Pages

welcome


Thursday, January 31, 2013

PROJEK CERPEN : NAMAMU DILUH MAHFUZKU.....


PROJEK CERPEN  : Namamu diluh mahfuzku...
cetusan rasa dan idea oleh iman lily
Pagi ini aku lambat lagi nampaknya, matilah aku kena sound dengan Kak Piah kawan sepejabat aku yang cukup pedas mulutnya kalau memerli orang geram betul aku. Manalah pulak bas ni, merajuk ke hari ini ke driver bas mogok ? Aku membebel sorang-sorang macam mak nenek. Mak cik yang tunggu bas setiap hari bersama aku pun tak ada. Dia dah naik bas agaknya aku sahaja yang terlambat hari ini. Inilah akibatnya tidur lewat baca novel nasib baik sempat solat subuh kalau tak subuh gajahlah gamaknya. Apalah nak jadi dengan aku dua hari ini asyik lambat sampai office nasib baiklah lawyer firm yang aku kerja ni tak strict sangat kalau tak mati aku, mana nak cari kerja baru?
          Mulut asyik menguap macam orang tak tidur malam jaga anak. Hari ini  aku mengenakan seluar slack berwarna hitam dan blaus kain kapas menutupi punggung dipadankan pula tudung bawal dua ton yang dibiarkan labuh ke dada. Jam berjenama Casio dipergelangan tangan kiri ku kerling. Memang sah aku akan sampai lebih lewat lagi hari ini. Kena telefon Kak Shaza ni bagi tahu aku lambat, desis hatiku. Aku pun mencari telefon bimbit Samsung Galaxy  SIII yang baru aku miliki tak sampai seminggu itu di dalam beg tanganku. Lantas nombor telefon peribadi Puan Shazarina Suhaimi  atau lebih mesra dipanggil Kak Shaza.
          ‘’Assalamualaikum, Kak Shaza.’’ Sapaku lembut macam gadis Melayu terakhir saja suara aku.
          ‘’Waalaikumussalam, ya Cik Zarith Maryam binti Abdul Ghani.’’ Jawab Kak Shaza lembut siap sebut nama penuh aku lagi.
          Ketawa kecil aku mendengarnya. ‘’Kak, Zaza lambat lagilah hari ini. Bas tak nampak-nampak batang hidung ni kak,’’ ujarku lembut dengan intonasi yang konon-kononnya aku tengah gusar sangat. Nama panggilan manjaku, Zaza.
          Kak Shaza tenang mendengar. “Memanglah tak nampak batang hidung sebab bas tak ada hidung!’’ usik Kak Shaza selamba.
          Aku ketawa kecil lagi.
          “Akak ni ada ja modal nak kenakan Zaza,’’ balasku dengan nada seakan merajuk.
          ‘’Kau tak akan tak tahu akak kau ni Za,’’ pujuk Kak Shaza.
          ‘’Tahu sangat dah kak. He he he. Kak, tolong cover line untuk Zaza hari ni kak,’’ pintaku pada Kak Shaza. Kak Shaza sememangnya officemate aku yang paling rapat sekali dengan aku. Kami bagaikan seumur sebab sangat kepala padahal anak Kak Shaza yang sulung sudah berumur 15 tahun sedangkan aku baru berusia 22 tahun. Serius aku sangat selesa berkawan dengan dia.
          ‘’No problem macam tak biasa, he he he,’’ setuju Kak Shaza.
          ‘’Thanks a lot my sister!’’ balasku dan seterusnya menamatkan panggilan telefon antara kami. Bas Causeway Link yang dinanti pun tiba sejurus aku menyimpan gajet kesayangan aku ke dalam beg tanganku.
          Wang tambang sememangnya memang tersedia dalam genggaman tanganku. Aku pun menaiki bas setelah bas itu berhenti di hadapan bus stop Batu 5 Bandar Tampoi ini.
          Seperti biasa memang tiada tempat duduk untukku di dalam bas. Maklumlah waktu kemncak macam ni memang ramai orang. Aku berdiri memegang tiang dalam bas itu.Ketika bas berhenti di perhentian bas berdekatan Bandar Baru Uda untuk menurunkan penumpang, muncul penumpang lelaki berpakaian pejabat menaiki bas tersebut. Rupa pun boleh tahan ala-ala Fizo Omar gitu. Perrggghh...rezeki aku pagi ini dapat jumpa mamat handsome ni, desis hati aku yang nakal. Dia mengambil tempat di sebelahku. Dalam perkiraanku  ketinggiannya dalam 170cm lebih ternyata aku hanya berada di paras bahunya sahaja. Terbau dihidungku haruman minyak wangi Hugo Boss yang semerbak itu. Aku lihat jari-jemari  lelaki itu ligat di skrin telefonnya yang berjenama Apple itu. ‘Wah, mamat ni naik bas pakai Iphone, kata hatiku pelik. Mahu tak pelik gajet sebegitu hanya mampu dimiliki oleh mereka yang berkerja secara professional sahaja tapi tengok gaya dia dengan naik bas ja mesti mamat despatch ja ni, analisis pertamaku tentang jejaka itu. Aku pun pakai SIII atas perkongsian pembelian bersama kakakku yang bekerja sebagai jurutera di sebuah kilang di Pasir Gudang. Dengan gajiku yang tak sampai RM1500 ni mana mampu nak loan beli telefon pintar. Aku memang dah lama nak pakai handphone canggih sikit maklumalah nak berasa juga pakai handphone mahal ni.
          Aku yakin lelaki yang berdiri di sebelahku ini tidak perasan akan mataku yang galaknya memerhatinya atas dan bawah namun perkiraanku silap. Lelaki  itu menoleh pandangannya ke arahku dan berkata sesuatu kepadaku. Kata-katanya itu membuatkan muka aku terasa bagaikan terlebih pakai pemerah pipi berjenama Elianto pagi tadi ketika bersolek. Terus aku berdiri tegak ke hadapan tanpa mata nakalku memerhatikannya lagi. Bas pun memberhentikan perjalanannya di hadapan bangunan Menara Public Bank di tengah Bandar Johor Bahru itu. Aku cepat-cepat melangkah keluar dari bas itu menuju masuk ke dalam bangunan itu tanpa sedikit pun menoleh ke belakang dan tak berkeinginan langsung untuk mengetahui adakah mamat itu turut turun diperhentian yang sama. Tak kuasa aku nak ambil tahu buat bengang aku sahaja.
                                      ***
          Lif pun selamat membawaku ke tingkat 16 Menara Public Bank ini. Tertera nama firma guaman tempat aku mencari rezeki, Izhar Hakim & Co. Sudah hampir lima bulan aku menimba pengalman di sini setelah menamatkan pengajian dalam Diploma Perakaunan di Universiti Teknologi Mara, Segamat. Pelik bukan,  ada diploma dalam bidang Perakaunan tapi bekerja sebagai kerani biasa di firma guaman walaupun pelik inilah kenyataan hidup aku.
          ‘’Hai, good morning, Zaza.’’ Sapa Haireen, penyambut tetamu firma guaman ini mesra kepadaku.
          ‘’Hai, good morning, Reen.’’ Balasku mesra diiringi senyuman manis buat Haireen gadis lepasan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM) itu yang cukup baik budi pekertinya.
          Aku menuju ke tempat dudukku yang agak tersorok dari pandangan orang lain. Aku meletakkan beg tanganku ke dalam almariku. Rakan-rakan yang lain tidak kelihatan mungkin di pantri agaknya. Jam menunjukkan ke angka 8.40 pagi. Aku lewat 10 minit lagi hari ini. Aku pun punch kadku. Ternyata merah!
          Aku melangkah ke pantri yang terletak di bahagian belakang itu. Kelihatan Kamarul, office boy kami di mejanya sedang membuat tahi mata. Maklumlah Encik Izhar seminggu ni tak ada, outstation ke Jakarta.
