Pages

welcome


Tuesday, April 22, 2014

KERANA TAKDIR ITU...BAB 18

Bab 18
Munirah memerhatikan hujan rintik-rintik yang menuruni dari perut awan. Hujan rintik-rintik itu bagaikan mengambarkan hatinya yang walang. Apabila hujan kita adakalanya mengeluh kerana pakaian yang dibasuh tidak kering dan sukar bergerak ke sesuatu tempat. Kita tidak perasaan tentang sesuatu bahawa, hadirnya hujan untuk membawa pelangi. Pelangi selepas hujan. Pelangi tidak akan muncul semasa musim kemarau.
Begitulah hidup kita yang diuji dengan pelbagai masalah. Sehingga ada ahli falsafah Barat  yang mengatakan bahawa, hidup ini sebenarnya hanya menyelesaikan masalah. Itu kata ahli falsafah orang Barat yang tiada cahaya iman. Sedangkan kita ini orang Islam yang menyedari akan diri kita yang hanya seorang hamba. Hamba yang sedar kehidupan harus dijalani seperti yang sudah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Allah s.w.t sememangnya menghantar kita ke dunia untuk menguji kita. Ujian hadiahnya kebahagiaan yang abadi di akhirat nanti. Ujian itu diibaratkan sebagai hujan dan pelangi itu ganjarannya. Ujian akan terhenti apabila syurga sudah menjadi milik abadi.
            Hidup berumah tangga juga merupakan ujian. Ada pasang surutnya. Adakalanya bahagia milik kita dan ada juga ujian buat kita. Munirah melayani perasaannya yang sedih dengan kata-kata suaminya malam kelmarin. Pedih hatinya. Dia mengharapkan perubahan positif dalam hubungan mereka. Dia mahu bahagia dalam hubungan itu. Tetapi dia tidak boleh memaksa suaminya untuk menyayanginya sedangkan dia sendiri belum menyayangi suaminya.
            ‘’Alah Irah tak salah kalau kau cuba menyayangi Firas. Tak salah kalau kau goda hati dia. Kau berhak raih bahagia dalam perkahwinan kau orang berdua’’.
            Kata-kata Aisyah seakan berulang-ulang ditelinganya ketika itu. Entah sebab apa dia teringat ayat penegas yang dilafazkan oleh Aisyah sebelum dia selamat dinikahi oleh Firas Amsyar.
            ‘Aku sayangkan dia ke?’ soal Munirah sendiri.
            ‘Kau sayangkan dia. Dia suami kau!’ kata hati yang melawan.
            ‘Tapi dia tak sayangkan aku!’
            ‘Kau yang tak cuba tawan hati dia!’
            ‘Dia tak akan suka dengan aku pun!’
            ‘Kau berhak buat dia sayang dengan kau. Kau isteri dia.’
            ‘Tak mungkin aku akan bahagia dengan dia sedangkan dia seolah-olah suruh aku mohon fasakh!’
            ‘Kau berhak raih bahagia bersama dia! Dia jodoh kau dan kau jodoh dia!’
            Munirah menutup telinganya. Dia tertekan. Dia gusar. Dia sedih. Dia cuba menidakkan kata-kata itu. Adakah dia patut mendengar kata-kata ransangan daripada Aisyah? Tetapi bagaimana pula penerimaan suaminya? Sedangkan apa yang dipintanya malam lalu supaya memberi markah kepada tanggungjawab yang dilaksanakan oleh dirinya sebagai isteri masih tiada respon.
            ‘Markah Isteriku Munirah’ merupakan idea yang terbit apabila mendengar Prof Dr Muhaya Muhamad ada mengatakan bahawa sebagai isteri setiap malam tanya kepada suami berapa markah yang diperolehi pada hari tersebut dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri. Dengan penilaian tersebut para isteri dapat meningkatkan momentum untuk menjadi isteri yang terbaik dimata suami.
            ‘Kau kata, kau ikhlas jadi isterinya? Buktikanlah!’ seakan terasa ditempelak oleh dirinya sendiri.
            ‘Ya, aku akan buktikan aku ikhlas menjadi isterinya!’
