BAB 9
Majlis menerima menantu itu Encik Haron dan Puan
Juriah cukup meriah dengan dihadiri para jemputan yang dekat mahu pun jauh.
Nampak jelas terpancar wajah kegembiraan
di wajah seluruh ahli keluarga mereka. Rasa seronok lebih mengatasi rasa penat.
Majlis yang bermula seawal 10 pagi itu tamat pada pukul 5 petang. Tujuh buah
khemah yang berkanopi biru putih itu tinggal untuk dikemaskan kerusi dan meja.
Aktiviti gotong- royong masyarakat kampung itu diteruskan. Masing-masing
mengambil tugas yang mereka ingin lakukan.
Munirah
menyelinap masuk ke bilik yang diinapnya bersama Mazni. Dia mahu menukar dress
pengantin bewarna biru firus kepada baju basahan. Rasa tubuh yang melekit perlu
dibersihkan. Selesai bersiap dia menyertai aktiviti mengemas.