          Belum pun kakiku melangkah masuk ke dalam pantri itu sudah kedengaran ditelingaku suara Kak Piah, Kak Wahida, Kak Shaza, Anisa dan Kathijah. Gembiranya mereka maklumlah pembantu peribadi Encik Ishak Sharif, Puan Manja Roslan atau lebih mesra disapa Kak Manja turut tiada kerana ambil bercuti bersalin selama dua bulan ini. Nama sahaja manja tapi tak ‘manja’ pun orangnya.
          ‘’Assalamualaikum, semua.’’ Sapaku ceria buat mereka.
          Mereka menjawab mesra salamku. Kak Shaza seperti yang dijanjikan.” Zaza, dah beli dah apa yang akak pesan tadi?’’
          ‘’Dah kak,’’ jawabku selamba. Padahal tiada apa pun yang dipesan oleh Kak Shaza, hehehe.
          ‘’Terima kasih, Zaza. Kesian Zaza lambat sebab akak,’’ ujar Kak Shaza bagaikan dialah punca aku lewat hari ini.
          ‘’It’s okay kak,’’ balasku tenang agar  yang lain tidak perasan gelagat kami.
          ‘’Kau suruh Zaza beli apa Sha?’’ Tanya Kak Piah atau Saffiyah kepada Kak Shaza.
          ‘Sibuk sajalah Kak Piah ni, rungutku dalam hati.
          ‘’Adalah.’’ Balas Kak Shaza ‘berahsia’ daripada Kak Saffiyah.
          Kak Piah pun tak bertanya lanjut selepas itu, nasib baik! Syukur alhamdulilah.
          ‘’Hari ini semua lawyer tak ada ke?’’ tanyaku kepada mereka setelah melihat bilik-bilik yang diduduki peguam firma guaman ini kelihatan gelap dan kosong semasa aku melintasi bilik-bilik mereka ketika berjalan ke pantry tadi.
          ‘’Dia orang ada tapi biasalah lambat. Cik Ameerah dengan Cik Johanna ada kes di court pagi ini. Encik Fairuz masuk lambat sebab ada jumpa client  di luar pagi ini.’’ Terang Kak Wahida yang sudah bekerja hampir 10 tahun di firma guaman ini. Dia memang cukup mengambil tahu pergerakan peguam-peguam di firma ini.
          ‘’Oh, patutlah!’’ jawabku pendek tanda jelas dengan penerangannya sambil membuka peti sejuk untuk mengeluarkan susu segar Dutch Lady kegemaranku yang disimpan dalam peti sejuk di pantry itu.
          Aku meneguk rakus susu kegemaranku yang dituang ke dalam cawan. Lega rasanya tekakku ini. Mereka masih lagi dengan sesi sarapan pagi mereka. Mereka ada mempelawaku tapi aku menolak baik ajakkan mereka kerana aku sudah pun bersarapan pagi tadi dengan dua biji telur separuh masak yang disediakan oleh ibuku, Puan Rohana.
                                      ***
          Aku melangkah keluar dari pantri menuju ke tempat dudukku. Banyak kerja yang perlu aku selesaikan. Aku menghidupkan komputer di mejaku. Aku melangkah ke kabinet sebelah mejaku yang terdapat fail-fail kes itu. Aku mengambil beberapa fail yang dikehendaki dan kembali ke mejaku dan meneruskan kerja-kerjaku yang tak pernah habis itu.
          Sebelum itu aku sempat menitip pesanan ringkas tanda terima kasihku buat Kak Shaza di telefon bimbitnya.
          Pejabatku ini memang tidak pernah sunyi dengan usik-usik mengusik antara kami. Ada sahaja cerita mereka yang membuatkan aku tak kering gusi ketawa terutamanya kisah  anak-anak mereka yang masih kecil. Seronoknya dengar cerita mereka pasal anak-anak rasa macam nak kahwin pula. Teringin rasanya perut ini membawa satu nyawa  dalam rahimku yang dapat menjadikan aku wanita yang sempurna. Bilalah agaknya aku dapat jadi mak orang agaknya? Boyfriend pun tak ada jauhlah lagi calon-calon yang sesuai dibuat suami. Siapalah yang bertuah sangat jadi suami aku tu? Lelaki dalam bas tadi lagilah tak mungkin!!! Macam manalah aku boleh ingat muka dia???Buang current betul!
                                      ***
          Tengah hari itu Kentucky Fried Chicken (KFC) di Persada Johor menjadi pilihan aku, Kak Shaza, Kak Piah, Kak Wahida, Anisa, Khatijah , Haireen dan Puan Ayuni yang merupakan Eksekutif Akaun kami. Selalunya kami memilih nasi untuk tengah hari tapi memandangkan Mak Buyung aka Kak Wahida teringin benar nak makan ayam goreng kegemaran ramai itu jadi kami semua pun berduyun ke KFC. Paling best sekali Kak Wahida belanja kami semua. Jimat duit aku, boleh simpan buat belanja kahwin nanti, he he he. Asyik ingat nak kahwin saja aku sekarang ni. Dah sampai seru kot?
          Aku, Haireen dan Anisa membawa dulang yang berisi pesanan kami dengan berhati-hati. Ketika mataku memandang sekeliling ruang restoran makanan segera itu, aku terpandang wajah seseorang yang telah berjaya membuatkan pagi aku menjadi teramat membengangkan. Siapa lagi kalau bukan mamat dalam bas pagi tadi. Aku tengok dia sedang menikmati makanannya bersama rakan-rakan sekerja mungkin. Ada  empat orang dan kesemuanya lelaki. Kesemua mereka nampak segak dan kacak. Takkanlah mamat ni office boy saja, mesti ada jawatan juga ni, desis hatiku.
          ‘’Pandang apa tu, Zaza?’’ Teguran Haireen mematikan khayalanku.
          ‘’Eh, tak ada apa-apalah.’’ Jawabku lembut.
          Haireen pula hanya tersenyum dan tidak berniat untuk mengetahui lebih lanjut.
          Kami menjamu selera dengan  enak sekali. Sampai menjilat-jilat jari. Apatah lagi makan free, he he he. Tiba-tiba ada seorang pekerja KFC lelaki dalam lingkungan  hujung belasan tahun menghampiri meja kami, aku menyangkakan dia ingin menghantar pesanan Chessy Wedges yang dipesanan oleh Kak Wahida namun sangkaanku itu silap. Pekerja yang memakai tag nama Khairil memberi aku secebis kertas, katanya ada seorang pelanggan yang menitipnya buat aku. Kawan-kawanku juga terkejut melihat apa yang aku terima. Sibuk mulut mereka bertanya., dengan wajah yang pelik aku membaca apa yang tercatat di kertas tersebut.
Harris Azahan
 0123000400
          Terkedu aku membaca tulisan di kertas itu. Siapa pula Harris Azahan ni, tertanya-tanyaku sendiri namun tiada jawapan.
          ‘’Kertas apa tu Za?Nombor telefon ya?’’ usik Kak Shaza.
          ‘’Tak ada apa-apalah kak,’’ kalisku sambil menyimpan kertas itu di dalam beg tanganku yang diletakkan di atas ribaku dengan menggunakan tangan kiri.
          ‘’Yalah tu tak  ada apa-apa. Entah-entah tak  lama lagi sibuk nak ambil cuti kahwin,’’ usik Kak Wahida diiringi senyuman meleret. Yang lain turut tersenyum penuh makna.
          ‘’A’ahlah kak.Erm..nampaknya Anis dengan Khaty jalah anak dara dekat office kita,’’ tambah Anisa pula.
          ‘’Dah-dah jangan nak mengarut. Habiskan makan cepat lepas ni nak solat zuhur pula, ‘’ tangkas aku menangkis segala andaian mereka.
          ‘’Yalah Zarith pandailah hang nak tukar cerita ya, ‘’ provok Kak Piah.
          ‘’Okeylah kalau macam tu, akak-akak, Anisa, Khaty dan Haireen doakanlah supaya Zaza cepat-cepat jumpa jodoh ya,’’ ujarku sejurus bangun daripada kerusi yang aku duduki dan menuju ke singki untuk mencuci tangan.
