Munirah melihat pantulan dirinya di cermin panjang yang berada di hadapan almari baju yang diperbuat daripada kayu cengal itu. Terpegun dia melihat dirinya ketika itu. Terlalu berbeza penampilan pada hari itu. Baju kurung moden rekaan pereka fesyen tempatan, Lynda Merlis menjadi pilihan Datin Nora untuk bakal pengantin perempuan kesayangannya itu. Fabrik chiffon dan lace menjadi pilihan. Kurung moden putih gading itu menaikkan seri ratu seharinya. Rekaan tudung eksklusif digayakan bersama untuk majlis akad nikah yang bakal berlangsung sejam lagi.
Solekan
sederhana menjadi pilihan Munirah. Tidak perlu terlalu berat kerana tidak mahu
dilihat keterlaluan. Jurusolek pilihan bakal ibu mertuanya itu mempunyai hasil sentuhan
yang cukup memukau. Hampir tidak percaya Munirah melihat wajahnya ketika itu.
Dia memuji kecantikan asli yang dimilikinya. Syukur dirafakkan atas Ilahi.
Puan
Juriah melihat sahaja perlakuan puterinya itu. Tersenyum simpul dia melihat
Munirah memusing-musingkan badan di cermin bagai peragawati yang bakal
melangkah ke pentas peragaan.
‘’Cantiknya
anak mak!’’ teguran Puan Juriah mengejutkan Munirah yang leka membelek-belek
tampalan lace di lengan bajunya.
‘’Mak!”
terjerit Munirah. malunya, tertangkap kerana sedang syok berposing di hadapan
cermin.
‘’Dah
puas menghadap cermin?’’ usik Puan Juriah menghampiri anaknya yang sudah
melabuhkan punggung di tilam. Katil beradu sudah cantik dirias. Katil kayu itu
nampak suci dan romantis dan pemilihan warna putih dan kelopak ros merah segar
yang ditaburkan di tengah-tengah tilam ynag bersalut cadar putih.
Munirah
melakar senyuman manis. Malu dia dengan usikkan ibunya itu. ‘’Dah...’’ jawab
Munirah meleret sambil memaut lengan ibunya untuk merapatinya.
Puan
Juriah melabuhkan punggungnya di sisi puterinya itu. Tiba-tiba muncul pula
Maria dan Mazni.
‘’Dah
nak jadi isteri orang pun adik akak sorang ni,’’ ujar Maria, anak kedua
pasangan Encik Haron dan Puan Juriah. Maria berusia 28 tahun seusia Firas
Amsyar. Jarak umur dia dan Munirah memang jauh kerana Puan Juriah pernah
keguguran sebelum mendapat Munirah. Isteri kepada Luqman dan ibu kepada Aisy
dan Tahqif.
Maria
merapati Munirah. Dia membetulkan sedikit tudung adiknya itu. Veil paras
pinggang turut diperolekkan letaknya. Mazni pula mengambil tempat di sebelah
kanan Munirah. Tubuh kakaknya dipeluk erat. Kasihnya buat kakak-kakaknya tiada
bertepi.
‘’Jom,
kita peluk!’’ lawa Munirah riang. Serta merta mereka berempat berdiri dan
memaut tubuh antara satu sama lain. Puan Juriah begitu gembira dengan keadaan
itu.
‘’Maria,
Mazni... mak nak cakap sekejap dengan Munirah. Kamu berdua tolong tengok-tengok
kat luar tu,’’ arah Puan Juriah. Dua beradik itu menjongketkan bahu dan
menuruti permintaan ibu mereka.
Maria dan Mazni sempat mengucup pipi Munirah.
Maria sempat menitip kata di telinga adiknya. Hanya mereka berdua yang dengar.
Mazni juga buat begitu. Mereka menyusup keluar dari kamar istimewa itu.
Puan
Juriah menarik nafas dengan dalam dan memulakan bicaranya.
“Irah,
mak nak ucapkan terima kasih sangat-sangat kat Irah sebab Irah dah berkorban
untuk keluarga kita. Mak rasa bersalah sangat kalau bukan mak yang memanjakan
abang kamu tentu dia tak jadikan geran rumah kita sebagai cagaran kat bank. Kamu
pulak tak akan jadi mangsa atas budi yang orang dah hulurkan pada kita,” ujar
Puan Juriah kepada Munirah yang sedang berdebar-debar menunggu waktu untuk
diijabkabulkan dengan Firas Amsyar seorang Penolong Pengarah di sebuah syarikat
pemaju perumahan di Johor Bahru yang berusia 28 tahun.
