Bab 18
Munirah memerhatikan
hujan rintik-rintik yang menuruni dari perut awan. Hujan rintik-rintik itu
bagaikan mengambarkan hatinya yang walang. Apabila hujan kita adakalanya
mengeluh kerana pakaian yang dibasuh tidak kering dan sukar bergerak ke sesuatu
tempat. Kita tidak perasaan tentang sesuatu bahawa, hadirnya hujan untuk
membawa pelangi. Pelangi selepas hujan. Pelangi tidak akan muncul semasa musim
kemarau.
Begitulah
hidup kita yang diuji dengan pelbagai masalah. Sehingga ada ahli falsafah Barat
yang mengatakan bahawa, hidup ini
sebenarnya hanya menyelesaikan masalah. Itu kata ahli falsafah orang Barat yang
tiada cahaya iman. Sedangkan kita ini orang Islam yang menyedari akan diri kita
yang hanya seorang hamba. Hamba yang sedar kehidupan harus dijalani seperti
yang sudah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Allah s.w.t sememangnya menghantar kita
ke dunia untuk menguji kita. Ujian hadiahnya kebahagiaan yang abadi di akhirat
nanti. Ujian itu diibaratkan sebagai hujan dan pelangi itu ganjarannya. Ujian
akan terhenti apabila syurga sudah menjadi milik abadi.
Hidup berumah tangga juga merupakan ujian. Ada pasang
surutnya. Adakalanya bahagia milik kita dan ada juga ujian buat kita. Munirah
melayani perasaannya yang sedih dengan kata-kata suaminya malam kelmarin. Pedih
hatinya. Dia mengharapkan perubahan positif dalam hubungan mereka. Dia mahu
bahagia dalam hubungan itu. Tetapi dia tidak boleh memaksa suaminya untuk
menyayanginya sedangkan dia sendiri belum menyayangi suaminya.
‘’Alah Irah tak salah kalau kau cuba menyayangi Firas.
Tak salah kalau kau goda hati dia. Kau berhak raih bahagia dalam perkahwinan
kau orang berdua’’.
Kata-kata Aisyah seakan berulang-ulang ditelinganya
ketika itu. Entah sebab apa dia teringat ayat penegas yang dilafazkan oleh
Aisyah sebelum dia selamat dinikahi oleh Firas Amsyar.
‘Aku sayangkan dia ke?’ soal Munirah sendiri.
‘Kau sayangkan dia. Dia suami kau!’ kata hati yang
melawan.
‘Tapi dia tak sayangkan aku!’
‘Kau yang tak cuba tawan hati dia!’
‘Dia tak akan suka dengan aku pun!’
‘Kau berhak buat dia sayang dengan kau. Kau isteri dia.’
‘Tak mungkin aku akan bahagia dengan dia sedangkan dia
seolah-olah suruh aku mohon fasakh!’
‘Kau berhak raih bahagia bersama dia! Dia jodoh kau dan
kau jodoh dia!’
Munirah menutup telinganya. Dia tertekan. Dia gusar. Dia
sedih. Dia cuba menidakkan kata-kata itu. Adakah dia patut mendengar kata-kata
ransangan daripada Aisyah? Tetapi bagaimana pula penerimaan suaminya? Sedangkan
apa yang dipintanya malam lalu supaya memberi markah kepada tanggungjawab yang
dilaksanakan oleh dirinya sebagai isteri masih tiada respon.
‘Markah Isteriku Munirah’ merupakan idea yang terbit
apabila mendengar Prof Dr Muhaya Muhamad ada mengatakan bahawa sebagai isteri
setiap malam tanya kepada suami berapa markah yang diperolehi pada hari
tersebut dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri. Dengan penilaian
tersebut para isteri dapat meningkatkan momentum untuk menjadi isteri yang
terbaik dimata suami.
‘Kau kata, kau ikhlas jadi isterinya? Buktikanlah!’
seakan terasa ditempelak oleh dirinya sendiri.
‘Ya, aku akan buktikan aku ikhlas menjadi isterinya!’
‘’Apa agaknya petua untuk disayangi oleh suami?’’ soal
Munirah sendiri dengan meletakkan jari telunjuk di bawah dagunya.
