BAB
2
Pagi
itu mereka akan memulakan kelas pertama setelah seminggu mengalami proses suai
kenal. Tiga sahabat yang baru berkenalan dari
asal negeri yang berbeza boleh jadi sekepala menuju ke dewan kuliah yang
berada di tingkat atas bangunan dua tingkat itu.
“
Macam manalah muka lecturer kita
nanti ya? “ Suara Karina memecah kesunyian tiga sahabat yang tenang menunggu
pensyarah subjek Ekonomi mereka masuk bila-bila masa sahaja bersama
pelajar-pelajar lain yang gemar membuat hal masing-masing tanpa mempedulikan
orang lain.
“
Yang pastinya muka dia macam manusialah, Rina tak akan muka dia macam beruk kot.”
Suara Julia menjawab dengan muka selamba dan tidak bersalah.
Alina
Balqis yang geli hati mendengar jawapan
Julia gadis kelahiran Negeri
Melaka Bandaraya Bersejarah itu yang sememangnya sangat bersahaja bila
berkata-kata, ketawa kecil.
“
Kau ni Jue ada ja benda nak mengenakan aku,” ujar Karina tanda tidak geram
dengan respons Julia dengan muka yang sedikit berkerut macam
orang sembelit.
“
Dahlah kau orang berdua ni ada aje benda yang dijadikan modal nak ‘bergurau
manja’ . Jom kita sama-sama tunggu pensyarah pertama kita untuk kelas pertama
hari ini okay, sayang-sayangku. “
Ujar Alina Balqis cuba mendamaikan gurauan manja dua sahabatnya.
Tiba-tiba
terdengar bunyi pintu dewan kuliah mereka dibuka dari luar serta-merta mata
mereka bertiga dan para pelajar lain menumpukan kepada gerangan yang mendiamkan
suasana bising dalam dewan kuliah itu bagaikan renjatan elektrik.
Masuk
seorang lelaki kurus tinggi dan boleh dikategorikan sebagai lelaki handsome
berkulit putih dan berpakaian formal dengan baju kemeja berwarna biru
lembut dan berseluar slack hitam sambil membawa beg komputer riba dan
buku-bukunya.
“
Subhanallah, handsomednya lelaki ni,
“ suara Alina Balqis seakan berbisik dengan dirinya sendiri apabila melihat
gerangan yang memasuki dewan kuliah mereka itu
dapat didengar Julia.
“
Tengok aku dah kata dah mesti iman kau yang kuat umpama besi tu akan cair punya
bila tengok lelaki handsome macam
lelaki kat depan kita semua ni sekarang,” kata Julia sambil tangannya yang
memegang pen itu digerak-gerakkan dan memandang muka Alina Balqis.
“
Aku hanya memandang dan menghargai
ciptaan Allah ja Jue,” kata Alina Balqis sambil tangannya sibuk menulis sesuatu
di buku kecilnya itu.
“
Yalah itu Cik Alina Balqis sayang. Kita tengok ja lah nanti Jue. “ Ujar Karina
pula sambil tersenyum penuh makna terhadap Julia.
Belum
sempat Julia berkata sesuatu Mamat
Handsome yang baru masuk tadi memulakan bicaranya.
“
Assalamualaikum semua dan salam 1Malaysia.” Jejaka Handsome membuka bicaranya.
Patriotik
juga lecturer ni. Dalam hati Alina
Balqis berbisik bila mendengar Jejaka
Handsome mengucap salam 1 Malaysia sambil bibirnya mengukir senyuman nipis dan
dia yakin dua orang sayangnya dikiri dan kanannya tidak perasan.
“
Nama saya Dr. Zariff Haiqal Bin Abdul
Azim pensyarah bagi subjek ekonomi awak semua. Pertama sekali saya ingin
ucapkan tahniah kepada awak semua kerana berjaya menempatkan diri awak semua di
Uitm ni. Bersyukurlah sebab beribu-ribu lagi budak Bumpitera seumur awak nak dapatkan tempat di Uitm ni
dan awak semua antara yang bertuah jadi saya harap awak semua dapat
menggunakkan peluang ini sebaik-baiknya.” Sambung bicara Jejaka Handsome dengan senyuman manis.
‘ Zariff Haiqal namanya memang padanlah nama dan
orangnya.’ Bisik hati Alina Balqis lagi.
Tiba-tiba
terdengar suara Hazirah perempuan gedik
yang memang terkenal dengan kegedikkannya bila melihat lelaki berdahi licin!
Ada ke lelaki berdahi licin, perempuan berdahi licin adalah! Suka hati Alina
Balqis memberi istilah.
“Dr.