Hiba
hati Munirah mendengar apa yang diucapkan oleh ibunya itu. Tidak disangka
ibunya sanggup memohon maaf daripada seorang anak. Mungkin juga ini didorong
rasa bersalah yang menggunung kerana Munirah perlu menerima lamaran keluarga
Dato’ Arshad atas dasar terhutang budi.
“
Mak tak perlu ucap terima kasih kat Irah. Ini takdir yang dah tertulis untuk
Irah. lagi pun Irah tak buat keputusan
ni dengan mendadak. Irah dah fikir
masak-masak, dah buat solat Istikharah minta petunjuk daripada Allah. Jadi mak
dengan abah tak perlu rasa bersalah. Lagi pun Along dah mintak maaf atas apa
yang dia dah buat. Irah sayang mak.” Ucap Munirah lembut dan panjang bicaranya
seraya memeluk tubuh sederhana ibunya yang cantik berkurung Johor itu.
Tubuh
yang sederhana itu dipeluknya erat. Tubuh yang telah mengandungkan dan
melahirkannya ke dunia. Tidak perlu wanita yang bergelar ibu itu mengucapkan
kata maaf mahu pun terima kasih kerana selayaknya sebagai anak pengorbanan itu
perlu demi insan yang cukup berharga dalam hidup mereka.
Puan
Juriah menitiskan air mata syukur yang tidak terhingga kerana dikurniakan anak
perempuan sebaik Munirah. Anak yang baik dan tidak pernah mencetuskan sebarang
masalah buat dirinya sebagai ibu. Mendidik dan mengasuh Munirah memang mudah.
“Mak
harap sangat Irah akan bahagia dengan Firas. Irah terimalah Firas sebagai suami seadanya.
Hormati keluarga dia ya, nak.” Puan Juriah menitip nasihat buat anak
perempuannya kedua itu yang bakal
melangkah ke alam yang baru selepas ini. Masa ‘itu’ semakin hampir.
“InsyaALLAH,
mak. Irah akan ingat nasihat mak ni,” balas Munirah dalam sendu, hiba dan
terharu. Kolam matanya bagai mahu melimpah menyembah bumi. Akhirnya melimpah
juga.
“Dahlah
jangan nangis. Nanti cair make up anak mak ni,” ucap Puan Juriah sambil megelap
air mata yang mengalir dipipi gebu anak gadisnya dengan tisu.
Munirah
hanya ketawa kecil.
“
Irah, cantiknya kau!” tiba-tiba suara Aisyah memecah suasana hiba antara anak
dan ibu dari muka pintu.
Hampir
terkejut Munirah dan Puan Juriah kerana hanya mereka berdua yang berada dalam
kamar pengantin yang dihias indah itu. Kamar pengantin hasil sentuhan dia dan
Munirah. Diwangikan pula dengan daun pandan yang diracik menjadi bunga rampai.
Aura bilik pengantin semakin menyerlah.
“Mestilah...tapi
pengantin perempuan mana yang tak cantik masa hari kahwin diakan?” jawab
Munirah sambil memeluk tubuh kurus sederhana milik Aisyah.
“Aku
tahulah... tapi kau inikan jarang make up. Sekali kena make up dah macam Lisa
Suri rumahlah pulak aku tengok muka kau, he he he, “ usik Aisyah sambil
berseloroh.
Puan
Juriah yang melihat telatah dua sahabat baik itu hanya tersenyum kecil dan
meminta diri untuk melihat persiapan di luar rumah bagi menyambut rombongon
keluarga Dato’ Arshad.
“Kurang
asam kau, Syah. Sempat lagi kau mengenakan aku ekk...” gerutu Munirah geram.
“
Alah pengantin, janganlah marah! Kalau marah seri pun hilang tau,” jawab Aisyah
yang sungguh bergaya hari ini dengan
kurung moden chifon berwarna biru
firus, ikut temalah katakan. Walaupun perkahwinan yang bukan pilihan hati tapi
tetap ada konsep dan tema. Orang kata hari perkahwinanlah merupakan hari yang
cukup bermakna. Hari melestarikan angan-angan majlis perkahwinan.