Lantas dia keluar
dari balkoni apartment suaminya yang menghadap kolam renang itu. Laptop jenama
Apple milik suaminya yang berada di atas meja makan itu ditujunya. Suaminya
masih belum pulang dari kerja walaupun waktu isyak sudah semakin menghampiri.
Dia mencari ‘sesuatu’ di ruang jalur lebar itu. Dia mahu
lakukan sesuatu demi masa hadapan rumah tangga mereka. Dia ‘mesti’ memenangi
hati suaminya. Dia ‘wajib’ membuktikan kepada suaminya bahawa dialah nama yang
tertulis diloh mahfuz suaminya. Bukannya nama Amelia! Tekad Munirah! Isteri
tidak boleh lemah apabila suami ego menyatakan cinta dan sayang. Isteri mesti
berusaha bersungguh-sungguh menawan hati suami. Kata-kata semangat yang
dititipkan oleh seorang dalam rencana yang pernah dibacanya dulu, menguatkan
iltizamnya untuk memenangi hati dingin suaminya.
Nah, tertera di hadapan Munirah 99 Petua Menawan Hati
Suami!
Bersungguh-sungguh dia membaca 99 petua itu. Petua yang
diberikan oleh pakar motivasi terkenal Malaysia, Dr. Fadzillah Kamsah.
Antara yang petua yang boleh menjadi langkah awal yang
boleh dipraktikkan oleh Munirah untuk menawan hati dingin Firas Amsyar ialah :
1. Berdoa
agar disayangi suami.
-
Setiap detik dan saat Munirah berdoa
agar suaminya menerima dirinya dan menyayanginya. Mungkin doa perlu dikuatkan lagi
dengan spesifik.
2. Masak
makanan kegemaran suami.
-
Makanan kegemaran suaminya telah pun
disediakan seminggu perkahwinan mereka. Nampaknya kena ‘korek’ lagi daripada
umi ni, desis hatinya.
3. Beri
pujian mengenai penampilan suami seperti rambut, wajah, pakaian dan sebagainya.
-
‘Kalau aku buat ni confirm laki aku
kata, aku buat tabiat agaknya’, desis hati nakal Munirah. ‘Tapi apa salahnya
cuba? Mana tahu dia rasa dihargai ke?’, kata hati yang menguatkan misi menawan
hati suami yang kalis cinta terhadap seorang isteri yang halal disisinya.
4. Bila
suami meminta bantuan, buatlah dengan serta-merta dengan rasa ikhlas dan
gembira tanpa banyak mengungkit atau komen.
5. Jangan
ganggu suami semasa dia sedang asyik melakukan sesuatu.
6. Buatlah
minuman suami tanpa diminta atau bertanya terlebih dahulu.
-
Okey dah biasa buat. Done!
7. Belikan
suami hadiah-hadiah berguna seperti tali pinggang, kasut atau cermin mata
hitam.
8. Selalu
urut suami
9. Salam,
peluk, dan cium suami sebelum pergi kerja.
10. Ucapkan
terima kasih atas setiap khidmat suami.
11. Doakan
suami agar bahagia di dunia dan akhirat.
12. Lakukan
ibadah bersama.
13. Peluk
suami dengan penuh kasih sayang sebanyak tujuh kali sehari.
14. Ucapkan
kata-kata sayang yang romantik dua kali sehari.
15. Jaga
maruah diri dan suami dikhalayak ramai.
Munirah
bersungguh-sungguh memahami 99 Petua Menawan Hati Suami.Nampaknya dia perlu
cekal untuk melakukan semua perkara itu. Telinga juga perlu tebal untuk
menerima apa jua tindak balas sinis suaminya. Rasanya dia perlu buat
perkara-perkara asas terlebih dahulu seperti makan minumnya. Sabar ya Munirah!
Misi menawan kawasan gempa dihati suaminya perlu dilakukan dengan sabar dan
tabah. ‘Akanku tawan hatimu suamiku...’
***
Firas Amsyar menekan
loceng apartmentnya. Apartment yang dibelinya apabila membuat keputusan untuk
menikahi Amelia. Tidak sangka pula bukan Amelia yang menjadi suri dalam rumah
itu.
Terjengul wajah isterinya yang lembut dan cukup manis.
