BAB 9
Majlis menerima menantu itu Encik Haron dan Puan
Juriah cukup meriah dengan dihadiri para jemputan yang dekat mahu pun jauh.
Nampak jelas terpancar wajah kegembiraan
di wajah seluruh ahli keluarga mereka. Rasa seronok lebih mengatasi rasa penat.
Majlis yang bermula seawal 10 pagi itu tamat pada pukul 5 petang. Tujuh buah
khemah yang berkanopi biru putih itu tinggal untuk dikemaskan kerusi dan meja.
Aktiviti gotong- royong masyarakat kampung itu diteruskan. Masing-masing
mengambil tugas yang mereka ingin lakukan.
Munirah
menyelinap masuk ke bilik yang diinapnya bersama Mazni. Dia mahu menukar dress
pengantin bewarna biru firus kepada baju basahan. Rasa tubuh yang melekit perlu
dibersihkan. Selesai bersiap dia menyertai aktiviti mengemas.
Dia
menuju ke ruang dapur yang berserak dengan perkakas dapur yang belum dicuci.
Dia pun mencuci perkakas-perkakas tersebut. Ruang dapur itu dikemasnya sebersih
mungkin. Munirah melakukannya bersama sepupu-sepupunya. Ibunya dan yang lain
sibuk membungkus lauk kenduri yang lebih untuk diagihkan kepada jiran tetangga
yang berdekatan.
Ruang
tamu turut dikemasnya. Lantai disapu dan disedut dengan penyedut hampas gas.
Dia buat kerjanya dengan ralit sehinggakan terlupa dengan suaminya yang telah
menikahinya dengan satu kali lafaz beberapa jam yang lalu.
‘’Irah,
Firas mana?’’ soalan yang diajukan oleh Puan Juriah mengejutkannya yang sedang
menyapu di beranda luar rumah berjubin yang berpasir itu.
‘’Entahlah
mak. Dalam bilik kot,’’ jawab Munirah selamba dengan tangan yang ligat menyapu
lantai.Ketika selesai majlis dan kepulangan keluarga mertuanya itu mereka terus
membawa diri masing-masing. Langsung dia tidak kisahkan suaminya.
‘’Firas
tengah tolong orang basuh periuklah, mak.‘’ Sedang mereka berdua sibuk mengenai
Firas Amsyar, muncul Maria dari dalam rumah yang sedang mengendong anak
keduanya, Thaqif dengan botol susu di tangan.
Munirah
menoleh ke belakang untuk melihat kakaknya, Maria. Puan Juriah sudah tersenyum
simpul. Berkerut dahinya mendengar perkhabaran yang dibawa oleh kakaknya.
Ternganga sedikit mulutnya. Terkejut badak juga.
‘’Kenapa
Irah, tak percaya?’’ aju Maria sambil melabuhkan punggungnya di kerusi set yang
berada di beranda itu. Anaknya Thaqif yang berusia enam bulan itu kelaparan
susu. Susu badannya yang disimpannya di peti sejuk telah dipanaskan untuk
disuakan ke mulut anaknya.
Munirah
yang masih ragu-ragu dengan kata-kata kakaknya itu, menjengah ke tepi rumah
yang terletak kepala paip di situ. Terkejut besar dia apabila melihat Firas
Amsyar yang sudah berpakaian ringkas, berseluar pendek paras lutut dan
bert-shirt lengan pendek sedang tekun memberus periuk sepuluh gantang itu
bersama abang iparnya, Helmi. Lelaki itu turut berbual-bual mesra dengan abang
iparnya dan bersama sepupu lelakinya, Fariz dan Zahrin.
Puan
Juriah turut menjengah. ‘’Alhamdulilah... menantu lelaki mak semuanya boleh
diharap, ‘’ ucap Puan Juriah lega dengan penuh rasa syukur. Dia mengusap-usap
belakang Munirah.
Munirah
yang masih dalam rasa terkejutnya meneruskan kerjanya yang tergendala seketika.
‘’Dah
percaya, Irah?’’ Maria mengusik adiknya. Punggung anaknya itu ditepuk-tepuk
perlahan. Pipi comel dan gebu itu dicium-ciumnya. Suka dia melihat Thaqif
meminum susu badannya yang dipam ke dalam botol itu.
‘’Percaya...
baguslah macam tu. Tak adalah orang kata menantu mak goyang kaki ajekan?’’
balas Munirah bersahaja.
Maria
dan Puan Juriah sudah tersenyum simpul sesama sendiri.