          Aku sempat melihat mereka semua tersenyum dan menyebut ‘amin’ dengan harakat yang panjang.
          Ketika aku sedang mencuci tangan dan menilik gigiku dicermin bagi melihat sekiranya ada sisa makanan yang terlekat di gigiku yang rapat dan rapi itu aku terpandang ada seorang lelaki di belakangku. Dia tersenyum padaku.Mamat dalam bas pagi tadi, desis hatiku. Handsomenya muka dia. Aku cepat-cepat mencuci tanganku dan tanpa mengeringkan tangan aku cepat-cepat berlalu dari situ. Jejaka itu tetap terus menghadiahkan senyuman yang manis buat aku. Mimpi indahlah aku malam ini. Tiba-tiba terfikir di benakku, adakah dia yang mengirimkan cebisan kertas itu? Entahlah....rasanya dia tak perasankan aku tadi tapi tahulah kalau dia tu serampang dua mata. Hehehe.
          Sekembalinya ke meja, rakan-rakanku pula mengambil giliran mencuci tangan dan giliran untuk aku pula untuk menjaga ‘harta-benda’ kami. Sedang aku membelek telefon bimbit kesayangan aku, aku terpandangkan pekerja KFC yang bernama Kamarul itu yang sedang membersihkan meja yang terletak bersebelahan meja kami. Aku pantas memanggilnya.
          ‘’Adik, boleh akak tahu siapa yang bagi akak kertas tu tadi ya?’’ tanyaku pada Kamarul yang berdiri memandangku ketika ini.
          ‘’Boleh. Encik itu yang duduk dekat meja hujung sana yang memakai kemeja lengan panjang warna kuning cair dan bertali leher warna biru gelap tu.’’ Terang dia kepadaku sambil menunjukkan meja yang diduduki jejaka itu dan berdasarkan penerangan Kamarul itu, memang sah lelaki itu yang bagi aku kertas tersebut.
          Setelah mengucapkan terima kasih padanya Kamarul pun berlalu meneruskan kerjanya yang tergendala disebabkan  oleh aku tadi. Haireen, Anisa dan Khatijah kembali sejurus itu. Setelah sekembalinya mereka semua daripada mencuci tangan, kami beredar dari situ.
                                      ***
          Aku masih menggengam kertas yang tertulis nombor telefon jejaka yang membuatkan seluruh hariku ceria sangat. Nak telefon ke tak?Aku tak tahu caranya untuk ‘memulakan’ semua ini. Masih terngiang-ngiang di telingaku apa yang diucapkan oleh bibir yang tidak terlalu tebal tapi merah tanda tidak merokok, ‘’kalau awak nak tilik saya atas bawah, awak kena kahwin dengan saya dahulu. Jadi isteri saya nak tak?’’. Aku menutup mukaku dengan kusyen berwarna merah hati itu kerana masih terasa malu dan bengang yang teramat sangat perihal peristiwa pagi tadi. Harris Azahan, awak dah berjaya buat saya angau dengan awak tahu, jerit hatiku.
          Agak-agaknya dia tunggu tak aku call dia?Tapi buat apa dia bagi aku nombor handphone  dia kalau bukan sebab dia suruh aku call dia. Aku malulah. Tak ke macam perigi mencari timba?Aduhhh, peninglah!
          Ketukan di pintu mematikan khalayanku. Muncul wajah mama di muka pintu dan tanpa disuruh mama masuk ke dalam bilikku.
          “Zarith, tak nak makan ke?Asyik berkurung dalam bilik aje sejak balik tadi,’’ soal Mama sambil melabuhkan punggungnya di atas katil bersaiz queen itu. Benar aku langsung berkurung dalam bilik sejurus pulang daripada kerja petang tadi. Selalunya selepas waktu maghrib aku akan keluar dan menonton televisyen seketika tetapi hari ini sejak dek angau dengan anak bujang orang aku terus terperuk dalam bilik dan asyik terbayang muka Harris Azahan di retinaku ini. Dahsyat betul penangan jejaka itu.
          “Kejap lagilah ma. Zarith tunggu isyak dulu.” jawabku dengan posisi masih membaringkan tubuhku dan memegang tangan mama. Mama pula dengan penuh kasihnya membelai-belai rambutku yang panjang melepasi bahu itu.
          “Okey. Mama tengok macam penat sangat hari ini, banyak sangat ke kerja di office tu?’’ Tanya mama lagi. Mungkin dia pelik melihat aku bermalas-malasan atas katil.
          ‘’ Tak adalah sangat. Biasa aje ma. Kerja mana pernah habis.’’ Jawabku sambil bangun daripada posisiku tadi dan duduk di sisi mama lalu melentokkan kepalaku di bahu mama. Sudah lama rasanya tak bermanja dengan mama. Kesibukkan mencari wang ringgit menyebabkan masa untuk bermesra dengan mama sedikit berkurangan.
          ‘’Biasalah tu, Zarith. Mama pun pernah kerja dah tahu dah asam garam bekerja ni,’’ ujarku ibuku yang pernah menimba pengalaman dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia di sebuah syarikat swasta dan bersara awal di usia 47 tahun kerana ingin menumpukan sepenuh tumpuannya terhadap keluarga. Aku rasa itulah pengorbanannya yang paling besar buat kami sekeluarga.
          “Mama, Zarith nak tanya pendapat mama boleh tak?’’ aku mula mencari peluang untuk meminta pandangan daripada insan yang bergelar ibu.
          “Boleh, tentang apa?” tanya mama dengan memandang ke arahku.
          Aku cuba mencantum ayat. “Apa pendapat mama tentang perempuan yang memulakan perkenalan antara lelaki dan perempuan?’’ Aku cuba berlagak tenang dan bersahaja agar mama tidak dapat ‘menangkap’ yang anak daranya ini sedang ditimpa perasaan buat pertama kalinya dalam hidup di usia 22 tahun ini.
          ‘’Pada mama tak salah sebab sekarang zaman dah moden teknologi makin canggih. Pemikiran kolot manusia pun semakin lama dah semakin terhakis. Tapi yang penting agama itu perlu dijaga dan diutamakan dengan menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. “ ujar mama panjang lebar. Mama semoden mana pun mama bergaya macam mana pun mama, agama tetap nombor satu dalam hidup mama.
          “Tak ke macam perigi cari timba, mama?’’ tanyaku lagi untuk memberi poin untuk mama memperkuatkan lagi  hujahnya.
          “Perigi cari timba?Pada pendapat mama peribahasa ini ada pro dan krontranya,’’ belum sempat mama mengulas panjang aku dah mencelah.
          “Apa pro and consnya,ma?’’
          Mama menyambung bicaranya yang tergantung dek aku tadi ,’’pronya ialah peribahasa ini menggambarkan bahawa seorang perempuan itu perlu menjaga maruah diri iaitu dengan mempunyai rasa malu yang tinggi dalam diri sebab kalau perempuan yang asyik tergedik-gedik dan terhegeh-hegeh dengan lelaki boleh jadi harga dirinya akan dipandang rendah oleh lelaki dan lagi pun lelaki ini tak suka perempuan yang terhegeh-hegeh pada dia, lelaki ni lebih suka dia yang mendekati seseorang perempuan tu.’’ Terang mama panjang lebar. Betul juga cakap mama itu sebagai perempuan kita perlu menjaga maruah diri dan sebab itu agama Islam mengangkat martabat perempuan dengan meletakkan persetujuan ijab dan kabul itu pada tangan perempuan. Melayu juga indah dengan adab dan kesopanannya kerana mewujudkan peribahasa perigi mencari timba ini agar menampakkan yang lelaki yang seharusnya memulakan perkenalan kerana lelaki itu dilahirkan sebagai pemimpin yang mempunyai keberanian yang tinggi.
          “Kalau consnya apa pula ma?’’ soalku lagi.
