil kisah untuk menandakannya pada kalendar.
‘Tak akanlah aku mengandung?’
‘Tapi aku dah sebulan tak datang
bulan,’
‘Tak mungkin!!!’
‘Tapikan baru sekali aje dia
sentuh aku,’
‘’Sayang buat apa tu?’’ tegur
Akif Furqan apabila menyedari isterinya terduduk di hujung bilik itu.
Nadeelah mendengus. ‘’Kau sibuk
kenapa? Pergilah makan. Aku dah masak untuk kau tu,’’ marah Nadeelah lalu
bangkit dan mahu bersiap.
‘’Sayang nak pergi mana, bersiap
ni?’’ soal Akif Furqan apabila melihat isterinya yang menukar pakaian dan menyarung
tudung dengan selamba sahaja di hadapannya.
‘’Aku nak beli barang,’’ jawab
Nadeelah selamba.
‘’Jom, abang bawak!’’ ajak Akif
Furqan.
Nadeelah membundarkan matanya.
‘’Tak payah. Aku boleh pergi sendiri,’’ tolak Nadeelah. Dia mencapai kunci keretanya.
***
Nadeelah tersandar dalam kereta
apabila mendapat keputusan itu. Dia menghentak-hentak stereng Perodua Viva itu.
‘’Puan hamil enam minggu.
Tahniah, Puan Nadeelah!’’
‘’Aku tak nak mengandungkan anak
dia!!!’’ jerit Nadeelah dalam kereta itu.
Dia menangis semahu-mahunya. Dia
tidak mahu lagi terikat dengan suaminya.
‘Gugurkan saja kandungan kau,
Nadeelah!’
‘Jangan Nadeelah! Kau mahu jadi
pembunuh ke?’
‘Kaukan benci suami kau. Buat apa
kau nak mengandungkan anak dia?’
‘Nadeelah, kau jangan bunuh
zuriat kau sendiri!’
Nadeelah tertekan dengan
suara-suara itu. Dia benci dengan benih yang bercantum dengan benihnya!
***
Nadeelah mula mengalami simptom
ibu hamil. Tekaknya asyik loya kebelakangan ini. Dia cuba sedaya upaya
mengelakkan kehamilan itu diketahui oleh suaminya. Walaupun dia semakin malas
mahu melakukan sesuatu, dia tetap lakukannya kerana dia mahu berlagak biasa.
Nadeelah dan Akif Furqan sedang
menikmati makan malam. Sedang enak Nadeelah menyuap nasi berlaukkan ayam kurma, dia rasa makanan
itu tak boleh diterima oleh tekaknya. Padahal dia yang begitu ingin menikmati
ayam masak kurma itu.
Akif Furqan memandang isterinya
yang mengurut-urut perlahan dadanya.
‘’Sayang, nak muntah ke? Agaknya
anak kita tu tak suka ayam masak kurma kot. Dia nak ayam masak asam pedas macam
selera abah dia ni,’’ ujar Akif Furqan selamba.
Nadeelah membuntangkan matanya.
‘’Apa yang kau merepek ni, ah?’’ balas Nadeelah geram.
Akif Furqan tersenyum. ‘’Sayang,
sampai hati tak bagi tahu abang yang sayang pregnant. Sayang ingat abang tak
tahu sayang pregnant? Tengok gaya jalan sayang, selera makan sayang suami mana
yang bodoh tak faham, sayang. I’m your hubby, Nadeelah. Pergi check up kat
klinik pun tak nak ajak abang, ya. ‘’
Akif Furqan mengekori ketika
isterinya memandu sendirian minggu lalu. Dia telah bertanya kepada jururawat
yang bertugas di kaunter klinik yang dituju isterinya. Selepas itu, dia
memerhati segala tingkah laku dan perubahan fizikal serta emosi isterinya. Dia telah melihat
proses kehamilan kakaknya, Akira. Mustahil dia tidak faham. Suami yang baik
ialah suami yang memerhati dan memahami isterinya.