            ‘’Apa agaknya petua untuk disayangi oleh suami?’’ soal Munirah sendiri dengan meletakkan jari telunjuk di bawah dagunya. 
             Lantas dia keluar dari balkoni apartment suaminya yang menghadap kolam renang itu. Laptop jenama Apple milik suaminya yang berada di atas meja makan itu ditujunya. Suaminya masih belum pulang dari kerja walaupun waktu isyak sudah semakin menghampiri.
            Dia mencari ‘sesuatu’ di ruang jalur lebar itu. Dia mahu lakukan sesuatu demi masa hadapan rumah tangga mereka. Dia ‘mesti’ memenangi hati suaminya. Dia ‘wajib’ membuktikan kepada suaminya bahawa dialah nama yang tertulis diloh mahfuz suaminya. Bukannya nama Amelia! Tekad Munirah! Isteri tidak boleh lemah apabila suami ego menyatakan cinta dan sayang. Isteri mesti berusaha bersungguh-sungguh menawan hati suami. Kata-kata semangat yang dititipkan oleh seorang dalam rencana yang pernah dibacanya dulu, menguatkan iltizamnya untuk memenangi hati dingin suaminya.
            Nah, tertera di hadapan Munirah 99 Petua Menawan Hati Suami!
            Bersungguh-sungguh dia membaca 99 petua itu. Petua yang diberikan oleh pakar motivasi terkenal Malaysia, Dr. Fadzillah Kamsah.
            Antara yang petua yang boleh menjadi langkah awal yang boleh dipraktikkan oleh Munirah untuk menawan hati dingin Firas Amsyar ialah :
1.      Berdoa agar disayangi suami.
-          Setiap detik dan saat Munirah berdoa agar suaminya menerima dirinya dan menyayanginya. Mungkin doa perlu dikuatkan lagi dengan spesifik.
2.      Masak makanan kegemaran suami.
-          Makanan kegemaran suaminya telah pun disediakan seminggu perkahwinan mereka. Nampaknya kena ‘korek’ lagi daripada umi ni, desis hatinya.
3.      Beri pujian mengenai penampilan suami seperti rambut, wajah, pakaian dan sebagainya.
-          ‘Kalau aku buat ni confirm laki aku kata, aku buat tabiat agaknya’, desis hati nakal Munirah. ‘Tapi apa salahnya cuba? Mana tahu dia rasa dihargai ke?’, kata hati yang menguatkan misi menawan hati suami yang kalis cinta terhadap seorang isteri yang halal disisinya.
4.      Bila suami meminta bantuan, buatlah dengan serta-merta dengan rasa ikhlas dan gembira tanpa banyak mengungkit atau komen.
5.      Jangan ganggu suami semasa dia sedang asyik melakukan sesuatu.
6.      Buatlah minuman suami tanpa diminta atau bertanya terlebih dahulu.
-          Okey dah biasa buat. Done!
7.      Belikan suami hadiah-hadiah berguna seperti tali pinggang, kasut atau cermin mata hitam.
8.      Selalu urut suami
9.      Salam, peluk, dan cium suami sebelum pergi kerja.
10.  Ucapkan terima kasih atas setiap khidmat suami.
11.  Doakan suami agar bahagia di dunia dan akhirat.
12.  Lakukan ibadah bersama.
13.  Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak tujuh kali sehari.
14.  Ucapkan kata-kata sayang yang romantik dua kali sehari.
15.  Jaga maruah diri dan suami dikhalayak ramai.
Munirah bersungguh-sungguh memahami 99 Petua Menawan Hati Suami.Nampaknya dia perlu cekal untuk melakukan semua perkara itu. Telinga juga perlu tebal untuk menerima apa jua tindak balas sinis suaminya. Rasanya dia perlu buat perkara-perkara asas terlebih dahulu seperti makan minumnya. Sabar ya Munirah! Misi menawan kawasan gempa dihati suaminya perlu dilakukan dengan sabar dan tabah. ‘Akanku tawan hatimu suamiku...’
***
Firas Amsyar menekan loceng apartmentnya. Apartment yang dibelinya apabila membuat keputusan untuk menikahi Amelia. Tidak sangka pula bukan Amelia yang menjadi suri dalam rumah itu.
