Bab
15
Munirah
tampak cantik apabila menyarungkan kurung Johor fabrik kapas yang dibelinya dua
bulan lepas. Tudung bawal digayakan ala Wardina. Wajah disapu bedak asas dan
sedikit gincu merah jambu lembut dicalit dibibir mungilnya. Setelah puas
melihat wajahnya dan gayanya pada cermin
lalu mencapai beg berwarna hitam itu ke bahu.
Ketika Munirah keluar dari bilik, Firas
Amsyar sedang mengenakan tali leher di ruang tamu di hadapan cermin bersar yang
terdapat di ruang itu. Cermin yang diletakkan bagai menimbulkan ruang besar dan
luas bagi apartment tiga bilik itu. Dia tidak tahu pula suaminya juga bekerja
pada hari ini. Fikir dia, suaminya masih bercuti.
‘’Encik Firas, saya dah sediakan
sarapan. Jemputlah minum. Saya pergi dahulu ya, ‘’ beritahu Munirah sambil
memakai kasut bertumit rendah jenama Bata itu. Kasut yang sangat selesa
digunakannya. Bata, jenama yang jarang diminati oleh orang muda sepertinya.
Tetapi Munirah menyukai jenama kasut itu kerana kualiti dan keselesaan yang
diutamakan oleh jenama antarabangsa itu.
‘’Ada aku kata, kau boleh pergi
sekarang?’’ soal Firas Amsyar selamba dengan tangan masih lagi membetulkan tie
dilehernya. Pagi ini dia mengenakan kemeja lengan panjang berwarna biru muda
dan dipadakan dengan tie berwarna biru tua. Dia mahu ke pejabat pagi ini
walaupun cuti kahwin yang diberi oleh abahnya masih berbaki. Lebih baik
menyelesaikan segala projek yang menguntungkan daripada berehat di rumah.
‘’Okey, sekarang Encik Firas nak saya
buat apa?’’ soalan dijawab soalan!Bagus, Munirah! Hahaha.
‘’Betulkan tie aku ni,’’ arah Firas Amsyar.
Betulkan tie?Tie pun aku tak pernah
pakai macam mana nak betulkan?Mengarut betullah ‘harimau jadian’ ni, gerutu
Munirah.
Dalam keterpaksaan kasut dibuka
semula. Langkah diatur ke arah suaminya.
Dup dap dup...jantung menyanyikan
irama pop rock sekarang ni. Ketinggian lelaki itu yang menyebabkan Munirah
perlu mendongak sedikit. Dengan tangan yang sedikit menggigil dia cuba
merapikan ikatan tali leher seperti yang dilihat dalam drama-drama televisyen.
Ceh, macam pandai aje aku ni! Dapat dihidu haruman minyak wangi lelaki itu.
Hmmm..wanginya! Jenama apalah yang dia guna, tanya hati kecil Munirah.
Firas Amsyar mengambil ‘kesempatan’
itu untuk menilik wajah isterinya yang muda remaja ini dengan lebih dekat.
Ternyata tiada cacat celanya isterinya ini. Sempurrna dan mampu menggetarkan
jiwa lelakinya, namun itu semua terhenti tatkala deringan bunyi telefon bimbit Firas
Amsyar menjerit minta dijawab. Munirah juga selesai dengan tugasnya. Sebelum
menjawab telefon, Firas Amsyar sempat memberi signal supaya Munirah tidak bergerak dari situ.
Munirah pun mengeluarkan telefon
bimbit daripada beg tangannya bagi melihat kalau-kalau ada mesej yang terlepas
dibaca. Perbuatan yang biasa dilakukan walaupun tahu tiada mesej yang tidak
pernah berjawab.
‘’Hai, sayang!I tengah siap nak pergi office ni. Lunch macam biasa ya hari ni.
Okeylah, I’ll call you back.’’ Kata-kata Firas Amsyar tidak sedikit pun
meninggalkan bekas dihatinya. Cemburu lagilah langsung tidak ada! Hati kering
lagi sebab belum ada benih-benih cinta yang menyubur dalam taman hati.
‘’Apa lagi yang kau tercegat kat situ.
Layan aku sarapan sekarang!’’ arah Firas Amsyar dan berlalu ke meja makan
rumahnya. Munirah membuntuti langkah lelaki itu. Dia perlu melayan suaminya
sebaik mungkin.