‘’Bila masa pulak aku
mengandungkan anak kau? Kau dah lupa ke apa yang aku cakap dulu? Aku tak nak
keturunan kau menumpang dalam rahim aku. Aku benci kau tahu tak!’’ pekik
Nadeelah dan bangkit membawa pinggannya ke sinki. Ditinggalkan suaminya makan bersendirian.
Dia tak perlu risau. Suaminya akan membantunya mengemas. Dia mahu rehat.
***
Akif Furqan mengambil tempat di
sofa bersebelahan Nadeelah. Isterinya itu begitu khusyuk menonton slot
Samarinda. Isterinya sedikit pun tidak mengengsot. Selalunya kalau Akif Furqan
mendekat, Nadeelah menjauh.
Akif Furqan meletakkan telapak
tangannya ke perut isteri yang semakin membuncit. Dia tahu di dalam rahim
isterinya bercantum benih mereka. Darah mereka bersatu. Makin mekar sayangnya
terhadap isteri. Dia mendekatkan bibirnya ke perut isteri yang berkaftan itu.
‘’Assalamualaikum, anak abah dan
mama.’’
Nadeelah yang leka dengan
tontonannya, tidak menyedari perlakuan suaminya.
‘’Baby, cakap dengan mama abah
sayang sangat dekat mama. Abah cintakan mama sangat-sangat,’’ ucap Akif Furqan
lagi. Dia mengusap-usap perut isterinya.
Dia mendekatkan bibirnya ke
telinga isterinya. ‘’Sayang abang rayu sangat dengan sayang, tolong izinkan
anak abang bernyawa dalam rahim sayang
hingga cukup sembilan bulan sepuluh hari. ‘’
Nadeelah buat-buat tidak dengar.
Padahal dia menyedari segala perlakuan suaminya. Dia sengaja mengeraskan
tubuhnya. Sebenarnya emosinya dan perasaannya ketika hamil ini sangat berbeza.
Kebencian dan dendam terhadap suami sudah berada takat sejat.
‘’Aku tak mengandungkan anak
kaulah! Kalau betul aku mengandungkan anak kau, aku akan gugurkan tahu tak!’’
ujar Nadeelah keras dan bangkit dari posisinya. Ketika itu, drama kegemarannya
Epilog Cinta Khirana sudah tamat tayangannya.
‘’Ya ke? Kalau macam gitu abang
sendiri akan bawa sendiri sayang pergi buat abortion,’’ putus Akif Furqan
tegas. Dia seakan tidak mampu lagi bersabar dengan sikap isterinya.
Nadeelah menoleh memandang
suaminya. Terkedu dengan ayat kedua suaminya.’’Baik. Aku baru dua bulan lebih
pregnant. So, esok kau bawak aku pergi gugurkan kandungan ni,’’ setuju Nadeelah
dan terus masuk ke bilik tidur mereka. Akhirnya dia sendiri mengaku kepada
suaminya tentang kehamilannya.
Akif Furqan terduduk kembali dan mencapai
telefon pintarnya.
***
Akif Furqan benar-benar
membuktikan kata-katanya. Kebetulan hari ini, hari sabtu. Mereka keluar dari
kereta Akif Furqan. Mereka di hadapan Klinik Pakar Sakit Puan Irina.
Nadeelah berdebar-debar. Hatinya
tidak sedap. Akif Furqan sudah pun mendahuluinya memasuki klinik itu.
Dia memegang perut yang mengandungi
satu nyawa. Sememangnya dia impikan kehamilan setelah berkahwin tetapi benih
yang bersemadi dalam rahimnya, benih lelaki yang cukup dibencinya.
Dia melihat seorang wanita yang
tampak sarat mengandung dipimpin keluar dari klinik itu oleh suaminya. Wajah
penuh kegembiraan jelas terpancar pada wajah mereka. Muncul pula seorang wanita
yang ceria juga sambil mengusap-usap perutnya yang tampak kempis. Wanita itu
menelefon seseorang, mungkin suaminya. Situasi itu cukup memberi tekanan buat
Nadeelah.
Tiba-tiba muncul suaminya. ‘’Sayang,
cepatlah. Doktor dah tunggu tu,’’ panggil Akif Furqan setelah menyedari
isterinya masih lagi berada di luar klinik.