“Ada
aje modal kau ea. Erm...apasal datang
lambat?”tanya Munirah kepada Aisyah yang sibuk melihat barang-barang hantaran
yang telah siap digubah indah hasil sentuhan ibunya sendiri yang memang
mempunyai bakat dalam gubahan hantaran perkahwinan.
“Aku
teman mak aku pergi pasar pagi tadi, itu yang lambat tu. Kau ni dah get ready nak
jadi seorang isteri yang mithali?” aju Aisyah pula sambil memandang raut wajah
yang sudah ditata rias oleh juru mekap pilihan Datin Nora. Solekan yang
sederhana sudah mampu menyerlahkan kecantikan asli yang dimiliki gadis yang
berusia 20 tahun itu.
“Dah.”
Jawab Munirah pendek sambil memandang cermin di meja solek. Dikesat sisa sisa
air mata yang masih ada.
Tersenyum
Aisyah mendengar jawapan Munirah. Dia bergerak menghampiri Munirah yang duduk
menghadap cermin itu. Bahu ratu sehari itu dipegang kejap. Mereka saling
memandang antara satu sama lain. Aisyah berdiri, Munirah duduk.
“Kalau
dah sedia kenapa muka kau macam kena kahwin paksa?Hari tu kau cakap dengan aku
yang kau terima pinangan ni sebab daripada istikharah yang kau lakukan,” soalan
Aisyah membuatkan diam terkaku.
Aisyah
masih mencari jawapan dengan ‘mencari’ mata Munirah di pantulan cermin itu.
Gadis itu menunduk.
Memang
benar dia menerima lamaran Dato’ Arshad dan Datin Nora bagi pihak Firas Amsyar
Arshad kerana petunjuk dan jawapan yang Allah beri kepadanya melalui mimpi yang
dialami selama tiga hari berturut-turut.
Mimpi
yang sukar untuk dia ceritakan kepada sesiapa. Walaupun sebelum dia melakukan
solat Sunat Istikharah dia tidak mengingati rupa paras Firas Amsyar namun begitu,
Allah s..w.t telah memberinya satu ‘kelebihan’ kerana mampu membayangkan wajah
lelaki itu ketika dia mahu mengangkat takbir.
Ketika
itu, datang satu perasan yang asing menembusi dinding-dinding jiwanya. Dia
terus melakukan solat sunat itu selama tujuh hari berturut tanpa jemu. Dia
menyerahkan seluruh jiwa dan raganya terhadap PENCIPTA. Dia merayu kepada Allah
s.w.t agar membantu dia mencari jawapan terhadap apa yang berlaku kepada
dirinya itu. Sememangnya itulah kali pertama dalam hidupnya dia melakukan solat
sunat istikharah. Padahal dalam hidup ini setiap hari kita perlu membuat
keputusan. Keputusan tentang jodoh yang membawa dia ‘menikmati’ apa itu
istikharah. Meminta dan merayu bersungguh supaya DIA memberi petunjuk untuk
membuat keputusan. Keputusan akan menentukan kebahagian hidupnya.
Sebelum
mengalami mimpi itu, gerak hatinya asyik melekat mengingati Firas Amsyar.
Setiap detik dan saat hanya nama itu menari-nari dihatinya. Terfikir
dibenaknya, adakah dia sudah jatuh cinta walaupun belum bersua empat mata?
Angaukah aku? Dia bersoal sendiri. Setelah berjumpa buat pertama kalinya, rasa
terjeruk hatinya dengan layanan Firas Amsyar. Walaupun dia sungguh terkejut
kerana wajah itu seiras yang hadir dalam mimpi malamnya.
Selain
itu, dia memikirkan bakal ibu dan ayah mertuanya. Rasanya tiada cacat celanya
mereka untuk dijadikan mertua dalam hidupnya. Kebaikan yang mereka taburkan
tidak dapat dibalas hanya DIA yang mampu.
