PROJEK CERPEN : Namamu diluh mahfuzku...
cetusan rasa dan
idea oleh iman lily
Pagi ini aku lambat lagi nampaknya, matilah aku
kena sound dengan Kak Piah kawan
sepejabat aku yang cukup pedas mulutnya kalau memerli orang geram betul aku.
Manalah pulak bas ni, merajuk ke hari
ini ke driver bas mogok ? Aku
membebel sorang-sorang macam mak nenek. Mak cik yang tunggu bas setiap hari
bersama aku pun tak ada. Dia dah naik bas agaknya aku sahaja yang terlambat
hari ini. Inilah akibatnya tidur lewat baca novel nasib baik sempat solat subuh
kalau tak subuh gajahlah gamaknya. Apalah nak jadi dengan aku dua hari ini
asyik lambat sampai office nasib
baiklah lawyer firm yang aku kerja ni
tak strict sangat kalau tak mati aku,
mana nak cari kerja baru?
Mulut asyik menguap
macam orang tak tidur malam jaga anak. Hari ini aku mengenakan seluar slack berwarna hitam dan
blaus kain kapas menutupi punggung dipadankan pula tudung bawal dua ton yang
dibiarkan labuh ke dada. Jam berjenama Casio dipergelangan tangan kiri ku kerling.
Memang sah aku akan sampai lebih lewat lagi hari ini. Kena telefon Kak Shaza ni
bagi tahu aku lambat, desis hatiku. Aku pun mencari telefon bimbit Samsung
Galaxy SIII yang baru aku miliki tak
sampai seminggu itu di dalam beg tanganku. Lantas nombor telefon peribadi Puan
Shazarina Suhaimi atau lebih mesra
dipanggil Kak Shaza.
‘’Assalamualaikum, Kak
Shaza.’’ Sapaku lembut macam gadis Melayu terakhir saja suara aku.
‘’Waalaikumussalam, ya Cik
Zarith Maryam binti Abdul Ghani.’’ Jawab Kak Shaza lembut siap sebut nama penuh
aku lagi.
Ketawa kecil aku
mendengarnya. ‘’Kak, Zaza lambat lagilah hari ini. Bas tak nampak-nampak batang
hidung ni kak,’’ ujarku lembut dengan intonasi yang konon-kononnya aku tengah
gusar sangat. Nama panggilan manjaku, Zaza.
Kak Shaza tenang
mendengar. “Memanglah tak nampak batang hidung sebab bas tak ada hidung!’’ usik
Kak Shaza selamba.
Aku ketawa kecil lagi.
“Akak ni ada ja modal
nak kenakan Zaza,’’ balasku dengan nada seakan merajuk.
‘’Kau tak akan tak tahu
akak kau ni Za,’’ pujuk Kak Shaza.
‘’Tahu sangat dah kak.
He he he. Kak, tolong cover line
untuk Zaza hari ni kak,’’ pintaku pada Kak Shaza. Kak Shaza sememangnya officemate aku yang paling rapat sekali
dengan aku. Kami bagaikan seumur sebab sangat kepala padahal anak Kak Shaza
yang sulung sudah berumur 15 tahun sedangkan aku baru berusia 22 tahun. Serius
aku sangat selesa berkawan dengan dia.
‘’No problem macam tak biasa, he he he,’’ setuju Kak Shaza.
‘’Thanks a lot my sister!’’ balasku dan seterusnya menamatkan panggilan
telefon antara kami. Bas Causeway Link yang dinanti pun tiba sejurus aku
menyimpan gajet kesayangan aku ke dalam beg tanganku.
Wang tambang sememangnya
memang tersedia dalam genggaman tanganku. Aku pun menaiki bas setelah bas itu
berhenti di hadapan bus stop Batu 5 Bandar Tampoi ini.
Seperti biasa memang
tiada tempat duduk untukku di dalam bas. Maklumlah waktu kemncak macam ni
memang ramai orang. Aku berdiri memegang tiang dalam bas itu.Ketika bas
berhenti di perhentian bas berdekatan Bandar Baru Uda untuk menurunkan
penumpang, muncul penumpang lelaki berpakaian pejabat menaiki bas tersebut.
Rupa pun boleh tahan ala-ala Fizo Omar gitu. Perrggghh...rezeki aku pagi ini
dapat jumpa mamat handsome ni, desis hati aku yang nakal. Dia mengambil tempat di
sebelahku. Dalam perkiraanku
ketinggiannya dalam 170cm lebih ternyata aku hanya berada di paras
bahunya sahaja. Terbau dihidungku haruman minyak wangi Hugo Boss yang semerbak
itu. Aku lihat jari-jemari lelaki itu
ligat di skrin telefonnya yang berjenama Apple itu. ‘Wah, mamat ni naik bas
pakai Iphone, kata hatiku pelik. Mahu tak pelik gajet sebegitu hanya mampu
dimiliki oleh mereka yang berkerja secara professional sahaja tapi tengok gaya
dia dengan naik bas ja mesti mamat despatch
ja ni, analisis pertamaku tentang jejaka itu. Aku pun pakai SIII atas
perkongsian pembelian bersama kakakku yang bekerja sebagai jurutera di sebuah
kilang di Pasir Gudang. Dengan gajiku yang tak sampai RM1500 ni mana mampu nak
loan beli telefon pintar. Aku memang dah lama nak pakai handphone canggih sikit maklumalah nak berasa juga pakai handphone mahal ni.
Aku yakin lelaki yang
berdiri di sebelahku ini tidak perasan akan mataku yang galaknya memerhatinya
atas dan bawah namun perkiraanku silap. Lelaki itu menoleh pandangannya ke arahku dan berkata
sesuatu kepadaku. Kata-katanya itu membuatkan muka aku terasa bagaikan terlebih
pakai pemerah pipi berjenama Elianto pagi tadi ketika bersolek. Terus aku
berdiri tegak ke hadapan tanpa mata nakalku memerhatikannya lagi. Bas pun
memberhentikan perjalanannya di hadapan bangunan Menara Public Bank di tengah
Bandar Johor Bahru itu. Aku cepat-cepat melangkah keluar dari bas itu menuju
masuk ke dalam bangunan itu tanpa sedikit pun menoleh ke belakang dan tak
berkeinginan langsung untuk mengetahui adakah mamat itu turut turun
diperhentian yang sama. Tak kuasa aku nak ambil tahu buat bengang aku sahaja.
***
Lif pun selamat
membawaku ke tingkat 16 Menara Public Bank ini. Tertera nama firma guaman
tempat aku mencari rezeki, Izhar Hakim & Co. Sudah hampir lima bulan aku
menimba pengalman di sini setelah menamatkan pengajian dalam Diploma Perakaunan
di Universiti Teknologi Mara, Segamat. Pelik bukan, ada diploma dalam bidang Perakaunan tapi
bekerja sebagai kerani biasa di firma guaman walaupun pelik inilah kenyataan
hidup aku.
‘’Hai, good morning, Zaza.’’ Sapa Haireen,
penyambut tetamu firma guaman ini mesra kepadaku.
‘’Hai, good morning, Reen.’’ Balasku mesra
diiringi senyuman manis buat Haireen gadis lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (
SPM) itu yang cukup baik budi pekertinya.
Aku menuju ke tempat
dudukku yang agak tersorok dari pandangan orang lain. Aku meletakkan beg
tanganku ke dalam almariku. Rakan-rakan yang lain tidak kelihatan mungkin di pantri
agaknya. Jam menunjukkan ke angka 8.40 pagi. Aku lewat 10 minit lagi hari ini.
Aku pun punch kadku. Ternyata merah!
Aku melangkah ke pantri
yang terletak di bahagian belakang itu. Kelihatan Kamarul, office boy kami di mejanya sedang membuat tahi mata. Maklumlah
Encik Izhar seminggu ni tak ada,
outstation ke Jakarta.