          Mama dengan sabar melayanku.” Consnya, peribahasa ini kadang-kadang menjadi penghalang buat perempuan yang mencari jodoh atau memulakan perkenalan. Biaslah mentaliti orang kita, kalau perempuan yang mulakan mesti mereka akan fikir yang perempuan tu tak malulah, terdesaklah padahal dalam Islam pun tak melarang asalkan niat kita itu betul dan bukan ke nak mencari jodoh tu mesti berusaha.’’ Ujar Mama terang dan jelas.
          Aku hanya diam. Mama yang melihat kebisuan aku berasa pelik. ‘’Ah, ni kenapa pulak diam aje?Anak mama ni dah ditimpa perasaan ke?”
          Aku masih berlagak tenang.’’ Mana ada ma. Siapalah nak anak mama ni. Dahlah tak cantik, masak pun tak pandai,’’ kalisku.
          Mama nyata tidak berpuas hati dengan jawapanku.’’ya ke?Anak mama ni cantiklah tengoklah siapa yang mengandungkan dia?,’’ Mama sempat lagi masuk bakul angkat  sendiri.
          Aku ketawa kecil mendengar Mama memuji dirinya sendiri. Tidak mampu dinafikan bahawa  Mama memang mempunyai kecantikan yang tersendiri.Diusia 53 tahun  Mama masih mempunyai bentuk badan persis anak dara dan kulit wajah yang masih tegang dan gebu hasil amalan kecantikan tradisional yang diamalkannya sejak remaja lagi. Kadang kala apabila berjalan di sisi Mama dan Kak Zanirah ada orang menganggap mama ialah kakak kami.
           ‘’Mama ni sempat lagi puji diri sendiri. Menyampah.’’ Sakatku.
          ‘’Sekali sekala apa salahnya?’’ balas mama bersahaja. Kami berdua ketawa besar.
          ‘’Siapa cakap anak dara mama ni tak pandai masak?Kalah Chef Ezani tahu kalau dia masak,’’ tambah mama lagi cuba menangkis apa yang aku ujarkan tadi.Ya aku akui aku tahu memasak tapi taklah sehebat mama yang mempunyai kemahiran memasak yang cukup dikagumi oleh kami sekeluarga.
          ‘’Ya ke ma?’’ tanya aku kepada mama kembali.
          ‘’Yalah. Your Asam Pedas Ayam and brownies is my favourite, okey.’’ Jawab Mama cukup yakin. Mukanya lembut nyata dia bukan seorang ibu yang cuba menafikan kepandaian seorang anak dalam masakan malah dipujinya lagi serta diakui.
          ‘’Okey, thank you mama. Mama jugak yang ajar Zarith memasakkan,’’ ujarku sambil megenggam tangan mama erat.
Mama hanya ketawa kecil.’’Dah masuk isyak dah pun. Kita solat dulu ya baru makan,’’ ujar Mama sejurus terdengar azan Isyak dilaungkan oleh surau yang berada berdekatan taman perumahan kami.
          ‘’Okey. Zarith ambil wuduk dulu ya,’’ balasku sambil menuju ke pintu bilik air yang terletak di luar bilikku.
          Setelah masing-masing menunaikan kewajipan terhadap ilahi kami sekeluarga iaitu abah, mama, dan dua orang adik lelaki iaitu Zahril Mukhriz dan Zafrul Maliki menjamu selera sekeluarga. Abang sulungku, Zakri Mursyid  yang sudah berkahwin  dan mempunyai dua orang anak kini bermaustautin di Shah Alam, Selangor. Kakakku dan satu-satunya akak yang aku ada, Zanirah Maureen kini tinggal di Pasir Gudang kerana berkhidmat di pusat perindustrian negeri Johori itu.
                             ***
          Sebelum melelapkan mata aku membaca novel Masih Setia karya Aisya Sofea. Aku suka mengulang baca novel tersebut walaupun jalan ceritanya biasa-biasa sahaja tapi cukup membuaikan perasaan apatah lagi dengan watak Dr. Malik Zikri yang digambarkan penulis cukup membuatkan aku ‘meroyan’ membaca novel tersebut. Romantis sangat-sangat novel tersebut.
Aku mengerling jam yang terletak di dinding bilikku. Tepat 10 malam. Dah sesuai rasanya untuk aku tidur bagi merehatkan badan yang seharian bekerja ini. Sebelum terlelap aku meletakkan novel kegemaranku itu di atas meja kecil yang berada di sebelah katilku. Aku mencapai gajet kesayanganku. Aku masih berkira-kira untuk menghubungi Harris Azahan. Perlu ke aku mulakan semua ini, tanya hati kecilku. Separuh hatiku mahu separuh lagi malu menggebu. Tapi kalau tak cuba, tak tahukan? Kata mama tak salah perempuan mulakan dahulu.
          Aku memberanikan diri dengan menghantar Sistem Pesanan Ringkas (SMS) kepadanya. Nombor telefon bimbitnya memang sudah aku simpan di dalam gajet kesayanganku itu. Dengan lafaz bismillah aku cuba menyapa Harris Azahan dengan menghantar satu SMS buatnya.
          Zarith Maryam
          Assalamualaikum.
          Cukup ringkas mesejku. Berdebar aku menanti respon orang di sana. Tidak sampai seminit telefonku mengeluarkan bunyi menandakan ada mesej baharu yang masuk.
          Harris Azahan
          Waalaikumussalam. Siapa ya?
          Menjerit kecil dan keriangan aku melihat respon daripadanya. Alamak, nak cakap aku ni siapa ya. Tak akan aku nak cakap, saya ni gadis yang awak ‘smash’ pagi tadi. Memang taklahkan. Tapi tak akan dia tak ingat yang dia ada bagi nombor telefon dia pada seseorang tengah hari tadi? Mungkin dia  tak jangka aku akan contact dia kot?Telahku sendiri. Ermm..lantas idea nakalku muncul. Tersenyum penuh makna aku menaip mesej.
          Zarith Maryam
          Tak kisahlah siapa saya. Nak berkenalan boleh tak?
          Perrrgghh...berani betul aku hantar mesej macam tu. Tak sangka, tak sangka aku. Hahaha.
          Tak sampai seminit bunyi SMS masuk lagi. Amboi, cepatnya! Mata aku yang tadi begitu ngantuk dan letih macam dah tak reti nak ngantuk gamaknya.
          Harris Azahan
          Kalau awak nak berkenalan dengan saya, awak kena bagi tahu awak ni siapa dulu. :p
          Dah sah-sahlah aku tak akan mengaku yang aku ni perempuan pagi tadi yang kau jumpa dalam bas, desis hatiku. Aku mencari idea untuk membalas SMSnya.
          Zarith Maryam
          Ok.
          Pendek sahaja aku membalas. Biasalah orang tengah test market. Hehehe.
          Tak sampai seminit dia dah reply mesej aku.
          Harris Azahan
          Ok je? Nama siapa?
          Tak adalah berlagak sangat mamat ni dan aku mengukir senyuman.
          Zarith Maryam
          Maryam.
          Aku memang gemar menggunakan nama Maryam sahaja bagi orang aku tidak kenali. Baru setengah minit dia dah reply lagi. Nampaknya mata aku makin tak ngantuk dan makin segar bugar!
          Harris Azahan
          Oh, nice name. Nma saya Harris Azahan.
          Tersenyum simpul aku apabila dia puji nama aku. Amboi, miangnya anak dara mama ni! Saya dah tahulah nama awak, ujarku sendiri.
          Zarith Maryam
          Oh, thank you. Saya dah tahulah nama awak. :p
          Nakal betul aku membalas SMS untuk Harris Azahan. Beraninya aku, macam tak percaya!
          Harris Azahan
          Ok,u can call me Harris.
          Bagus, dia tak tanya lebih-lebih kalau tak ‘masak’ aku, hehee.
          Zarith Maryam
          Ok sy panggil awk Harris.
          Setujuku.
          Bunyi cicipan burung menandakan SMS baharu masuk.
          Harris Azahan
          Sy panggil awak Yam. :p
          Kurang asam betul mamat ni, nama aku  ‘glamour-glamour’  bagai ni dia nak panggil aku Yam!Tak apa-apa, tak apa-apa kita layankan aje ya.