Nadeelah merengus. ‘’Yalah...’’
balas Nadeelah dan terus memasuki klinik yang tampak elegan itu.
‘’Sayang duduk dulu. Abang
uruskan okey,’’arah Akif Furqan lembut.
Nadeelah memerhati seorang wanita
disebelahnya. Wanita itu memegang bahagian ari-arinya. ‘’Akak, baru lepas cuci
rahim. Akak terpaksa gugurkan kandungan akak sebab doktor cakap embrio tak
membesar. Macam tak menjadi,’’ beritahu wanita itu tanpa dipinta oleh Nadeelah.
Nadeelah berminat ingin tahu
pula. ‘’Kesian akak. Anak yang ke berapa, kak?’’ soal Nadeelah lembut.
Wanita itu mengesat tubir matanya
yang mula berlopak itu. ‘’Yang ketiga, dik. Yang sulung meninggal dalam perut.
Yang kedua gugur. Yang ketiga ni pulak tak menjadi pula. Sepuluh tahun akak
kahwin,dik. Dah lama akak menunggu nak ada anak. Suami akak pun sampai dah
kahwin lain. Akak juga yang izinkan. Akak gugur ni pun dia tak tahu, dik.
Maklumlah orang sibuk nak dapat anak sendiri,’’ cerita wanita yang membahasakan
dirinya akak tanpa selindung. Sedih sungguh kisah rumah tangga wanita itu.
Ternyata kegagalan melahirkan zuriat menjadi kayu pengukur kesetiaan cinta dan
kasih seorang suami.
Nadeelah mengambil tangan wanita
itu. ‘’Sabar banyak-banyak ya, kak. Allah sayangkan akak sebab tu Allah uji
akak,’’ balas Nadeelah lembut.
‘Amboi, Deelah pandainya kau
suruh orang sabar! Padahal kau sendiri masih tak boleh terima takdir kau dan
Akif Furqan!’ Nadeelah mengutuk dirinya sendiri.
Wanita itu tersenyum. ‘’Adik dah
mengandung ke?’’ soal wanita pula.
Nadeelah mengangguk perlahan.
‘’Beruntung adik. Muda-muda dah pregnant. Jaga kandungan baik-baik ya, dik.
Akak balik dulu ya,’’ ucap wanita itu setelah namanya dipanggil oleh jururawat.
Nadeelah hanya tersenyum tawar.
‘’Sayang, jom kita jumpa doktor.’’ Akif Furqan menggamit isterinya.
Nadeelah teragak-agak. Dia
membuntuti jua langkah suaminya.
Mereka memasuki bilik rawatan.
Seorang doktor wanita tampak muda menanti kedatangan mereka bersedia untuk
memberi rawatannya.
Mereka menduduki kerusi yang
disediakan.
‘’Puan Nadeelah Nadeem, apa yang
saya boleh bantu?’’ aju doktor wanita itu lembut. Sesuai profesionnya sebagai
doktor.
Nadeelah terdiam. ‘'Saya nak
gugurkan kandungan saya,’’ beritahu Nadeelah tegas. Nekad.
Doktor wanita itu terdiam. ‘’Puan
ada masalah kesihatan ke? Selalunya wanita yang mengalami masalah kesihatan
yang kronik sahaja terpaksa mengugurkan kandungan,’’ soal doktor wanita itu. Sebuah kehamilan terpaksa ‘dimatikan’ apabila itu memberi risiko yang tinggi
kepada ibu dan bayi itu sendiri.
Nadeelah menggelengkan kepalanya.
‘’Puan tak bersedia nak jadi ibu? Suami pun kan ada,’’ ujar doktor itu lembut.
Nadeelah diam. Dia menjeling Akif
Furqan yang hanya diam. ‘’Mari saya check puan dulu ya,’’ ajak doktor itu dan
membawa Nadeelah ke katil yang disediakan.
Nadeelah membaringkan tubuhnya di
atas katil itu. Doktor wanita itu menjalankan ultrasound.
