Pages

welcome


Tuesday, April 22, 2014

PROJEK ENOVEL...BAB 16

BAB 16
Segala kerjanya pada pagi ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna kerana ingatannya asyik diterpa oleh wajah Munirah yang begitu mesra melayan kanak-kanak di tadikanya. Pagi tadi, selepas menghantar Munirah, dia sempat memerhati dari jauh gelagat Munirah berbicara dan memeluk mesra seorang kanak-kanak perempuan yang comel itu. Satu perasaan halus mencuit jiwa lelakinya. Entah sebab apa hatinya bagaikan sudah ‘terjatuh hati’ dengan isteri  yang dinikahi atas permintaan umi dan abahnya, namun perasaan itu cuba dihalau dengan mengingati wajah dan gaya Amelia yang manja dan romantis itu.
          ‘’Aku tak boleh jatuh cinta pada dia!Aku mesti benci dia!” ujar Firas Amsyar sendiri. Dia perlu menghalang perkara tersebut berlaku kepada dirinya. Hatinya tidak akan sesekali ‘tunduk’ kepada isterinya.
          ‘’Hei, pengantin baru dah masuk kerja?Cepatnya naik,’’ sapa Lukman setelah menyedari pejabat Penolong Pengarah Eksekutif itu ada penghuninya. Dia baru sahaja pulang dari tapak projek untuk melihat perkembangan pembinaan lot rumah kos sederhana di Taman Indah Jaya.
          Terkejut Firas Amsyar melihat kemunculan Lukman. Harap sangat kawannya itu tidak mendengar kata-katanya.
          ‘’Aku banyak kerjalah. Banyak projek kita yang masih berjalan. Aku tak boleh duduk rehat. Sakit kepala aku ingat kerja yang tak siap,’’ balas Firas Amsyar sambil matanya fokus melihat quotation yang telah diberikan oleh juruukur bahan, Nazli. Dia perlu meneliti quotation yang telah dibuat oleh Nazli. Firas Amsyar dipertanggungjawabkan oleh abahnya untuk menjadi pengarah projek yang dibangunkan oleh syarikat perumahan mereka.
          Lukman tersengih. Dia sudah pun mengambil tempat di hadapan Firas Amsyar. ‘’Kalau sakit kepala, ada bini kat rumah boleh tolong picit. Aku ni tak ada siapa nak picit,’’ balas Lukman dalam mengusik.
          Firas Amsyar mencebikkan bibirnya. ‘’Kau kahwinlah lagi. Sampai bila nak menduda?Tu Lisa dah lama perhatikan kau,’’ soal Firas Amsyar ingin tahu. Lisa merupakan setiausaha Firas Amsyar. Lisa sudah lama menaruh minat kepada Lukman. Dia cukup faham pandangan dan renungan Lisa terhadap Lukman.
          Lukman sudah tersengih. Dia menjongketkan keningnya.’’Lisa tu seksi sangat.Kalau dapat macam Munirah, aku naklah. Sopan aje. Sejuk mata memandang,’’ beritahu Lukman dengan tersenyum-senyum. Lisa bukan seorang yang bertudung. Lukman menganggap gadis itu ‘seksi’.
          Firas Amsyar berasa tidak senang pula dengan pernyataan itu. ‘’Kenapa, kau ada hati dengan bini aku ke?’’aju Firas Amsyar dalam menahan perasaan.
          Lukman tersengih lagi. Dia meyandarkan tubuhnya pada kerusi empuk itu. ‘’Kalau aku cakap ya, macam mana?’’
          Soalan itu meghentakan ritma jantung Firas Amsyar seketika. ‘’Bukan kau boleh buat apa pun selagi dia isteri aku pun. Tapi kau tak rasa berdosa ke simpan perasaan pada isteri orang?’’ aju Firas Amsyar tenang padahal rasa nak keluar buku limanya itu.
          Lukman senyum. ‘’Sayang juga kau dengan Munirah ya. Baru ‘cuit’ sikit dah nampak dah aura-aura cemburu tu, ha ha ha...’’ tebakkan Lukman mengena.
          “Bila masa pula aku cemburu?Aku tak kuasa nak cemburu. Macam mana dengan projek kita di Taman Indah Jaya?’’soal Firas Amsyar mengalihkan topik perbualan mereka.
