BAB
16
Segala
kerjanya pada pagi ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna kerana ingatannya
asyik diterpa oleh wajah Munirah yang begitu mesra melayan kanak-kanak di
tadikanya. Pagi tadi, selepas menghantar Munirah, dia sempat memerhati dari
jauh gelagat Munirah berbicara dan memeluk mesra seorang kanak-kanak perempuan
yang comel itu. Satu perasaan halus mencuit jiwa lelakinya. Entah sebab apa
hatinya bagaikan sudah ‘terjatuh hati’ dengan isteri yang dinikahi atas permintaan umi dan abahnya,
namun perasaan itu cuba dihalau dengan mengingati wajah dan gaya Amelia yang
manja dan romantis itu.
‘’Aku tak boleh jatuh cinta pada
dia!Aku mesti benci dia!” ujar Firas Amsyar sendiri. Dia perlu menghalang
perkara tersebut berlaku kepada dirinya. Hatinya tidak akan sesekali ‘tunduk’
kepada isterinya.
‘’Hei, pengantin baru dah masuk
kerja?Cepatnya naik,’’ sapa Lukman setelah menyedari pejabat Penolong Pengarah
Eksekutif itu ada penghuninya. Dia baru sahaja pulang dari tapak projek untuk
melihat perkembangan pembinaan lot rumah kos sederhana di Taman Indah Jaya.
Terkejut Firas Amsyar melihat
kemunculan Lukman. Harap sangat kawannya itu tidak mendengar kata-katanya.
‘’Aku banyak kerjalah. Banyak projek
kita yang masih berjalan. Aku tak boleh duduk rehat. Sakit kepala aku ingat
kerja yang tak siap,’’ balas Firas Amsyar sambil matanya fokus melihat
quotation yang telah diberikan oleh juruukur bahan, Nazli. Dia perlu meneliti
quotation yang telah dibuat oleh Nazli. Firas Amsyar dipertanggungjawabkan oleh
abahnya untuk menjadi pengarah projek yang dibangunkan oleh syarikat perumahan
mereka.
Lukman tersengih. Dia sudah pun
mengambil tempat di hadapan Firas Amsyar. ‘’Kalau sakit kepala, ada bini kat
rumah boleh tolong picit. Aku ni tak ada siapa nak picit,’’ balas Lukman dalam
mengusik.
Firas Amsyar mencebikkan bibirnya.
‘’Kau kahwinlah lagi. Sampai bila nak menduda?Tu Lisa dah lama perhatikan
kau,’’ soal Firas Amsyar ingin tahu. Lisa merupakan setiausaha Firas Amsyar.
Lisa sudah lama menaruh minat kepada Lukman. Dia cukup faham pandangan dan
renungan Lisa terhadap Lukman.
Lukman sudah tersengih. Dia
menjongketkan keningnya.’’Lisa tu seksi sangat.Kalau dapat macam Munirah, aku
naklah. Sopan aje. Sejuk mata memandang,’’ beritahu Lukman dengan
tersenyum-senyum. Lisa bukan seorang yang bertudung. Lukman menganggap gadis
itu ‘seksi’.
Firas Amsyar berasa tidak senang pula
dengan pernyataan itu. ‘’Kenapa, kau ada hati dengan bini aku ke?’’aju Firas
Amsyar dalam menahan perasaan.
Lukman tersengih lagi. Dia meyandarkan
tubuhnya pada kerusi empuk itu. ‘’Kalau aku cakap ya, macam mana?’’
Soalan itu meghentakan ritma jantung
Firas Amsyar seketika. ‘’Bukan kau boleh buat apa pun selagi dia isteri aku
pun. Tapi kau tak rasa berdosa ke simpan perasaan pada isteri orang?’’ aju
Firas Amsyar tenang padahal rasa nak keluar buku limanya itu.
Lukman senyum. ‘’Sayang juga kau
dengan Munirah ya. Baru ‘cuit’ sikit dah nampak dah aura-aura cemburu tu, ha ha
ha...’’ tebakkan Lukman mengena.
“Bila masa pula aku cemburu?Aku tak
kuasa nak cemburu. Macam mana dengan projek kita di Taman Indah Jaya?’’soal
Firas Amsyar mengalihkan topik perbualan mereka.