Air Nescafe yang masih berasap dituang
ke dalam cawan yang berpiring itu. Telur separuh masak dipecahkan dan
diperasakan dengan lada sulah dan sedikit kicap. Roti bakar diletakkan bersama .
Setelah selesai semua itu, Munirah berdiri tercegat melihat suaminya
bersarapan.
Setelah melihat jarum jam yang semakin
menghampiri 7.30 pagi, dia kegelisahan. ‘’Saya pergi dahulu ya, Encik Firas.’’
Munirah ingin berlalu dari situ. Tak akanlah nak menghadap dia makan pula? Lagi
pun masa makin pantas berlalu. Baru naik cuti, tidak mahu terlewat. Cepat-cepat
dia mahu menuju ke pintu yang sudah tidak beberapa langkah.
‘’Ada aku cakap kau boleh pergi?’’
pertanyaan Firas Amsyar mematikan gerak langkah Munirah.
Munirah hanya diam, malas menjawab.
Nasib baik masih awal pagi kalau tidak mesti lambat ke tadika.
‘’Kau duduk sekali teman aku sarapan.
Kau dah sarapan ke belum?’’ tanya Firas Amsyar sejurus itu menghirup air
tangan isterinya itu. Sedap tak manis
sangat dan tak pekat sangat, puji Firas Amsyar dalam hati. Nescafe memang
kegemarannya. Pagi, petang dan wajib
minum.
Munirah hanya mengangguk. ‘’ Bagus,
sarapan tak ingat suami. Mana kau belajar?Kata ikhlas jadi isteri aku,’’ sergah
Firas Amsyar dalam memerli. Munirah sudah pun bersarapan sebelum berpakaian
cantik untuk ke tadika.
Terkejut Munirah yang sedang duduk di
sebelah kanannya. Munirah hanya diam. Mengaku pulak yang kau tu suami aku?,
gerutu Munirah dalam hati.
‘’Encik Firas, saya dah lambat ni.
Takut tak dapat bas pulak nanti,’’ jelas Munirah penuh kerisauan. Munirah perlu
menapak agak jauh untuk sampai ke perhentian bas yang paling hampir dengan apartment suaminya itu.
‘‘’Tak payah risau, aku yang akan
hantar kau.’’Firas Amsyar memberitahu dengan intonasi yang biasa.
Berubah
air muka Munirah kerana sangat terkejut dengan ‘arahan’ suaminya itu. ’ Alamak, dia nak hantar aku!Aduh, bala
betullah pagi-pagi ni! Munirah bermonolog lagi. Munirah cuba memikirkan alasan
untuk ‘mengingkari’ arahan itu. Kalau berdua pasti suaminya akan mencari
peluang untuk menyakitkan hatinya.
Dengan keberanian dia mengangkat punggungnya.
‘’Menyusahkan Encik Firas aje. Saya gerak dahulu ya. ‘’ Munirah dengan berani
bagkit kemudian berjalan dengan laju menuju ke pintu rumah.
Bukaan langkahnya bagaikan ingin
melakukan larian empat kali seratus di track.
Munirah cuba berusaha daripada dihantar oleh suaminya. Dia tidak ingin
meluangkan masa berdua-duaan dengan suaminya ketika dalam kereta. Dia tidak ingin
Firas Amsyar ‘berlagak’ bertanggungjawab dengan gelaran sebagai suaminya. Walhal
antara mereka umpama pelakon drama yang skripnya dan arahannya dimiliki oleh Firas
Amsyar.
Firas Amsyar hanya memerhati Munirah
dengan hujung matanya dan meletakkan cawan bercorak abstrak itu kembali di atas
piring. Dia rasa berang sekali kerana
Munirah berani melawan arahannya. Pantang baginya apabila orang mengingkari
perintahnya. Para pekerjanya cukup maklum dengan sikapnya itu .
‘’ Aku akan hantar kau. Kau tak faham bahasa ke?’’ jerkahan itu mematikan hayunan Munirah.
Munirah yang baru sahaja melepasi
sempadan antara dapur dan ruang tamu terkejut dengan jerkahan suaminya itu.
Nasib baiklah aku tak ada sakit jantung. Kalau tidak tak pasal-pasal mak dengan
ayah sambut jenazah aku tengah hari nanti. Munirah sudah melalut dek suaminya
yang garang semacam.
Pagi-pagi ‘harimau jadian’ dah nak
serang orang ke?Dahsyat betul! Munirah merungut sendiri berdesis marah
nampaknya!