          Lukman tahu Firas Amsyar marah tapi dia sengaja mengusik.Dia tahu seego-ego orang lelaki, mereka pantang apabila ‘diusik’ perihal isteri waima isteri itu bukan orang yang dicintai. ‘’Yalah tu...tak nak mengaku tak apa. Jangan nanti nanar pulak sebab kes cemburu! Setakat ni projek kita perjalanan seperti biasa cuma ada masalah sikit dengan bekalan bahan mentah. Pembekal mahukan harga yang tinggi,’’beritahu Lukman tentang pergerakan projek syarikat itu. Dia bertindak sebagai ketua jurutera dalam Teguh Holdings.
          ‘’Kalau macam tu, kita perlu dapatkan sebutkan harga yang berpatutan. Tapi make sure bahan yang dibekalkan mesti berkualiti tinggi. Aku tak mahu projek ini mendatangkan masalah di kemudian hari,’’ arah Firas Amsyar tegas. Dia buat tidak tahu dengan usikkan Lukman. Dia mahu menjaga status syarikat ini. Dia tidak mahu syarikat menanggung kerugian akibat kerosakkan rumah-rumah yang dibina angkara penggunaan bahan mentah seperti simen yang tidak berkualiti tinggi. Rumah yang dibina akan mengalami keretakkan dan sebagainya. Tambahan pula, Firas Amsyar dan Dato’ Arshad sangat mengamalkan integriti. Ini polisi syarikat mereka. Rasuah perkara utama yang menjadi ‘musuh’ bagi syarikat mereka. Rasuah perkara utama yang perlu dielakkan dalam perniagaan. Dato’ Arshad dan Firas Amsyar mahu membina empayar perniagaan yang gah dan ‘bersih’ imejnya.
          Lukman mengangguk-anggukkan kepalanya tanda faham. ‘’Aku tahu. Kau jangan risau. Aku keluar dulu,’’ balas Lukman terus melangkah keluar dari bilik yang luas itu.
          Firas Amsyar meneruskan perhatiannya terhadap quotation yang diserahkan oleh Nazli. Bertindak sebagai pengarah projek, dia perlu meneliti dan memerhati pergerakan projek di bawah pengarahannya.
          ***
‘’Sayang, kenapa dengan you ni?Mengelamun aje? You ingat kat bini you tu ea?’’ sergahan Amelia itu mematikan ingatan Firas Amsyar terhadap Munirah. Mereka baru saja makan tengah hari bersama. Firas Amsyar mahu menghantar Amelia pulang ke pejabat.
          ‘’Buat apa I nak ingatkan dia. Lebih baik ingatkan you lagi bagus!’’ jawab Firas Amsyar mengambil hati Amelia, teman wanita yang begitu dicintai dan disayanginya itu.
          Tersenyum malu Amelia mendengar kata-kata Firas Amsyar itu. Dia yakin Firas Amsyar amat menyintainya dan Munirah tidak mampu menawan lelaki kesayangannya ini. Begitu luka Amelia apabila Firas Amsyar mahu menamatkan hubungan mereka atas alasan mahu menunaikan permintaan umi dan abahnya. Dia yang merayu agar perhubungan yang sudah berbulan lamanya diteruskan. Walaupun dia tahu lelaki itu suami orang.
            ‘’You, malam ni kita keluar nak?’’ soal Amelia manja sekali sambil memaut lengan kiri Firas Amsyar yang sedang memandu.
          ‘’Sorrylah, dear. Malam ni family I ajak dinner kat rumah with my wife. Next time okey?’’ pujuk Firas Amsyar. Amelia sudah menarik muka masam.
          ‘’You ni ada aje dalihnya bila I ajak keluar. Sejak umi you suruh kahwin dengan budak perempuan tu, you terus berubah. Kenapa ya? Bini you ikat kaki you, ea?’’ provok Amelia. Angin dirinya. Sudah sebulan lebih mereka tidak keluar malam cuma lunch bersama setiap hari. Itu pun berpaksa.
          ‘’Dia nak ikat kaki I?Siapa dia nak buat I macam tu, lainlah you.You tak payah ikat kaki I sebab you dah ikat hati I pun,’’ Firas Amsyar berbicara manis sambil mengusap pipi Amelia yang sudah tersenyum malu. Kemanjaan Amelia akan lebih terserlah apabila diusik oleh Firas Amsyar. Sifat itulah yang menawan hati Firas Amsyar untuk mendekati dan menyintai gadis itu. Sifat semulajadi lelaki sukakan perempuan yang manja dan menggoda.
          ‘’I love you, sayang!’’ ucap Amelia manja sambil mecuit hidung Firas Amsyar mesra.
          ‘’Me too sayang..’’ balas Firas Amsyar juga mesra dan mencuit hidung Amelia pula.