Lukman tahu Firas Amsyar marah tapi
dia sengaja mengusik.Dia tahu seego-ego orang lelaki, mereka pantang apabila
‘diusik’ perihal isteri waima isteri itu bukan orang yang dicintai. ‘’Yalah
tu...tak nak mengaku tak apa. Jangan nanti nanar pulak sebab kes cemburu!
Setakat ni projek kita perjalanan seperti biasa cuma ada masalah sikit dengan
bekalan bahan mentah. Pembekal mahukan harga yang tinggi,’’beritahu Lukman
tentang pergerakan projek syarikat itu. Dia bertindak sebagai ketua jurutera
dalam Teguh Holdings.
‘’Kalau macam tu, kita perlu dapatkan
sebutkan harga yang berpatutan. Tapi make sure bahan yang dibekalkan mesti
berkualiti tinggi. Aku tak mahu projek ini mendatangkan masalah di kemudian
hari,’’ arah Firas Amsyar tegas. Dia buat tidak tahu dengan usikkan Lukman. Dia
mahu menjaga status syarikat ini. Dia tidak mahu syarikat menanggung kerugian
akibat kerosakkan rumah-rumah yang dibina angkara penggunaan bahan mentah
seperti simen yang tidak berkualiti tinggi. Rumah yang dibina akan mengalami
keretakkan dan sebagainya. Tambahan pula, Firas Amsyar dan Dato’ Arshad sangat
mengamalkan integriti. Ini polisi syarikat mereka. Rasuah perkara utama yang
menjadi ‘musuh’ bagi syarikat mereka. Rasuah perkara utama yang perlu dielakkan
dalam perniagaan. Dato’ Arshad dan Firas Amsyar mahu membina empayar perniagaan
yang gah dan ‘bersih’ imejnya.
Lukman mengangguk-anggukkan kepalanya
tanda faham. ‘’Aku tahu. Kau jangan risau. Aku keluar dulu,’’ balas Lukman
terus melangkah keluar dari bilik yang luas itu.
Firas Amsyar meneruskan perhatiannya
terhadap quotation yang diserahkan oleh Nazli. Bertindak sebagai pengarah
projek, dia perlu meneliti dan memerhati pergerakan projek di bawah
pengarahannya.
***
‘’Sayang,
kenapa dengan you ni?Mengelamun aje? You ingat kat bini you tu ea?’’ sergahan
Amelia itu mematikan ingatan Firas Amsyar terhadap Munirah. Mereka baru saja
makan tengah hari bersama. Firas Amsyar mahu menghantar Amelia pulang ke
pejabat.
‘’Buat apa I nak ingatkan dia. Lebih
baik ingatkan you lagi bagus!’’ jawab Firas Amsyar mengambil hati Amelia, teman
wanita yang begitu dicintai dan disayanginya itu.
Tersenyum malu Amelia mendengar
kata-kata Firas Amsyar itu. Dia yakin Firas Amsyar amat menyintainya dan
Munirah tidak mampu menawan lelaki kesayangannya ini. Begitu luka Amelia
apabila Firas Amsyar mahu menamatkan hubungan mereka atas alasan mahu
menunaikan permintaan umi dan abahnya. Dia yang merayu agar perhubungan yang
sudah berbulan lamanya diteruskan. Walaupun dia tahu lelaki itu suami orang.
‘’You, malam ni kita keluar nak?’’ soal Amelia manja
sekali sambil memaut lengan kiri Firas Amsyar yang sedang memandu.
‘’Sorrylah, dear. Malam ni family I ajak
dinner kat rumah with my wife. Next time okey?’’ pujuk Firas Amsyar. Amelia
sudah menarik muka masam.
‘’You ni ada aje dalihnya bila I ajak
keluar. Sejak umi you suruh kahwin dengan budak perempuan tu, you terus
berubah. Kenapa ya? Bini you ikat kaki you, ea?’’ provok Amelia. Angin dirinya.
Sudah sebulan lebih mereka tidak keluar malam cuma lunch bersama setiap hari.
Itu pun berpaksa.
‘’Dia nak ikat kaki I?Siapa dia nak buat
I macam tu, lainlah you.You tak payah ikat kaki I sebab you dah ikat hati I
pun,’’ Firas Amsyar berbicara manis sambil mengusap pipi Amelia yang sudah
tersenyum malu. Kemanjaan Amelia akan lebih terserlah apabila diusik oleh Firas
Amsyar. Sifat itulah yang menawan hati Firas Amsyar untuk mendekati dan
menyintai gadis itu. Sifat semulajadi lelaki sukakan perempuan yang manja dan
menggoda.