Belum pun kakiku
melangkah masuk ke dalam pantri itu sudah kedengaran ditelingaku suara Kak
Piah, Kak Wahida, Kak Shaza, Anisa dan Kathijah. Gembiranya mereka maklumlah
pembantu peribadi Encik Ishak Sharif, Puan Manja Roslan atau lebih mesra disapa
Kak Manja turut tiada kerana ambil bercuti bersalin selama dua bulan ini. Nama
sahaja manja tapi tak ‘manja’ pun orangnya.
‘’Assalamualaikum,
semua.’’ Sapaku ceria buat mereka.
Mereka menjawab mesra
salamku. Kak Shaza seperti yang dijanjikan.” Zaza, dah beli dah apa yang akak
pesan tadi?’’
‘’Dah kak,’’ jawabku
selamba. Padahal tiada apa pun yang dipesan oleh Kak Shaza, hehehe.
‘’Terima kasih, Zaza.
Kesian Zaza lambat sebab akak,’’ ujar Kak Shaza bagaikan dialah punca aku lewat
hari ini.
‘’It’s okay kak,’’ balasku tenang agar yang lain tidak perasan gelagat kami.
‘’Kau suruh Zaza beli
apa Sha?’’ Tanya Kak Piah atau Saffiyah kepada Kak Shaza.
‘Sibuk sajalah Kak Piah
ni, rungutku dalam hati.
‘’Adalah.’’ Balas Kak
Shaza ‘berahsia’ daripada Kak Saffiyah.
Kak Piah pun tak
bertanya lanjut selepas itu, nasib baik! Syukur alhamdulilah.
‘’Hari ini semua lawyer tak ada ke?’’ tanyaku kepada
mereka setelah melihat bilik-bilik yang diduduki peguam firma guaman ini
kelihatan gelap dan kosong semasa aku melintasi bilik-bilik mereka ketika
berjalan ke pantry tadi.
‘’Dia orang ada tapi
biasalah lambat. Cik Ameerah dengan Cik Johanna ada kes di court pagi ini. Encik Fairuz masuk lambat sebab ada jumpa client
di luar pagi ini.’’ Terang Kak Wahida yang sudah bekerja hampir 10 tahun
di firma guaman ini. Dia memang cukup mengambil tahu pergerakan peguam-peguam
di firma ini.
‘’Oh, patutlah!’’
jawabku pendek tanda jelas dengan penerangannya sambil membuka peti sejuk untuk
mengeluarkan susu segar Dutch Lady kegemaranku yang disimpan dalam peti sejuk
di pantry itu.
Aku meneguk rakus susu
kegemaranku yang dituang ke dalam cawan. Lega rasanya tekakku ini. Mereka masih
lagi dengan sesi sarapan pagi mereka. Mereka ada mempelawaku tapi aku menolak
baik ajakkan mereka kerana aku sudah pun bersarapan pagi tadi dengan dua biji
telur separuh masak yang disediakan oleh ibuku, Puan Rohana.
***
Aku melangkah keluar
dari pantri menuju ke tempat dudukku. Banyak kerja yang perlu aku selesaikan. Aku
menghidupkan komputer di mejaku. Aku melangkah ke kabinet sebelah mejaku yang
terdapat fail-fail kes itu. Aku mengambil beberapa fail yang dikehendaki dan
kembali ke mejaku dan meneruskan kerja-kerjaku yang tak pernah habis itu.
Sebelum itu aku sempat
menitip pesanan ringkas tanda terima kasihku buat Kak Shaza di telefon
bimbitnya.
Pejabatku ini memang
tidak pernah sunyi dengan usik-usik mengusik antara kami. Ada sahaja cerita
mereka yang membuatkan aku tak kering gusi ketawa terutamanya kisah anak-anak mereka yang masih kecil. Seronoknya
dengar cerita mereka pasal anak-anak rasa macam nak kahwin pula. Teringin
rasanya perut ini membawa satu nyawa
dalam rahimku yang dapat menjadikan aku wanita yang sempurna. Bilalah
agaknya aku dapat jadi mak orang agaknya? Boyfriend
pun tak ada jauhlah lagi calon-calon yang sesuai dibuat suami. Siapalah yang
bertuah sangat jadi suami aku tu? Lelaki dalam bas tadi lagilah tak mungkin!!!
Macam manalah aku boleh ingat muka dia???Buang current betul!
***
Tengah hari itu Kentucky
Fried Chicken (KFC) di Persada Johor menjadi pilihan aku, Kak Shaza, Kak Piah,
Kak Wahida, Anisa, Khatijah , Haireen dan Puan Ayuni yang merupakan Eksekutif
Akaun kami. Selalunya kami memilih nasi untuk tengah hari tapi memandangkan Mak
Buyung aka Kak Wahida teringin benar nak makan ayam goreng kegemaran ramai itu
jadi kami semua pun berduyun ke KFC. Paling best
sekali Kak Wahida belanja kami semua. Jimat duit aku, boleh simpan buat belanja
kahwin nanti, he he he. Asyik ingat nak kahwin saja aku sekarang ni. Dah sampai
seru kot?
Aku, Haireen dan Anisa
membawa dulang yang berisi pesanan kami dengan berhati-hati. Ketika mataku
memandang sekeliling ruang restoran makanan segera itu, aku terpandang wajah
seseorang yang telah berjaya membuatkan pagi aku menjadi teramat membengangkan.
Siapa lagi kalau bukan mamat dalam bas pagi tadi. Aku tengok dia sedang
menikmati makanannya bersama rakan-rakan sekerja mungkin. Ada empat orang dan kesemuanya lelaki. Kesemua
mereka nampak segak dan kacak. Takkanlah mamat ni office boy saja, mesti ada jawatan juga ni, desis hatiku.
‘’Pandang apa tu,
Zaza?’’ Teguran Haireen mematikan khayalanku.
‘’Eh, tak ada
apa-apalah.’’ Jawabku lembut.
Haireen pula hanya
tersenyum dan tidak berniat untuk mengetahui lebih lanjut.
Kami menjamu selera
dengan enak sekali. Sampai
menjilat-jilat jari. Apatah lagi makan free,
he he he. Tiba-tiba ada seorang pekerja KFC lelaki dalam lingkungan hujung belasan tahun menghampiri meja kami,
aku menyangkakan dia ingin menghantar pesanan Chessy Wedges yang dipesanan oleh
Kak Wahida namun sangkaanku itu silap. Pekerja yang memakai tag nama Khairil
memberi aku secebis kertas, katanya ada seorang pelanggan yang menitipnya buat
aku. Kawan-kawanku juga terkejut melihat apa yang aku terima. Sibuk mulut
mereka bertanya., dengan wajah yang pelik aku membaca apa yang tercatat di
kertas tersebut.
Harris
Azahan
0123000400
Terkedu aku membaca
tulisan di kertas itu. Siapa pula Harris Azahan ni, tertanya-tanyaku sendiri
namun tiada jawapan.
‘’Kertas apa tu
Za?Nombor telefon ya?’’ usik Kak Shaza.
‘’Tak ada apa-apalah
kak,’’ kalisku sambil menyimpan kertas itu di dalam beg tanganku yang
diletakkan di atas ribaku dengan menggunakan tangan kiri.
‘’Yalah tu tak ada apa-apa. Entah-entah tak lama lagi sibuk nak ambil cuti kahwin,’’ usik
Kak Wahida diiringi senyuman meleret. Yang lain turut tersenyum penuh makna.
‘’A’ahlah
kak.Erm..nampaknya Anis dengan Khaty jalah anak dara dekat office kita,’’ tambah Anisa pula.
‘’Dah-dah jangan nak
mengarut. Habiskan makan cepat lepas ni nak solat zuhur pula, ‘’ tangkas aku
menangkis segala andaian mereka.
‘’Yalah Zarith pandailah
hang nak tukar cerita ya, ‘’ provok Kak Piah.
‘’Okeylah kalau macam
tu, akak-akak, Anisa, Khaty dan Haireen doakanlah supaya Zaza cepat-cepat jumpa
jodoh ya,’’ ujarku sejurus bangun daripada kerusi yang aku duduki dan menuju ke
singki untuk mencuci tangan.
Aku sempat melihat
mereka semua tersenyum dan menyebut ‘amin’ dengan harakat yang panjang.