***
Firas Amsyar sampai di rumah seawal 6.00 petang. Hari ini, hari paling awal dia keluar dari pejabatnya. Selalunya 6.30 petang baru dia pulang. Fikirannya bercelaru. Dia meletakkan briefcasenya dan tali leher di atas meja makan. Dia terdengar isterinya menyanyi-nyanyi kecil. Lagu dangdut pula itu. Wah, wah, sukanya dia! Tempelak Firas Amsyar dalam hati.
‘’Assalamualaikum. Ini rumah ke kelab dangdut?’’ sergah Firas Amsyar dengan bercekak pinggang. Lengan baju sudah dilipat hingga ke siku. Gayanya tampak berkarisma.
Munirah yang sedang menumis asam pedas ikan pari dalam periuk kaca berjenama Vision itu, menekup dadanya. Terkejut bukan kepalang dia apabila terdengar suara Firas Amsyar. Dia sedang syok menyanyi lagu Semakin Rindu Semakin Asyik. Lagu dangdut yang popular sewaktu dahulu. Lagu yang dipopularkan oleh ratu dangdut negara, Amelia.
Munirah memusingkan tubuhnya menghadap suaminya yang semakin menghampiri ruang dapur basah yang sekangkang kera itu. Dia tersenyum sumbing.
‘’Waalaikumussalam, Encik Firas. Maaflah ya tak perasan encik balik,’’ balas Munirah dalam keadaan denyut jantung laju. Mukanya rasanya semerah lada kering yang sedang ditunggu untuk garing dan pecah minyak di dalam periuk itu. Dia menghulurkan tangan untuk menyalami suaminya.
Firas Amsyar membulatkan matanya. Salam tetap disambut. Munirah tunduk menyalam suaminya.
‘’Mana nak dengar kalau dah ‘melalak’ kat dapur. Kau ingat dapur rumah aku ni kelab dangdut ke apa? Orang kalau masak, berzikir dan berselawat. Bukannya terpekik pekau dekat dapur,’’ perli Firas Amsyar. Dalam perli sempat mengingatkan isterinya yang muda remaja itu.
Munirah tertunduk memandang lantai. Malunya sudah berkati. Dia memusingkan tubuhnya menghadap dapur memasak. Dapur memasak elektrik. Pada mulanya, terkial-kial dia mahu menggunakan dapur itu. Akhirnya dia mahir dengan memahami fungis butang-butang yang terdapat pada badan dapur itu. Dia perlahan-lahan  mengacau bahan kisaran yang semakin garing itu. Dia memasukkan dua keping isi ikan pari sebelum meramas asam jawa. Daun kesum sudah direndam bersama garam untuk mematikan bakteria.
‘’Maaflah encik. Saya bukannya tak berzikir dan berselawat tapi ‘terlepas’ pula lagu tu tadi, ‘’ jawab Munirah perlahan.Tiba-tiba dia teringat sudah lama tidak melepaskan suara di karaoke jamban. Dia dan Aisyah menggelarkan tempat karaoke itu sebagai karaoke jamban kerana ruang yang sangat sempit. Selalunya mereka berdua akan memilih lagu dangdut dan rock kapak apabila berkaraoke. Tidak mainlah lagu cinta yang mendayu-dayu itu.
            Firas Amsyar sudah membuka butang bajunya satu persatu sambil memerhatinya isterinya memasak hidangan makan malam mereka. ‘’Kalau umi tahu perangai kau kat dapur macam ni, menyesal tak sudah dia pilih kau jadi menantu dia.’’ Firas Amsyar menyela  selamba.
            Munirah melakukan kerjanya dengan bersahaja.’’Salah ke nyanyi kat dapur, Encik Firas?’’aju Munirah selamba sambil mengurangkan suhu pada dapur memasak.
            ‘’Salah sebab suara kau tu dahlah tak sedap!Macam suara katak panggil hujan tahu tak!Tapi suara katak lagi sedap kot aku rasa,’’ balas Firas Amsyar selamba dan terus berlalu keluar dari dapur itu.
            Munirah menggigit bibirnya. Geram tidak terkata. Rasanya mahu mencincang Firas Amsyar selumat-lumatnya dan tumis sekali dalam kuah gulai itu.