‘’I love you, sayang!’’ ucap Amelia
manja sambil mecuit hidung Firas Amsyar mesra.
‘’Me too sayang..’’ balas Firas Amsyar
juga mesra dan mencuit hidung Amelia pula.
***
Firas Amsyar sampai di
rumah seawal 6.00 petang. Hari ini, hari paling awal dia keluar dari
pejabatnya. Selalunya 6.30 petang baru dia pulang. Fikirannya bercelaru. Dia
meletakkan briefcasenya dan tali leher di atas meja makan. Dia terdengar
isterinya menyanyi-nyanyi kecil. Lagu dangdut pula itu. Wah, wah, sukanya dia!
Tempelak Firas Amsyar dalam hati.
‘’Assalamualaikum.
Ini rumah ke kelab dangdut?’’ sergah Firas Amsyar dengan bercekak pinggang.
Lengan baju sudah dilipat hingga ke siku. Gayanya tampak berkarisma.
Munirah
yang sedang menumis asam pedas ikan pari dalam periuk kaca berjenama Vision
itu, menekup dadanya. Terkejut bukan kepalang dia apabila terdengar suara Firas
Amsyar. Dia sedang syok menyanyi lagu Semakin Rindu Semakin Asyik. Lagu dangdut
yang popular sewaktu dahulu. Lagu yang dipopularkan oleh ratu dangdut negara,
Amelia.
Munirah
memusingkan tubuhnya menghadap suaminya yang semakin menghampiri ruang dapur
basah yang sekangkang kera itu. Dia tersenyum sumbing.
‘’Waalaikumussalam,
Encik Firas. Maaflah ya tak perasan encik balik,’’ balas Munirah dalam keadaan
denyut jantung laju. Mukanya rasanya semerah lada kering yang sedang ditunggu
untuk garing dan pecah minyak di dalam periuk itu. Dia menghulurkan tangan
untuk menyalami suaminya.
Firas
Amsyar membulatkan matanya. Salam tetap disambut. Munirah tunduk menyalam
suaminya.
‘’Mana
nak dengar kalau dah ‘melalak’ kat dapur. Kau ingat dapur rumah aku ni kelab dangdut
ke apa? Orang kalau masak, berzikir dan berselawat. Bukannya terpekik pekau
dekat dapur,’’ perli Firas Amsyar. Dalam perli sempat mengingatkan isterinya
yang muda remaja itu.
Munirah
tertunduk memandang lantai. Malunya sudah berkati. Dia memusingkan tubuhnya
menghadap dapur memasak. Dapur memasak elektrik. Pada mulanya, terkial-kial dia
mahu menggunakan dapur itu. Akhirnya dia mahir dengan memahami fungis butang-butang
yang terdapat pada badan dapur itu. Dia perlahan-lahan mengacau bahan kisaran yang semakin garing
itu. Dia memasukkan dua keping isi ikan pari sebelum meramas asam jawa. Daun
kesum sudah direndam bersama garam untuk mematikan bakteria.
‘’Maaflah
encik. Saya bukannya tak berzikir dan berselawat tapi ‘terlepas’ pula lagu tu
tadi, ‘’ jawab Munirah perlahan.Tiba-tiba dia teringat sudah lama tidak
melepaskan suara di karaoke jamban. Dia dan Aisyah menggelarkan tempat karaoke
itu sebagai karaoke jamban kerana ruang yang sangat sempit. Selalunya mereka
berdua akan memilih lagu dangdut dan rock kapak apabila berkaraoke. Tidak
mainlah lagu cinta yang mendayu-dayu itu.
Firas Amsyar sudah membuka butang bajunya satu persatu
sambil memerhatinya isterinya memasak hidangan makan malam mereka. ‘’Kalau umi
tahu perangai kau kat dapur macam ni, menyesal tak sudah dia pilih kau jadi
menantu dia.’’ Firas Amsyar menyela selamba.
Munirah melakukan kerjanya dengan bersahaja.’’Salah ke
nyanyi kat dapur, Encik Firas?’’aju Munirah selamba sambil mengurangkan suhu
pada dapur memasak.