Ketika aku sedang
mencuci tangan dan menilik gigiku dicermin bagi melihat sekiranya ada sisa
makanan yang terlekat di gigiku yang rapat dan rapi itu aku terpandang ada
seorang lelaki di belakangku. Dia tersenyum padaku.Mamat dalam bas pagi tadi,
desis hatiku. Handsomenya muka dia.
Aku cepat-cepat mencuci tanganku dan tanpa mengeringkan tangan aku cepat-cepat
berlalu dari situ. Jejaka itu tetap terus menghadiahkan senyuman yang manis
buat aku. Mimpi indahlah aku malam ini. Tiba-tiba terfikir di benakku, adakah
dia yang mengirimkan cebisan kertas itu? Entahlah....rasanya dia tak perasankan
aku tadi tapi tahulah kalau dia tu serampang dua mata. Hehehe.
Sekembalinya ke meja,
rakan-rakanku pula mengambil giliran mencuci tangan dan giliran untuk aku pula
untuk menjaga ‘harta-benda’ kami. Sedang aku membelek telefon bimbit kesayangan
aku, aku terpandangkan pekerja KFC yang bernama Kamarul itu yang sedang
membersihkan meja yang terletak bersebelahan meja kami. Aku pantas
memanggilnya.
‘’Adik, boleh akak tahu
siapa yang bagi akak kertas tu tadi ya?’’ tanyaku pada Kamarul yang berdiri
memandangku ketika ini.
‘’Boleh. Encik itu yang
duduk dekat meja hujung sana yang memakai kemeja lengan panjang warna kuning
cair dan bertali leher warna biru gelap tu.’’ Terang dia kepadaku sambil
menunjukkan meja yang diduduki jejaka itu dan berdasarkan penerangan Kamarul
itu, memang sah lelaki itu yang bagi aku kertas tersebut.
Setelah mengucapkan
terima kasih padanya Kamarul pun berlalu meneruskan kerjanya yang tergendala
disebabkan oleh aku tadi. Haireen, Anisa
dan Khatijah kembali sejurus itu. Setelah sekembalinya mereka semua daripada
mencuci tangan, kami beredar dari situ.
***
Aku masih menggengam
kertas yang tertulis nombor telefon jejaka yang membuatkan seluruh hariku ceria
sangat. Nak telefon ke tak?Aku tak tahu caranya untuk ‘memulakan’ semua ini.
Masih terngiang-ngiang di telingaku apa yang diucapkan oleh bibir yang tidak
terlalu tebal tapi merah tanda tidak merokok, ‘’kalau awak nak tilik saya atas
bawah, awak kena kahwin dengan saya dahulu. Jadi isteri saya nak tak?’’. Aku
menutup mukaku dengan kusyen berwarna merah hati itu kerana masih terasa malu
dan bengang yang teramat sangat perihal peristiwa pagi tadi. Harris Azahan,
awak dah berjaya buat saya angau dengan awak tahu, jerit hatiku.
Agak-agaknya dia tunggu
tak aku call dia?Tapi buat apa dia
bagi aku nombor handphone dia kalau bukan sebab dia suruh aku call dia. Aku malulah. Tak ke macam
perigi mencari timba?Aduhhh, peninglah!
Ketukan di pintu
mematikan khalayanku. Muncul wajah mama di muka pintu dan tanpa disuruh mama
masuk ke dalam bilikku.
“Zarith, tak nak makan
ke?Asyik berkurung dalam bilik aje sejak balik tadi,’’ soal Mama sambil
melabuhkan punggungnya di atas katil bersaiz queen itu. Benar aku langsung berkurung dalam bilik sejurus pulang
daripada kerja petang tadi. Selalunya selepas waktu maghrib aku akan keluar dan
menonton televisyen seketika tetapi hari ini sejak dek angau dengan anak bujang
orang aku terus terperuk dalam bilik dan asyik terbayang muka Harris Azahan di
retinaku ini. Dahsyat betul penangan jejaka itu.
“Kejap lagilah ma.
Zarith tunggu isyak dulu.” jawabku dengan posisi masih membaringkan tubuhku dan
memegang tangan mama. Mama pula dengan penuh kasihnya membelai-belai rambutku
yang panjang melepasi bahu itu.
“Okey. Mama tengok macam
penat sangat hari ini, banyak sangat ke kerja di office tu?’’ Tanya mama lagi. Mungkin dia pelik melihat aku
bermalas-malasan atas katil.
‘’ Tak adalah sangat.
Biasa aje ma. Kerja mana pernah habis.’’ Jawabku sambil bangun daripada
posisiku tadi dan duduk di sisi mama lalu melentokkan kepalaku di bahu mama.
Sudah lama rasanya tak bermanja dengan mama. Kesibukkan mencari wang ringgit
menyebabkan masa untuk bermesra dengan mama sedikit berkurangan.
‘’Biasalah tu, Zarith.
Mama pun pernah kerja dah tahu dah asam garam bekerja ni,’’ ujarku ibuku yang
pernah menimba pengalaman dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia di sebuah
syarikat swasta dan bersara awal di usia 47 tahun kerana ingin menumpukan
sepenuh tumpuannya terhadap keluarga. Aku rasa itulah pengorbanannya yang
paling besar buat kami sekeluarga.
“Mama, Zarith nak tanya
pendapat mama boleh tak?’’ aku mula mencari peluang untuk meminta pandangan
daripada insan yang bergelar ibu.
“Boleh, tentang apa?”
tanya mama dengan memandang ke arahku.
Aku cuba mencantum ayat.
“Apa pendapat mama tentang perempuan yang memulakan perkenalan antara lelaki
dan perempuan?’’ Aku cuba berlagak tenang dan bersahaja agar mama tidak dapat
‘menangkap’ yang anak daranya ini sedang ditimpa perasaan buat pertama kalinya
dalam hidup di usia 22 tahun ini.
‘’Pada mama tak salah
sebab sekarang zaman dah moden teknologi makin canggih. Pemikiran kolot manusia
pun semakin lama dah semakin terhakis. Tapi yang penting agama itu perlu dijaga
dan diutamakan dengan menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. “ ujar
mama panjang lebar. Mama semoden mana pun mama bergaya macam mana pun mama,
agama tetap nombor satu dalam hidup mama.
“Tak ke macam perigi
cari timba, mama?’’ tanyaku lagi untuk memberi poin untuk mama memperkuatkan
lagi hujahnya.
“Perigi cari timba?Pada
pendapat mama peribahasa ini ada pro dan krontranya,’’ belum sempat mama
mengulas panjang aku dah mencelah.
“Apa pro and consnya,ma?’’
Mama menyambung
bicaranya yang tergantung dek aku tadi ,’’pronya ialah peribahasa ini menggambarkan
bahawa seorang perempuan itu perlu menjaga maruah diri iaitu dengan mempunyai
rasa malu yang tinggi dalam diri sebab kalau perempuan yang asyik
tergedik-gedik dan terhegeh-hegeh dengan lelaki boleh jadi harga dirinya akan
dipandang rendah oleh lelaki dan lagi pun lelaki ini tak suka perempuan yang
terhegeh-hegeh pada dia, lelaki ni lebih suka dia yang mendekati seseorang
perempuan tu.’’ Terang mama panjang lebar. Betul juga cakap mama itu sebagai
perempuan kita perlu menjaga maruah diri dan sebab itu agama Islam mengangkat
martabat perempuan dengan meletakkan persetujuan ijab dan kabul itu pada tangan
perempuan. Melayu juga indah dengan adab dan kesopanannya kerana mewujudkan
peribahasa perigi mencari timba ini agar menampakkan yang lelaki yang
seharusnya memulakan perkenalan kerana lelaki itu dilahirkan sebagai pemimpin
yang mempunyai keberanian yang tinggi.
“Kalau consnya apa pula ma?’’ soalku lagi.
Mama dengan sabar
melayanku.” Consnya, peribahasa ini
kadang-kadang menjadi penghalang buat perempuan yang mencari jodoh atau
memulakan perkenalan. Biaslah mentaliti orang kita, kalau perempuan yang
mulakan mesti mereka akan fikir yang perempuan tu tak malulah, terdesaklah
padahal dalam Islam pun tak melarang asalkan niat kita itu betul dan bukan ke
nak mencari jodoh tu mesti berusaha.’’ Ujar Mama terang dan jelas.
