BAB 13
Firas
Amsyar yang sedang menonton rancangan di Astro terbau nasi ayam yang cukup
membangkitkan nafsu makannya dan tak beberapa lama kemudian terbau pula sesuatu
yang dibakar di dalam ketuhar.
Firas Amsyar cuba mengawal
keinginannya yang mahu melihat apa yang disediakan oleh isterinya di dapur
kerana khuatir dikatakan sangat kebulur oleh Munirah. Dia memang pun sedang
lapar sangat kerana pagi itu sebelum pulang ke rumahnya, uminya hanya
menyediakan sarapan yang sedikit ringan sahaja iaitu jemput-jemput ikan bilis
dicicah dengan sos cili. Umi mungkin kepenatan selepas majlis resepsi jadi
hanya menu ringkas yang disediakan. Walaupun Yanti, pembantu rumah mereka ada
tetapi umi tidak pernah membenarkan Yanti memasak. Umi mahu suami dan
anak-anaknya makan makanan air tangannya sahaja.
Firas Amsyar leka menonton televisyen. Filem
Inggeris penuh aksi itu cukup mengkhayalkannya. Tiba-tiba terjengul Munirah di
hadapannya. Isterinya tampak santai dengan rambut yang ditocang ala ekor kuda.
Gadis itu mengenakan apron yang bercorak buah-buahan dibadannya.
“Encik Firas, boleh makan sekarang.
Saya dah siapkan semuanya. ‘’Munirah memberitahu suaminya dan terus berlalu ke
dapur semula tanpa menunggu balasan daripada suaminya.
Munirah memang tiada rasa untuk
berbicara mesra dengan suaminya. Dia tahu tempat dirinya dalam hati Firas
Amsyar. Dia mendengar segala butir perbualan lelaki itu bersama teman istimewanya
itu. Sayat hatinya. Pilu hatinya.
Firas Amsyar yang sememangnya tidak sabar untuk merasai
air tangan isterinya yang muda remaja itu terus bangun lalu menutup televisyen
plasma 42 inci yang berjenama Samsung itu. Dia menuju ke meja makan yang diletakkan
berhampiran ruang tamu itu.
Munirah sedang merapikan susunan
masakannya yang lengkap bersama salad, sup , sambal cili merah dan air bandung
soda serta pencuci mulut iaitu puding karamel. Firas Amsyar terpaku melihat
meja makan untuk empat orang itu penuh dengan hidangan. Selama ini meja makan
itu tidak pernah meriah sebegitu dengan makanan. Kalau penuh pun dengan makanan
yang dibeli dari pasar malam.
‘’Encik Firas, jemput makan ya. Saya
nak solat zuhur dulu,’’ pamit Munirah dan terus menyelinap ke biliknya tanpa
medengar balasan apa-apa daripada suaminya.
Firas Amsyar pun apa lagi ‘membelasah’
makanan yang terhidang di atas meja itu dengan bersungguh-sungguh. Dia tidak
dapat menyangkal yang isterinya ini pandai memasak walaupun usianya masih muda dan
air tangan isterinya itu kena dengan seleranya.
‘Macam mana dia tahu aku suka makan
nasi ayam dengan ayam panggang madu ni,’ desis hati Firas Amsyar sendiri. Dalam
diam Firas Amsyar memuji air tangan isterinya.
Munirah yang sudah selesai menunaikan kewajipannya
kepada yang Maha Esa, keluar dari biliknya kerana dia juga turut lapar teramat.
‘Hai, tak habis lagi ke orang tua ni
makan? Lama betul. Sempat aku berwirid panjang tadi,’ bisik Munirah dalam hati
apabila melihat Firas Amsyar masih lagi menjamu selera tanpa menyedari
kehadiran Munirah.
Munirah tidak jadi makan sebaliknya
dia sibuk membasuh perkakas dapur yang digunakan olehnya tadi.
“Kau tak makan sekali?’’ tanya Firas Amsyar
sekadar berbasa-basi. Ketika itu, dia sudah selesai makan. Dia ke dapur untuk
mencuci tangannya.
Munirah hanya diam tetapi jari-jemarinya
ligat mengelap dapur memasak.
Firas Amsyar yang rasa tercabar dengan
Munirah bertanya lagi.‘’Kau ni kenapa ha?Aku tanya kau dah tak reti nak jawab
ke, mulut tu tak reti nak guna?” jerkah Firas Amsyar geram soalannya tiada
jawapan.