‘’Salah sebab suara kau tu dahlah tak sedap!Macam suara
katak panggil hujan tahu tak!Tapi suara katak lagi sedap kot aku rasa,’’ balas
Firas Amsyar selamba dan terus berlalu keluar dari dapur itu.
Munirah menggigit bibirnya. Geram tidak terkata. Rasanya
mahu mencincang Firas Amsyar selumat-lumatnya dan tumis sekali dalam kuah gulai
itu.
‘’Patutlah kau kena kahwin dengan orang 28 tahun
sedangkan kau baru 20 tahun. Inilah puncanya. Orang perempuan kalau nyanyi kat
dapurkan dapat suami tua,’’ tempelak Firas Amsyar lagi sebelum menuju ke
biliknya.
‘’Kaulah orang tua tu,’’ gerutu Munirah perlahan. Sakit
betul hatinya.
***
‘’Lepas ni kau tolong
picit kepala aku,’’ pinta Firas Amsyar selepas mereka berdua selesai menikmati
makan malam bersama. Asam pedas ikan dan sayur khailan goreng bersama sos
tiram, menu mereka malam itu.
‘’Kenapa, encik?’’ soal Munirah berkerut keningnya. Dia
sedang mengangkat periuk kaca berisi kuah asam pedas dan cawan kotor. Pinggan
kotor, suaminya mengangkat sendiri ke singki.
Firas Amsyar sedang mengelap tangan basahnya dengan tisu
dapur. ‘’Sakitlah sebab tu aku suruh picit, nenek.’’ Firas Amsyar membalas
geram dengan memanggil Munirah, nenek. Dia kekenyangan menikmati air tangan
isterinya. Kuah asam pedas yang tidak terlalu pekat dan terasa asam garamnya memang
memikat seleranya. Malam ini dia mahu bersantai di rumah setelah beralasan
apabila Amelia mengajak dia keluar bersama.
Munirah sudah membulatkan matanya. Dia sedang mencuci
pinggan mangkuk di singki. Dia mengomel-ngomel sendirian.
‘’Sedap aje panggil orang nenek,’’ balas Munirah selamba
dari dalam dapur basah itu sedikit terjerit.
‘’Dah engkau memang macam nenek. Dengan berkain batik dan
bersanggul macam tu. Nenek aku kat aku kat kampung pun cun, ‘’ tempelak Firas
Amsyar selamba.
Munirah sudah siap mencuci pinggan mangkuk di singki,
menghampiri suaminya yang sudah mengambil tempat di ruang menonton. ‘’Kalau
mcam tu, kenapa tak nak kahwin dengan nenek-nenek mana yang cun?’’ tempis
Munirah selamba. Dia melihat kain batik Terengganu yang kemas disarungkan
dibadannya. T-shirt I Love Bandung yang dihadiahkan oleh Kak Maria juga tampak
baru dan ceria. Rambutnya disimpul ringkas selepas menunaikan solat maghrib
tadi.
‘’Amboi, ada aje ayat kau ya!Dahlah cepat picit kepala
aku ni,’’ arah Firas Amsyar dengan mengubah posisi duduk di atas lantai
berpermaidani berbulu itu.
Munirah dengan nak tak nak beralih ke sofa berbentuk L
itu. Akhirnya terpaksa akur dengan perintah suaminya itu.
‘’Kau guna minyak ni,’’ suruh Firas Amsyar sambil
menyuakan minyak lavender itu.
Munirah membulatkan matanya. ‘’Ini bukan saya punya ke,
encik?’’ soal Munirah meminta kepastian.
Firas Amsyar dengan selamba menarik tangan isterinya ke
kepalanya. ‘’Cepatlah picit pakai minyak tu. Aku suka bau minyak itu. Boleh
hilangkan stres,’’ beritahu Firas Amsyar dalam menyuruh.
Bergetar tangan Munirah mahu memulakan urutan
dikepalanya. Dia menuangkan sedikit minyak lavender itu di telapak tangan
kirinya. Dia sempat menghidu harumannya. Haruman yang cukup menenangkan minda.