‘’Mak
tengok, Firas tak kekok buat kerja-kerja tu.’’ Puan Juriah ‘mengumpan’ Munirah
untuk menarik minat Munirah.
‘’Bukan
ke Mak Cik Nora dan Pak Shad tu orang kampung juga?Mestilah dia dah biasa
dengan kerja-kerja ni, ‘’ ujar Munirah sambil menyusun selipar dan kasut yang
berterabur letaknya.
Puan
Juriah terdiam. Maria sudah menjuihkan bibirnya sambil memandang ibunya yang
melabuhkan punggung di sisinya. Ibunya mengagah-agah cucunya yang keempat itu.
‘’Tak
juga biasa kalau tangan tu jenis manja.’’ Puan Juriah membalas selamba.
Maria
yang sedang menepuk belakang anaknya yang sudah selesai menyusu, hanya mengukir
senyuman.
‘’Irah
nak masuk dululah. Nak makan lagi. Lapar pulak perut ni.’’ Munirah meminta diri
untuk ke dapur. Perutnya perlu diisi. Ketika makan beradap tadi, sikit sahaja
dia menjamah maklumlah pengantin tak akan nak makan bersungguh-sungguh.
Sementara
itu, Puan Juriah dan Maria berbual-bual seketika berkisah perjalanan majlis
mereka.
***
Waktu Maghrib dan Isyak Munirah hanya memerap di
dalam bilik yang dikongsinya bersama Mazni. Dia sudah lima hari kedatangan haid
jadi dia tidak bolehlah menyertai solat berjemaah ahli keluarganya. Mak Long,
Mak Usu dan Mak Lang akan bermalam lagi di rumahnya pada malam ni bersama
anak-anak perempuan mereka. Para suami tidak menyertai kerana memberi peluang
para isteri untuk menikmati masa bersama adik-beradik.
Semenjak
petang tadi, dia tidak bersua langsung dengan suaminya, Firas Amsyar. Mereka
membuat hal masing-masing. Suaminya menggunakan bilik pengantin yang lengkap
dengan bilik air. Langsung dia tidak menjenguk bilik pengantinnya.
Tepat
pukul 8.45 malam, mereka seisi rumah menikmati makan malam yang dihidangkan di
ruang tamu. Munirah membantu ibunya menyediakan lauk pauk kenduri yang berbaki
untuk rumah.
Munirah
mengambil tempat di sisi adiknya, Mazni. Suaminya langsung tidak diendahnya.
Dia makan dengan bersungguh-sungguh walaupun petang tadi dia sudah makan. Dia
bagaikan membalas dendam terhadap nasi beriyani yang berlaukkan ayam masak
merah, dalca sayur berserta daging beriyani. Makanan itu dimasak oleh Pak Sharif,
seorang tukang masak yang handal di
kampung mereka.
Selepas
makan berlangsung pula aktiviti picit-memicit antara mereka. Bukan main ibunya
dan makcik-makciknya memicit antara satu sama lain. Munirah juga menyertai.
Seronok mereka berbual mengenai perkahwinan Munirah.
Ayahnya
dan yang lain duduk beranda sambil menikmati kopi O panas yang dibuat oleh Kak
Maria. Kak Erina pula menghidangkan kerepek-kerepek untuk dibuat snek untuk
mereka. Kedengaran rancak benar mereka berbual.
Munirah
sudah mengantuk sangat. Matanya seakan kelat untuk dibuka. Akhirnya dia
tertidur di sofa. Mereka yang lain terus berbual tanpa menyedari Munirah
tertidur di sofa panjang itu.
Bahu
Munirah digoyangkan seseorang. Tidurnya terganggu. Dia cuba mencelikkan matanya
yang bagi dilekatkan gam UHU. Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
Tangannya mencari telefon bimbit berjenama Samsung yang diletakkan di atas
badannya. Terkejut dia melihat waktu yang tertera di skrin sesentuh Wonderland.
11.50 malam. Nampaknya lama dia tertidur di sofa panjang itu.
Dia
melihat seseorang sedang memerhatikannya. Terbuntang matanya apabila melihat
wajah suaminya, Firas Amsyar berdiri tegak menghadapnya. Terus dia terduduk.
Malunya tidak terkira. Dia mengelap kesan air liur basi di pipinya. Lena sangat
tidur sampai terkeluar air liur basi gamaknya.
