Pages

welcome


Wednesday, November 20, 2013

CERPEN NAMAMU DILOH MAHFUZKU... PART 2

CERPEN NAMAMU DILOH MAHFUZKU....

PART 2 


Hari ini genaplah sebulan kami menjadi pasangan kekasih. Bermula dengan dua pertemuan kami mengambil keputusan untuk menjadikan perhubungan persahabatan itu kepada perhubungan yang serius. Ternyata antara kami  tidak bertepuk sebelah tangan. Dia menyukai aku dan aku menyukainya. Alhamdulilah percintaan ini direstui oleh kedua-dua belah keluarga. Kami dalam proses mengikat tali pertunangan. Terasa cepat benar  pejalanan perkenalan dan pertemuan kami namun, jika ini sudah dikehendaki-NYA pasti segala-segalanya mudah. Masih tersimpan kemas dalam memori ingatan aku saat Harris Azahan melamarku menjadi insan istimewa dalam hidupnya.
            ‘’Zarith, saya suka awak dan saya juga dah mula sayangkan awak. Awak nak jadi special girlfriend saya tak?’’ apa punya lamaran ni tak romantik langsung, straight to the point terus.
            ‘’Gila tak nak?’’ balasku spontan! Aku terus menutup mulut.
            Harris Azahan sudah tersengih-sengih. Muka aku dah merah macam udang kena bakar. Dalam hati aku dah gerutu diriku sendiri disebabkan kespontanan aku ni. Dah cakap baru terfikir kesannya.
            ‘’Really Zarith?’’ soal Harris Azahan lagi dengan kening kanannya terangkat sebelah.
            Aku cuba mengawal kadar ‘kebenganganku’ ketika itu.
            ‘’Yalah...takkan saya main-main kot? Ke awak yang nak kenakan saya ni?’’ aku cuba meneliti riak wajahnya dengan apa yang aku perkatakan tadi. Ternyata riaknya tidak berubah.
            ‘’Kalau saya tak serius takkanlah saya perkenalkan awak dengan family saya especially mama saya,’’ ujarnya sejurus itu menyedut minuman sejuk pilihannya.
            ‘’Maksud awak?’’ soalku mohon penjelasan.
            ‘’Actually, sebelum saya jemput awak datang rumah masa kenduri aqiqah dan cukur jambul Aufa Awliya, saya dah beritahu mama pasal awak.’’ Lah.....patutlah mama dia senyum penuh makna dengan aku....
            ‘’Oh ya ke?Mama awak cakap apa lepas jumpa saya tu?’’ tanyaku lagi dengan sedikit teruja. Maklumlah nak tahu ‘berapa markah’ aku dapat.
            Harris Azahan sudah tersenyum simpul. ‘’ Dia suka awak.’’ Pendek jawapannya tapi cukup menyatakan segala-galanya.
            ‘’Ya ke? Tak tipu?’’ ujiku.
            ‘’Awak ni..buat apa saya nak tipu?’’ ujar Harris Azahan seperti sedikit ‘mengeluh’ kerana aku asyik menguji ketelusan bicaranya.
            ‘’Okey...saya percaya.’’ Balasku sambil mengambil kentang goreng kegemaran ramai itu dan mengunyahnya.
            ‘’Okey...sekarang ni awak nak panggil saya apa ni?’’ soal Harris Azahan dengan senyumannya yang manis lagi menawan itu.
            ‘’Panggil apa?Panggil Harrislah...nak panggil apa lagi,’’ jawabku dengan muka pelik dengan permintaannya itu.
            ‘’Tak mesralah macam tu. Apa kata awak panggil saya Sayang ke abang ke?Baru mesra...’’
            ‘’Alah, tak payahlah...nanti dah kahwin nak panggil apa pulak?’’
            ‘’Awak nak kahwin dengan saya ke?’’ soalnya pula. Alamak, aku dah terjerat dengan kata-kataku sendiri!
            ‘’Yalah...saya tak suka bercinta lama-lama ni.’’ Jawapan menyelamatkan diri kononnnya.
            ‘’Saya pun sama. Okey apa kata, hujung minggu saya hantar rombongan meminang awak?’’ terkedu aku, nasib baik tak tersedak aku yang tengah sedap menyedut air. Agak-agaklah mamat ni, baru kenal tak sampai tiga bulan dah nak ajak aku kahwin.
            ‘’Eh, eh,...nanti dulu. Bagilah saya tarik nafas dulu. Semput saya macam ni,’’ larangku.
           
            ‘’Eh, tadi bukan ke awak kata tak nak bercinta lama-lama so, kita kahwinlah cepat-cepat lagi pun saya target nak kahwin tahun ni kalau dah jumpa seseorang yang sesuai,’’ terang Harris Azahan.
            ‘’Okey memang betul saya tak nak bercinta lama-lama tapi benda ni semua terlalu pantas untuk saya. Bagilah masa untuk masing-masing kenal diri masing-masing terlebih dahulu, apa kata orang tu?Cari chemistry,’’ ujarku sempat berseloroh.
            Harris Azahan tersenyum mendengar bicaraku yang panjang itu.
            ‘’Okey saya setuju dengan cadangan awak.’’ Putus Harris Azahan.
            Aku hanya tersenyum penuh makna.
            ‘’Hei, Kak Zarith mama panggillah. Beranganlah tu teringat kat Abang Harris lah tu,’’ jerkahan adik bongsuku, Zafrul Maliki mematikan segala ingatanku terhadap kenanganku bersama bakal tunanganku, Harris Azahan.
            ‘’Eh, sibuklah Adik ni...kacau daunlah,’’ rungutku sambil membaling kusyen berwarna merah jambu itu ke arahnya.
            Belum sempat Zafrul Maliki membalas terdengar suara mama dari dapur memanggil nama aku.
            ‘’Ya, ma. Kejap Zarith datang,’’ jawabku terjerit sikit kerana jarak dapur dan ruang tamu agak jauh.
            Zafrul Maliki sudah mengangkat ibu jari kanannya buatku. Aku pula menunjukkan buku limaku yang tak besar mana pun maklumlah tangan aku ni kecil sahaja.
            ‘’Anak dara buat apa kat depan?Mama panggil dah dekat 10 kali baru nak datang,’’ sergah Mama.
            Aku hanya tersengih. ‘’Sorrylah ma, tak dengar Mama panggil.’’
            ‘’Kak Zarith tu asyik teringat kat Abang Harris aje Mama mana nak dengar Mama panggil,’’ suara Zafrul Maliki mencelah perbualan antara aku dan Mama yang sedang mengambil minuman sejuk daripada peti sejuk tiga pintu itu.
            ‘’Budak kecik ni sibuk aje,’’ ngomelku.
            ‘’Hai, Zarith dah nak bertunang pun still teringat-ingat ke?’’ usik Mama.
            ‘’Mestilah teringat... dah sayangkan?’’ jawabku selamba dan terus memotong buah tembikai seperti yang diarahkan oleh Mama tadi.
            ‘’Zarith dah fikir dah nak bagi barang apa untuk hantaran nanti?’’ tanya Mama.
            ‘’Dah. Zarith planned nak bagi kain buat Melayu sepasang dan minyak wangi yang lain-lain tu makanan aje Mama,’’ jawabku sambil menghabiskan kerjaku.

            ‘’Okeylah tu.’’ Balas Mama.


P/S jom komen :)

apa pendapat? sila drop kat bawah k :) tq  :)

1 comment:

dah baca? terima kasih dan lagi best kalau awak write something here :)