Dia memulakan urutan diubun-ubun suaminya. Kemudian, dengan lembut jari-jarinya
beralih ke dahi dan ke kening. Dia mengurut dengan lembut. Dia melakukannya
dengan perlahan dan teliti. Hilang sudah gementarnya. Munirah melakukannya
dengan mata yang ralit menonton rancangan sukan didada televisyen.
Firas Amsyar yang sedang menonton saluran Arena itu
semakin selesa dan menikmati urutan lembut isterinya. Isterinya pandai
mengurut. Fikirannya yang berserabut dan bercelaru semakin tenang. Munirah pula
semakin tekun mengurut kepala suaminya. Urutan itu semakin menjalar ke pangkal
tengkuk suaminya. Bahu suaminya turut dipicit lembut.
Firas Amsyar semakin bertambah selesa dan seronok kerana
‘belaian’ isterinya yang lembut dan penuh kasih sayang itu. Dia memejamkan
matanya kerana semakin selesa dan tenang dengan ‘layanan’ lembut isterinya.
Baru dia mahu terus ‘menikmati’, isterinya menghentikan gerakan jari-jarinya.
‘’Okey dah selesai. Saya nak ke dapur kejap. Nak buat
air,’’ pamit Munirah bersahaja. Dua puluh minit masa yang diambil untuk melayan
permintaan suaminya itu.
Firas Amsyar menghela nafas lembut tanda ‘kecewa’. Geram
pula dia. Cepat sungguh isterinya mengurut. Sedangkan dia mahu lagi tangan
lembut itu memicit lembut tubuhnya yang letih itu. Letih melayani karenah umi dan
abah dan Amelia yang semakin menyesak mindanya. Kerja di pejabat juga semakin
menimbun dengan tender-tender yang dipertanggungjawabkan atas bahunya.
Tanggungjawab tersebut bagai ‘peperiksaan’ yang disediakan oleh abahnya dan
para ahli lembaga pengarah untuk melihat kemampuannya untuk menyandang jawatan
Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) apabila Dato’ Arshad bersedia menyerahkan urusan
syarikat itu dibahu anak sulungnya itu.
Dia mengangkat punggungnya dan beralih duduk di atas
sofa. Dia menyandarkan badannya. Minyak aromaterapi itu menyebabkan matanya
semakin kuyu. Dia sudah menguap kecil beberapa kali. Minyak aromaterapi yang
sangat sesuai digunakan sebelum tidur bagi mendapat tidur yang nyenyak dan
selesa.
‘’Encik Firas, ni saya bawakan teh hijau suam. Minumlah.
Encik Firas tengah stres sekarang ni. Bagus minum teh hijau. Lagi pun teh hijau
kaya antioksidan tau,’’ beritahu Munirah panjang lebar. Teh hijau antara jenis
teh yang menjadi kegemaran Munirah kerana haruman dan khasiat yang tinggi.
Kandungan antioksidan yang tinggi dalam teh hijau dapat membantu tubuh daripada
diserang penyakit seperti kanser. Antioksidan membantu melawan pertumbuhan sel
kanser dalam tubuh kita.
Firas Amsyar yang semakin layu membalas,’’ kau ni
pengacara Majalah 3 ke? Letak ajelah air tu. Tak payah nak membebel bagai.’’
Munirah mencebirkan bibirnya. Sakit hatinya. ‘Kita layan
dia baik-baik, dia balas macam ni pula ya,’ gerutu Munirah. Dia meletak
perlahan muk berisi teh hijau berjenama Lipton itu dia atas meja berhadapan
suaminya itu.
Firas Amsyar memerhati wajah isterinya yang merah menahan
amarah.’’Cuba senyum sikit. Macam tak ikhlas aje aku tengok kau layan aku ni.
Aku ni suami kau. Kau kena layan dengan senyuman paling manis,’’ sindir Firas
Amsyar selamba sebelum menghirup perlahan teh hijau yang tawar namun
mengandungi kalori. Pandai pula isterinya meneka minumannya pada waktu malam.
Dia jarang mengambil kafein pada waktu malam. Sesekali ambil juga apabila
keluar malam bersama rakan-rakannya.
Munirah menekur pandangan ke lantai sambil menghirup teh
hijau suam-suam kuku itu.
‘’Saya masuk bilik dululah, encik. Saya nak rehat,’’
beritahu Munirah lalu meminta diri untuk menyendiri. Dia menyuakan tangannya.