Nadeelah teruja untuk melihatnya.
Dia dapat melihat jantung bayi berdegup. Dia sungguh kagum melihat anugerah
Ilahi itu.
‘’Puan, nampaknya embrio
berkembang dengan baik. Nampak tak
jantung bayi itu? Dia menanti untuk bernafas di muka bumi ini. Puan, anak ni
satu anugerah dan amanah daripada ALLAH. Kita kena bersyukur apabila disahkan
hamil. Kat luar sana, ramai lagi wanita nak hamil. Puan bertuah. Jaga kandungan
puan baik-baik ya.’’ Sebagai doktor, Doktor Irina menerima pelbagai ragam
pesakit. Jadi dia banyak menggunakan psikologi tatakala berhadapan dengan
pesakit. Baginya semua doktor merupakan doktor psikatri. Doktor perlu memahami
emosi dan perasaaan pesakit.
Doktor Irina juga menunjukkan
video bagaimana proses pengguguran kandungan dilakukan. Ya Allah terasa
menyucuk ke ari-ari Nadeelah apabila melihat proses yang cukup mengerikan itu.
Akhirnya dia terpaksa akur pada
takdir. Jujur dia akui, dia sayangkan kandungannya. Mana mungkin dia sanggup
membunuh zuriatnya sendiri. Setiap hari, dia akan bercakap-cakap dengan
anaknya. Dia hanya menggertak suaminya. Tak sangka suaminya melunaskan janjinya.
Dia sayangkan zuriatnya sendiri. Terlalu sayang!
Mereka berada dalam kereta untuk
pulang. Sejak tadi, sepatah perkataan pun tidak diucap oleh suaminya.
‘’Lepas aku bersalin, aku nak kau
ceraikan aku.’’ Nadeelah membuka ruang sepi antara mereka.
‘’Sayang, terima kasih sudi
kandungkan anak kita. Anak kita, bukti cinta kita,’’ ucap Akif Furqan tulus.
Dia membuat tak tahu apa yang diucapkan oleh isterinya.
Nadeelah menjeling tajam. ‘’Bukti
cinta apanya, kalau dah kau yang memaksa...’’ balas Nadeelah meleret. Cara
cakapnya sudah lembut sedikit.
Akif Furqan tersenyum. ‘’Abang
beri, sayang terima...’’ balas Akif Furqan meleret juga nadanya.
‘’Kau jangan buat-buat tak
faham,Kif. Aku nak cari bahagia aku sendiri,’’ ujar Nadeelah lagi. Dia tak
ingin nak berbual mesra dengan suaminya.
Akif Furqan tersenyum. Dia
menggapai tangan kanan isterinya. ‘’Bahagia sayang hanya dengan abang. Carilah,
galilah kat mana pun bahagia sayang hanya bersama abang. Believe it. I really
love you, sayang. Bagilah abang peluang bahagiakan, sayang. Bukaklah ruang hati
sayang. Kita dah nak ada anak. Abang nak kita bina keluarga kita. Lupakan kisah
lalu. Kita buka buku baru kehidupan kita,’’ luah Akif Furqan. Dia kucup hangat
tangan itu. Tangan yang sudi menyediakan
makan minum dan pakainya walau tanpa senyuman buat suaminya.
***
‘’Ir, tolong sampaikan salam dan
terima kasih aku pada Kak Irina. Dia dah berjaya guna kepakarannya. Bukan
seorang pakar sakit puan aje pakar psikologi sekali,’’ ucap Akif Furqan kepada
Irfan. Doktor Irina kakak sulung Irfan. Dia menelefon Irfan untuk mendapatkan
bantuan Kak Irina.
Irfan tersenyum gembira
mendengarnya. ‘’Kiranya hubungan korang dah okeylah ni? Alhamdulilah...kau
berterus teranglah pada Deelah, Kif. Cakap pada dia perkara yang
sebenarnya...’’ nasihat Irfan.