            ‘’Patutlah kau kena kahwin dengan orang 28 tahun sedangkan kau baru 20 tahun. Inilah puncanya. Orang perempuan kalau nyanyi kat dapurkan dapat suami tua,’’ tempelak Firas Amsyar lagi sebelum menuju ke biliknya.
            ‘’Kaulah orang tua tu,’’ gerutu Munirah perlahan. Sakit betul hatinya.
***
‘’Lepas ni kau tolong picit kepala aku,’’ pinta Firas Amsyar selepas mereka berdua selesai menikmati makan malam bersama. Asam pedas ikan dan sayur khailan goreng bersama sos tiram, menu mereka malam itu.
            ‘’Kenapa, encik?’’ soal Munirah berkerut keningnya. Dia sedang mengangkat periuk kaca berisi kuah asam pedas dan cawan kotor. Pinggan kotor, suaminya mengangkat sendiri ke singki.
            Firas Amsyar sedang mengelap tangan basahnya dengan tisu dapur. ‘’Sakitlah sebab tu aku suruh picit, nenek.’’ Firas Amsyar membalas geram dengan memanggil Munirah, nenek. Dia kekenyangan menikmati air tangan isterinya. Kuah asam pedas yang tidak terlalu pekat dan terasa asam garamnya memang memikat seleranya. Malam ini dia mahu bersantai di rumah setelah beralasan apabila Amelia mengajak dia keluar bersama.
            Munirah sudah membulatkan matanya. Dia sedang mencuci pinggan mangkuk di singki. Dia mengomel-ngomel sendirian.
            ‘’Sedap aje panggil orang nenek,’’ balas Munirah selamba dari dalam dapur basah itu sedikit terjerit.
            ‘’Dah engkau memang macam nenek. Dengan berkain batik dan bersanggul macam tu. Nenek aku kat aku kat kampung pun cun, ‘’ tempelak Firas Amsyar selamba.
            Munirah sudah siap mencuci pinggan mangkuk di singki, menghampiri suaminya yang sudah mengambil tempat di ruang menonton. ‘’Kalau mcam tu, kenapa tak nak kahwin dengan nenek-nenek mana yang cun?’’ tempis Munirah selamba. Dia melihat kain batik Terengganu yang kemas disarungkan dibadannya. T-shirt I Love Bandung yang dihadiahkan oleh Kak Maria juga tampak baru dan ceria. Rambutnya disimpul ringkas selepas menunaikan solat maghrib tadi.
            ‘’Amboi, ada aje ayat kau ya!Dahlah cepat picit kepala aku ni,’’ arah Firas Amsyar dengan mengubah posisi duduk di atas lantai berpermaidani berbulu itu.
            Munirah dengan nak tak nak beralih ke sofa berbentuk L itu. Akhirnya terpaksa akur dengan perintah suaminya itu.
            ‘’Kau guna minyak ni,’’ suruh Firas Amsyar sambil menyuakan minyak lavender itu.
            Munirah membulatkan matanya. ‘’Ini bukan saya punya ke, encik?’’ soal Munirah meminta kepastian.
            Firas Amsyar dengan selamba menarik tangan isterinya ke kepalanya. ‘’Cepatlah picit pakai minyak tu. Aku suka bau minyak itu. Boleh hilangkan stres,’’ beritahu Firas Amsyar dalam menyuruh.
            Bergetar tangan Munirah mahu memulakan urutan dikepalanya. Dia menuangkan sedikit minyak lavender itu di telapak tangan kirinya. Dia sempat menghidu harumannya. Haruman yang cukup menenangkan minda. Dia memulakan urutan diubun-ubun suaminya. Kemudian, dengan lembut jari-jarinya beralih ke dahi dan ke kening. Dia mengurut dengan lembut. Dia melakukannya dengan perlahan dan teliti. Hilang sudah gementarnya. Munirah melakukannya dengan mata yang ralit menonton rancangan sukan didada televisyen.
            Firas Amsyar yang sedang menonton saluran Arena itu semakin selesa dan menikmati urutan lembut isterinya. Isterinya pandai mengurut. Fikirannya yang berserabut dan bercelaru semakin tenang. Munirah pula semakin tekun mengurut kepala suaminya. Urutan itu semakin menjalar ke pangkal tengkuk suaminya. Bahu suaminya turut dipicit lembut.