          Zarith Maryam
          Ok. ;)
          Tak sampai berapa saat Harris Azahan balas SMS aku.
          Harris Azahan
          Cik Yam tgh buat apa?    
          Ketawa kecil aku kecil aku membaca SMS Harris Azahan. Nakalnya dia ni.
          Zarith Maryam
          Tgh bce novel.
          Aku sememangnya tengah  menyambung kembali membaca novel Masih Setia sambil berbalas SMS dengan Harris Azahan.
          Tak sampai berapa minit Harris Azahan menghantar mesej.
          Harris Azahan
          Tgh baca novel pun boleh sms. Hebatlah Cik Yam. :p
          Zarith Maryam
          Perempuan, biasalahkan mmg suka buat dua perkara dlm satu masa. :)
          Sempat aku memuji kaum sejenisku. Tapi memang benar apa kaum hawa ni memang boleh buat banyak benda dalam satu-satu masa contoh terdekat, mama aku. Tengah memasak boleh basuh baju, angkat kain tak ke hebat tu?hehehe
          Harris Azahan
          Masuk bakul angkat sendiri nampak?
          Aku ketawa besar nampaknya. Nasib baik tak ada orang di tingkat dua rumah teres dua tingkat milik babah dan mama ini sebab yang lain tengah seronok layan televisyen di tingkat bawah.
          Zarith Maryam
          Sekali sekala apa salahnyakan?hehehe. Harris pulak tgh buat apa?
          Cip-cip bunyi burung mengicip.
          Harris Azahan
          Dlm bilik tgh golek-golek. ;)
          Dia dalam bilik, aku pun dalam bilik dan baring atas katil. Baguslah tu.
          Zarith Maryam
          Tak nak tidur lg ke?
          Harris Azahan
          Tadi dah nak tidur tp bila awak sms terus segar bugar mata sy. J
          Asyik sama aje kita orang ni, ada jodoh ke?hahaha
          Zarith Maryam
          Oh ya ke?Sorrylah dah ganggu lena awk.
          Harris Azahan
          It’s okay. Awk x ganggu pun tapi kacau ada. Hehe ;)
          Zarith Maryam
          Okey pergilah tidur. Good nite J
          Aku cuba ‘buat-buat’ merajuk dan terasa. Hahaha. Nak tengok respon dia macam mana.
          Harris Azahan
          Eh, merajuk ke Cik Yam? Jgnlah merajuk. I’m joking J
          Senyum lebar aku membaca mesej daripada Harris Azahan itu. Berbunga betul hati aku malam-malam buta ini.
          Zarith Maryam
          Sy nak merajuk dgn awk?Buang current ajelah. Tak kuasa . :p
          Harris Azahan
          Bagus awk tak merajuk kalau x jenuhlah sy nak pujuk awk.hehe. Actually, how old are you, Cik Yam?
          Zarith Maryam
          Hahaha. 22. Harris pulak umur brpa?
          Tanyaku dengan beraninya dan dia pun dengan beraninya memanggil aku Cik Yam.
          Harris Azahan
          Awk kena panggil sy abang tahu, ;)
          Panggil kau abang, Harris Azahan? Oh, tak mungkin!
          Zarith Maryam
          Kenapa?Awk ni dah tua sgt ya?:p
          Harris Azahan
          I’m 26 years old. Still youngkan? ;p
          Perasan muda betul mamat ni, menyampah!
          Zarith Maryam
          Yalah tu. Okeylah Harris sy dah ngantuk sgt nak tidur ni. Good nite J
          Aku menghantar mesej terakhir itu dengan mulut yang menguap. Mengantuk betul. Aku melihat jam di telefon bimbitku menunjukkan hampir 11 malam.
          Harris Azahan
          Good nite Cik Yam! J have a nice dream. p/s mimpikan sy ye J
          Aku hanya tersenyum saja membaca mesej itu. Macamlah kau tahu aku ni siapa...Malam itu aku tidur dengan lenanya.
                             ***
          Serius macam tak percaya dan macam nak mimpi lagi sekali, Harris Azahan muncul dalam mimpi aku malam semalam....Aku mimpi dia sarungkan cincin di jari manis tangan kananku. Aku sedar daripada mimpi itu sejurus itu aku dengar azan Subuh dari surau berdekatan taman perumahanku.
          Harris Azahan, adakah engkau ADAM yang aku cari selama ini? Misteri betul mimpi aku dan begitu jodohku. Ya ALLAH, kau ringankanlah jodoh pertemuanku dengan bakal suamiku, doa hati kecilku. Ya Allah andai ‘lelaki itu’ jodohku kau dekatkanlah hati kami dan ringankanlah perjalanan jodoh kami.
          ‘’Zaza, mengalamun apa?Diam aje akak tengok?’’ tegur Kak Shaza yang menghampiri mejaku.
          ‘’Tak ada apalah kak. Biasalah nak dekat ‘bulan merah’ ni. Moody sikit,hehe’’ balasku diiringi ketawa kecil.
          ‘’Oh, patutlah...Errmm, ni nak bagi tahu Encik Hezril client awak tu tengah tunggu kat depan. Katanya nak jumpa awak,’’ ujar Kak Shaza sambil membelek novel 7 Hari Mencintaiku karya Siti Rosmizah milikku yang berada di atas mejaku.
          Lelaki itu tak pernah putus asa! Encik Hezril merupakan salah seorang client aku. Dia sudah berapa kali mengajak aku keluar dan melamar aku untuk menjadi teman istimewanya tapi malangnya hati aku tiada ruang buatnya walaupun lelaki itu cukup sempurna pakejnya untuk dijadikan seorang suami idaman semua gadis iaitu kaya dan kacak.
          ‘’Dia nak apa kak?’’ tanyaku.
          ‘’Manalah akak tahu. Dia nak masuk meminang kot?hikhikhik’’ jawab Kak Shaza dengan ketawanya yang mengekek.
          Aku sudah membuat muka 14 . ‘’Mengarut aje akak ni. Okeylah Zaza jumpa dia sekejap,’’ aku bangkit daripada kerusiku dan menuju ke luar yang menempatkan meja penyambut tetamu yang menjadi tempat Haireen.
          Encik Hezril menantiku di sofa yang disediakan oleh firma guaman ini. Dia nampaknya begitu asyik membelek telefon pintarnya hingga tidak perasan akan kehadiranku.
          ‘’Assalamualaikum.’’ Sapaku lembut.
          ‘’Waalaikumussalam,’’ jawab Encik Hezril yang kelihatan terkejut dengan kemunculanku.
          ‘’Encik Hezril ada apa ya yang saya boleh bantu?’’ tanyaku lembut.
          ‘’Zarith, please don’t call me ‘encik’. Just Hezril atau pun nak lagi mesra Abang Hezril.’’ Jawabnya sempat bercanda.
          Sempat lagi dia nak ‘jual minyak’ kat sini, ngomelku dalam hati. Aku kerling ke arah  Haireen, sah dia tengah dok tersenyum sendiri pasti dia dengar apa yang diperkatakan oleh Encik Hezril.
          ‘’Encik Hezril client firma guaman ni so, saya perlu menghormati Encik Hezril.’’ Jawabku tenang dan malas nak ambil ‘kisah’ gurauannya.
          ‘’Okey. Awak free tak sekarang ni?’’ tanya Encikl Hezril sambil menghadiahkan senyuman yang cukup menawan buatku.
          ‘’Saya tak free sekarang ni, ‘’ jawabku tenang yang ketika itu duduk bertentangan denganya.
          ‘’Okey. Sekarang ni pun dah hampir waktu lunch, apa kata awak lunch dengan saya nanti?’’ ujar Encik Hezril dengan wajah yang beria-ia.
          Aku melihat jam dipergelangan tangan kiriku yang menunjukkan hampir 12.30 dan lagi hampir sepuluh minit sahaja lagi waktu rehat.
          ‘’Okey saya setuju tapi Encik Hezril kena tunggu lagi sepuluh minit lagi sebab saya nak habiskan kerja sikit sahaja lagi,’’ persetujuan aku beri.