“ ‘Harimau jadian’ aku ni tak akan
lapar lagi kot dah dua biji telur separuh masak dengan dua keping roti bakar aku dah sediakan. Tak cukup kot, maklumlah ‘harimau jadian’ he
he he. Tak apa esok pagi aku buat sarapan lebih sikit ya ‘harimau jadian’ ku
sayang! “ Sempat lagi Munirah membebel sendiri.
Firas Amsyar yang seakan dapat mendengar
isterinya itu bercakap seorang diri.
‘’ Kau dah kenapa cakap sorang-sorang?
Dah mereng ke? Kalau dah mereng cakap, senang aku hantar kau pergi Permai. Dah
dekat sangat dengan rumah aku. Senang sikit kerja aku tak payah menghadap muka
kau lagi!” perli Firas Amsyar selamba. Puas hatinya dapat menyakitkan hati
isterinya pagi itu.
Munirah berasa geram pula dengan
perlian suaminya itu. Dia mengubah posisinya menghadap suaminya. ‘’Mana ada saya cakap apa-apa. Encik Firas
yang ‘sound trouble’ kot? Tak pun Encik
Firas ni ada ‘sixth sense ‘ ya? “ balas
Munirah selamba. Sejurus itu, dia memusingkan wajahnya ke kiri dan tersenyum
gembira dapat membalas serangan ‘musuh’.
Firas Amsyar yang mendengar kata-kata
selamba isterinya yang muda remaja itu terus bercekak pinggang. ‘’Kau cakap aku
pekak pula ya? Nanti kau! Kau tahulah nasib kau nanti.’’ Firas Amsyar membalas
dengan penuh amarah. Tidak disangka isterinya berani mengatanya begitu.
Munirah tidak berasa takut pun dengan
amaran Firas Amsyar itu. Baginya tak
akanlah seorang suami akan mencederakan seorang isterinya disebabkan isterinya
mengatakannya pekak. Tak mungkin, tak mungkin.
‘’Encik Firas nak buat apa kat saya?
Encik Firas nak cium saya ea?” tanya Munirah berani dan ceria.
Firas Amsyar terkejut dengan jawapan
‘brutal’ isterinya itu. Dia mengambil enam langkah ke hadapan untuk mendekati
isterinya yang manis dan ‘nakal’ itu.
Munirah terkedu melihat tindak balas
suaminya. Dia sudah bersedia dengan segala kemungkinan yang akan dilakukan oleh
suaminya.
“ Kalau aku cakap ya macam mana?’’ aju Firas
Amsyar ditelinga isterinya yang ditutupi tudung itu. Terhidu haruman lembut
pada badan isterinya. Wangian yang tidak terlalu kuat. Tidak seperti Amelia
yang menyembur minyak wangi semerbak. Sebatu boleh dihidu.
Munirah sudah berdetak-detak
jantungnya. Berkira-kira mahu melawan lagi tapi takut pula sekiranya harimau
jadian mengaum.
Munirah terpana. Pipinya kirinya
panas. Panas bukan kerana ditampar tetapi diragut lembut oleh bibir suaminya. Dia membundarkan matanya. Panas
wajahnya. Haba seakan melitupi wajahnya.
Firas Amsyar mendekatkan bibirnya
ditelinga isterinya. ‘’Ni baru sikit, Munirah. Kalau kau cabar aku lagi,
tahulah nasib kau. Tunggu aku habis sarapan, lepas tu kita keluar.’’ Firas
Amsyar terus kembali ke meja dan menghabiskan sarapannya.
Munirah masih tergamam. Dia menyentuh
pipi gebunya yang berjaya diragut oleh suaminya. Ciuman itu lembut. Bukan
ciuman kebencian tetapi kenapa ciuman itu tidak ikhlas? Munirah bersoal dengan
dirinya sendiri. Dia berdiri statik. Dia hanya memerhatikan suaminya yang
berselera dengan sarapannya.
‘’Jom, aku hantar kau!’’ ajak Firas
Amsyar setelah bersarapan. Dia mengambil briefcasenya.
Cepat-cepat Munirah membuntuti langkah
suaminya setelah pintu rumah dikunci oleh Firas Amsyar. Kunci spare sudah
menjadi milik Munirah.
***
Suasana
dalam Mazda X6 sunyi sepi. Munirah dan Firas
Amsyar hanya melayani perasaan masing-masing. Firas Amsyar menumpukan
pemanduannya. Mereka berdua bisu. Munirah masih melayani rasa debarnya.