Zariff Haiqal umur berapa dah kahwin belum?’’ Tanya Hazirah dengan muka tak
tahu malu.
Dr.
Zariff Haiqal kelihatan tersenyum sahaja mendengar common question daripada pelajar perempuan yang teruja ingin tahu status dirinya.
“
Masih muda lagi, saya baru 28 tahun dan baru sahaja bertunang.” Jawab Dr.
Zariff Haiqal dengan tenang sambil
tersenyum manis buat semua.
“Lah...dah
tunang ke biasalah orang handsome mesti ramai minat.” Bisik hati Alina Balqis
lagi.
“
Dah tunang ke, baru saya nak mengorat
Dr.,” ujar Julia sambil tersenyum penuh makna dan menjeling Alina Balqis di
sebelah kirinya bagi melihat reaksi temannya bila mengetahui pensyarah muda
mereka ini sudah bertunang.
“Maaflah
saya dah ada yang punya.” Kata pensyarah muda itu kepada Julia dengan mengukir
senyuman manis buat Julia.
“’Loghat’
juga pensyarah kita ni Ju,” kata Karina perlahan kepada Julia yang berada dikanan Alina
Balqis.
“
A’ah la Rina. Nampaknya ada orang kecewalah Rina dengar Dr. Muhd Zariff dah
bertunang.” Usik Julia bila melihat Alina Balqis hanya senyap sahaja dan
tidak berminat menyertai perbualan Julia
dan Karina.
“
Yalah Jue, patutlah senyap ja. Dia dah lupa apa yang dia cakap semalam tak?”
Giat Karina lagi.
Alina
yang hanya diam sahaja tadi menyampuk perbualan dua sahabatnya yang menjadikan
dirinya sebagai subjek perlian mereka.
“
Hello, siapa kata aku lupa apa yang aku cakap semalam?”
“
Lah...terasa ke Qis sayang? He he he.” Ujar Karina dengan diiringi ketawa
kecil.
Suara
pensayarah muda itu tiba-tiba mencelah
bila melihat tiga sahabat yang seronok berbual.
“
Awak bertiga seronok berbual, apa kata
awak bertiga memulakan sesi perkenalan kita pagi ni.”
Alina
Balqis dan ahli kelab jeng-jengnya keihatan terkejut apabila mendengar teguran
pensyarah handsome itu.
Julia
yang sememangnya sentiasa slumber dan ‘kurang malu’ memulakan
dahulu sesi perkenalan tersebut.
“ Hai
semua nama saya Julia Adriana Binti Johan Faizal berasal dari Alor Gajah,
Melaka. Boleh panggil Jue tak pun Julia Ziegler. Result SPM saya dulu
biasa-biasa ja, nasib baiklah Uitm ni sudi terima saya jadi pelajarnya. Saya ni
masih single lagi sebab tu saya frust
dengar Dr. Muhd Zariff dah bertunang. “ Ujar Julia dengan muka selamba badak
dia tu ha.
Dr.
Zariff Haiqal yang mendengar hanya
tersenyum dan berkata,“ jangan risau Julia, saya pasti awak akan dapat suami
yang lagi handsome daripada saya.”
“
Amin...semoga masin mulut Dr. tu.” Sambut Julia sambil mengangkatkan tangannya
dan meraupkan ke muka.
Satu
kelas ketawa tengok perbuatan Julia.
Kemudian
Karina pula menyambung sesi perkenalan itu.
“
Nama saya Karina Najwa Binti Muhammad Mukhriz. Berasal dari Pulau Pinang.
Sebenarnya saya dapat tawaran ke Matrikulasi Melaka tapi saya tolak sebab saya
nak buat diploma dulu baru degree. Dr. Zariff dan semua boleh panggil saya Rina.”
“
Dah berpunya ke belum?’’ celah satu suara nun jauh di seberang sana.
“
Sudah. Tapi dia taklah sehandsome doktor,.
“ Tambah Karina lagi sambil tersenyum kepada Dr. Zariff Haiqal.
“
Okey,terima kasih Jue dan Rina. Yang ditengah awak berdua siapa pula namanya.
Alina
Balqis yang daripada tadi hanya jadi pemerhati kepada perbualan tadi rasa
berdebar apabila disapa begitu oleh Dr. Zariff Haiqal.
Dengan
lembut Alina Balqis berdiri dan bersuara.
“
Assalamualaikum semua. Nama saya Alina Balqis Binti Ahmad Baharudin. Berasal
dari Johor Bahru juga . Saya sempat berpeluang menjadi pelajar Tingkatan 6 di
SMK Aminuddin Baki, Johor Bahru lebih kurang dalam dua minggu sebelum mendapat
tawaran daripada Uitm.Boleh panggil saya Lina atau Qis sahaja.”