Rambut panjang itu dilepas bebas. Tubuh itu hanya disarung kaftan bermotif
geometri. Dia mengakui sesuatu, isterinya itu memang cantik walau apa sahaja
yang tersarung ditubuhnya.
‘’Assalamualaikum, Encik Firas. Baru balik?’’ sapa
Munirah mesra dengan memberi senyuman yang paling bergula dan berkrim untuk
suaminya. Menurut petua itu, sapa suami apabila dia pulang dari kerja.
Firas Amsyar menjeling isterinya. Dia menilik isterinya
atas ke bawah. ‘’Waalaikumussalam. Patutnya aku yang bagi salam. Kau pula yang
bagi salam. Yalah, baru balik,’’ balas Firas Amsyar keras sahaja suaranya. Dia
menyambut huluran tangan kanan isterinya. Senyuman Munirah sedikit pun tidak dibalasnya.
Sombong!
Munirah menahan sahaja geram dihati. Dia terus menuju ke
dapurnya untuk mengambil minuman sejuk buat suaminya. Dia membawa air masak
yang ditadah dari mesin penapis air berjenama Coway itu.
Firas Amsyar menyandarkan tubuhnya di atas sofa panjang
itu setelah membuka stoking. Dia memejam matanya. Letihnya tidak terkata. Hari
yang sangat sibuk. Melawat tapak projek. Bermesyuarat bersama pegawai agensi
kerajaan iaitu Kementerian Kesejahteraan Bandar dan Perumahan. Letih melayan
karenah Amelia yang semakin menyesakkan dadanya.
‘’Air, Encik Firas. ‘’Munirah menyua gelas kepada
suaminya.
Firas Amsyar membuka matanya apabila mendengar suara
lembut isterinya.
‘’Air jarang aje?Bagilah fresh orange ke apple juice ke?’’
ujar Firas Amsyar selamba, namun tangan tetap jua menyambut pemberian
isterinya.
‘’Esok saya buat jus ya,’’ balas Munirah menahan rasa
geramnya. ‘Amboi, demand bukan main!’
Apabila melihatnya suaminya telah selesai meneguk minuman
dia bersuara. ‘’Saya belum solat isyak ni, encik. Saya tunggu encik untuk
berjemaah,’’ pancing Munirah untuk mengajak suaminya berjemaah. Waktu isyak
sudah berlalu dua puluh minit lalu. Dia memang menunggu kepulangan suaminya
untuk diajak beribadah bersama.
Firas Amsyar meletakkan gelas di atas meja setelah dengan
rakus menelan air sejuk itu. ‘’Tunggu aku mandi kejap,’’ beritahu Firas Amsyar
setelah bangkit dari posisinya. Dia sempat mencuit jari telunjuk kanannya pada
hidung comel milik isterinya sebelum berlalu ke bilik utama.
Terpaku Munirah dengan ‘usikkan’ suaminya. Dia memegang
hidung yang menjadi sasaran suaminya. Tersenyum penuh makna.
***
Mereka menikmati nasi
berlaukkan ayam masam kicap dan sayur sawi goreng pada malam itu. Firas Amsyar
menikmati masakkan isterinya dengan berselera sekali. Tengah hari tadi, dia
tidak sempat menikmati makanan. Terperangkap dalam bilik mesyuarat, perutnya
juga terperangkap sekali.
Munirah memerhati suaminya yang kelihatan cukup berselera
menikmati masakkannya yang ringkas itu. Teringin juga rasa dihati mahu
mendengar komen suami tentang air tangannya yang tidak sehebat ibunya itu.
Entah cukup ke tidak asam garamnya, dia pun tidak pasti.
‘’Encik Firas, ada makanan yang nak saya masakkan?’’ aju
Munirah sebelum meneruskan suapannya. Ada ‘muslihat’ sebenarnya.
Firas Amsyar yang sedang menyenduk nasi tambah, menjeling
isterinya. ‘’Pandai ke kau nak masak?’’ perli Firas Amsyar sambil menambah lauk
ayam masak kicap kegemarannya itu. Rasanya hampir serupa dengan umi punya
masakkan.