Firas Amsyar berdiri di sebelah Munirah yang
sedang mencuci tangannya di singki. Dia memerhati wajah isterinya yang
bersahaja.
‘’Maaf, Encik Firas. Saya tak dengar.’’Munirah
menjawab selamba. Dia malas nak ‘melayan’ angin suaminya itu. Tersentuh juga hatinya
dengan soalan yang berbasa-basi itu walaupun sekadar mempelawa untuk makan.
Firas Amsyar geram melihat gelagat
bersahaja Munirah namun, disabarkan hatinya mengenangkan tempoh perkahwinan
kehendak keluarga ini akan berakhir tidak lama lagi. Itu pun jika isterinya
yang menuntut cerai.
‘’Pekak ke?’’ perli Firas Amsyar
selamba.
Munirah yang sedang mengelap tangannya
dengan tuala dapur, menggigit bibir mungil. ‘’Suka hati aje cakap orang
pekak,’’ balas Munirah geram tanpa memandang wajah suaminya.
Firas Amsyar melangkah keluar dari dapur yang
berkonsepkan moden itu.
‘’Dah pekak tak nak mengaku pula.
Nanti aku korek telinga kau tu. Agaknya dah berkati tahi telinga sebab tu tak
dengar,’’ ujar Firas Amsyar selamba. Dia cukup suka menyakitkan hatinya. Dia
tahu gadis itu memang pantang apabila ‘dusik’.
‘’Tak payah. Orang tahu buat
sendiri,’’ balas Munirah berani.
Firas Amsyar hanya menyahut dengan
ketawa kuat dari ruang tamu sambil menyambung semula tontonannya.
‘Giliran aku pula nak makan’, desis
hati Munirah. Sememangnya perutnya juga sudah berkeroncong, maklumlah perut
manusia ini empat jam sekali perlu diisi bukan seperti perut buaya sekali makan
dah kenyang berhari-hari.
Munirah menikmati makan tengah harinya
dengan suasana yang tenang sekali tanpa gangguan sesiapa. Sesekali matanya
mencuri ke arah suaminya yang nampak serius menonton. Dia mengambil ‘peluang’
itu memerhati gerak suaminya daripada jauh. Dari tepi raut wajah lelaki itu
tiada celanya. Sempurna.
Dia
tenang menikmati makananannya sendirian namun, ketenangan yang dinikmati tidak
lama. Terdengar loceng apartment Firas berbunyi menandakan ada tetamu yang
tidak diundang. Munirah tetap selamba
menghabiskan hidangan tengah harinya.
Firas Amsyar yang mendengar loceng
rumahnya berbunyi, bangkit. Dia melintasi meja bulat yang berada berdekatan
yang berdekatan hadapan ruang tamu. Dia tidak mengerling ke arah isterinya.
Munirah kelihatan berselera sungguh menikmati makanan.
Terdengar suara ibu mertuanya dan adik
ipar yang lebih berusia daripadanya, Fatin Lufya berbicara dengan Firas Amsyar.
Cepat-cepat Munirah menghabiskan suapan terakhirnya. Belum sempat suapan
terakhir masuk ke dalam mulutnya, terjengul wajah ibu mertuanya dan adik
iparnya di meja makan itu.
‘’Hai, menantu umi baru makan ke?’’
tegur Datin Nora dengan senyuman manis
terukir dibibir. Fatin Lufya yang berdiri disisi ibunya tersenyum melihat kakak
iparnya yang muda remaja itu seakan gelabah.
Munirah cepat-cepat menghabiskan
makanannya. Dia membawa pinggan ke dapur basah. Dia mencuci tangan dengan
seberapa segera. Dia kembali ke meja makan lalu menghulurkan tangan untuk
berjabat dengan ibu mertuanya dan adik iparnya. Datin Nora menyambut salam
menantunya itu dengan mesra. Fatin Lufya sekadar bersalam biasa dengan kakak
iparnya. Jika sebelum ini, pasti Munirah mengucup tangannya. Status mereka kini
berubah.
‘’Umi dan Fatin jemputlah makan, saya
masak biasa-biasa aje,’’ jemput Munirah sambil mengambil gelas dikabinet
bersebelahan peti sejuk.
‘’Umi dan Fatin dah makan dah. Tapi
tengok apa yang Munirah masak ni, umi dengan Fatin rasa macam nak makan lagilah pulak. Teringin umi nak rasa masakan
menantu umi ni,’’ jawab Datin Nora mesra. Datin Nora dan Fatin Lufya melabuhkan
punggung di kerusi berwarna hitam itu.