Aku hanya diam. Mama
yang melihat kebisuan aku berasa pelik. ‘’Ah, ni kenapa pulak diam aje?Anak
mama ni dah ditimpa perasaan ke?”
Aku masih berlagak
tenang.’’ Mana ada ma. Siapalah nak anak mama ni. Dahlah tak cantik, masak pun
tak pandai,’’ kalisku.
Mama nyata tidak berpuas
hati dengan jawapanku.’’ya ke?Anak mama ni cantiklah tengoklah siapa yang
mengandungkan dia?,’’ Mama sempat lagi masuk bakul angkat sendiri.
Aku ketawa kecil mendengar
Mama memuji dirinya sendiri. Tidak mampu dinafikan bahawa Mama memang mempunyai kecantikan yang
tersendiri.Diusia 53 tahun Mama masih
mempunyai bentuk badan persis anak dara dan kulit wajah yang masih tegang dan
gebu hasil amalan kecantikan tradisional yang diamalkannya sejak remaja lagi.
Kadang kala apabila berjalan di sisi Mama dan Kak Zanirah ada orang menganggap
mama ialah kakak kami.
‘’Mama ni sempat lagi puji diri sendiri.
Menyampah.’’ Sakatku.
‘’Sekali sekala apa
salahnya?’’ balas mama bersahaja. Kami berdua ketawa besar.
‘’Siapa cakap anak dara
mama ni tak pandai masak?Kalah Chef Ezani tahu kalau dia masak,’’ tambah mama
lagi cuba menangkis apa yang aku ujarkan tadi.Ya aku akui aku tahu memasak tapi
taklah sehebat mama yang mempunyai kemahiran memasak yang cukup dikagumi oleh
kami sekeluarga.
‘’Ya ke ma?’’ tanya aku
kepada mama kembali.
‘’Yalah. Your Asam Pedas Ayam and brownies is my
favourite, okey.’’ Jawab Mama cukup yakin. Mukanya lembut nyata dia bukan
seorang ibu yang cuba menafikan kepandaian seorang anak dalam masakan malah
dipujinya lagi serta diakui.
‘’Okey, thank you mama. Mama jugak yang ajar Zarith memasakkan,’’
ujarku sambil megenggam tangan mama erat.
Mama hanya ketawa kecil.’’Dah masuk isyak dah pun.
Kita solat dulu ya baru makan,’’ ujar Mama sejurus terdengar azan Isyak
dilaungkan oleh surau yang berada berdekatan taman perumahan kami.
‘’Okey. Zarith ambil
wuduk dulu ya,’’ balasku sambil menuju ke pintu bilik air yang terletak di luar
bilikku.
Setelah masing-masing
menunaikan kewajipan terhadap ilahi kami sekeluarga iaitu abah, mama, dan dua
orang adik lelaki iaitu Zahril Mukhriz dan Zafrul Maliki menjamu selera
sekeluarga. Abang sulungku, Zakri Mursyid
yang sudah berkahwin dan
mempunyai dua orang anak kini bermaustautin di Shah Alam, Selangor. Kakakku dan
satu-satunya akak yang aku ada, Zanirah Maureen kini tinggal di Pasir Gudang
kerana berkhidmat di pusat perindustrian negeri Johori itu.
***
Sebelum melelapkan mata
aku membaca novel Masih Setia karya Aisya Sofea. Aku suka mengulang baca novel
tersebut walaupun jalan ceritanya biasa-biasa sahaja tapi cukup membuaikan
perasaan apatah lagi dengan watak Dr. Malik Zikri yang digambarkan penulis
cukup membuatkan aku ‘meroyan’ membaca novel tersebut. Romantis sangat-sangat
novel tersebut.
Aku mengerling jam yang terletak di dinding
bilikku. Tepat 10 malam. Dah sesuai rasanya untuk aku tidur bagi merehatkan
badan yang seharian bekerja ini. Sebelum terlelap aku meletakkan novel
kegemaranku itu di atas meja kecil yang berada di sebelah katilku. Aku mencapai
gajet kesayanganku. Aku masih berkira-kira untuk menghubungi Harris Azahan.
Perlu ke aku mulakan semua ini, tanya hati kecilku. Separuh hatiku mahu separuh
lagi malu menggebu. Tapi kalau tak cuba, tak tahukan? Kata mama tak salah
perempuan mulakan dahulu.
Aku memberanikan diri
dengan menghantar Sistem Pesanan Ringkas (SMS) kepadanya. Nombor telefon
bimbitnya memang sudah aku simpan di dalam gajet kesayanganku itu. Dengan lafaz
bismillah aku cuba menyapa Harris Azahan dengan menghantar satu SMS buatnya.
Zarith Maryam
Assalamualaikum.
Cukup ringkas mesejku.
Berdebar aku menanti respon orang di sana. Tidak sampai seminit telefonku
mengeluarkan bunyi menandakan ada mesej baharu yang masuk.
Harris Azahan
Waalaikumussalam.
Siapa ya?
Menjerit kecil dan keriangan aku melihat respon
daripadanya. Alamak, nak cakap aku ni siapa ya. Tak akan aku nak cakap, saya ni
gadis yang awak ‘smash’ pagi tadi. Memang taklahkan. Tapi tak akan dia tak
ingat yang dia ada bagi nombor telefon dia pada seseorang tengah hari tadi?
Mungkin dia tak jangka aku akan contact dia kot?Telahku sendiri.
Ermm..lantas idea nakalku muncul. Tersenyum penuh makna aku menaip mesej.
Zarith Maryam
Tak
kisahlah siapa saya. Nak berkenalan boleh tak?
Perrrgghh...berani betul aku hantar mesej macam
tu. Tak sangka, tak sangka aku. Hahaha.
Tak sampai seminit bunyi
SMS masuk lagi. Amboi, cepatnya! Mata aku yang tadi begitu ngantuk dan letih
macam dah tak reti nak ngantuk gamaknya.
Harris Azahan
Kalau
awak nak berkenalan dengan saya, awak kena bagi tahu awak ni siapa dulu. :p
Dah sah-sahlah aku tak akan mengaku yang aku ni
perempuan pagi tadi yang kau jumpa dalam bas, desis hatiku. Aku mencari idea
untuk membalas SMSnya.
Zarith Maryam
Ok.
Pendek sahaja aku membalas. Biasalah orang tengah test market. Hehehe.
Tak sampai seminit dia
dah reply mesej aku.
Harris Azahan
Ok
je? Nama siapa?
Tak adalah berlagak
sangat mamat ni dan aku mengukir senyuman.
Zarith Maryam
Maryam.
Aku memang gemar menggunakan nama Maryam sahaja
bagi orang aku tidak kenali. Baru setengah minit dia dah reply lagi. Nampaknya mata aku makin tak ngantuk dan makin segar
bugar!
Harris Azahan
Oh,
nice name. Nma saya Harris Azahan.
Tersenyum simpul aku apabila dia puji nama aku.
Amboi, miangnya anak dara mama ni! Saya dah tahulah nama awak, ujarku sendiri.
Zarith Maryam
Oh,
thank you. Saya dah tahulah nama awak. :p
Nakal betul aku membalas
SMS untuk Harris Azahan. Beraninya aku, macam tak percaya!
Harris Azahan
Ok,u
can call me Harris.
Bagus, dia tak tanya lebih-lebih kalau tak ‘masak’
aku, hehee.
Zarith Maryam
Ok
sy panggil awk Harris.
Setujuku.
Bunyi cicipan burung
menandakan SMS baharu masuk.
Harris Azahan
Sy
panggil awak Yam. :p
Kurang asam betul mamat ni, nama aku ‘glamour-glamour’
bagai ni dia nak panggil aku Yam!Tak
apa-apa, tak apa-apa kita layankan aje ya.
Zarith Maryam
Ok.
;)
Tak sampai berapa saat
Harris Azahan balas SMS aku.