‘’Jom,
masuk bilik!’’ ajak Firas Amsyar dalam nada suara yang tegas. Dia memandang
wajah comel isterinya yang masih mamai dan terkejut itu. Geli hatinya melihat
air liur basi yang meleleh keluar daripada mulut isterinya tadi.
Munirah
masih terkedu. Dia tidak berganjak daripada sofa berkain kusyen itu.
Geram
pula dia melihat isterinya yang selamba dengan arahannya. Dia dengan bersahaja
menggapai tangan isterinya. Munirah terkesima bagaikan terkena kejutan elektrik
ketika memegang mesin pengisar milik ibunya dahulu yang sudah rosak. Ketika itu
dia cuba membersihkan mesin pengisar ibunya itu.
‘’Hei,
cepatlah masuk bilik! Dahlah tidur kat sini. Menyusahkan orang nak kejut dia
pulak,’’ bebel Firas Amsyar. Malam itu Firas Amsyar mengenakan t-shirt lengan
pendek berwarna merah bersama seluar track suit hitam. Telinganya dahlah
bernanah diusik kaum keluarga Munirah ketika mereka menyedari isterinya itu
tertidur di sofa.
‘’Firas,
malam ini nampaknya melepaslah ya,’’ usik Mak Lang Surinah.
‘’Firas,
jangan lupa kejut isteri itu. Karang tak ada bantal peluk pulak, ‘’ usik Mak
Long Halijah.
Abang
iparnya, Mahadzir dan birasnya, Helmi juga boleh tahan mengusik.
‘’Jangan
lupa dukung bini masuk bilik ya!’’ itulah kata-kata yang digiatkan mereka
sebelum melelapkan mata dan berdengkur.
Tebal
mukanya ketika itu. Usik-usikkan itu dibalas dengan senyuman sahaja. Wajahnya
bahang memanas juga.
‘’Yalah...’’
balas Munirah meleret sedikit merengus. Dia bangun juga akhirnya. Serta merta
tangan Firas Amsyar dilepaskan. Barulah dia menyedari ruang tamu itu sunyi yang
cuma kelihatan abangnya Mahadzir dan abang iparnya, Helmi tidur di ruang tamu
itu beralaskan narita.
Makcik-makciknya
dan sepupu-sepupunya mungkin tidur di bilik Mazni. Munirah berjalan selamba
untuk menuju ke bilik bujangnya. Baru sahaja dia mahu memegang tombol pintu
kayu itu, namanya dipanggil suaminya.
‘’Salah
bilik. Masuk sini,’’ arah Firas Amsyar dengan jari telunjuknya mengarah ke
bilik utama yang berdekatan ruang televisyen itu.
‘’Wajib
ke?’’ balas Munirah selamba dengan menggosok-gosok matanya. Tubuhnya cukup
letih. Dia sangat perlukan rehat. Kantuknya perlu disambung.
‘’Kau
boleh tanya wajib ke tidak?Kau isteri aku, mestilah wajib dengar arahan aku!’’
balas Firas Amsyar tegas dengan membahasakan ganti nama diri mereka, aku dan
kau.
‘’Kau
tak pergi kursus kahwin ke?Seorang isteri mana boleh berpisah tempat tidur
dengan suami.’’ Firas Amsyar menambah lagi dengan nada yang sedikit memerli
isterinya.
‘’Yalah,yalah...’’
balas Munirah sedikit merengus dalam masa yang sama menuju ke pintu bilik
pengantinnya.
Tersenyum
‘menang’ Firas Amsyar melihat ‘kekalahan’ isterinya itu.
Munirah
menggaru-garu lengannya yang gatal akibat gigitan nyamuk. Dia berdiri tegak di
dalam bilik yang mekar mewangi itu sambil memerhati ruang sekeliling bilik yang
sarat dengan barang hantaran. Hantaran sebanyak sembilan dulang daripada
suaminya. Hantaran yang digubah dengan bunga-bungaan segar. Dia mengangkat
dulang-dulang hantaran daripada pihak suaminya yang berada di atas katil. Dia
meletakkan hantaran itu di sudut bilik yang lapang itu.
Setelah
itu, dengan selambanya dia mencampakkan badanya di atas katil. Lega terasa apabila tubuhnya
dapat berbaring dengan lebih selesa. Dia mengeliat. Berasa seronok dapat
mengeliat. Kelopak bunga mawar merah, ditindihnya.
Firas
Amsyar yang baru selesai melegakan tekaknya yang kering di dapur, memasuki bilik. Terkejut dia melihat isterinya
yang selamba berbaring di tengah-tengah katil.