‘’Eh,umi ni dia yang teringin sangat
nak rasa masakan menantu dia kita pulak yang kena!’’ sampuk Fatin Lufya mengenakan
uminya.
Munirah hanya ketawa kecil melihat
telatah dua beranak itu. Sebenarnya dia canggung untuk bergaul dengan
mereka,tidak tahu layanan seperti apa yang perlu diberi terhadap mereka. Mereka
orang yang ada class bukan seperti
keluarganya yang biasa sahaja.
‘’Umi, Fatin jemputlah makan,’’ jemput
Munirah lagi sambil meletakkan pinggan dan sudu garfu di hadapan mereka.
‘’Munirah tak payah sudu dan garfu ni.
Umi dengan Fatin suka pakai tangan aje masa makan,’’ beritahu Fatin Lufya yang
memanggil Munirah dengan panggilan nama sahaja dan dengan mesra membahasakan
dirinya sebagai Fatin. Kalau sebelum ini, Munirah memanggilnya Kak Fatin.
‘’Tak apalah. Jemputlah makan.’’
Munirah mempelawa lembut.
Datin Nora tersenyum melihat Munirah
melayan mereka berdua. Dalam hati kecilnya, dia yakin pilihan yang dibuat memang tepat
kerana Munirah memiliki ciri-ciri menantu perempuan yang baik walaupun usianya
masih muda.
Datin Nora dan Fatin Lufya berselera
menikmati air tangan Munirah.
‘’Pandai Munirah masak. Sedap betul
nasi ayam ni,’’ puji Datin Nora sambil mengelap tangannya dengan tisu. Fatin
Lufya masih lagi enak menikmati nasi ayam madu masakan kakak iparnya. Tidak
disangka badan yang kecil molek itu berselera besar.
Munirah hanya tersenyum malu mendapat
pujian daripada ibu mertuanya itu.
‘’Biasa aje masakan saya. Umi punya
masakan mesti lebih sedap maklumlah umi lebih dulu makan garam. Betul tak,
Fatin?’’ ujar Munirah cuba mencipta perbualan yang mesra bersama mereka dengan
bertanya kepada Fatin Lufya.
Fatin Lufya yang sedang mencuci tangan
di singki mengeyakan kata-kata kakak iparnya itu,’’ betul tu Irah. Umi punya masakan
memang terbaiklah,’’ beritahu Fatin Liyana sambil menunjukkan ibu jarinya.
Ketawa kecil Munirah dan Datin Nora
melihat gaya kartun Boboboi yang dibuat oleh Fatin Lufya.
‘’Yalah tu Fatin. Pandailah kamu nak
bodek umi. Kamu ingat umi tak tahu yang kamu dah berkenan sangat dengan handbag
yang kita tengok dekat City Square tadi,’’ ujar Datin Nora bersahaja.
‘’Kalau umi dah tahu baguslah. Umi
belanja Fatin ea..’’ pujuk Fatin Lufya dengan gaya manja sambil memegang bahu
uminya daripada belakang. Dia sudah pun selesai menikmati makanannya.
‘’Mintalah dengan abah,’’ usul Datin
Nora.
‘’Umi ni macam tak tahu perangai abah.’’
Fatin Lufya cukup faham perangai bapanya yang cukup tegas soal pemberian duit
kepada anak-anak. Adik-beradiknya tidak dapat berbelanja mewah walaupun mereka
anak orang berada kerana umi dan abah
tidak mengajar mereka dengan kemewah-mewahan dan pembaziran.
Munirah sibuk menghidangkan puding karamel
buatannya buat mereka. Dia hanya membiarkan dua beranak itu berbual. Firas Amsyar
yang berada di ruang tamu tidak mempedulikan langsung ibu dan adiknya yang
berada di meja makan ketika itu.
‘’Tahu pun kamu perangai abah. Duit hari
itu abah bank in ada lagi?’’ soal Datin Nora sebelum meyuapkan
puding karamel air tangan menantu perempuannya itu.
‘’Ada lagi. Tapi umi tahulah nak masuk
semester baru ni everthing is new okay,’’
balas Fatin Lufya.
Munirah hanya diam mendengar perbualan
dua beranak itu tak berani menyampuk. Munirah tahu Fatin Lufya merupakan pelajar
Jurusan Perubatan sebuah universiti di Bandung, Indonesia.
‘’Kamu jangan nak ikutkan sangat orang.