‘’Alhamdulilah. Cakap dengan laki
dia sorang ni pun dah tak kasar. Aku nampak dia happy bila pregnant ni. Aku
lagilah happykan. Soal itu, aku nak ketepikan dulu. Satu hari nanti pasti dia
akan tahu,’’ balas Akif Furqan ceria. Hidupnya kini ceria lebih ceria. Nadeelah
sudah boleh menerima dirinya sebagai suami.
‘’Suka hati kaulah, Kif.
Nampaknya tahun depan aku dapat anak sedara lagilah jawabnya. Dah happy-happy
ni jawabnya balas dendamlah nanti kau, ha ha ha...’’ usik Irfan.
Akif Furqan ketawa besar dengan
usikkan Irfan. ‘’Pelan-pelan kayuh dulu nanti baru speed...he he he’’ balas
Akif Furqan nakal.
Tak sabarnya untuk menantikan
kehadiran anak sulung mereka hujung tahun ini. Bukti cintanya buat isteri.
***
‘’Akif, kenapa kau tak cakap
dengan aku perkara yang sebenarnya?’’ soal Nadeelah keras. Panggilan masih
belum berubah.
Akif Furqan mengerutkan dahinya.
‘’Perkara apa, sayang?’’ aju Akif Furqan pelik.
‘’Kenapa kau tak cakap dengan aku
yang Dazrin tu penjenayah sebenarnya? Kenapa kau sanggup aniaya aku supaya
kahwin dengan kau?’’ soal Nadeelah bertubi-tubi.
Irfan telah memberitahunya bahawa
dia telah menceritakan segala-galanya kepada Nadeelah.
Akif Furqan terdiam. Sebagai
seorang pegawai siasatan jenayah, dia mengetahui bekas tunang isterinya merupakan
seorang penjenayah pemerdagangan manusia yang menjadikan gadis-gadis kampung
dan warga asing sebagai produknya.
Dazrin suspek yang begitu dikehendaki. Lelaki itu menyediakan khidmat pelacur
kelas atasan. Kegiatannya cukup licik.
Nadeelah sudah menghamburkan
tangisan. Jika tidak kerana pertemuannya dengan Irfan pasti dia akan terus
berada dalam kebencian. Dia terserempak dengan sahabat suaminya ketika membeli
barang di farmasi. Lelaki itu beria-ia mengajak dia minum untuk berkata tentang
sesuatu.
‘’Sayang, abang minta maaf sebab
abang guna cara tu supaya sayang tak kahwin dengan Dazrin. Sebenarnya mak dan
ayah tahu perkara sebenar tapi abang yang minta diaorang rahsiakan. Sebab tu
diaorang senang terima abang,’’ cerita Akif Furqan.
‘’Tapi kenapa kau nak sangat
selamatkan aku walaupun kau dendam dengan aku?’’ soal Nadeelah lagi.
Akif Furqan tersenyum manis.
‘’Inilah indahnya apabila dendam itu bertukar menjadi rasa cinta,’’ luah Akif
Furqan.
‘’Abang cintakan sayang dah
lama...walaupun masa kita sekolah dulu, abang dendam sangat dengan sayang tapi
bila abang jumpa sayang dengan Dazrin, hati abang sakit sangat. Lagi-lagilah
abang tengah handle satu kes pasal sindiket pelacuran kelas atasan. Abang dapat
tahu Dazrin tu bapa ayam, sayang. Sayang tak akan tak tahu sisi gelap Dazrin?’’
soal Akif Furqan lembut. Dia tahu isterinya tertekan dengan semua itu.
Nadeelah menggeleng. Dia hanya
mengenali Dazrin sebagai seorang eksekutif di sebuah syarikat swasta. Patutlah
hidup Dazrin begitu mewah. Pelbagai barangan mewah lelaki itu hadiahkan
untuknya. Walaupun dia enggan menerima, Dazrin mengatakan bahawa dia bekerja
kuat untuk kehidupan mereka berdua. Dia tertipu dengan tipu daya dan ayat manis
lelaki berhidung belang itu. lagi pun sepanjang proses perkenalan dan pertunangan,
Dazrin menonjolkan sifat budimannya. Tidak pernah sekali pun lelaki itu cuba
mengambil kesempatan atas dirinya. Benarlah sejahat-jahat lelaki itu pasti
mahukan wanita yang baik dan suci sebagai isterinya.