          Aku lihat muka Encik Hezril sudah berseri-seri. Sukanya dia apabila aku bersetuju untuk makan tengah hari bersamanya.
          ‘’Okey baiklah, saya tunggu awak.’’
          ‘’Saya sambung buat kerja dahulu ya,’’ pamitku sambil berlalu masuk ke dalam office. Haireen sempat menghadiahkan senyuman penuh makna buatku.
                                      ***
          Encik Hezril memilih untuk membawaku makan tengah hari di Restoran Selasih yang terletak di Persada Johor. Itu pun atas permintaanku yang tidak mahu di bawa jauh dari kawasan tempat kerjaku kerana waktu yang singkat.
          Aku memilih nasi putih dan beberapa jenis lauk masakan Melayu begitu juga Encik Hezril.Kami menjamu selera dengan tenang sekali tanpa diselangi apa-apa perbualan.
          ‘’Zarith, saya ada something nak cakap dengan awak.’’ Ujar Encik Hezril tenang dan ketika itu kau baru sahaja menghabiskan minuman kegeramanku iaitu jus tembikai.
          ‘’Apa dia?’’ balasku tenang juga.
          ‘’Saya harap awak tak terkejut dengan apa yang bakal saya ucapkan lepas ni,’’ ujar Encik Hezril serius.
          ‘’InsyaALLAH.’’ Balasku pendek.
          ‘’Saya berniat nak menghantar rombongan meminang ke rumah awak.’’ Dummmm! Aku rasa seperti bunyi guruh di langit apa yang keluar daripada mulut Encik Hezril.
          ‘’Encik Hezril jangan nak mengarutlah.’’ Ujarku bersahaja.
          ‘’Saya tak mengarut Zarith. Serius saya dah lama jatuh cinta dengan awak since pertama kali saya berurusan dengan awak. Bagilah peluang untuk saya bahagiakan awak.’’ Ucap lelaki yang berumur 29 tahun itu yang bertugas sebagai Jurutera Awam di sebuah syarikat pembinaan di Bandar raya Johor Bahru ini.
          ‘’Maaf Encik Hezril. Sikit pun tiada ruang dalam hati saya untuk Encik Hezril lagikan pula kita tak pernah ada apa-apa hubungan istimewa pun sebelum ini dan sekarang ini.’’ Balasku tenang. Ternyata ada riak kecewa diwajah lelaki tampan itu.
          ‘’Tak akan sikit pun tiada?’’ tanya dia lagi kelihatan seperti tidak puas hati dan seakan memaksa. Maaf aku tak suka orang yang suka memaksa.
          ‘’Tiada Encik Hezril.Maafkan saya. Saya minta diri dahulu. Terima kasih sebab belanja saya makan hari ini.’’ Aku lantas beredar dari situ. Tidak sanggup rasanya nak dengar rayuan daripada mulut lelaki tampan itu. Aku gusar akan memberi kata putus yang akan memakan diriku sendiri.
                             ***
          Telah hampir sebulan peristiwa Encik Hezril melamarku di Restoran Selasih dan hampir sebulan juga aku dan Harris Azahan berkenalan melalui SMS dan . Hubungan kami seperti kawan biasa sahaja tiada apa-apa perubahan tapi sudah hampir sepuluh kali Harris Azahan plan untuk kami berjumpa tapi aku sentiasa mengelak berserta pelbagai alasan. Padahal aku malu ‘tahap gaban’ sebenarnya sebab aku yang memulakan perkenalan kami dan aku juga gadis yang pernah meniliknya atas dan bawah. Harris Azahan merupakan seorang eksekutif di Maybank.
          Sedang aku membantu Mama di dapur telefonku berlagu kuat. Aku berlari ke ruang tamu untuk melihat panggilan masuk ke telefon bimbit aku. Tertera nama Harris Azahan diskrin. Aku menjawab panggilan itu dengan gabra yang teramat. First time kami bercakap melalui telefon.
          ‘’Hello, assalamualaikum.’’ Sapaku lembut.
          ‘’Waalaikumussalam. Tengah buat apa tu?’’ tanya dia.
          ‘’Tengah tolong mak saya kat dapur tadi,’’ jawabku bersahaja.
          ‘’Oh ya ke. Rajinnya,’’ ujar dia.
          ‘’Ala, biasalah anak perempuankan?Lagi pun hujung minggu macam ni aje saya dapat tolong mak saya.’’ Terangku.
          ‘’Macam nilah bakal isteri saya,’’ Pop,pop, pop ! Aku rasa macam kena baling mercun pop dengan adik lelakiku bongsu, Zafrul Maliki yang suka mengenakan aku dengan mercun pop.
          ‘’Awak pulak tengah buat apa?’’ aku cuba ‘menghiraukan’ apa yang diucapnya sebentar tadi. Aku tahu dia cuba ‘mengusik’ jiwa gadisku.
          ‘’Saya baru lepas makan tengah hari dengan family.’’ Jawab Harris Azahan. Aku menilik jam di dinding ruang tamu 12.30 tengah hari. Awalnya dia makan. Mama pun tengah masak lagi sebab pagi tadi kami sekeluarga breakfast berat sikit.
          ‘’Oh ya ke. Errmm,ada apa call?’’ tanyaku lembut.
          ‘’Tak boleh ke saya nak call awak?’’
          ‘’Tak adalah macam pelik pulak, selalunya sms ajekan,’’
          ‘’Sebenarnya saya nak jemput awak datang rumah saya sabtu hadapan.’’ Ujar Harris Azahan mesra sekali ditelingaku.
          Jemput datang rumah?Seramnya dengar...hehehe.
          ‘’Ada apa?’’ tanyaku memohon kepastian.
          ‘’Kakak saya buat majlis cukur jambul dan aqiqah anak dia. Datang tau, nanti saya sms alamat.’’ Jawab Harris Azahan beria benar dia menjemputku.
          ‘’Anak saudara awak yang ke berapa ni?’’tanyaku lagi.
          ‘’Yang kelima. Nanti awak pulak bagi cucu keenam untuk mak ayah saya ya,’’ ujar Harris Azahan diiringi ketawa kecil. Aku tahu dia sengaja mengusikku.
          ‘’Ngarut ajelah awak ni. Okeylah nanti kalau tak ada aral melintang saya sampailah rumah awak ya.’’ Aku sekali lagi ‘meghiraukan’ kata-katanya.
          ‘’Saya harap sangat awak dapat datang sebab ni pertemuan pertama kita,’’ tutur Harris Azahan penuh berharap.
          ‘’InsyaALLAH,okeylah awak saya ada kerja nanti awak jangan lupa sms alamat okey?’’ selepas itu kami terus mengakhiri perbualan telefon tersebut.
                                      ***
          Aku meminjam Proton Saga FL kepunyaan Kak Zanirah Maureen bagi menunaikan hajat orang yang menjemputku. Kediaman keluarga Harris Azahan yang terletak di Bandar Baru Uda merupakan destinasiku. Melalui alamat yang diberi oleh Harris Azahan ternyata keluarganya berada. Hari itu aku mengenakan baju kurung berwarna biru daripada fabrik kapas English yang bermotifkan flora dan tudung bawal yang digayakan ala tudung Wardina.
          Aku sudah memaklumkan kepada dia warna pakaianku bagi memudahkan dia megecamku nanti. Aku memarkir kereta di tepi jalan. Rumah banglo dua tingkat itu nampak meriah dengan didirikan khemah dan berkanopi berwarna serba merah jambu sesuai benar dengan anak saudara perempuannya yang bernama Aufa Auwliya. Aku lihat beberapa orang di khemah.
Aku cuba berlagak bersahaja seolah-olah aku sudah biasa dengan keluarga itu. Ketika aku melangkah ke hadapan pintu rumah aku lihat di dalam rumah kelihatan seperti kumpulan Yassin yang dianggotai perempuan melalui pengamatanku pada baju yang dipakai mereka yang sama. Aku dengan selambanya menyertai mereka dan kebetulan mereka menghulurkan kepadaku sebuah naskah yassin aku dengan senang hati menyambut kerana wudukku ketika menunaikan solat zuhur tadi masih terangkat. Aku menyertai bacaan Yassin, tahlil dan doa selamat dan majlis cukur jambul itu. Anak saudara Harris Azahan memang comel ditambah pula dengan baju kurung dikenakan olehnya.