            Firas Amsyar semakin bertambah selesa dan seronok kerana ‘belaian’ isterinya yang lembut dan penuh kasih sayang itu. Dia memejamkan matanya kerana semakin selesa dan tenang dengan ‘layanan’ lembut isterinya. Baru dia mahu terus ‘menikmati’, isterinya menghentikan gerakan jari-jarinya.
            ‘’Okey dah selesai. Saya nak ke dapur kejap. Nak buat air,’’ pamit Munirah bersahaja. Dua puluh minit masa yang diambil untuk melayan permintaan suaminya itu.
            Firas Amsyar menghela nafas lembut tanda ‘kecewa’. Geram pula dia. Cepat sungguh isterinya mengurut. Sedangkan dia mahu lagi tangan lembut itu memicit lembut tubuhnya yang letih itu. Letih melayani karenah umi dan abah dan Amelia yang semakin menyesak mindanya. Kerja di pejabat juga semakin menimbun dengan tender-tender yang dipertanggungjawabkan atas bahunya. Tanggungjawab tersebut bagai ‘peperiksaan’ yang disediakan oleh abahnya dan para ahli lembaga pengarah untuk melihat kemampuannya untuk menyandang jawatan Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) apabila Dato’ Arshad bersedia menyerahkan urusan syarikat itu dibahu anak sulungnya itu.
            Dia mengangkat punggungnya dan beralih duduk di atas sofa. Dia menyandarkan badannya. Minyak aromaterapi itu menyebabkan matanya semakin kuyu. Dia sudah menguap kecil beberapa kali. Minyak aromaterapi yang sangat sesuai digunakan sebelum tidur bagi mendapat tidur yang nyenyak dan selesa.
            ‘’Encik Firas, ni saya bawakan teh hijau suam. Minumlah. Encik Firas tengah stres sekarang ni. Bagus minum teh hijau. Lagi pun teh hijau kaya antioksidan tau,’’ beritahu Munirah panjang lebar. Teh hijau antara jenis teh yang menjadi kegemaran Munirah kerana haruman dan khasiat yang tinggi. Kandungan antioksidan yang tinggi dalam teh hijau dapat membantu tubuh daripada diserang penyakit seperti kanser. Antioksidan membantu melawan pertumbuhan sel kanser dalam tubuh kita.
            Firas Amsyar yang semakin layu membalas,’’ kau ni pengacara Majalah 3 ke? Letak ajelah air tu. Tak payah nak membebel bagai.’’
            Munirah mencebirkan bibirnya. Sakit hatinya. ‘Kita layan dia baik-baik, dia balas macam ni pula ya,’ gerutu Munirah. Dia meletak perlahan muk berisi teh hijau berjenama Lipton itu dia atas meja berhadapan suaminya itu.
            Firas Amsyar memerhati wajah isterinya yang merah menahan amarah.’’Cuba senyum sikit. Macam tak ikhlas aje aku tengok kau layan aku ni. Aku ni suami kau. Kau kena layan dengan senyuman paling manis,’’ sindir Firas Amsyar selamba sebelum menghirup perlahan teh hijau yang tawar namun mengandungi kalori. Pandai pula isterinya meneka minumannya pada waktu malam. Dia jarang mengambil kafein pada waktu malam. Sesekali ambil juga apabila keluar malam bersama rakan-rakannya.
            Munirah menekur pandangan ke lantai sambil menghirup teh hijau suam-suam kuku itu.
            ‘’Saya masuk bilik dululah, encik. Saya nak rehat,’’ beritahu Munirah lalu meminta diri untuk menyendiri. Dia menyuakan tangannya.
            Pelik Firas Amsyar tapi menyua juga tangannya. Munirah menyalami tangan kekar itu. Dia mengucup perlahan tangan itu.