Harris
Azahan
Cik
Yam tgh buat apa?
Ketawa kecil aku kecil
aku membaca SMS Harris Azahan. Nakalnya dia ni.
Zarith Maryam
Tgh
bce novel.
Aku sememangnya tengah menyambung kembali membaca novel Masih Setia
sambil berbalas SMS dengan Harris Azahan.
Tak sampai berapa minit Harris
Azahan menghantar mesej.
Harris Azahan
Tgh
baca novel pun boleh sms. Hebatlah Cik Yam. :p
Zarith
Maryam
Perempuan,
biasalahkan mmg suka buat dua perkara dlm satu masa. :)
Sempat aku memuji kaum sejenisku. Tapi memang
benar apa kaum hawa ni memang boleh buat banyak benda dalam satu-satu masa
contoh terdekat, mama aku. Tengah memasak boleh basuh baju, angkat kain tak ke
hebat tu?hehehe
Harris Azahan
Masuk
bakul angkat sendiri nampak?
Aku ketawa besar
nampaknya. Nasib baik tak ada orang di tingkat dua rumah teres dua tingkat
milik babah dan mama ini sebab yang lain tengah seronok layan televisyen di
tingkat bawah.
Zarith Maryam
Sekali
sekala apa salahnyakan?hehehe. Harris pulak tgh buat apa?
Cip-cip bunyi burung mengicip.
Harris Azahan
Dlm
bilik tgh golek-golek. ;)
Dia dalam bilik, aku pun
dalam bilik dan baring atas katil. Baguslah tu.
Zarith Maryam
Tak
nak tidur lg ke?
Harris Azahan
Tadi
dah nak tidur tp bila awak sms terus segar bugar mata sy. J
Asyik sama aje kita orang ni, ada jodoh ke?hahaha
Zarith Maryam
Oh ya
ke?Sorrylah dah ganggu lena awk.
Harris Azahan
It’s
okay. Awk x ganggu pun tapi kacau ada. Hehe ;)
Zarith Maryam
Okey
pergilah tidur. Good nite J
Aku cuba ‘buat-buat’
merajuk dan terasa. Hahaha. Nak tengok respon dia macam mana.
Harris Azahan
Eh,
merajuk ke Cik Yam? Jgnlah merajuk. I’m joking J
Senyum lebar aku membaca
mesej daripada Harris Azahan itu. Berbunga betul hati aku malam-malam buta ini.
Zarith
Maryam
Sy
nak merajuk dgn awk?Buang current ajelah. Tak kuasa . :p
Harris
Azahan
Bagus
awk tak merajuk kalau x jenuhlah sy nak pujuk awk.hehe. Actually, how old are
you, Cik Yam?
Zarith Maryam
Hahaha.
22. Harris pulak umur brpa?
Tanyaku dengan beraninya
dan dia pun dengan beraninya memanggil aku Cik Yam.
Harris Azahan
Awk
kena panggil sy abang tahu, ;)
Panggil kau abang, Harris Azahan? Oh, tak mungkin!
Zarith Maryam
Kenapa?Awk
ni dah tua sgt ya?:p
Harris Azahan
I’m
26 years old. Still youngkan? ;p
Perasan muda betul mamat
ni, menyampah!
Zarith Maryam
Yalah
tu. Okeylah Harris sy dah ngantuk sgt nak tidur ni. Good nite J
Aku menghantar mesej terakhir itu dengan mulut
yang menguap. Mengantuk betul. Aku melihat jam di telefon bimbitku menunjukkan
hampir 11 malam.
Harris Azahan
Good
nite Cik Yam! J have
a nice dream. p/s mimpikan sy ye J
Aku hanya tersenyum saja
membaca mesej itu. Macamlah kau tahu aku ni siapa...Malam itu aku tidur dengan
lenanya.
***
Serius macam tak percaya dan macam nak mimpi lagi
sekali, Harris Azahan muncul dalam mimpi aku malam semalam....Aku mimpi dia
sarungkan cincin di jari manis tangan kananku. Aku sedar daripada mimpi itu
sejurus itu aku dengar azan Subuh dari surau berdekatan taman perumahanku.
Harris Azahan, adakah
engkau ADAM yang aku cari selama ini? Misteri betul mimpi aku dan begitu
jodohku. Ya ALLAH, kau ringankanlah jodoh pertemuanku dengan bakal suamiku, doa
hati kecilku. Ya Allah andai ‘lelaki itu’ jodohku kau dekatkanlah hati kami dan
ringankanlah perjalanan jodoh kami.
‘’Zaza, mengalamun
apa?Diam aje akak tengok?’’ tegur Kak Shaza yang menghampiri mejaku.
‘’Tak ada apalah kak.
Biasalah nak dekat ‘bulan merah’ ni. Moody
sikit,hehe’’ balasku diiringi ketawa kecil.
‘’Oh, patutlah...Errmm,
ni nak bagi tahu Encik Hezril client awak
tu tengah tunggu kat depan. Katanya nak jumpa awak,’’ ujar Kak Shaza sambil
membelek novel 7 Hari Mencintaiku karya Siti Rosmizah milikku yang berada di
atas mejaku.
Lelaki itu tak pernah
putus asa! Encik Hezril merupakan salah seorang client aku. Dia sudah berapa kali mengajak aku keluar dan melamar
aku untuk menjadi teman istimewanya tapi malangnya hati aku tiada ruang buatnya
walaupun lelaki itu cukup sempurna pakejnya untuk dijadikan seorang suami
idaman semua gadis iaitu kaya dan kacak.
‘’Dia nak apa kak?’’
tanyaku.
‘’Manalah akak tahu. Dia
nak masuk meminang kot?hikhikhik’’ jawab Kak Shaza dengan ketawanya yang
mengekek.
Aku sudah membuat muka
14 . ‘’Mengarut aje akak ni. Okeylah Zaza jumpa dia sekejap,’’ aku bangkit
daripada kerusiku dan menuju ke luar yang menempatkan meja penyambut tetamu
yang menjadi tempat Haireen.
Encik Hezril menantiku
di sofa yang disediakan oleh firma guaman ini. Dia nampaknya begitu asyik
membelek telefon pintarnya hingga tidak perasan akan kehadiranku.
‘’Assalamualaikum.’’
Sapaku lembut.
‘’Waalaikumussalam,’’
jawab Encik Hezril yang kelihatan terkejut dengan kemunculanku.
‘’Encik Hezril ada apa
ya yang saya boleh bantu?’’ tanyaku lembut.
‘’Zarith, please don’t call me ‘encik’. Just Hezril atau pun nak lagi mesra Abang Hezril.’’ Jawabnya sempat
bercanda.
Sempat lagi dia nak
‘jual minyak’ kat sini, ngomelku dalam hati. Aku kerling ke arah Haireen, sah dia tengah dok tersenyum sendiri
pasti dia dengar apa yang diperkatakan oleh Encik Hezril.
‘’Encik Hezril client firma guaman ni so, saya perlu menghormati Encik
Hezril.’’ Jawabku tenang dan malas nak ambil ‘kisah’ gurauannya.
‘’Okey. Awak free tak sekarang ni?’’ tanya Encikl
Hezril sambil menghadiahkan senyuman yang cukup menawan buatku.
‘’Saya tak free sekarang ni, ‘’ jawabku tenang yang
ketika itu duduk bertentangan denganya.
‘’Okey. Sekarang ni pun
dah hampir waktu lunch, apa kata awak
lunch dengan saya nanti?’’ ujar Encik
Hezril dengan wajah yang beria-ia.
Aku melihat jam
dipergelangan tangan kiriku yang menunjukkan hampir 12.30 dan lagi hampir
sepuluh minit sahaja lagi waktu rehat.
‘’Okey saya setuju tapi
Encik Hezril kena tunggu lagi sepuluh minit lagi sebab saya nak habiskan kerja
sikit sahaja lagi,’’ persetujuan aku beri.
Aku lihat muka Encik
Hezril sudah berseri-seri. Sukanya dia apabila aku bersetuju untuk makan tengah
hari bersamanya.
‘’Okey baiklah, saya
tunggu awak.’’