            Terjengul wajah isterinya yang lembut dan cukup manis. Rambut panjang itu dilepas bebas. Tubuh itu hanya disarung kaftan bermotif geometri. Dia mengakui sesuatu, isterinya itu memang cantik walau apa sahaja yang tersarung ditubuhnya.
            ‘’Assalamualaikum, Encik Firas. Baru balik?’’ sapa Munirah mesra dengan memberi senyuman yang paling bergula dan berkrim untuk suaminya. Menurut petua itu, sapa suami apabila dia pulang dari kerja.
            Firas Amsyar menjeling isterinya. Dia menilik isterinya atas ke bawah. ‘’Waalaikumussalam. Patutnya aku yang bagi salam. Kau pula yang bagi salam. Yalah, baru balik,’’ balas Firas Amsyar keras sahaja suaranya. Dia menyambut huluran tangan kanan isterinya.  Senyuman Munirah sedikit pun tidak dibalasnya. Sombong!
            Munirah menahan sahaja geram dihati. Dia terus menuju ke dapurnya untuk mengambil minuman sejuk buat suaminya. Dia membawa air masak yang ditadah dari mesin penapis air berjenama Coway itu.
            Firas Amsyar menyandarkan tubuhnya di atas sofa panjang itu setelah membuka stoking. Dia memejam matanya. Letihnya tidak terkata. Hari yang sangat sibuk. Melawat tapak projek. Bermesyuarat bersama pegawai agensi kerajaan iaitu Kementerian Kesejahteraan Bandar dan Perumahan. Letih melayan karenah Amelia yang semakin menyesakkan dadanya.
            ‘’Air, Encik Firas. ‘’Munirah menyua gelas kepada suaminya.
            Firas Amsyar membuka matanya apabila mendengar suara lembut isterinya.
            ‘’Air jarang aje?Bagilah fresh orange ke apple juice ke?’’ ujar Firas Amsyar selamba, namun tangan tetap jua menyambut pemberian isterinya.
            ‘’Esok saya buat jus ya,’’ balas Munirah menahan rasa geramnya. ‘Amboi, demand bukan main!’
            Apabila melihatnya suaminya telah selesai meneguk minuman dia bersuara. ‘’Saya belum solat isyak ni, encik. Saya tunggu encik untuk berjemaah,’’ pancing Munirah untuk mengajak suaminya berjemaah. Waktu isyak sudah berlalu dua puluh minit lalu. Dia memang menunggu kepulangan suaminya untuk diajak beribadah bersama.
            Firas Amsyar meletakkan gelas di atas meja setelah dengan rakus menelan air sejuk itu. ‘’Tunggu aku mandi kejap,’’ beritahu Firas Amsyar setelah bangkit dari posisinya. Dia sempat mencuit jari telunjuk kanannya pada hidung comel milik isterinya sebelum berlalu ke bilik utama.
            Terpaku Munirah dengan ‘usikkan’ suaminya. Dia memegang hidung yang menjadi sasaran suaminya. Tersenyum penuh makna.
***
Mereka menikmati nasi berlaukkan ayam masam kicap dan sayur sawi goreng pada malam itu. Firas Amsyar menikmati masakkan isterinya dengan berselera sekali. Tengah hari tadi, dia tidak sempat menikmati makanan. Terperangkap dalam bilik mesyuarat, perutnya juga terperangkap sekali.
            Munirah memerhati suaminya yang kelihatan cukup berselera menikmati masakkannya yang ringkas itu. Teringin juga rasa dihati mahu mendengar komen suami tentang air tangannya yang tidak sehebat ibunya itu. Entah cukup ke tidak asam garamnya, dia pun tidak pasti.
            ‘’Encik Firas, ada makanan yang nak saya masakkan?’’ aju Munirah sebelum meneruskan suapannya. Ada ‘muslihat’ sebenarnya.
            Firas Amsyar yang sedang menyenduk nasi tambah, menjeling isterinya. ‘’Pandai ke kau nak masak?’’ perli Firas Amsyar sambil menambah lauk ayam masak kicap kegemarannya itu. Rasanya hampir serupa dengan umi punya masakkan.
