Pages

welcome


Saturday, July 5, 2014

BAB 18(b) KERANA TAKDIR ITU...

KERANA TAKDIR ITU...
BAB 18 (b)


Munirah mengurut perlahan tubuh tegap suaminya. Menggeletar jari-jarinya untuk menari-nari di atas batang tubuh yang meniarap selamba di hadapan televisyen itu. Tidak pernah seumur hidupnya mengurut badan lelaki waima ayah dan abangnya sendiri.
            Firas Amsyar dapat merasakan kegigilan tangan isterinya. Dia tersenyum sinis. ‘Ketar kepala lutut kau,’ desisnya nakal. Dia sengaja membuat permintaan itu. Sengaja meminta ‘perhatian’ dan ‘belaian’ daripada seorang isteri. Lagi pun badannya memang tegang beberapa hari kebelakangan ini. Hafsham ada mengesyorkan kepadanya untuk pergi berurut ke tempat ala Thai itu tetapi dia tidak suka berkunjung ke tempat sebegitu.
            ‘’Urutlah kuat sikit. Lembik macam orang tak makan aje,’’ provok Firas Amsyar. Sengaja mendengki isterinya.
            ‘’Tangan perempuan mana sama dengan tangan lelaki, encik. Lagi pun urut suami kenalah lembut-lembut. Tak boleh kasar-kasar. Dengan penuh kasih sayang.’’ Pandai sungguh Munirah menjawab.
           