Pakai dulu apa yang ada. Nantilah sebelum naik cuti ni kita pergi beli beg tu,
umi belanja.’’ Datin Nora cukup faham perangai anak daranya itu yang gemar
membeli beg baru setiap kali muncul semester baru dan kalau boleh semua benda
nak baru.
Fatin Lufya sudah tersenyum simpul
gembira benar hatinya apa yang dihajati bakal terlaksana. Sudah
terbayang-bayang beg kulit itu
dibahunya.
‘’Tak habis-habis dengan beg anak dara
umi ni.’’ Suara Firas Amsyar yang muncul dari ruang menonton itu menganggu
ketenangan hati Munirah.
Ketika itu, dia sedang meyediakan minuman panas
buat mereka bertiga di kabinet yang tersedia segala jenis serbuk minuman. Firas
Amsyar melabuhkan punggungnya bersebelahan Fatin Lufya dan sempat pipi adiknya
dicubit. Terjerit kecil Fatin Lufya.
Munirah terusik melihat kemanjaan yang
ditunjukkan oleh Firas Amsyar buat adik bongsunya itu. Teringat dia akan abang
sulungnya, Mahadzir yang semakin renggang hubungan mereka selepas Munirah
mengambil keputusan untuk menerima pinangan daripada Dato’ Arshad dan Datin
Nora. Mungkin abangnya berasa bersalah atas kesilapan percaturannya menyebabkan
adik perempuannya perlu menjadi mangsa. Tidak terlintas rasa marah Munirah
terhadap abang sulungnya, cuma dia terkilan dengan sikap ketidakbijaksanaan
abangnya dalam pengurusan kewangan. Lebih-lebih lagi melibatkan perjanjian
pinjamanan dengan bank.
‘’Alah abang ni...nak minta abang
belanja tak boleh lagi dah. Maklumlah orang dah ada isteri,’’ usik Fatin Lufya.
Abang sulungnya itu memang tidak kedekut soal wang ringgit. Apa sahaja yang
dimintanya pasti abangnya beri.
‘’Munirah tak kisahkan. Betul tak,
sayang?’’ soal Firas kepada Munirah yang sedang mengambil cawan di dalam
kabinet itu.
‘’Ya...’’ balas Munirah pendek sahaja.
‘Apa hal pulak dengan dia ni nak bersayang-sayang dengan aku. Ni mesti nak ajak
aku berlakon ,’ desis hati Munirah. Agak-agaknya aku ni mampu ke tidak jadi
pelakon wanita terbaik macam Ellie Suriaty? Munirah bermonolog sendirian. Dia
tahu, dia perlu memainkan wataknya dengan baik mengikut skripnya sendiri dan
pengarah terbaik industri seni ialah Firas Amsyar!
Datin Nora tersenyum mendengar betapa
mesranya Firas Amsyar menyapa Munirah dan tiba-tiba dia terfikir sesuatu. ‘’ Firas nak bawa Munirah pergi honeymoon
kat mana?’’
Firas Amsyar terkedu dengan pertanyaan
yang dibangkitkan oleh ibunya. Sememangnya tidak terlintas di mindanya untuk
membawa Munirah ke mana-mana. Tiada aktiviti honeymoon bagi perkahwinan ini. Asyik bertikam lidah aje kerjanya, ada hati
nak bercuti berdua. Haru pula jadinya.
‘’A’ahlah, bang. Bawaklah Munirah
pergi honeymoon kat pulau-pulau ke?Manalah tahu tahun depan umi dengan abah
dapat title baru,’’ usik Fatin Lufya.
‘’Title apa Fatin?’’ tanya Datin Nora pelik dia gagal menangkap maksud
sebenar bicara anak gadisnya yang berusia 23 tahun itu namun, setelah melihat
kenyitan mata Fatin Lufya barulah dia tersenyum simpul.
Munirah faham apa yang dimaksudkan oleh
Fatin Lufya. ‘Anak?Aku nak ada anak dengan Firas?Tak mungkin sama sekali, jerit
hati kecil Munirah.
‘’Betul tu cakap adik kamu tu, Firas.
Umi dengan abah dah tak sabar nak jadi datuk dan nenek ni,’’ provok Datin Nora dalam
masa yang sama cuba melihat reaksi Munirah yang kelihatan bersahaja bagaikan
tidak terusik dengan apa yang diperkatakan oleh mereka.
‘’Nantilah dulu umi. Firas banyak
kerja sekarang ni.’’ Firas Amsyar memberi alasan. Projek syarikat abahnya masih
berlambak yang belum selesai. Kebanyakan projek tersebut di bawah
tanggungjawabnya.