            Munirah menyelitkan rambut ke belakang telinga. ‘’Tak cakap lagi apa masakannya mana saya tahu, saya boleh masak ke tidak.’’ Munirah menjawab lembut supaya hormon endorfin dalam tubuhnya dapat berfungsi seperti biasa.
            Firas Amsyar menjeling isterinya sebelum meneguk air masak sedikit. Sedikit sahaja untuk melegakkan saluran pemakanan. ‘’Aku nak makan lauk kampung. Budak bandar macam kau, tahu ke nak masak?’’ tebak Firas Amsyar. Dia tahu isterinya dibesarkan di tengah-tengah bandar raya Johor Bahru. Walaupun nama tempat tinggalnya kampung tetapi suasana pembesaran mungkin tidak cukup elemen kekampungan.
            Munirah terkejut dengan citarasa suaminya. Hai, ingat bandar sangat selera awak, Encik Firas!Munirah menahan gelak di dalam hati. ‘’Nanti saya cuba masakkan ya, encik suami.’’ Munirah membalas selamba dan bersahaja.
            Firas Amsyar menjeling isterinya. ‘’Amboi, beria-ia nampak!’’ ujar Firas Amsyar.
            Munirah tersenyum manis memandang suaminya. ‘’Mestilah. Encik Firaskan suami saya. Mestilah saya nak masakkan lauk favaourite suami saya. Tak gitu, encik?’’ balas Munirah selamba.
            Firas Amsyar tersenyum sinis. ‘’Kau tak nak pakai kereta ke? Kesian pulak aku tengok kau kena balik naik bas hari-hari,’’ aju Firas Amsyar keras dengan muka serius. Dia menukar saluran perbualan.
            Munirah terpaku dengan ayat kedua suaminya. ‘’Encik Firas nak belikan ke?’’ soal Munirah teruja. Dalam masa, dia sudah menikmati makan malamnya.
            Firas Amsyar membulatkan matanya. ‘’Eh, ada aku kata nak belikan ke?’’ balas Firas Amsyar selamba.
            Munirah sudah menarik muka. ‘’Aku belikan kau Viva ajelah. Kereta kecil senang,’’ beritahu Firas Amsyar sebelum sempat membalas apa-apa.
            Bersinar-sinar muka Munirah. ‘’Okey sahaja, encik suami. Terima kasih ya. Sayang awak...’’ ucap Munirah selamba dan nakal! Dia cepat-cepat pergi ke dapur.
            ‘’Tapi ada syaratnya tau,’’ ujar Firas Amsyar sedikit terjerit padahal meja makan dan dapur hanya sekankang kumbang aje jaraknya.
            Munirah kembali semula ke meja makan. ‘’Apa dia, encik suami?’’ tanya Munirah ingin tahu dalam nada mesra. Dia menambah air masak ke dalam gelas suaminya.
            Firas Amsyar menaikkan kening kanannya.’’Kau kena urut badan aku lepas ni. Boleh?’’
            Munirah tidak membuat riak terkejut. ‘Petua nak tawan hati suami kan kata kena urut badan suami?’

[bersambung..jeng..jeng..jeng~] 

10 comments:

  1. hehehehe...suka..suka..tak lama lg banyakla rama2 berterbangan dlm perut...hihi

    ReplyDelete
  2. Terbaik..♡♡♡♡♡
    Nk tahu ksah couple ni selanjutnya...

    ReplyDelete
  3. x sabar nak tggu yg selanjutnye..

    ReplyDelete
  4. Thanks Iman,

    Menarik sangat pengolahan KIT, tak semestinya kahwin tanpa cint.. cinta gagal di pupuk... udah sedar si suami EGO... tak silap sang isteri buang ego... siapa cakap isteri pikat suami salah dan gedik... kalau gedikssss pun dgn yang halal kan... semoga Allah beri petunjuk kepada "harimau jadian" munirah itu... semoga Amelia yg di katakan "CINTA" tu Allah keluarkan "taring" yg tersembunyi

    Good job Iman... keep up .... awaiting ur next n3

    ReplyDelete
  5. hai sis bile nak siapkan nih...x sbr nih...menanti ending

    ReplyDelete

dah baca? terima kasih dan lagi best kalau awak write something here :)