‘’Saya sambung buat
kerja dahulu ya,’’ pamitku sambil berlalu masuk ke dalam office. Haireen sempat menghadiahkan senyuman penuh makna buatku.
***
Encik Hezril memilih
untuk membawaku makan tengah hari di Restoran Selasih yang terletak di Persada
Johor. Itu pun atas permintaanku yang tidak mahu di bawa jauh dari kawasan
tempat kerjaku kerana waktu yang singkat.
Aku memilih nasi putih
dan beberapa jenis lauk masakan Melayu begitu juga Encik Hezril.Kami menjamu
selera dengan tenang sekali tanpa diselangi apa-apa perbualan.
‘’Zarith, saya ada
something nak cakap dengan awak.’’ Ujar Encik Hezril tenang dan ketika itu kau
baru sahaja menghabiskan minuman kegeramanku iaitu jus tembikai.
‘’Apa dia?’’ balasku
tenang juga.
‘’Saya harap awak tak
terkejut dengan apa yang bakal saya ucapkan lepas ni,’’ ujar Encik Hezril
serius.
‘’InsyaALLAH.’’ Balasku
pendek.
‘’Saya berniat nak
menghantar rombongan meminang ke rumah awak.’’ Dummmm! Aku rasa seperti bunyi
guruh di langit apa yang keluar daripada mulut Encik Hezril.
‘’Encik Hezril jangan
nak mengarutlah.’’ Ujarku bersahaja.
‘’Saya tak mengarut
Zarith. Serius saya dah lama jatuh cinta dengan awak since pertama kali saya berurusan dengan awak. Bagilah peluang
untuk saya bahagiakan awak.’’ Ucap lelaki yang berumur 29 tahun itu yang
bertugas sebagai Jurutera Awam di sebuah syarikat pembinaan di Bandar raya
Johor Bahru ini.
‘’Maaf Encik Hezril.
Sikit pun tiada ruang dalam hati saya untuk Encik Hezril lagikan pula kita tak
pernah ada apa-apa hubungan istimewa pun sebelum ini dan sekarang ini.’’
Balasku tenang. Ternyata ada riak kecewa diwajah lelaki tampan itu.
‘’Tak akan sikit pun
tiada?’’ tanya dia lagi kelihatan seperti tidak puas hati dan seakan memaksa.
Maaf aku tak suka orang yang suka memaksa.
‘’Tiada Encik
Hezril.Maafkan saya. Saya minta diri dahulu. Terima kasih sebab belanja saya makan
hari ini.’’ Aku lantas beredar dari situ. Tidak sanggup rasanya nak dengar
rayuan daripada mulut lelaki tampan itu. Aku gusar akan memberi kata putus yang
akan memakan diriku sendiri.
***
Telah hampir sebulan
peristiwa Encik Hezril melamarku di Restoran Selasih dan hampir sebulan juga
aku dan Harris Azahan berkenalan melalui SMS dan . Hubungan kami seperti kawan
biasa sahaja tiada apa-apa perubahan tapi sudah hampir sepuluh kali Harris
Azahan plan untuk kami berjumpa tapi
aku sentiasa mengelak berserta pelbagai alasan. Padahal aku malu ‘tahap gaban’
sebenarnya sebab aku yang memulakan perkenalan kami dan aku juga gadis yang
pernah meniliknya atas dan bawah. Harris Azahan merupakan seorang eksekutif di
Maybank.
Sedang aku membantu Mama
di dapur telefonku berlagu kuat. Aku berlari ke ruang tamu untuk melihat
panggilan masuk ke telefon bimbit aku. Tertera nama Harris Azahan diskrin. Aku
menjawab panggilan itu dengan gabra yang teramat. First time kami bercakap
melalui telefon.
‘’Hello, assalamualaikum.’’
Sapaku lembut.
‘’Waalaikumussalam.
Tengah buat apa tu?’’ tanya dia.
‘’Tengah tolong mak saya
kat dapur tadi,’’ jawabku bersahaja.
‘’Oh ya ke. Rajinnya,’’
ujar dia.
‘’Ala, biasalah anak
perempuankan?Lagi pun hujung minggu macam ni aje saya dapat tolong mak saya.’’
Terangku.
‘’Macam nilah bakal
isteri saya,’’ Pop,pop, pop ! Aku rasa macam kena baling mercun pop dengan adik
lelakiku bongsu, Zafrul Maliki yang suka mengenakan aku dengan mercun pop.
‘’Awak pulak tengah buat
apa?’’ aku cuba ‘menghiraukan’ apa yang diucapnya sebentar tadi. Aku tahu dia
cuba ‘mengusik’ jiwa gadisku.
‘’Saya baru lepas makan
tengah hari dengan family.’’ Jawab Harris
Azahan. Aku menilik jam di dinding ruang tamu 12.30 tengah hari. Awalnya dia
makan. Mama pun tengah masak lagi sebab pagi tadi kami sekeluarga breakfast
berat sikit.
‘’Oh ya ke. Errmm,ada
apa call?’’ tanyaku lembut.
‘’Tak boleh ke saya nak call awak?’’
‘’Tak adalah macam pelik
pulak, selalunya sms ajekan,’’
‘’Sebenarnya saya nak
jemput awak datang rumah saya sabtu hadapan.’’ Ujar Harris Azahan mesra sekali
ditelingaku.
Jemput datang
rumah?Seramnya dengar...hehehe.
‘’Ada apa?’’ tanyaku
memohon kepastian.
‘’Kakak saya buat majlis
cukur jambul dan aqiqah anak dia. Datang tau, nanti saya sms alamat.’’ Jawab
Harris Azahan beria benar dia menjemputku.
‘’Anak saudara awak yang
ke berapa ni?’’tanyaku lagi.
‘’Yang kelima. Nanti
awak pulak bagi cucu keenam untuk mak ayah saya ya,’’ ujar Harris Azahan
diiringi ketawa kecil. Aku tahu dia sengaja mengusikku.
‘’Ngarut ajelah awak ni.
Okeylah nanti kalau tak ada aral melintang saya sampailah rumah awak ya.’’ Aku
sekali lagi ‘meghiraukan’ kata-katanya.
‘’Saya harap sangat awak
dapat datang sebab ni pertemuan pertama kita,’’ tutur Harris Azahan penuh
berharap.
‘’InsyaALLAH,okeylah
awak saya ada kerja nanti awak jangan lupa sms alamat okey?’’ selepas itu kami
terus mengakhiri perbualan telefon tersebut.
***
Aku meminjam Proton Saga
FL kepunyaan Kak Zanirah Maureen bagi menunaikan hajat orang yang menjemputku.
Kediaman keluarga Harris Azahan yang terletak di Bandar Baru Uda merupakan
destinasiku. Melalui alamat yang diberi oleh Harris Azahan ternyata keluarganya
berada. Hari itu aku mengenakan baju kurung berwarna biru daripada fabrik kapas
English yang bermotifkan flora dan tudung bawal yang digayakan ala tudung
Wardina.
Aku sudah memaklumkan
kepada dia warna pakaianku bagi memudahkan dia megecamku nanti. Aku memarkir
kereta di tepi jalan. Rumah banglo dua tingkat itu nampak meriah dengan
didirikan khemah dan berkanopi berwarna serba merah jambu sesuai benar dengan
anak saudara perempuannya yang bernama Aufa Auwliya. Aku lihat beberapa orang
di khemah.
Aku cuba berlagak bersahaja seolah-olah aku sudah
biasa dengan keluarga itu. Ketika aku melangkah ke hadapan pintu rumah aku
lihat di dalam rumah kelihatan seperti kumpulan Yassin yang dianggotai
perempuan melalui pengamatanku pada baju yang dipakai mereka yang sama. Aku
dengan selambanya menyertai mereka dan kebetulan mereka menghulurkan kepadaku sebuah
naskah yassin aku dengan senang hati menyambut kerana wudukku ketika menunaikan
solat zuhur tadi masih terangkat. Aku menyertai bacaan Yassin, tahlil dan doa
selamat dan majlis cukur jambul itu. Anak saudara Harris Azahan memang comel
ditambah pula dengan baju kurung dikenakan olehnya.