Nadeelah terduduk di lantai. Dia
terlalu kecewa tetapi dalam masa yang sama dia bersyukur jodohnya bukan dengan
Dazrin. Patutlah lelaki itu tiba-tiba
menghilang entah ke mana. Tarikh perkahwinan semakin mendekat, namun batang
hidung lelaki itu langsung tidak menjengul. Tiba-tiba muncul pula Akif Furqan memperdaya
ibu bapanya. Puan Ruhaya dan Encik Nadeem bagai orang yang mengantuk
disorongkan bantal, menerima sahaja Akif Furqan sebagai pengganti Dazrin.
Walaupun pengakuan gila lelaki itu membuat Nadeelah mengamuk sakan.
‘’Aku minta maaf dengan kau, Kif.
Aku banyak dosa dengan kau. Aku tak pernah hormat kau sebagai suami aku,’’ luah
Nadeelah lemah sambil meyandarkan badannya pada dinding.
Akif Furqan mendekati isterinya.
Dia menarik isterinya ke dalam pelukkannya. Dia peluk tubuh yang semakin sarat
itu. ‘’Sayang, abang sentiasa ampunkan segala perbuatan sayang. Abang tahu
sayang tak tahu keadaan sebenar. Lupakan saja Dazrin. Dia pun dah meringkuk
dalam penjara tu,’’ balas Akif Furqan lembut. Dia merafakkan segala syukur kepada
Allah yang mengabulkan doanya agar isterinya itu menerima dirinya sebagai
suami.
‘’Patutlah Dazrin hilang macam tu
aje. Patutlah mak dan ayah bersungguh-sungguh terima kau jadi menantu dia
orang,’’ luah Nadeelah lagi.
Dia teringat sebulan sebelum perkahwinannya
muncul Akif Furqan berjumpa dengan ibu dan ayahnya untuk mengaku kononnya
mereka sudah terlanjur ketika zaman persekolahan. Padahal mereka merupakan
seteru ketika di sekolah. Nadeelah cukup membenci sikap nakal Akif Furqan.
Merokoklah, panjat pagar sekolahlah tapi otaknya pandai. Malah menjadi pelajar
terbaik SPM sekolah mereka.
Dazrin merupakan anak yatim
piatu. Lelaki itu tiada saudara-mara lagi. Sebab itulah Nadeelah tidak dapat
mengetahui segala kisah Dazrin.
‘’Sayang, dah lupakan semuanya. Cuba
belajar jatuh cinta dengan abang,’’ pinta Akif Furqan nakal.
‘’Orang bodoh aje yang tak jatuh
cinta dengan kau, Akif.’’ Nadeelah mengucapkannya tanpa sedar. Dia mengakui
bahawa suaminya seorang yang cukup baik. Penyabar dan penyayang.
Akif tersenyum bahagia dengan
kata-kata isterinya. ‘’Kalau macam tu tukarlah panggilan tu. Abang dah mengidam
sangat nak dengar sayang panggil ‘abang’...’’ pinta Akif Furqan manja sekali.
Dia mengesat air mata yang mengalir laju
di pipi isterinya.
Nadeelah memegang kedua-dua belah
suaminya. ‘’Deelah, cintakan sejak malam pertama kita lagi tapi Deelah tak
boleh terima abang ‘sentuh’ Deelah macam tu. Abang kasar!’’ Nadeelah menumbuk
perlahan dada bidang milik suaminya.
Akif Furqan meragut tangan
isterinya. ‘’Abang berlakon aje, sayang. Abang minta maaf okey. Sebenarnya
abang nak ‘ikat’ sayang supaya gen kita bercantum. Biar kita kekal jadi suami
isteri untuk selama-lamanya, ‘’ ujar Akif Furqan.
‘’Abang jahat!!!’’ jerit Nadeelah
geram. Dia menyembamkan mukanya pada dada suaminya.
‘’Sayang, jom kita pergi
honeymoon!’’ ajak Akif Furqan bersungguh-sungguh.