Hatinya
nekad mengatakan, dia perlu berkorban kali ini. Berkorbanlah demi maruah dan
air muka ibu dan ayah yang ‘bertanggungjawab’ membawa dia ke dunia. Hanya
perkahwinan itu ‘hadiah’ yang mampu diberikan buat mereka. Cukuplah ibu dan
ayah yang malu terpaksa memohon pertolongan daripada insan yang berhati mulia
itu.
Kebahagian
dalam rumah tangga yang bakal dibina sebentar nanti juga menjadi perkara kedua dalam hidup yang
penting budi yang orang taburkan perlu dibalas.
Setelah
lama berdiam tidak berkutik barulah Munirah memecah ruang sunyi itu.
“
Tak ada apa-apalah, Syah. Mungkin sebab aku sedih sangat lepas ni aku dah tak
duduk rumah ni lagi dan impian aku nak masuk universiti pun macam suam-suam
kuku aje,” jawab Munirah tenang sambil matanya melihat jari-jemarinya yang
sudah diinai semalam. Nasib baik sebab nak kahwin kalau tak memang tak ada
maknanya dia nak berinai. Tak selesa!
“
Firas tak bagi kau sambung belajar ke?” korek Aisyah. Dia perlu tahu. Dia tahu
impian rakannya yang satu itu.
“
Entahlah, aku pun tak tanya dia lagi. Lagi pun result UPU bulan berapa baru
keluar,” jawab Munirah lembut. Keputusan
kemasukan ke IPTA akan diketahui paling awal, awal bulan Mei. Ketika itu baru
bulan Mac.
“Kau
tanyalah dia nanti. Jangan sedih-sedih okey!
Senyumlah sikit. Nanti tok kadi datang nak mintak sign borang nikah kang
dia ingat hang kena kahwin paksa na,” tegur dalam usikkan oleh Aisyah dalam loghat utara.
Ketawa
kecil Munirah mendengar teguran Aisyah. Serta-merta moodnya yang tadi sedih dan
sendu berubah.
“
Macam inilah bagus. Aku nak kau happy hari ini. Anggaplah macam kau kahwin
dengan orang yang paling kau sayang dan cinta. Walaupun hakikatnya bakal suami kau
ni pilihan mak dan ayah. Aku sebagai kawan baik kau doakan yang terbaik untuk
kau,” ucap Aqmalina panjang dan penuh suntikan semangat dan terus memeluk tubuh
sederhana sahabatnya seeratnya bagai tak mahu dilepaskan.
Aisyah
terfikir untuk memberitahu satu perkara kepada sahabatnya itu. ‘’ Irah, aku
tahu ini keputusan kau dan yang akan melaluinya pun engkau, bukan orang lain.
Satu sahaja yang aku nak ingatkan kau, kalau apa-apa pun yang terjadi dalam
ikatan perkahwinan tak kiralah masalah besar atau pun kecil, kau janganlah
tuding jari kepada mak dan ayah kau ya. Ingatlah itu semua ujian dan takdir
daripada-NYA.’’ Nasihat Aisyah lembut sambil memegang kedua-dua tangan Munirah.
Matanya memandang terus ke dalam mata sahabatnya yang terbentuk bundar itu.
Cantik!
Terharu
Munirah mendengar kata-kata nasihat
daripada seorang sahabat. Hampir menitis air matanya. ‘’InsyaALLAH, Syah. Aku
tak akan bertindak begitu. Mak ayah aku tak paksa pun aku terima pinangan itu.
Aku lakukan ini semua sebab kehendak diri bukan paksaan daripada sesiapa. Kau
jangan risau. Aku sayang kau!’’ balas Munirah terus menarik tubuh sahabatnya
dalam pelukannya sekali lagi.
Benarlah
tali persahabatan yang dibina daripada rasa keikhlasan dan kasih sayang akan
terus mekar dan mewangi apatah lagi disulami dengan kejujuran.
best.
ReplyDeletebaby mio, terima kasih sudi berkunjung ke teratak iman lily! :)
ReplyDeleteterima kasih sudi luangkan masa baca tulisan hati iman :)
insyaAllah akan muncul heronya selepas ini :)
terus setia menunggu ya! ;)
Terbaik♡♡♡♡♡
ReplyDeletegood job...terbaik..
ReplyDeletenk bca bab 9 dan seterusnya kat mane ? xsbr nie nk smbung baca .. heheheh
ReplyDelete