Pelik Firas Amsyar tapi menyua juga tangannya. Munirah
menyalami tangan kekar itu. Dia mengucup perlahan tangan itu.
‘’Maafkan segala dosa saya pada hari ini, Encik Firas.
Halalkan makan minum saya. Saya tidur dahulu ya. Assalamualaikum,’’ ucap
Munirah lembut dan berlalu ke dapur untuk menghantar muk kotor itu.
Firas Amsyar terpana dengan perlakuan isterinya itu. Dia
sangat terkejut. Perlakuan yang aneh baginya. Seingat dia, tidak pernah pula
dia melihat uminya berbuat begitu terhadap abahnya sebelum mereka tidur. Tidak
tahu pula jika mereka berdua di dalam kamar beradu.
Firas Amsyar menggeleng-gelengkan kepalanya tanda
serabut. Dalam hatinya menerima ucapan isterinya itu. Dia berasa tenang dengan
perlakuan itu. Baru dia mahu membetulkan posisinya, muncul semula Munirah di
hadapan.
‘’Tadi cakap nak tidur? Apahal pula depan mata aku ni?’’
sela Firas Amsyar selamba.
Munirah menghulurkan sesuatu buat suaminya. Firas Amsyar
menjongketkan keningnya, namun tangan tetap jua menyambut.
Sebuah buku kecil yang berkulit tebal dihulur isterinya.
Dia menyelak kulit tebal buku itu untuk mengetahui kandungan buku tebal itu.
Bulat matanya apabila melihat sebuah jadual yang dibuat oleh isterinya. Tertera
tarikh, markah dan catatan pada tajuk tiga bar jadual yang bertajuk Markah
Isteriku Munirah.
‘’Apa benda alah kau bagi aku ni, Munirah?’’ aju Firas
Amsyar dengan dahi yang berlapis-lapis itu.
Munirah menarik nafas sebelum bersuara.’’ Itu tugas yang
saya nak Encik Firas buat untuk saya. Mudah aje tugasnya. Setiap hari saya nak
Encik Firas tulis berapa skala yang saya daripada perseratus pelaksanaan tugas
saya sebagai isteri Encik Firas. Bahagian catatan tu, encik boleh tulis apa
sahaja kompelin mahu pun kutukan encik terhadap tanggungjawab yang saya
laksanakan. Seminggu sekali saya nak tengok apa yang encik tulis. Mudah
bukan?’’ jelas Munirah panjang lebar dan tegas.
Firas Amsyar bangkit dari posisinya. ‘’Apa yang kau
merepek ni, Munirah?Kau ingat aku ni cikgu kau ke?Tak ada masa aku nak layan
kaulah,’’ herdik Firas Amsyar.
Munirah mendekati suaminya. ‘’Saya tak merepek, encik. Encik
tolong ya buat. Sekurang-kurangnya kalau encik ceraikan saya dan saya berkahwin
lagi, saya boleh perbaiki mutu saya sebagai seorang isteri.’’ Munirah bertutur
lembut dan tegas lalu beredar meninggalkan suaminya sendirian.
Firas Amsyar terdiam dengan kata-kata akhir isterinya.
Dia memegang buku itu. Dia merenung tajam buku itu. Dia mengenggam erat buku
itu.
BAGUS MUNIRAH SAYA SUKA CARA DIA,BEST 3X.
ReplyDeleteterima kasih baby sbb ikuti KTI dan suka dgn Munirah ;)
Deletebest sgt. bgus munirah
ReplyDeleteterima kasih byk2 ya Jannah sudi baca kti ;)
Deletenice one sis! keep on writing k!
ReplyDeleteterima
Deletekasih, hanna ;) terima kasih sgt2 sudi baca tulisan iman lily yang tak
seberapa dan biasa2 ni :) hero kita samakan...heee cite hannah pun best
;)
tqsm juga sebab sudi singgah and baca tulisan saya. saya rasa kita mgkin ada persamaan lain yg kita tak perasan. nice to know u!
Deletemestilah baca!best! tak sabar nak jumpa awak ;-) nice to know u too ;-)
Deletebest sangat...sambung lagi ye...good job ;)
ReplyDeleteterima kasih saffia :) terima kasih sgt3;) terima kasih add kat fb ;)
DeleteWah seronokk :D Tak sabar nak tunggu sambungan hikhik
ReplyDelete