‘’Sampai bila nak kerja kat tadika
tu?’’ soal Firas Amsyar membuka ruang bisu antara mereka.
Munirah yang matanya fokus ke hadapan
menjawab tenang.’’Tengok keputusan upu nanti macam mana. Kalau dapat ambil
degree saya teruskan degree. Kalau tidak saya usaha cari kerja lain.’’
Firas Amsyar menaikkan sedikit Ray
Bannya.”Budak pandai macam kau tak akan tak dapat masuk u,’’ ujar suaminya
tenang juga. Suasana itu umpama komunikasi yang paling baik tercipta antara
mereka dalam usia perkahwinan yang masih hijau itu.
Munirah menoleh memandang Firas Amsyar
di sebelah. Terjongket keningnya. Mesti umi bagi tahu keputusan STPM aku, desis
hati Munirah.‘’Sekarang ni ramai orang pandai,’’ sangkal Munirah tenang.
Pelajar perempuan perlu bersaing hebat untuk menempatkan diri dalam universiti.
Tidak seperti pelajar lelaki, kuantiti mereka sedikit. Pelajar lelaki PNGK 2.75
pun dah lepas untuk dapatkan tempat.
‘’Belum apa-apa dah give up. Apalah
kau ni! Kalau tak dapat ipta aku hantar kau belajar kat private. Pilih aje
kolej yang kau nak. Janji kau belajar betul-betul. Jangan nak main-main cinta
pulak! Aku dapat tahu, siap kau!’’ beritahu Firas Amsyar penuh amaran.
‘Dia tu ada girlfriend aku tak kecoh
pun’, tebak Munirah tetapi hanya dalam hati aje. Tetapi dalam masa yang sama
dia kagum dengan sikap suaminya. Sanggup nak tanggung dia menyambung pelajaran.
Ya Allah, bersyukur sangat! Mungkin ini hikmah-NYA jodohku bersamanya. Munirah
berbisik sendiri.
‘’Baik, Abang Firas oppss... Encik
Firas.’’ Munirah mengusik suaminya bersahaja.
Firas Amsyar menoleh ke arah
isterinya.’’ Jangan gatal-gatal nak panggil aku abang!’’ larang Firas Amsyar
angkuh sekali.
‘’Saya tersasul aje. Tak ada maknanya
nak miang-miang dengan Encik Firas ya,’’ balas Munirah bersahaja dan yakin. Dia
memang sengaja mengusik suaminya.
‘Alah, jangan nanti kau yang merayu suruh bini kau panggil kau ‘abang’.
Jerit satu suara ditelinga Firas Amsyar.
‘’Tak mungkin,’’ tutur Firas Amsyar
tiba-tiba dengan mata yang fokus kepada pemanduan yang tidak sampai setengah
jam itu.
Munirah memandang suaminya dengan muka
yang berkerut. ‘’Apa yang tak mungkin Encik Firas?’’ soalnya ingin tahu.
‘’Tak ada apa-apalah. Aku tak cakap
dengan kau. Cepatlah turun,’’ balas Firas Amsyar dalam bengangnya. Ketika itu
Mazda X6 sudah selamat tiba di hadapan rumah berbandung itu.
‘’Terima kasih ya sebab hantar saya,’’ucap
Munirah sambil melonggarkan tali pinggang kalendar.
‘’Terima kasih sahaja tak cukup!’’
balas Firas Amsyar serius.
Terkedu Munirah seketika. ‘Habis tu
nak cakap apa lagi?’. Tertanya- tanya dia apa lagi yang tidak cukup dengan
ucapan terima kasih itu? Nak peluk cium ke? Tekaan nakal Munirah. Tadikan dah
bagi morning kiss?Munirah bermonolog. Masih terasa haba ciuman lelaki itu di
rumah tadi.
‘’Maksud Encik Firas?’’ soal Munirah
pelik.
Firas Amsyar hanya melemparkan
senyuman sinis. ‘’Kalau aku cakap pun, kau bukannya fahamkan?Budak bawah umur
macam kau ni apalah yang kau tahu. Dahlah aku nak cepat ni. Tak nak salam dan
cium tangan aku?Aku ni kan suami kau?Kata ikhlas jadi isteri aku. Buatlah macam
mana seorang isteri hormatkan suaminya,’’ sinis sekali kata-kata itu ditelinga
Munirah.
Munirah menarik muka empat belas.