‘’Amboi,
kau ingat kau seorang aje yang nak tidur?Aku pun nak tidur juga. Tepi sikit,’’
sergah Firas Amsyar selamba. Dia merapati katil yang dihias indah dengan kain
tabir berwarna putih susu. Gantungan bunga melur cukup mengharumkan kamar
beradu itu.
Munirah
tersipu malu apabila menyedari suaminya melihat dia yang sedikit lepas laku
dengan kaki terkepak sedikit.
Munirah
bangun daripada pembaringannya yang cukup selesa itu setelah suaminya itu sudah
menghampiri sisi katil. Dia membuka almari untuk mencari alas tidur di lantai.
Dia terjumpa narita yang diperbuat daripada kain kapas itu. Dia
mengeluarkannya.
Firas
Amsyar sedang ralit dengan gajet berjenama Apple. Ucapan tahniah daripada
kawan-kawannya tidak dibalasnya. Dia terpandang Munirah yang sedang membentangkan narita di lantai bilik yang
berjubin.
‘’Kau
buat apa tu?’’ soal Firas Amsyar dengan membetulkan letak bantal kepalanya. Dia
sedang melayan permainan Candy Crush. Seronok pula melayani permainan telefon
pintar yang cukup digemari ramai. Sudah dua puluh level telah berjaya dia
lepasi.
‘’Nak
tidurlah...tak akan nak masak pulak kat sini, ‘’ jawab Munirah selamba. Munirah
berani berbalas kata dengan suaminya.Dia mengambil bantal kepala di sisi Firas
Amsyar.
‘’Siapa
suruh kau tidur bawah? Kau tidur sebelah aku sekarang,’’ arah Firas Amsyar
tegas. Dia menunjukkan muka garangnya.
Munirah
yang begitu penat dan mengantuk malas melayan. Dia cuba membaringkan tubuhnya
di atas narita. Dia membelek-belek jari-jemarinya yang merah menyala sedikit
jingga. Tangannya yang putih gebu nampak kontras dengan warna inai daun asli
itu.
Panas
pula hati Firas Amsyar melihat keingkaran Munirah dengan arahannya. Dia memang
cukup pantang orang yang tidak mendengar katanya. Kedudukannya sebagai anak
sulung membuatkan sifatnya yang suka mengarah terserlah.
‘’Wajib
ke saya kena tidur sebelah awak?’’ soal Munirah lemah dan selamba. Dia dah tak
ada mood nak bergaduh dengan suaminya. Ketika itu, dia hanya mahukan bantal. Sebenarnya
dia tahu itu soalan paling bodoh yang dipersoalkan kepada seorang suami yang
sudah halal dan sah dalam hidupnya.
‘’Kau
ni degil ea...baik kau nak atas katil sebelum aku cium kau kat situ.’’ Firas
Amsyar mengugut isterinya. Dia yakin gadis itu akan takut dengan ugutannya itu.
Dia masih ingat peristiwa pagi tadi semasa dia mahu mengucup dahi itu betapa
menggigil isterinya itu.
Munirah terus mencelikkan matanya. Rasa gerun
dengan ugutan dengan suaminya. Dia seakan terasa bekas kucupan suaminya di
dahinya.
‘’Berani
ke awak nak cium saya?’’ aju Munirah berani dengan masih lagi dengan posisinya.
Firas
Amsyar sudah duduk bersila di atas katil. Dia memandang Munirah yang berada di
lantai sebelah kiri yang berdekatan pintu bilik itu. Dia melihat Munirah
semakin mengecil dimatanya.
Munirah
mengiringkan tubuhnya ke kiri menghadap dinding. Walaupun ruang di lantai itu
sempit, dia selesa di situ. Dia memejamkan matanya. Kantuknya sudah tiada daya
untuk ditahan.
see...CEO Firas Amsyar sdg sibuk cuci periuk belanga...so hensem..hihi
ReplyDeleteDegil yg amat Pulak si munirah ni.... X sukanya isteri yg kata muslimah tp degil x dengar cakap suami. Walaupun suami tu x suka dia...tunjuklah ciri2 isteri solehah supaya cair hati suami...
ReplyDeleteTerbaik.sambungan please?
ReplyDeleteA very well-written post. I read and liked the post and have also bookmarked you. All the best for future endeavors.
ReplyDeleteHealthCare CPA
hero kita sama! smile!
ReplyDeleteHehehe...degil kn si munirah ni..hehehe
ReplyDeleteKiss ajelah firas...den sokong 100%...muahahaha