Selepas majlis itu tamat aku menyertai mereka menjamu selera di khemah yang disediakan. Nasi beriani Johor dan Laksa Johor merupakan menu utama. Aku pun menjamu selera dengan tenangnya dan sempat berbual kosong dengan beberapa orang tetamu. Ketika aku sedang menjamu selera telefonku berdering. Tertera nama Harris Azahan di situ.
‘’Hello, Cik Yam.’’ Sapa orang di sana ceria.
‘’Hello.’’ Balasku juga ceria.
‘’Terima kasih sebab sudi datang rumah saya ya. Makan kenyang-kenyang tau,’’ kata-katanya itu membuatkan aku memusingkan tubuh 180 darjah mencari insan yang telah memenuhi seluruh hatiku saat ini.
Nah, di hujung sana berdiri ‘dia’ Harris Azahan yang tampan memakai baju Melayu berwarna oren, bersampin dan bersongkok! Dia dah tahu ke yang aku ni perempuan yang dia ‘smash’ dalam bas hari itu?
Harris Azahan mematikan talian kami dan menghampiriku. Aku yang masih terkaku tidak tentu arah dibuatnya.
Hanya aku sahaja yang menduduki meja bulat yang dilengkapi 10 buah kerusi itu. Kumpulan Yassin tadi sudah pun pulang.
Harris Azahan menghampiriku dengan senyuman yang cukup manis. Ya Allah, menawan berul senyuman dia.
‘’Hai, Maryam! Kenapa terkejut tengok saya ke?’’ ujar dia sambil melabuhkan punggung di kerusi yang bertentangan denganku.
‘’Macam mana awak tahu saya ni Maryam?’’ tanyaku sambil meletakkan sudu garfu ke tepi pinggan.
‘’Saya memang dah agak yang awak ni gadis yang saya jumpa dalam bas hari tu,’’ ujar Harris Azahan dengan ceria dan aku pulak rasa malu yang teramat.
‘’Ya ke?’’ ujar aku bersahaja.
‘’Ya, sebab tengah hari tu saya bagi awak number phone saya dan malam tu ada pulak seorang tu sms saya nak berkenalan dengan saya,’’ aku rasa muka aku sekarang ni dah macam muka badut, bengangnya.
Aku dengan selambanya meneruskan suapan. Nasi yang aku telan bagaikan pasir sebab tak selesa betul makan di hadapan dia.
‘’ Sebenarnya awak dah tahulah saya ni perempuan yang awak jumpa pagi itu dalam bas sebelum pertemuan kita ni?’’ tanyaku memohon lebih kepastian daripadanya.
‘’Yup. Mula-mula masa saya bagi number phone saya pada awak saya tak yakin yang awak akan contact saya tapi bila malam tu saya dapat sms ada orang yang berkenalan dengan saya, saya terus yakin awaklah orangnya. Lagi pun sebelum ni saya tak pernah bagi number phone saya pada mana-mana perempuan tau.’’ Terang Harris Azahan panjang lebar. Ada senyuman manis di bibir yang merah itu.
Penjelasannya itu memutikkan sedikit rasa bahagia kerana aku merupakan perempuan pertama yang diberi nombor telefon peribadinya. Kiranya aku gadis yang bertuahkan?hehehe perasanya kawe ni, hahaha.
‘’ Boleh saya tahu, kenapa awak bagi nombor telefon awak pada saya?’’ tanyaku lagi sambil meletakkan sudu dan garfu tanda selesai menikmati makanan kegemaran ramai itu dan mengambil tisu lalu mengelap mulutku yang mungkin comot.
Harris Azahan tersenyum manis lagi sebelum menjawab. Aku rasa dia cuba goda aku dengan senyuman dia yang menawan itu. Hahaha. Tergodakah aku?Tergodalah jugak, hehehe.
‘’Sebab saya dah jatuh cinta kali pertama dengan awak masa mula-mula saya masuk dalam bas tu. You looked gorgeous that time, Cik Yam.’’ Kata-katanya itu membuatkan irama jantung aku seperti sedang mengalunkan irama etnik kreatif. Perrgghhhh...dup dap dup dap jantung eden. Tapi sempat lagi dia panggil aku ‘Cik Yam’ tapi nasib baiklah kau handsome hari ini Harris Azahan kalau tidak aku sekeh kepada hang!
‘’Awak tengah mengayat saya ke sekarang ni?’’ tanyaku selamba bagai kata-katanya tadi tidak memberi kesan kepada hatiku yang kalis cinta ni.
Harris Azahan memberi senyuman yang lebih menawan lagi buatku. Aduh, menawannya! Rasa macam nak call mama sekarang nak cakap ‘oh, mama saya mahu kahwin’ hahaha.
‘’Saya rasa saya tak perlu mengayat awak sebab awak pun dah lama jatuh cinta dengan sayakan? The way you looked at me , I know you love me, Zarith Maryam.’’
Kata-katanya membuatkan aku terbuai-buai. Pertama kali dalam hidup aku seorang lelaki bukan muhrimku menyatakan yang dia sayang kepadaku.
Ketika itu bagaikan hanya kami berdua yang berada di situ kerana banyak kerusi dan meja yang disediakan jadi sedikit sebanyak memberi privasi buat kami berdua berbicara buat pertama kalinya.
Belum sempat aku membalas kata-katanya, datang seorang wanita berusia dalam 30-an menghampiri kami.
‘’Hai, Ris tak nak kenalkan kat akak ke girlfriend awak ni?’’ ujar wanita yang memakai jubah kaftan berwarna biru lembut dan tudung sarung senada.
Wanita itu menguntumkan senyuman manis buatku dan menghulurkan tangan untuk bersalam. Aku menyambut huluran tangannya.
Harris Azahan sudah tersenyum-senyum mendengar kata-kata wanita itu.
‘’Kak Hafidah ni sibuk aje kacau daun . Errrmm... ni Zarith Maryam bakal isteri Ris.’’ Nah, ambil kau! Dia kenalkan aku sebagai bakal isteri dia, biar betul?
Aku cepat-cepat menangkis kata-kata Harris Azahan. ‘’ Eh, merepek aje dia ni kak jangan percaya cakap dia. Saya ni kawan dia aje.’’
Berubah air muka Harris Azahan mendengar kata-kataku. Wanita yang dipanggil Kak Hafidah oleh Harris Azahan pula menggiat kami.’’ Yalah, sekarang ni kawan aje tak lama lagi husband and wife. Zarith dah makan?’’
‘’Dah kak.’’ Jawabku pendek.
Harris Azahan sudah tersengih-sengih macam kerang terbuka cengkerangnya.
‘’Akak ni kakak sulung Harris. Zarith boleh panggil akak Kak Fidah aje lebih mesra. Yang buat cukur jambul tu kakak Harris kedua, Kak Harrisa.’’ Ujar Kak Hafidah ramah sekali tanpa dipinta.
‘’Oh ya ke. Kak Fidah ada berapa orang anak?’’ Balasku pendek.
 ‘’Ada dua orang . Yang sulung perempuan dah darjah satu dan  adiknya nak masuk lima tahun.’’ Balas Kak Fidah ramah.
  Belum pun sempat aku membalas, Kak Hafidah bertanya lagi. ‘’ Dah lama kenal Harris?’’ Ketika itu Harris Azahan sedang mengambil makanan yang disediakan oleh pihak katering secara buffet.
‘’ Baru aje kenal belum pun sebulan itu pun melalui phone,’’ jawabku lembut.
‘’Kiranya ni first time jumpalah ya?’’ tanya Kak Fidah lagi.
‘’Ya.’’ Aku mengeyakan tekaannya.
Kak Hafidah hanya tersenyum meleret penuh makna.