Firas Amsyar yang sedang meniarap di atas karpet di hadapan ruang televisyen itu mencebirkan bibirnya.
            Munirah mengurut tubuh tegap itu dengan menggunakan minyak aromaterapi lavender secara lembut dan bersungguh-sungguh. Dia mahu menawan hati suaminya dengan urutan yang penuh rasa kasih sayang. Dia mahu suaminya mengakui ‘keajaiban’ urutan daripada seorang isteri.
            Firas Amsyar mencebirkan bibirnya. ‘’Kau nak goda aku ke? ’’ tebak Firas Amsyar. Dia seakan dapat berasa ada udang galah disebalik mee bandung Muar.
            Munirah tersenyum saja. Tangannya masih ligat dengan urutan di kedua-dua bahu suaminya. Dipicitnya perlahan.
            ‘’Ya! Dah tergoda ke?’’ balas Munirah cukup berani dan yakin.
            Ya, dia sedang ‘menggoda dan menawan’ gunung dihati suaminya. Gunung keegoaan yang puncaknya terlalu tinggi. Perlu didaki dengan kesungguhan dan keyakinan. Banyak denai dan cerun yang perlu dilalui. Walau mencabar Munirah tetap ingin mendaki.  
            Firas Amsyar menyepetkan kedua-dua matanya. Dia secara tiba-tiba membalikkan tubuhnya. Terkejut Munirah dengan tindak balas sebegitu.
            Dia mengubah posisinya dengan duduk bersila menghadap isterinya. Munirah yang duduk bertimpuh hanya terdiam. Dia menanti saja reaksi suaminya. Sengaja ‘menggoda’ suaminya.
            Firas Amsyar mendekatkan wajah mereka. Dia menyebak rambut panjang isterinya dan diselitkan di belakang kedua-dua telinga isterinya. Tangannya merayap ke dahi, mata, hidung dan bibir isterinya.
            Munirah mengambil peluang menatap wajah suami tersayang dengan jarak yang sangat dekat. Suaminya memiliki bentuk paras bujur sirih yang mencerminkan seorang yang sensitif dan penyayang.  Dia melihat dahi suaminya yang luas. Mungkin seluas itu juga pemikiran suaminya. Dahinya nampak ke depan. Jendul! Tapi ada orang kata, dahi sebegitu orangnya bijak. Kening suaminya tidak terlalu lebat. Suaminya memilik sepasang mata yang mata hitamnya berada di tengah-tengah. Mata sebegini menggambarkan suaminya seorang yang bercita-cita tinggi dan tahu apa yang diinginkannya. Suaminya juga memiliki hidung yang mancung dan bulat. Suaminya memang jelaslah seorang yang bertenaga dan sentiasa ingin tahu. Memang segala perkara yang dibuatnya pasti suaminya ingin tahu. Semuanya kena diberitahu. Kalau tidak mulalah mengaku dia itu suami!
            Firas Amsyar memiliki bibir yang nipis yang mencerminkan dia seorang yang bijak. Suaminya mungkin bijak dalam menguruskan perniagaan bapa mertuanya. Cuping telinga yang kecil menandakan suaminya seorang yang bertanggungjawab kepada keluarga. Ya, benar! Dia nampak bagaimana suaminya melayan kedua-dua buah keluarga.
            Firas Amsyar ralit memerhati isterinya yang ‘seronok’ menelanjangi parasnya. Firas Amsyar memegang kepala Munirah dan  menyatukan dahi mereka. Mata mereka bertentang. Dada Munirah berdebar. Ritma jantung mula tidak sekata.
            ‘’Dah puas tilik muka aku, Munirah? Aku tahulah aku ni handsome sangatkan. Mesti kau dah tergodakan?’’ tebak Firas Amsyar dalam keadaan dahi mereka bersatu. Sinis saja nadanya.
            ‘’Ya! Tergoda sangat! Tak sangka tampannya suami saya ni,’’ balas Munirah bersahaja dengan beraninya mengusap pipi suaminya.
            Firas Amsyar menahan dedar dadanya. Dia menggerakkan kepalanya ke kanan. Bibirnya lantas menjadikan pipi gebu isterinya sebagai sasarannya.
            Chup!
            Ciuman pendek yang cukup menggetarkan naluri Munirah. Alamak, siapa pula yang tergoda sekarang ni?
            Firas Amsyar menolak tubuh sederhana Munirah menyandar ke badan sofa. Dia meniup perlahan  telinga kiri isterinya.
            Jantung Munirah sudah berdegup dengan lebih kencang. Jika dibuat ECG atau ekodiagram ketika itu pasti bacaannya tidak normal!
            ‘’Aku sayangkan kau budak kecik!’’bisik Firas Amsyar.
            Mulut Munirah sudah mengukir huruf O.
            Firas Amsyar terus bangkit selepas memberitahu sesuatu yang cukup bermakna buat Munirah. Dia membiarkan isterinya terus tertanya-tanya dan ‘tergoda’ sendiri.
            Selepas batang tubuh suaminya menghilang dari pandangan, Munirah memegang pipi gebu kirinya yang sudah mendapat cop SIRIM. Telinga yang masih berbekas hembusan angin asmara daripada suaminya dipegang. Bagaikan terasa kehangatan tiupan angin daripada bibir Firas Amsyar.
            ‘Betul ke apa yang dia cakap tadi?’
            ‘Dia main-mainkan aku kot?’
            ‘Tapi aku pun sayangkan dia!’
            Munirah bersoal jawab dengan hatinya sendiri. Dia tersenyum penuh makna tersirat.
***
Amelia melentokkan kepalanya dibahu lelaki yang berdarah diraja itu. Tengku Zachrie lelaki kerabat diraja yang baru saja berjaya didekatinya. Ketampanan dan ketebalan poket lelaki itu merupakan kriteria yang menjadi taruhannya.
            ‘’Honey, I gembira sangat bersama you. Bila kita nak kahwin? I tak sabar nak jadi family kerabat ni,’’ ujar Amelia dengan suaranya yang memang sedia manja itu.
            Tengku Zakri mengherotkan bibirnya, namun kepala teman wanitanya itu tetap diusap manja. ‘’Kahwin? I tak bersedia lagilah, Dear. Lagi pun bonda I sibuk nak kahwinkan I dengan Tengku Afifah. We all  dah bertunang masa kecil lagi,’’ beritahu Tengku Zachrie dengan suara yang begitu lembut. Dia menggunakan ‘alasan’ yang terbaik menolak wanita itu. Amelia hanya ‘stoknya’ saja. Bukan jenis untuk dibuat isteri. Tak akanlah perempuan yang tidak ubah seperti pelacur terhormat itu ingin dibuat isteri? Ada juga kena buang keluarga.
            Amelia mengangkat kepalanya. Wajahnya dicemberutkan. ‘’ Habis I ni apa bagi you?Teman tidur?”sela Amelia geram. Dia bangkit mengikat rambut panjangnya. Dia mencapai jubah mandinya.
            ‘’Dear,’’ panggil Tengku Zachrie lembut. Dia cuba menggapai tangan Amelia.
            Amelia merentap tanggannya. Dia berlalu ke kamar mandi. Mahu membersihkan tubuhnya. Lelaki itu dibiarkan sendirian di atas katil yang menjadi tempat pelampiasan nafsu syaitan mereka.
            Tengku Zachrie tersenyum sinis sambil memandang tubuh langsing yang telah melayani keinginannya. Dia puas dengan layanan first class wanita itu. Tapi bukan perempuan itu menjadi impiannya untuk berumah tangga.



p/s mohon maaf byk2 ya ;) internet baru ada! heeheee

10 comments:

  1. Heeee finally. Lama dah tunggu ni hehe. Agaknya apalah sambungan dia ye hm

    ReplyDelete
  2. Aduiiii... at last keluar "
    ’Aku sayangkan kau budak kecik!’’bisik FA

    so apa jadi ngan Amelia... ?

    sabar menanti next n3


    loves
    kak ita

    ReplyDelete
  3. Superb!!!...best..x sabar nk bace bab seterusnya...;)

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum Iman,
    bila nak sambung citer Firas dan Munirah? Suka sangat couple ni!

    ReplyDelete
  5. bila lah nak sambung kisah Firash &Munirah

    ReplyDelete
  6. X da sambungan kew?😔😔

    ReplyDelete
  7. Please sambung sis !! Serios menarik . Bila nak keluar dekat kedai buku ni ??? Hehhehe

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

dah baca? terima kasih dan lagi best kalau awak write something here :)