Selepas majlis itu tamat aku menyertai mereka
menjamu selera di khemah yang disediakan. Nasi beriani Johor dan Laksa Johor
merupakan menu utama. Aku pun menjamu selera dengan tenangnya dan sempat
berbual kosong dengan beberapa orang tetamu. Ketika aku sedang menjamu selera
telefonku berdering. Tertera nama Harris Azahan di situ.
‘’Hello, Cik Yam.’’ Sapa orang di sana ceria.
‘’Hello.’’ Balasku juga ceria.
‘’Terima kasih sebab sudi datang rumah saya ya.
Makan kenyang-kenyang tau,’’ kata-katanya itu membuatkan aku memusingkan tubuh
180 darjah mencari insan yang telah memenuhi seluruh hatiku saat ini.
Nah, di hujung sana berdiri ‘dia’ Harris Azahan
yang tampan memakai baju Melayu berwarna oren, bersampin dan bersongkok! Dia
dah tahu ke yang aku ni perempuan yang dia ‘smash’ dalam bas hari itu?
Harris Azahan mematikan talian kami dan
menghampiriku. Aku yang masih terkaku tidak tentu arah dibuatnya.
Hanya aku sahaja yang menduduki meja bulat yang
dilengkapi 10 buah kerusi itu. Kumpulan Yassin tadi sudah pun pulang.
Harris Azahan menghampiriku dengan senyuman yang
cukup manis. Ya Allah, menawan berul senyuman dia.
‘’Hai, Maryam! Kenapa terkejut tengok saya ke?’’
ujar dia sambil melabuhkan punggung di kerusi yang bertentangan denganku.
‘’Macam mana awak tahu saya ni Maryam?’’ tanyaku
sambil meletakkan sudu garfu ke tepi pinggan.
‘’Saya memang dah agak yang awak ni gadis yang
saya jumpa dalam bas hari tu,’’ ujar Harris Azahan dengan ceria dan aku pulak
rasa malu yang teramat.
‘’Ya ke?’’ ujar aku bersahaja.
‘’Ya, sebab tengah hari tu saya bagi awak number phone saya dan malam tu ada pulak
seorang tu sms saya nak berkenalan dengan saya,’’ aku rasa muka aku sekarang ni
dah macam muka badut, bengangnya.
Aku dengan selambanya meneruskan suapan. Nasi yang
aku telan bagaikan pasir sebab tak selesa betul makan di hadapan dia.
‘’ Sebenarnya awak dah tahulah saya ni perempuan
yang awak jumpa pagi itu dalam bas sebelum pertemuan kita ni?’’ tanyaku memohon
lebih kepastian daripadanya.
‘’Yup. Mula-mula masa saya bagi number phone saya pada awak saya tak
yakin yang awak akan contact saya tapi bila malam tu saya dapat sms ada orang
yang berkenalan dengan saya, saya terus yakin awaklah orangnya. Lagi pun
sebelum ni saya tak pernah bagi number
phone saya pada mana-mana perempuan tau.’’ Terang Harris Azahan panjang
lebar. Ada senyuman manis di bibir yang merah itu.
Penjelasannya itu memutikkan sedikit rasa bahagia
kerana aku merupakan perempuan pertama yang diberi nombor telefon peribadinya.
Kiranya aku gadis yang bertuahkan?hehehe perasanya kawe ni, hahaha.
‘’ Boleh saya tahu, kenapa awak bagi nombor
telefon awak pada saya?’’ tanyaku lagi sambil meletakkan sudu dan garfu tanda
selesai menikmati makanan kegemaran ramai itu dan mengambil tisu lalu mengelap
mulutku yang mungkin comot.
Harris Azahan tersenyum manis lagi sebelum menjawab.
Aku rasa dia cuba goda aku dengan senyuman dia yang menawan itu. Hahaha.
Tergodakah aku?Tergodalah jugak, hehehe.
‘’Sebab saya dah jatuh cinta kali pertama dengan
awak masa mula-mula saya masuk dalam bas tu.
You looked gorgeous that time, Cik Yam.’’ Kata-katanya itu membuatkan irama
jantung aku seperti sedang mengalunkan irama etnik kreatif. Perrgghhhh...dup
dap dup dap jantung eden. Tapi sempat lagi dia panggil aku ‘Cik Yam’ tapi nasib
baiklah kau handsome hari ini Harris Azahan kalau tidak aku sekeh kepada hang!
‘’Awak tengah mengayat saya ke sekarang ni?’’
tanyaku selamba bagai kata-katanya tadi tidak memberi kesan kepada hatiku yang
kalis cinta ni.
Harris Azahan memberi senyuman yang lebih menawan
lagi buatku. Aduh, menawannya! Rasa macam nak call mama sekarang nak cakap ‘oh, mama saya mahu kahwin’ hahaha.
‘’Saya rasa saya tak perlu mengayat awak sebab
awak pun dah lama jatuh cinta dengan sayakan? The way you looked at me , I know you love me, Zarith Maryam.’’
Kata-katanya membuatkan aku terbuai-buai. Pertama
kali dalam hidup aku seorang lelaki bukan muhrimku menyatakan yang dia sayang
kepadaku.
Ketika itu bagaikan hanya kami berdua yang berada
di situ kerana banyak kerusi dan meja yang disediakan jadi sedikit sebanyak
memberi privasi buat kami berdua berbicara buat pertama kalinya.
Belum sempat aku membalas kata-katanya, datang
seorang wanita berusia dalam 30-an menghampiri kami.
‘’Hai, Ris tak nak kenalkan kat akak ke girlfriend awak ni?’’ ujar wanita yang
memakai jubah kaftan berwarna biru lembut dan tudung sarung senada.
Wanita itu menguntumkan senyuman manis buatku dan
menghulurkan tangan untuk bersalam. Aku menyambut huluran tangannya.
Harris Azahan sudah tersenyum-senyum mendengar
kata-kata wanita itu.
‘’Kak Hafidah ni sibuk aje kacau daun . Errrmm...
ni Zarith Maryam bakal isteri Ris.’’ Nah, ambil kau! Dia kenalkan aku sebagai
bakal isteri dia, biar betul?
Aku cepat-cepat menangkis kata-kata Harris Azahan.
‘’ Eh, merepek aje dia ni kak jangan percaya cakap dia. Saya ni kawan dia
aje.’’
Berubah air muka Harris Azahan mendengar
kata-kataku. Wanita yang dipanggil Kak Hafidah oleh Harris Azahan pula menggiat
kami.’’ Yalah, sekarang ni kawan aje tak lama lagi husband and wife. Zarith dah makan?’’
‘’Dah kak.’’ Jawabku pendek.
Harris Azahan sudah tersengih-sengih macam kerang
terbuka cengkerangnya.
‘’Akak ni kakak sulung Harris. Zarith boleh
panggil akak Kak Fidah aje lebih mesra. Yang buat cukur jambul tu kakak Harris
kedua, Kak Harrisa.’’ Ujar Kak Hafidah ramah sekali tanpa dipinta.
‘’Oh ya ke. Kak Fidah ada berapa orang anak?’’
Balasku pendek.
‘’Ada dua
orang . Yang sulung perempuan dah darjah satu dan adiknya nak masuk lima tahun.’’ Balas Kak
Fidah ramah.
Belum pun
sempat aku membalas, Kak Hafidah bertanya lagi. ‘’ Dah lama kenal Harris?’’
Ketika itu Harris Azahan sedang mengambil makanan yang disediakan oleh pihak katering
secara buffet.
‘’ Baru aje kenal belum pun sebulan itu pun
melalui phone,’’ jawabku lembut.
‘’Kiranya ni first
time jumpalah ya?’’ tanya Kak Fidah lagi.
‘’Ya.’’ Aku mengeyakan tekaannya.
Kak Hafidah hanya tersenyum meleret penuh makna.
‘’Harris ada cakap dengan Zarith yang dia pernah
putus tunang?’’ terkejut aku dengan pertanyaan Kak Hafidah.
