Pages

welcome


Saturday, February 8, 2014

PROJEK E-NOVEL KERANA TAKDIR ITU... BAB SEMBILAN

BAB 9
Majlis menerima menantu itu Encik Haron dan Puan Juriah cukup meriah dengan dihadiri para jemputan yang dekat mahu pun jauh. Nampak jelas terpancar  wajah kegembiraan di wajah seluruh ahli keluarga mereka. Rasa seronok lebih mengatasi rasa penat. Majlis yang bermula seawal 10 pagi itu tamat pada pukul 5 petang. Tujuh buah khemah yang berkanopi biru putih itu tinggal untuk dikemaskan kerusi dan meja. Aktiviti gotong- royong masyarakat kampung itu diteruskan. Masing-masing mengambil tugas yang mereka ingin lakukan.
          Munirah menyelinap masuk ke bilik yang diinapnya bersama Mazni. Dia mahu menukar dress pengantin bewarna biru firus kepada baju basahan. Rasa tubuh yang melekit perlu dibersihkan. Selesai bersiap dia menyertai aktiviti mengemas.

Wednesday, January 22, 2014

PROJEK CERPEN 4 (TIDAK BERTAJUK)

Projek Cerpen 4
(tiada tajuk)

Nadhirah menghayunkan kakinya menuju ke bangunan yang diduduki pelajar tingkatan 6 atas dan bawah yang terletak di bawah bukit kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Johor Bahru yang berdekatan padang sekolah itu. Leretan senyumannya bagaikan tidak ada penamatnya sejak mula langkahnya di pintu pagar utama sekolah itu. Ada sesuatu yang cukup mengembirakan hatinya pagi itu.
            ‘Aduhai, gugur jantung aku  tengok dia senyum pada aku tadi,’ monolog Nadhirah sendiri dengan senyuman yang masih menguntum dibibir mungil  ditambah pula lesung pipit yang dimilikinya menambah kemanisan gadis berusia 19 tahun itu.
            Kaki Nadhirah melangkah penuh semangat ke dalam kelas Tingkatan 6 Atas Sastera 4. Baru punggungnya dilabuhkan atas kerusi kayu itu dia ditegur Anis, teman semejanya.
            ‘’Dhira, bulan jatuh ke riba ke?’’

PROJEK E-NOVEL KERANA TAKDIR ITU... BAB LAPAN





Munirah melihat pantulan dirinya di cermin panjang yang berada di hadapan almari baju yang diperbuat daripada kayu cengal itu. Terpegun dia melihat dirinya ketika itu. Terlalu berbeza penampilan pada hari itu. Baju kurung moden rekaan pereka fesyen tempatan, Lynda Merlis menjadi pilihan Datin Nora untuk bakal pengantin perempuan kesayangannya itu. Fabrik chiffon dan lace menjadi pilihan. Kurung moden putih gading itu menaikkan seri ratu seharinya. Rekaan tudung eksklusif digayakan bersama untuk majlis akad nikah yang bakal berlangsung sejam lagi.