Munirah menyelitkan rambut ke belakang telinga. ‘’Tak
cakap lagi apa masakannya mana saya tahu, saya boleh masak ke tidak.’’ Munirah
menjawab lembut supaya hormon endorfin dalam tubuhnya dapat berfungsi seperti
biasa.
Firas Amsyar menjeling isterinya sebelum meneguk air
masak sedikit. Sedikit sahaja untuk melegakkan saluran pemakanan. ‘’Aku nak
makan lauk kampung. Budak bandar macam kau, tahu ke nak masak?’’ tebak Firas
Amsyar. Dia tahu isterinya dibesarkan di tengah-tengah bandar raya Johor Bahru.
Walaupun nama tempat tinggalnya kampung tetapi suasana pembesaran mungkin tidak
cukup elemen kekampungan.
Munirah terkejut dengan citarasa suaminya. Hai, ingat bandar
sangat selera awak, Encik Firas!Munirah menahan gelak di dalam hati. ‘’Nanti
saya cuba masakkan ya, encik suami.’’ Munirah membalas selamba dan bersahaja.
Firas Amsyar menjeling isterinya. ‘’Amboi, beria-ia
nampak!’’ ujar Firas Amsyar.
Munirah tersenyum manis memandang suaminya. ‘’Mestilah.
Encik Firaskan suami saya. Mestilah saya nak masakkan lauk favaourite suami
saya. Tak gitu, encik?’’ balas Munirah selamba.
Firas Amsyar tersenyum sinis. ‘’Kau tak nak pakai kereta
ke? Kesian pulak aku tengok kau kena balik naik bas hari-hari,’’ aju Firas
Amsyar keras dengan muka serius. Dia menukar saluran perbualan.
Munirah terpaku dengan ayat kedua suaminya. ‘’Encik Firas
nak belikan ke?’’ soal Munirah teruja. Dalam masa, dia sudah menikmati makan
malamnya.
Firas Amsyar membulatkan matanya. ‘’Eh, ada aku kata nak
belikan ke?’’ balas Firas Amsyar selamba.
Munirah sudah menarik muka. ‘’Aku belikan kau Viva
ajelah. Kereta kecil senang,’’ beritahu Firas Amsyar sebelum sempat membalas
apa-apa.
Bersinar-sinar muka Munirah. ‘’Okey sahaja, encik suami.
Terima kasih ya. Sayang awak...’’ ucap Munirah selamba dan nakal! Dia
cepat-cepat pergi ke dapur.
‘’Tapi ada syaratnya tau,’’ ujar Firas Amsyar sedikit
terjerit padahal meja makan dan dapur hanya sekankang kumbang aje jaraknya.
Munirah kembali semula ke meja makan. ‘’Apa dia, encik
suami?’’ tanya Munirah ingin tahu dalam nada mesra. Dia menambah air masak ke
dalam gelas suaminya.
Firas Amsyar menaikkan kening kanannya.’’Kau kena urut
badan aku lepas ni. Boleh?’’
Munirah tidak membuat riak terkejut. ‘Petua nak tawan
hati suami kan kata kena urut badan suami?’
[bersambung..jeng..jeng..jeng~]
Best 3x.
ReplyDeletehehehehe...suka..suka..tak lama lg banyakla rama2 berterbangan dlm perut...hihi
ReplyDeleteceh.. ada syarat plak..hihi
ReplyDeleteso cute lah couple dua orang ni..
ReplyDeleteTerbaik..♡♡♡♡♡
ReplyDeleteNk tahu ksah couple ni selanjutnya...
x sabar nak tggu yg selanjutnye..
ReplyDelete(Y) iman teruskannn
ReplyDeleteSambung lg
ReplyDeleteThanks Iman,
ReplyDeleteMenarik sangat pengolahan KIT, tak semestinya kahwin tanpa cint.. cinta gagal di pupuk... udah sedar si suami EGO... tak silap sang isteri buang ego... siapa cakap isteri pikat suami salah dan gedik... kalau gedikssss pun dgn yang halal kan... semoga Allah beri petunjuk kepada "harimau jadian" munirah itu... semoga Amelia yg di katakan "CINTA" tu Allah keluarkan "taring" yg tersembunyi
Good job Iman... keep up .... awaiting ur next n3
hai sis bile nak siapkan nih...x sbr nih...menanti ending
ReplyDelete