Aku hanya menggeleng namun masih mengawal riak
wajah agar Kak Fidah tak perasan yang aku ketika itu tengah terkejut beruk!
Nasib baik Kak Fidah cakap yang dia pernah putus tunang kalau dia cakap Harris
Azahan ni tunangan orang, pengsan aku agaknya kat situ tak pun boleh kena
tangkap sebab jatuh cinta dengan tunang orang!
‘’Okey.
Nanti Zarith tanya Harris sendiri ya.’’
Aku hanya menganggukkan sahaja kepala dan
menghadiahkan senyuman manis buat Kak Fidah yang cantik lagi manis.
Harris Azahan yang menghilang seketika tadi
kembali semula dengan sepinggan Nasi Beriani dan lauk-pauknya.
Dia melipat lengan baju Melayunya bagi memberi
keselesaan buatnya menikmati makanan terkenal negeri Johor itu manakala, aku
dan Kak FIdah terus berbual kosong perihal anak-anaknya dan kerjayanya sebagai
seorang guru di sebuah sekolah menengah di Bandar Raya Johor Bahru sesekali Harris
Azahan menyampuk.
‘’Okeylah, Zarith akak masuk ke dalam dahulu ya.
Ris, layan Zarith elok-elok and
jangan lupa bawak Zarith jumpa mama tau,’’ pesan Kak Fidah yang mahu masuk ke
dalam rumah sebelum berlalu dari situ.
‘’Okey kak.’’ Balasku pendek.
‘’Yalah Kak Fidah,’’ balas Harris Azahan pula.
***
‘’Mama ni Ris nak kenalkan Zarith Maryam bakal
menantu mama.’’ Merah pipi aku saat Harris Azahan mengenalkan aku kepada ibunya
sebagai bakal menantu buat ibunya.
Aku menyalam tangan wanita yang anggun mengenakan
baju kurung Johor kain chiffon
berwarna merah jambu dan bertudung daripada fabrik yang sama. Mamanya
menghampiri meja kami setelah Kak Hafidah meminta diri.
‘’Auntie, jangan dengar cakap dia mengarut aje
daripada tadi. Kami kawan aje.’’ Terangku agar ibu Harris Azahan, Puan Hanina
Hadi tidak mengambil ‘serius’ apa yang diperkatakan oleh anak lelakinya itu.
‘’Tapi apa salahnyakan. Zarith dah makan?’’ sapa
Puan Hanina Hadi mesra sekali sambil melabuhkan punggungnya di kerusi yang
bersebelahan dengan aku.
‘’Dah auntie sama-sama dengan kumpulan Yassin
tadi.’’ Jawabku lembut.
‘’Maknanya Zarith datang awallah ya?’’ tanya Puan
Hanina Hadi lagi.
‘’Ya, sempat jugak join bacaan Yassin tadi.’’ Jawabku lagi sebelum meneguk Air Bandung
Soda yang sejuk lagi nikmat itu.
Puan Hanina Hadi hanya tersenyum penuh makna.
Aku mengerling jam tangan berjenama Casio
dipergelangan tanganku yang menunjukkan hampir 4.30 petang. Aku rasa dah patut
rasanya aku minta diri.
‘’Auntie, saya nak minta diri dahulu ya dah hampir
petang sangat ni,’’ ujarku lembut.
Harris Azahan yang duduk bertentangan dengan aku membuat riak seperti tidak
puas hati.
‘’Awalnya nak balik. Duduklah dulu ,auntie baru
nak kenal-kenal bakal menantu,’’ larang Puan Hanina bersahaja. Fuiyooo...sportingnya mak dia ni, hahaha nampak
macam orang yang ada ‘class’ tapi
relaks aje.
‘’Betul cakap mama saya tu Zarith. Duduklah dulu,
makan-makan lagi minum-minum ke. Saya baru jumpa awak hari ini.’’ Harris Azahan
pulak menguatkan lagi hujah mamanya. Aduh, terperangkap aku dek dua beranak
ini.
‘’Maaflah saya ni datang pinjam kereta orang jadi
faham-fahamlahkan. Auntie, saya minta diri dulu ya.’’ Ujarku dan terus
mengambil beg tanganku yang bercap Pasar Karat yang terletak elok di atas meja
dan menghulurkan tangan buat Puan Hanina. Aku mencium tangan wanita itu lembut.
Agak lama juga tanganku baru dilepaskan. Selepas itu, aku melihat dua beranak
itu saling senyum penuh makna.
‘’Okeylah nak buat macam manakan? Terima kasih ya
sudi datang. ‘’ ujar Puan Hanina mesra sekali.
‘’Sama-sama auntie . Harris bawa saya jumpa Kak
Fidah.’’ Pintaku pada Harris Azahan.
‘’Okey, jom!’’
Harris Azahan membawaku ke dalam rumah dan
berjumpa dengan ahli keluarganya yang lain. Barulah aku tahu yang Harris Azahan
merupakan anak keempat daripada lima adik-beradik. Dia mempunyai dua orang
kakak dan seorang abang yang bernama Hafizi Azidan yang sudah berkahwin dan
mempunyai seorang anak lelaki. Kak Harrisa mempunyai dua orang cahaya mata.
Adik bongsu perempuannya sudah berusia 24 tahun bernama Helena Azleen.
Mereka semua ramah belaka dan tidak sombong
langsung. Terharu aku. Sempat juga mereka mengusikku dan Harris Azahan.
Bengangnya muka eden!
Harris Azahan menemani aku sehingga ke kereta. Ketika
berjalan di sebelahnya aku dapat menyimpulkan bahawa ketinggian aku di sisinya di
paras bahu sahaja. Tak sangka lelaki tinggi lampai yang ditemui dalam bas pagi
itu akan aku kenali dengan lebih rapat
dan berjalan di sebelah aku sekarang ini. Bangga betul dapat berjalan sebelah
dia maklumlah handsome macam Fizo Omar pelakon pujaan Malaya. Deria bauku dapat
mencium haruman minyak wangi pilihannya yang agak keras namun menenangkan.
‘’Okeylah, Harris terima kasih ya jemput saya hari
ini and hantar sampai ke kereta
lagi,’’ ucapku buat Harris Azahan ceria sambil membuka pintu kereta Proton Saga
FLX itu.
Harris Azahan tersenyum manis dan bersuara, ‘’ sama-sama.
Special guest, mestilah hantar sampai
keretakan,’’
‘’Wah, terharunya!’’ balasku selamba dan bersahaja
sambil mengukir senyuman manis buat lelaki tampan di hadapanku itu.
‘’Bila kita boleh jumpa lagi, Zarith?’’ tanya
Harris Azahan menukar topik perbualan kami.
Aku yang berdiri berpeluk tubuh dan meletakkan
jari telunjuk kananku didagu berfikir sebelum menjawab pertanyaannya.
‘’Hujung minggu ni saya tak freelah. Sepupu saya kahwin,’’ jawabku. Hujung minggu ni kakak
saudaraku anak Mak Long Kamisah , Kak Mazura akan menamatkan zaman anak
daranya.
‘’Kalau macam tu kita jumpa minggu lagi satu.
Okey?’’ ujarnya memohon persetujuanku.
‘’Okey, tapi kalau saya ada apa-apa hal nanti saya
‘roger’ awak okey?’’ balasku selamba malaslah nak ‘cover-cover’ ayu ni dan
terus melangkah masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin kereta serta
memakai seat belt.
‘’Okey, drive
carefully, Zarith. Nanti dah sampai rumah mesej saya okey.’’
‘’Okey, Assalamualaikum.’’ Balasku dan
menghadiahkan senyuman manis buatnya dan mengangkat tangan kananku lalu terus
menggerakkan kereta meninggalkan kawasan perumahan ‘bakal ibu mertuaku’ hahaha
perasan!Berangan jauh sangat aku ni.
bersambung....
p/s dah baca?okey tak?best?nak lagi?cer komen sikit :) hehe
luv u all yg sudi baca...
drop komen k :)
bersambung....
p/s dah baca?okey tak?best?nak lagi?cer komen sikit :) hehe
luv u all yg sudi baca...
drop komen k :)