Selepas
itu Alina Balqis terus duduk. Dr. Zariff Haiqal yang kelihatan berminat dengan
apa yang diperkatakan oleh Alina Balqis menyoal lagi.
“
Kenapa awak tak teruskan sahaja pengajian awak di peringkat STPM ?’’
Satu
kelas turut kelihatan berminat dengan soalan
yang diajukan oleh Dr. Zariff Haiqal buat
Alina Balqis dengan menumpukan perhatian kepada Alina Balqis.
“
Sebab saya tahu saya tak sekuat orang lain untuk menghadapi STPM. Tambahan
pula, STPM memerlukan orang yang kuat fizikal dan mentalnya. Saya ni tak
sekuat itu. Kakak dan abang saya juga tidak galakkan saya ambil STPM. Ibu dan
ayah saya pula memberi peluang sepenuhnya kepada saya untuk memilih haluan
selepas SPM.” Jawab Alina Balqis tenang
dan melabuhkan punggungnya untuk duduk selepas berdiri kembali.
“
Cakap jalah yang kau tu tak pandai. Habis cerita tak payah nak kalis-kalis
kaitkan mak,ayah,kakak dan abang sampai orang kampung kau.” Celah satu suara
yang tidak puas hati dengan jawapan Alina Balqis itu. Siapa lagi kalau Hazirah
yang terkenal dengan mulut lasernya dan pedas berapi itu.
Alina
Balqis hanya tenang mendengar kata-kata pedas itu. Julia dan Karina yang
mendengar sudah membuat muka geram. Agaknya kalau Hazirah laser ada di hadapan
mereka pasti sudah diterkam oleh mereka berdua
dan dibasuh cukup-cukup. Tambahan pula, pensyarah mereka ada kalau tidak
pasti mereka berdua dah menyerang Hazirah bertubi-tubi. Dr. Zariff Haiqal yang
mendengar hanya menggelengkan kepala dan menumpukan semula tumpuannya pada
Alina Balqis.
“
Jadi awak rasa diploma pilihan terbaik untuk awak Alina? “ Soal Dr. Zariff Haiqal
lagi gayanya seperti tidak puas hati dengan jawapan Alina Balqis yang
lengkap dan panjang lebar itu!
Alina
Balqis berdiri kembali dan bersuara lagi,“ ya, Dr. Zariff Haiqal . Saya rasa
inilah pilihan dalam hidup yang paling tepat yang pernah saya buat. ”
“
Baiklah kalau macam itu. Saya harap awak dapat buat yang terbaik. Okeylah
kelas,nampaknya masing-masing ada cerita tersendiri sebelum masuk Uitm ni ya.
Saya akan teruskan kelas dengan menerangkan awak semua lebih lanjut lagi
tentang subjek ekonomi awak semua.” Ujar Dr. Zariff Haiqal sambil bergerak ke mejanya dan mengeluarkan
sesuatu daripada begnya dan memulakan penerangannya.
***
“
Qis, kau ni lembut sangatlah sebab tulah Hazirah suka sakitkan hati kau,’’ luah
Karina ketika ahli-ahli kelab jeng-jeng itu berada di kafe Uitm,Kampus Banadaraya Johor Bahru.
“
A’ahlah, Qis. Cuba kau tegas sikit. Jangan biarkan orang asyik menghentam kau
ja,’’ tambah Julia pula dengan mimik muka yang tidak puas hati.
“
Aku malaslah nak layan orang macam tu Ju, Rina. Aku rasa tak luak pun apa yang
dia cakap. Aku tahu apa yang aku buat cukuplah.” Balas Alina Balqis lembut
sambil menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.
“
Suka hati kaulah, Qis. Kita orang ni sayangkan kau sebagai sahabat sebab itu
kita orang tak nak tengok Hazirah aka Perempuan Tak Siap tu asyik hentam kau,”
balas Julia sambil memandang muka Alina Balkis yang biasa seperti tiada apa-apa
yang berlaku.
“
Aku pun sayangkan kau orang berdua dan hargai keprihatinan kau orang kepada aku
walaupun kita bertiga ni baru ja kenal tak sampai berapa hari pun,” kata Alina
Balqis sambil menghabiskan suapan terakhirnya.
“
Okaylah, cepat kita habiskan makan bolehlah masuk dorm lepas ni. Sekejap lagi
dah nak masuk zuhur.” Ajak Alina Balqis sambil tangannya sibuk mengambil beg
yang diletakkan di kerusi sebelahnya.
hafiza... satu permulaan yang agak baik... teruskan lagi ya. kalau boleh pandai mainkan emosi reader :)
ReplyDelete