            ‘’Maafkan segala dosa saya pada hari ini, Encik Firas. Halalkan makan minum saya. Saya tidur dahulu ya. Assalamualaikum,’’ ucap Munirah lembut dan berlalu ke dapur untuk menghantar muk kotor itu.
            Firas Amsyar terpana dengan perlakuan isterinya itu. Dia sangat terkejut. Perlakuan yang aneh baginya. Seingat dia, tidak pernah pula dia melihat uminya berbuat begitu terhadap abahnya sebelum mereka tidur. Tidak tahu pula jika mereka berdua di dalam kamar beradu.
            Firas Amsyar menggeleng-gelengkan kepalanya tanda serabut. Dalam hatinya menerima ucapan isterinya itu. Dia berasa tenang dengan perlakuan itu. Baru dia mahu membetulkan posisinya, muncul semula Munirah di hadapan.
            ‘’Tadi cakap nak tidur? Apahal pula depan mata aku ni?’’ sela Firas Amsyar selamba.
            Munirah menghulurkan sesuatu buat suaminya. Firas Amsyar menjongketkan keningnya, namun tangan tetap jua menyambut.
            Sebuah buku kecil yang berkulit tebal dihulur isterinya. Dia menyelak kulit tebal buku itu untuk mengetahui kandungan buku tebal itu. Bulat matanya apabila melihat sebuah jadual yang dibuat oleh isterinya. Tertera tarikh, markah dan catatan pada tajuk tiga bar jadual yang bertajuk Markah Isteriku Munirah.
            ‘’Apa benda alah kau bagi aku ni, Munirah?’’ aju Firas Amsyar dengan dahi yang berlapis-lapis itu.
            Munirah menarik nafas sebelum bersuara.’’ Itu tugas yang saya nak Encik Firas buat untuk saya. Mudah aje tugasnya. Setiap hari saya nak Encik Firas tulis berapa skala yang saya daripada perseratus pelaksanaan tugas saya sebagai isteri Encik Firas. Bahagian catatan tu, encik boleh tulis apa sahaja kompelin mahu pun kutukan encik terhadap tanggungjawab yang saya laksanakan. Seminggu sekali saya nak tengok apa yang encik tulis. Mudah bukan?’’ jelas Munirah panjang lebar dan tegas.
            Firas Amsyar bangkit dari posisinya. ‘’Apa yang kau merepek ni, Munirah?Kau ingat aku ni cikgu kau ke?Tak ada masa aku nak layan kaulah,’’ herdik Firas Amsyar.
            Munirah mendekati suaminya. ‘’Saya tak merepek, encik. Encik tolong ya buat. Sekurang-kurangnya kalau encik ceraikan saya dan saya berkahwin lagi, saya boleh perbaiki mutu saya sebagai seorang isteri.’’ Munirah bertutur lembut dan tegas lalu beredar meninggalkan suaminya sendirian.
            Firas Amsyar terdiam dengan kata-kata akhir isterinya. Dia memegang buku itu. Dia merenung tajam buku itu. Dia mengenggam erat buku itu.




11 comments:

  1. BAGUS MUNIRAH SAYA SUKA CARA DIA,BEST 3X.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih baby sbb ikuti KTI dan suka dgn Munirah ;)

      Delete
  2. Replies
    1. terima
      kasih, hanna ;) terima kasih sgt2 sudi baca tulisan iman lily yang tak
      seberapa dan biasa2 ni :) hero kita samakan...heee cite hannah pun best
      ;)

      Delete
    2. tqsm juga sebab sudi singgah and baca tulisan saya. saya rasa kita mgkin ada persamaan lain yg kita tak perasan. nice to know u!

      Delete
    3. mestilah baca!best! tak sabar nak jumpa awak ;-) nice to know u too ;-)

      Delete
  3. best sangat...sambung lagi ye...good job ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih saffia :) terima kasih sgt3;) terima kasih add kat fb ;)

      Delete
  4. Wah seronokk :D Tak sabar nak tunggu sambungan hikhik

    ReplyDelete

dah baca? terima kasih dan lagi best kalau awak write something here :)