Tangan tetap dihulur. Dia memang nak salam pun. Firas Amsyar dengan wajah yang
sinis menyambut huluran tangan Munirah. Munirah mencium tangan Firas Amsyar
seadanya. Dia rasa tenang dapat mengucup tangan kekar suami sebelum memulakan
hari bersama anak-anaknya. Kali pertama ke tadika dapat kucup tangan suami yang
belum tercinta sangat. Kemudian, terus keluar dari perut Mazda X6 berwarna
merah hati itu. Sakit hatinya dengan perangai ‘harimau jadian’ itu.
‘’Hai, good morning Teacher Munirah!’’
jerit seorang kanak-kanak perempuan yang berusia lima tahun yang bernama,
Damia. Anak didik Munirah yang paling ‘ramah’ mulutnya. Teruja dan gembira
terpamer pada wajah comel itu.
‘’Hai, good morning, sayang!” sapa
Munirah mesra dan dibawa tubuh itu ke dalam pelukannya. Memang ini cara mereka
antara guru dan murid bermesra. Peluk dan cium.
‘’Teacher Munirah, rindunya dekat
teacher. Kenapa dah lama tak datang tadika?Teacher tak sayang Damia dan
kawan-kawan lagi ke?’’ tanya bibir comel Damia bertalu-talu.
Munirah tersenyum manis mendengar tiap
soalan daripada bibir kanak-kanak comel itu.
‘’Teacher Munirah sayang sangat dekat
Damia dan kawan-kawan. Teacher ada hal lah sayang, sebab tu teacher ambil cuti lama,’’ terang Munirah
lembut sambil memegang pipi comel itu. Sudah seminggu dia cuti demi
perkahwinannya.
‘’Damia, Teacher Munirah dah kahwin
sayang. So, Damia tak boleh manja lebih-lebih dengan Teacher Munirah sebab
nanti suami dia cemburu!’’ celah satu suara.
‘’Ya ke Teacher Munirah dah kahwin?’’
tanya Damia lagi dengan bibirnya yang muncung-muncung itu.
‘’Kak Nina ni...sempat lagi usik Moon ya.
Damia, jangan dengar cakap Teacher Nina okey?Teacher tetap sayangkan Damia dengan kawan-kawan okey?Damia pergi main
dengan kawan-kawan yang lain okey.’’Munirah memberitahu anak muridnya dengan
penuh kelembutan dan kasih sayang. Damia dengan gembiranya menyertai kawan-kawannya
yang lain. Mereka bermain seketika sebelum memulakan kelas tepat pukul 8.00
pagi.
Tersenyum gembira Munirah melihat
suasana itu. Tenangnya melihat kanak-kanak, desis hati Munirah.
‘’Hai, pengantin baru cepatnya naik
kerja?Tak pergi honeymoon ke?’’ tanya Khairina kepada Munirah dengan senyuman
penuh makna.
‘’Dah seminggu cuti kak...
cukup-cukuplah cuti. Boringlah duduk rumah. Lagi pun suami Moon sibuk. Jadual
dia packed, ’’ balas Munirah dan melangkah masuk ke dalam rumah berbandung dua
tingkat itu.
‘’Boring duduk rumah?Pelik!Setahu
akaklah kalau pengantin baru ni tak nak keluar bilik tau,’’ giat Khairina.
Muka Munirah tetap selamba. Bagi
Munirah kata-kata Khairina tidak memberi kesan kepadanya. Nak buat apa
honeymoon kalau berkahwin pun atas sebab permintaan keluarga atas dasar
membalas budi!
‘’Pandai ajelah akak ni...mentang-mentanglah
dah ada experienced.Akak macam tu ke masa baru kahwin?he he he...’’ sakat
Munirah. Muka Khairina pula yang merah sebab ‘tebakan’ Munirah mengena sasaran!
‘’Dahlah...kita nak kenakan dia, dia
pulak yang kenakan kita!’’ gerutu Khairina dan berlalu ke dapur tadika bagi
melihat juadah yang bakal dihidangkan untuk kanak-kanak bagi sarapan pagi itu.
Munirah
tersenyum sendiri. Dia bergerak ke tingkat atas untuk menuju ke kelasnya.
Teruja untuk bersama ‘anak-anaknya’. Rindu terhadap mereka sudah menggebu bak
putih telur yang dipukul kembang dan gebu.
No comments:
Post a Comment
dah baca? terima kasih dan lagi best kalau awak write something here :)