CERPEN : bukan kisah
Romeo & Juliet
cerpen ni mungkin
sekali baca very cliché, mudah diagak jln ceritanya tp 30 percent dlm cite ni
kisah benar.
1
1
AKU TENUNG lelaki itu dengan rasa geram yang menggunung.
Lelaki yang baru beberapa jam bergelar suami aku. Dia bukan orang asing dalam
hidup aku. Dia pernah menjadi sahabat baik aku. Sahabat yang paling aku sayang!
Ya, sayang! Tapi itu dulu! Sekarang ni hati aku dah lemau dengan dia!
Sahabat lelaki aku sayang? Ya, sayang.
Tak salahkan? Tak akan sahabat perempuan aje boleh sayang.
‘’Yusra, jom kita solat jemaah!” ajak
lelaki itu, Muhammad Adham.
Ketika itu aku baru menyarungkan
telekung putih itu pada badan untuk menunaikan solat asar.
Majlis pernikahan aku bersama dia hanya
ringkas, Akad nikah dan jamuan makan bersama saudara-mara terdekat, jiran
tetangga dan beberapa kawan yang aku undang. Seawal jam 9.30 pagi aku
dinikahkan dan majlis tamat jam 2 petang. Tiada pelamin, tiada bersanding.
Cukuplah untuk menunaikan tanggungjawab sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w .
Aku kucup kekura tangan lelaki itu
seadanya. Sekadar tanda hormat sahaja. Aku tak mahu tangan yang disua itu
dibuai angin lalu sahaja.
‘’Yus, tunggulah dulu,’’ pinta Adham
apabila melihat aku buru-buru membuka telekung dan memulas tombol pintu bilik.
‘’Kau nak apa lagi? Aku rasa dah tak
ada apa nak bincangkan. Tak tahulah kalau kau dah bersedia nak lafaz cerai tu
sekarang. Bagus jugak. Aman hidup aku,’’ balasku sinis sekali. Permintaan yang
aku pinta semalam sebelum kami dinikahkan hari ini.
‘’Yusra!’’ tinggi nada suara dia
menyebut namaku,
‘’Aku nak kita berbual sebagai kawan
baik macam dulu-dulu,’’ kata dia lembut seakan memujuk.
Aku lempar senyum senget. “Perlu ke
lepas apa yang kau dah buat?’’ balas aku sambil memulas semula tombol pintu
yang aku lepaskan tadi untuk meninggalkan lelaki itu sendiri.
Perut yang berkeroncong minta diisi.
Ketika majlis berlangsung aku tiada selera untuk mengunyah waima sepotong kuih.
‘’Makan?’’ suara makuda dari pintu
dapur menghentikan kunyahanku.
Anggukkan. Respon tanda hormat buat
kakak kepada ibuku. Makuda terus berlalu ke ruang hadapan rumah.
Baru terasa perut ini lapar sebenarnya.
Mogok lapar pun tak guna, aku juga yang sengsara. Cukup rasa sengsara yang
bergumpalan dalam ketulan daging yang satu itu.
Aku menambah
lauk dan nasi dalam perut pinggan. Inilah akibatnya makan dalam keadaan yang
sangat lapar. Sedangkan Rasulullah s.a.w dah tegah makan ketika sangat lapar
sebab boleh menjadikan kita kawan kepada syaitan. Gelojoh. Pelahap.
Terdengar
bunyi kerusi meja makan enam orang di hadapanku ditarik, lantas aku tongkat
kepala untuk melihat gerangan manusia itu.
‘’Baru lapar
ke? Ingat mogok lapar lagi,’’ perli Haziqah dengan senyuman penuh makna.
Sepupuku ini
memang sengaja bikin panas. Hati ini baru nak berada takat sejat.
Mentang-mentanglah dia seorang yang tahu aku mogok lapar sepanjang majlis.
Macam manalah orang lain nak tahu sebab tiada sesi makan beradap. Hanya khemah
biasa sahaja yang aku sedia. Tidak ubah seperti kenduri tahlil atau kesyukuran
biasa.
‘’Sudah-sudahlah,
Yusra. Semuanya dah selamat pun. Kau terima ajelah takdir. Kita ini hamba hanya
mampu merancang,’’ kias Haziqah sambil join aku sekaki di meja makan.
‘’Tak semudah
itu, Ziqah!’’ putus aku lalu bangkit mengangkat pinggan. Licin. Nampak sangat
kebulur. Mogok sangat katanya. Hampeh!
‘’Kalau macam
tu bagi tahu aku macam mana nak mudahkannya, Yus.’’
Suara itu.
Muncul tepat pada masanya.
Mujur hanya
kami bertiga yang berada di situ. Kalau tak pasti pecah berderai rahsia antara
aku dan dia. Nampaknya lelaki itu memang tak faham bahasa.
Aku lihat
Haziqah geleng kepala dengan perangai kepala batu aku. Aku tunakkan anak mata
ke arah Adham yang berpagoda dan kain pelikat. Kopiah putih atas kepala juga
belum ditanggalkan.
Lelaki itu
hembus nafas lemah. Aku tinggalkan mereka berdua tanpa rasa ‘cemburu’ sedikit
pun setelah mecuci pinggan. Dia nak makan? Lantak dialah.