‘’Harris ada cakap dengan Zarith yang dia pernah putus tunang?’’ terkejut aku dengan pertanyaan Kak Hafidah.
Aku hanya menggeleng namun masih mengawal riak wajah agar Kak Fidah tak perasan yang aku ketika itu tengah terkejut beruk! Nasib baik Kak Fidah cakap yang dia pernah putus tunang kalau dia cakap Harris Azahan ni tunangan orang, pengsan aku agaknya kat situ tak pun boleh kena tangkap sebab jatuh cinta dengan tunang orang!
 ‘’Okey. Nanti Zarith tanya Harris sendiri ya.’’
Aku hanya menganggukkan sahaja kepala dan menghadiahkan senyuman manis buat Kak Fidah yang cantik lagi manis.
Harris Azahan yang menghilang seketika tadi kembali semula dengan sepinggan Nasi Beriani dan lauk-pauknya.
Dia melipat lengan baju Melayunya bagi memberi keselesaan buatnya menikmati makanan terkenal negeri Johor itu manakala, aku dan Kak FIdah terus berbual kosong perihal anak-anaknya dan kerjayanya sebagai seorang guru di sebuah sekolah menengah di Bandar Raya Johor Bahru sesekali Harris Azahan menyampuk.
‘’Okeylah, Zarith akak masuk ke dalam dahulu ya. Ris, layan Zarith elok-elok and jangan lupa bawak Zarith jumpa mama tau,’’ pesan Kak Fidah yang mahu masuk ke dalam rumah sebelum berlalu dari situ.
‘’Okey kak.’’ Balasku pendek.
‘’Yalah Kak Fidah,’’ balas Harris Azahan pula.
                             ***
‘’Mama ni Ris nak kenalkan Zarith Maryam bakal menantu mama.’’ Merah pipi aku saat Harris Azahan mengenalkan aku kepada ibunya sebagai bakal menantu buat ibunya.
Aku menyalam tangan wanita yang anggun mengenakan baju kurung Johor kain chiffon berwarna merah jambu dan bertudung daripada fabrik yang sama. Mamanya menghampiri meja kami setelah Kak Hafidah meminta diri.
‘’Auntie, jangan dengar cakap dia mengarut aje daripada tadi. Kami kawan aje.’’ Terangku agar ibu Harris Azahan, Puan Hanina Hadi tidak mengambil ‘serius’ apa yang diperkatakan oleh anak lelakinya itu.
‘’Tapi apa salahnyakan. Zarith dah makan?’’ sapa Puan Hanina Hadi mesra sekali sambil melabuhkan punggungnya di kerusi yang bersebelahan dengan aku.
‘’Dah auntie sama-sama dengan kumpulan Yassin tadi.’’ Jawabku lembut.
‘’Maknanya Zarith datang awallah ya?’’ tanya Puan Hanina Hadi lagi.
‘’Ya, sempat jugak join bacaan Yassin tadi.’’ Jawabku lagi sebelum meneguk Air Bandung Soda yang sejuk lagi nikmat itu.
Puan Hanina Hadi hanya tersenyum penuh makna.
Aku mengerling jam tangan berjenama Casio dipergelangan tanganku yang menunjukkan hampir 4.30 petang. Aku rasa dah patut rasanya aku minta diri.
‘’Auntie, saya nak minta diri dahulu ya dah hampir petang sangat  ni,’’ ujarku lembut. Harris Azahan yang duduk bertentangan dengan aku membuat riak seperti tidak puas hati.
‘’Awalnya nak balik. Duduklah dulu ,auntie baru nak kenal-kenal bakal menantu,’’ larang Puan Hanina bersahaja. Fuiyooo...sportingnya mak dia ni, hahaha nampak macam orang yang ada ‘class’ tapi relaks aje.
‘’Betul cakap mama saya tu Zarith. Duduklah dulu, makan-makan lagi minum-minum ke. Saya baru jumpa awak hari ini.’’ Harris Azahan pulak menguatkan lagi hujah mamanya. Aduh, terperangkap aku dek dua beranak ini.
‘’Maaflah saya ni datang pinjam kereta orang jadi faham-fahamlahkan. Auntie, saya minta diri dulu ya.’’ Ujarku dan terus mengambil beg tanganku yang bercap Pasar Karat yang terletak elok di atas meja dan menghulurkan tangan buat Puan Hanina. Aku mencium tangan wanita itu lembut. Agak lama juga tanganku baru dilepaskan. Selepas itu, aku melihat dua beranak itu saling senyum penuh makna.
‘’Okeylah nak buat macam manakan? Terima kasih ya sudi datang. ‘’ ujar Puan Hanina mesra sekali.
‘’Sama-sama auntie . Harris bawa saya jumpa Kak Fidah.’’ Pintaku pada Harris Azahan.
‘’Okey, jom!’’
Harris Azahan membawaku ke dalam rumah dan berjumpa dengan ahli keluarganya yang lain. Barulah aku tahu yang Harris Azahan merupakan anak keempat  daripada  lima adik-beradik. Dia mempunyai dua orang kakak dan seorang abang yang bernama Hafizi Azidan yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki. Kak Harrisa mempunyai dua orang cahaya mata. Adik bongsu perempuannya sudah berusia 24 tahun bernama Helena Azleen.
Mereka semua ramah belaka dan tidak sombong langsung. Terharu aku. Sempat juga mereka mengusikku dan Harris Azahan. Bengangnya muka eden!
Harris Azahan menemani aku sehingga ke kereta. Ketika berjalan di sebelahnya aku dapat menyimpulkan bahawa ketinggian aku di sisinya di paras bahu sahaja. Tak sangka lelaki tinggi lampai yang ditemui dalam bas pagi itu akan  aku kenali dengan lebih rapat dan berjalan di sebelah aku sekarang ini. Bangga betul dapat berjalan sebelah dia maklumlah handsome macam Fizo Omar pelakon pujaan Malaya. Deria bauku dapat mencium haruman minyak wangi pilihannya yang agak keras namun menenangkan.
‘’Okeylah, Harris terima kasih ya jemput saya hari ini and hantar sampai ke kereta lagi,’’ ucapku buat Harris Azahan ceria sambil membuka pintu kereta Proton Saga FLX itu.
Harris Azahan tersenyum manis dan bersuara, ‘’ sama-sama. Special guest, mestilah hantar sampai keretakan,’’
‘’Wah, terharunya!’’ balasku selamba dan bersahaja sambil mengukir senyuman manis buat lelaki tampan di hadapanku itu.
‘’Bila kita boleh jumpa lagi, Zarith?’’ tanya Harris Azahan menukar topik perbualan kami.
Aku yang berdiri berpeluk tubuh dan meletakkan jari telunjuk kananku didagu berfikir sebelum menjawab pertanyaannya.
‘’Hujung minggu ni saya tak freelah. Sepupu saya kahwin,’’ jawabku. Hujung minggu ni kakak saudaraku anak Mak Long Kamisah , Kak Mazura akan menamatkan zaman anak daranya.
‘’Kalau macam tu kita jumpa minggu lagi satu. Okey?’’ ujarnya memohon persetujuanku.
‘’Okey, tapi kalau saya ada apa-apa hal nanti saya ‘roger’ awak okey?’’ balasku selamba malaslah nak ‘cover-cover’ ayu ni dan terus melangkah masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin kereta serta memakai seat belt.
‘’Okey, drive carefully, Zarith. Nanti dah sampai rumah mesej saya okey.’’
‘’Okey, Assalamualaikum.’’ Balasku dan menghadiahkan senyuman manis buatnya dan mengangkat tangan kananku lalu terus menggerakkan kereta meninggalkan kawasan perumahan ‘bakal ibu mertuaku’ hahaha perasan!Berangan jauh sangat aku ni.

bersambung....

p/s dah baca?okey tak?best?nak lagi?cer komen sikit :) hehe
luv u all yg sudi baca...
drop komen k :) 

2 comments:

dah baca? terima kasih dan lagi best kalau awak write something here :)