Nadeelah mengangkat kepala dan
memandang suaminya. ‘’Nak honeymoon apanya, bang. Perut dah sarat macam ni,’’
ujar Nadeelah sambil mengusap-usap perutnya yang semakin membulat itu. Kata
Puan Ruhaya, kemungkinan anaknya lelaki.
Akif Furqan membantu isterinya
berdiri. Mereka duduk di atas sofa. ‘’Alah, tak apalah...’’ ujar Akif Furqan
dalam nada manja.
Dia begitu teringin untuk membawa
isterinya bercuti berdua. Bermesra dan saling mencurahkan kasih dan sayang. Terlalu
banyak masa telah mereka terbuang.
Nadeelah tersenyum. ‘’Dalam rumah
pun boleh honeymoon, bang.’’ Nadeelah menggiat suaminya.
Akif Furqan ketawa besar. ‘’Kalau
honeymoon dalam rumah, tak payah keluar biliklah... ha ha ha’’ usik Akif Furqan
nakal.,
‘’Isshh..abang ni... tak ada
kerja lain,’’ ujar Nadeelah lalu mencubit pipi suaminya.
Akif Furqan ketawa besar. Dia
tidak sangka isterinya itu manja orangnya. Selama mereka bergelar suami isteri
segala sikap sebenar isterinya disembunyikan.
‘’Abang dah lama ‘puasa’
sayang...’’ giat Akif Furqan dengan muka paling menggoda.
‘’Puasa teruslah, bang. Lagi tiga
bulan lagi abang kena puasa juga. 100 hari lagi, he he he’’ giat Nadeelah.
Ketawa kecil dia dapat mengenakan suaminya.
‘’Mana boleh...abang nak buka
puasalah sayang, hehe’’ goda Akif Furqan. Dia mengusap-usap pipi isterinya.
Rambut panjang mengurai itu dibelai lembut. Perut membulat isterinya turut
diusap dan dicium mesra.
‘’Dah nak manghrib ni, bang. Lepas-lepas isyak
karanglah...’’ usik Nadeelah tersipu.
Akif Furqan ketawa besar.
‘’Yeah...I love you, sayang,’’ ucap Akif Furqan gembira dan mengucup dahi
isterinya.
Nadeelah tersenyum syukur. ‘’I
love you too, bang. ‘’ Nadeelah mengucup jari-jari suaminya. Biarlah bahagia
terus menjadi milik mereka.
***
Pasangan suami isteri yang bagai
pengantin baru itu menyelusuri gigi air pantai. Mereka mengambil peluang angin
petang berbayu itu menikmati keindahan ciptaan Ilahi itu.
‘’Abang, boleh Deelah tahu macam
ma na dendam abang tu boleh tewas dengan rasa cinta?’’ aju Nadeelah lembut dan
mengeratkan genggaman antara mereka. Dahulu tangan itu rasa jijik disentuh kini
tangan itu yang diharapkan setiap detik dan saat.
Akif Furqan memusingkan tubuhnya
menghadap isteri yang hanya berada di paras dagunya. Dia mengusap-usap pipi
isteri yang semakin tembam itu.
‘’Rasa cinta tu datang tiba-tiba,
sayang. Masa abang jumpa sayang dengan Dazrin abang rasa jeles sangat tengok
you all. Rasa hati abang ni macam disiat-siat. Abang pun pelik. Tapi sebenarnya
hati abang tak boleh menipu. Masa zaman sekolah lagi sayang dah ada tempat
dalam hati abang,’’ jelas Akif Furqan jujur. Dia memaut bahu isterinya untuk
merapat ke badannya.
‘’Ya ke? Tak akan sikit pun tak ada rasa dendam lagi sekarang ni?’’ giat
Nadeelah dia memaut pinggang suaminya.
‘’Kalau ada dendam tak adalah
yang kat dalam ni, ‘’ balas Akif Furqan sambil mengusap-usap perut membusung isterinya.
Dia bangga apabila dapat menyatukan gen mereka. Dia tidak sabar memangku
anaknya yang bakal lahir tak sampai tiga bulan lagi.
