CERPEN NAMAMU DILOH MAHFUZKU....
PART 2
Hari
ini genaplah sebulan kami menjadi pasangan kekasih. Bermula dengan dua
pertemuan kami mengambil keputusan untuk menjadikan perhubungan persahabatan
itu kepada perhubungan yang serius. Ternyata antara kami tidak bertepuk sebelah tangan. Dia menyukai
aku dan aku menyukainya. Alhamdulilah percintaan ini direstui oleh kedua-dua
belah keluarga. Kami dalam proses mengikat tali pertunangan. Terasa cepat benar
pejalanan perkenalan dan pertemuan kami
namun, jika ini sudah dikehendaki-NYA pasti segala-segalanya mudah. Masih
tersimpan kemas dalam memori ingatan aku saat Harris Azahan melamarku menjadi
insan istimewa dalam hidupnya.
‘’Zarith, saya suka awak dan saya
juga dah mula sayangkan awak. Awak nak jadi special girlfriend saya tak?’’ apa punya lamaran ni tak romantik langsung, straight to the point terus.
‘’Gila tak nak?’’ balasku spontan!
Aku terus menutup mulut.
Harris Azahan sudah
tersengih-sengih. Muka aku dah merah macam udang kena bakar. Dalam hati aku dah
gerutu diriku sendiri disebabkan kespontanan aku ni. Dah cakap baru terfikir
kesannya.
‘’Really Zarith?’’ soal Harris Azahan lagi dengan kening kanannya
terangkat sebelah.
Aku cuba mengawal kadar
‘kebenganganku’ ketika itu.
‘’Yalah...takkan saya main-main kot?
Ke awak yang nak kenakan saya ni?’’ aku cuba meneliti riak wajahnya dengan apa
yang aku perkatakan tadi. Ternyata riaknya tidak berubah.
‘’Kalau saya tak serius takkanlah
saya perkenalkan awak dengan family saya especially
mama saya,’’ ujarnya sejurus itu menyedut minuman sejuk pilihannya.
‘’Maksud awak?’’ soalku mohon
penjelasan.
‘’Actually, sebelum saya jemput awak datang rumah masa kenduri aqiqah
dan cukur jambul Aufa Awliya, saya dah beritahu mama pasal awak.’’
Lah.....patutlah mama dia senyum penuh makna dengan aku....
‘’Oh ya ke?Mama awak cakap apa lepas
jumpa saya tu?’’ tanyaku lagi dengan sedikit teruja. Maklumlah nak tahu ‘berapa
markah’ aku dapat.
Harris Azahan sudah tersenyum
simpul. ‘’ Dia suka awak.’’ Pendek jawapannya tapi cukup menyatakan
segala-galanya.
‘’Ya ke? Tak tipu?’’ ujiku.
‘’Awak ni..buat apa saya nak tipu?’’
ujar Harris Azahan seperti sedikit ‘mengeluh’ kerana aku asyik menguji
ketelusan bicaranya.
‘’Okey...saya percaya.’’ Balasku
sambil mengambil kentang goreng kegemaran ramai itu dan mengunyahnya.
‘’Okey...sekarang ni awak nak
panggil saya apa ni?’’ soal Harris Azahan dengan senyumannya yang manis lagi
menawan itu.
‘’Panggil apa?Panggil
Harrislah...nak panggil apa lagi,’’ jawabku dengan muka pelik dengan
permintaannya itu.
‘’Tak mesralah macam tu. Apa kata
awak panggil saya Sayang ke abang ke?Baru mesra...’’
‘’Alah, tak payahlah...nanti dah
kahwin nak panggil apa pulak?’’
‘’Awak nak kahwin dengan saya ke?’’
soalnya pula. Alamak, aku dah terjerat dengan kata-kataku sendiri!
‘’Yalah...saya tak suka bercinta
lama-lama ni.’’ Jawapan menyelamatkan diri kononnnya.
‘’Saya pun sama. Okey apa kata,
hujung minggu saya hantar rombongan meminang awak?’’ terkedu aku, nasib baik
tak tersedak aku yang tengah sedap menyedut air. Agak-agaklah mamat ni, baru
kenal tak sampai tiga bulan dah nak ajak aku kahwin.
‘’Eh, eh,...nanti dulu. Bagilah saya
tarik nafas dulu. Semput saya macam ni,’’ larangku.
‘’Eh, tadi bukan ke awak kata tak
nak bercinta lama-lama so, kita
kahwinlah cepat-cepat lagi pun saya target
nak kahwin tahun ni kalau dah jumpa seseorang yang sesuai,’’ terang Harris
Azahan.
‘’Okey memang betul saya tak nak
bercinta lama-lama tapi benda ni semua terlalu pantas untuk saya. Bagilah masa
untuk masing-masing kenal diri masing-masing terlebih dahulu, apa kata orang tu?Cari
chemistry,’’ ujarku sempat berseloroh.
Harris Azahan tersenyum mendengar
bicaraku yang panjang itu.
‘’Okey saya setuju dengan cadangan
awak.’’ Putus Harris Azahan.
Aku hanya tersenyum penuh makna.
‘’Hei, Kak Zarith mama panggillah.
Beranganlah tu teringat kat Abang Harris lah tu,’’ jerkahan adik bongsuku,
Zafrul Maliki mematikan segala ingatanku terhadap kenanganku bersama bakal
tunanganku, Harris Azahan.
‘’Eh, sibuklah Adik ni...kacau
daunlah,’’ rungutku sambil membaling kusyen berwarna merah jambu itu ke
arahnya.
Belum sempat Zafrul Maliki membalas
terdengar suara mama dari dapur memanggil nama aku.
‘’Ya, ma. Kejap Zarith datang,’’
jawabku terjerit sikit kerana jarak dapur dan ruang tamu agak jauh.
Zafrul Maliki sudah mengangkat ibu
jari kanannya buatku. Aku pula menunjukkan buku limaku yang tak besar mana pun
maklumlah tangan aku ni kecil sahaja.
‘’Anak dara buat apa kat depan?Mama
panggil dah dekat 10 kali baru nak datang,’’ sergah Mama.
Aku hanya tersengih. ‘’Sorrylah ma, tak dengar Mama panggil.’’
‘’Kak Zarith tu asyik teringat kat
Abang Harris aje Mama mana nak dengar Mama panggil,’’ suara Zafrul Maliki
mencelah perbualan antara aku dan Mama yang sedang mengambil minuman sejuk
daripada peti sejuk tiga pintu itu.
‘’Budak kecik ni sibuk aje,’’ ngomelku.
‘’Hai, Zarith dah nak bertunang pun still teringat-ingat ke?’’ usik Mama.
‘’Mestilah teringat... dah
sayangkan?’’ jawabku selamba dan terus memotong buah tembikai seperti yang
diarahkan oleh Mama tadi.
‘’Zarith dah fikir dah nak bagi
barang apa untuk hantaran nanti?’’ tanya Mama.
‘’Dah. Zarith planned nak bagi kain buat Melayu sepasang dan minyak wangi yang
lain-lain tu makanan aje Mama,’’ jawabku sambil menghabiskan kerjaku.
‘’Okeylah tu.’’ Balas Mama.
P/S jom komen :)
apa pendapat? sila drop kat bawah k :) tq :)