Nadeelah tersenyum dengan
kata-kata suaminya. ‘’Lagi pun sayang, menyimpan dendam ni tak baik. Buat jiwa
kita tak tenang. Hati pun tak happy. Sebab itulah Rasulullah s.a.w suruh kita
maafkan semua orang sebelum tidur. Maafkan semua orang setiap detik dan saat.
InsyaALLAH dengan cara hidup lebih berkat dan ceria saja. Simpan rasa cinta
lagi bagus sebab dia boleh buat kita happy,’’ sambung Akif Furqan pula.
Nadeelah menjongketkan keningnya.
‘’Kalau cinta tu dah tak berbalas macam mana?’’ aju Nadeelah ‘mengusik’ suaminya.
Akif Furqan menjeling isterinya.
‘’Nak kenakan abanglah tu, kan? Kalau tak sabar dah lama dah sayang dapat kawan
namanya ‘MADU’... he he he...’’ seloroh Akif
Furqan.
Nadeelah sudah membuat muncung
buaya. ‘’Ada hati nak bukak cawangan
ke, cik abang?’’ aju Nadeelah dengan nada suara yang ‘geram’. Perempuan
biasalahkan, pantang suami sebut perkataan ‘madu’.
Akif Furqan mengeratkan pautan
antara mereka. ‘’Alahai, yang seorang ni pun abang susah nak dapat! InsyaALLAH
sayang akan jadi yang pertama dan terakhir dalam hidup abang. Walaupun abang
bukan yang pertama dalam hidup sayang.’’ Akif Furqan menyakinkan isterinya
tentang cintanya yang tulus ikhlas terhadap isterinya.
Nadeelah terdiam dengan kata-kata
suaminya. ‘’Abang akan jadi yang terakhir dalam hidup sayang. I really love
you, bang. Kesabaran dan kesungguhan abang terlalu bermakna dalam hidup
sayang,’’ ucap Nadeelah dan mengucup tangan suaminya.
‘’Kita terus ukir bahagia ya,
sayang. Kita bina rumah tangga yang terindah buat hidup kita, okey?’’
Nadeelah mengganguk. Dia berdoa
agar segala penyakit dendam akan terus hilang dalam titik hatinya. Dia mahu
hanya rasa bahagia yang mewarnai hidupnya.
Akif Furqan bersyukur dengan rasa
cinta yang dikurniakan buatnya. Rasa cinta mampu mengatasi rasa dendam. Dendam
vs Cinta. Cinta jua yang menang!
***TAMAT***
Best arr iman lily...tangkap leleh tau...
ReplyDeleteterima kasih kak fiza ;) lap...dah leleh dah tu,.,..hehee
DeleteBila nak up cerpen lain pulak...harap maklum....kikikikikihhhh
DeleteWah betul2 best ni... sweet jer yg akhir2 tu... buat la cerpen lg...
ReplyDeletealhamdulilah best ;) bukan senang nak dpt best dr readers ni ;)
Deleteterima kasih sidi baca ;) insyaALLAH idea utk cerpen sentiasa ada ;)
idea yang menarik .. teruskan
ReplyDeletekak nb ;) terima kasih kakakku ;)
DeleteSo sweet dgn akif furqan....luv it :)
ReplyDeleteBest lah ..best gila !! Iman good job babe ...go on ..iman de bkat .
ReplyDeleteBest kak iman lily
ReplyDeleteNora suka,nora bg 4bintang..hihi
ReplyDeleteBest la cite ni..nnt blh wat novel pulak
typical lame story..bnyakkkan baca cerita lagi sbb writer to be belajar drpd writer yg dah berjaya...the more u read, the more u can compare...sy bukan penulis tpi sy rasa u need more...btw, goood luck! different people different way they think,, for me, cerita ni lame... tpi ok la d atas ada org puji..:)
ReplyDeletebest....layan
ReplyDeleteBest... i like it...:)
ReplyDeleteBest² :)
ReplyDeleteBest lh cerita ni...teruskan
ReplyDeleteTerbaiklah.
ReplyDelete