‘’Kerja, kerja juga, Firas. Setahu umi
abah bagi kamu cuti dekat dua minggukan? Apa lagi ambillah peluang kenal hati budi
masing-masing.’’ Lembut bicara Datin Nora. Dia sedar Munirah dan Firas
memerlukan masa untuk menyesuaikan diri sebagai suami isteri.
‘’Nantilah Firas fikirkan dulu umi.’’
‘’Tak payah nak fikir-fikir. Esok kamu
bawa Munirah pergi Pulau Pangkor. Resort yang kita duduk masa Family Day
company abah tu pun okey.’’Datin Nora memberi cadangan.
Bercuti berdua dengan harimau
jadian?No way, jerit hati Munirah.
‘’Umi, kami tak boleh bercuti sebab
Munirah esok dah kerja.’’ Pantas Munirah menyelematkan diri daripada situasi.
‘’Kerja?Munirah masih lagi kerja dekat
tabika swasta tu?’’ tanya Datin Nora bagi mencari kebenaran kata-kata
menantunya itu. Dia gusarnya sekiranya anak menantunya itu ‘berpakat’ tidak
mahu berbulan madu.
‘’Ya, umi.’’ Munirah pantas. Ya,
memang benar ketika ini Munirah masih lagi meneruskan pekerjaan sambilannya
sebagai guru tabika sementara di sebuah tabika swasta.
Datin Nora nampaknya tidak berpuas
hati. ‘’Munirah dah kahwin dengan Firas. Umi rasa Munirah dah tak perlu kerja,
tumpukan pada rumah tangga. Umi bukan nak masuk campur. Tapi tak nak menantu
umi ini bersusah payah nak mencari duit sebab Firas mampu tanggung Munirah.
Betul tak, Firas?’’ ujar Datin Nora panjang lebar.
‘Nampaknya habislah aku kali ni, tak
akanlah nak menghadap muka ‘harimau jadian’ ni 24 jam?’ desis hati Munirah.
‘’Betul tu, umi.’’ Firas menjawab yakin.
‘’Tapi Munirah dah janji nak tolong
mak dengan ayah. Adik-adik pun masih sekolah lagi,’’ terang Munirah. Munirah
masih mempunyai dua orang adik yang masih bersekolah diperingkat menengah iaitu
Mazni di tingkatan empat dan Mazlan di tingkatan satu.
‘’Munirah jangan risau pasal tu. Nanti
every month abang akan bagi mak duit belanja sekolah Mazni dan Mazlan,’’
beritahu Firas Amsyar mesra dan lembut.
‘Abang?Dia gelarkan diri dia
abang?Biar betul?’ persoalan melatari fikiran Munirah.
‘’Tapi apa salahnya Munirah kerja . Sekurang-kurangnya
tak adalah bosan duduk kat rumah ni siang-siang hari,’’ tutur Munirah
mengharapkan pengertian suaminya dan ibu mertuanya. Fatin Lufya hanya diam dan
tidak berminat untuk masuk campur dalam ‘perbincangan’ tersebut baginya itu hal
rumah tangga abangnya dan tiada hak untuk dia bersuara.
‘’Abang izinkan Munirah bekerja tapi make
sure jangan lupa tanggungjawab Munirah sebagai isteri.’’ Kata putus Firas Amsyar
itu amat mengembirakan Munirah.
‘’Terima kasih, a..a..abang.’’ Munirah
mengucap terima kasih dengan sedikit
tergagap kerana memanggil Firas Amsyar dengan panggilan ‘abang’ dengan senyuman
simpul dibibir.
‘’Kalau dah itu keputusan Firas umi
tak kisah tapi umi harap Firas dan Munirah reda menerima jodoh ini ya.
Belajarlah untuk mengenali dan mencintai masing-masing. Besar harapan dan
impian umi nak tengok Firas dan Munirah bahagia bersama.’’ Datin Nora menitip
nasihat dengan panjang lebar Datin Nora tentang harapan dan impiannya terhadap
anak dan menantunya.
‘’InsyaAllah, umi.’’Munirah menjawab
lembut. Berlakon tak habis-habis aku ni menyampah betul jadi orang hipokrit
hari ini, gerutu Munirah dalam hati.
‘’Umi jangan risaulah tahulah Firas
jaga rumah tangga Firas.’’ Firas Amsyar pula mencelah sambil memegang tangan
uminya.
Datin Nora berharap benar agar
pasangan ini dapat menjadikan rumah tangga itu berkekalan buat selamanya. Dia
mahu mereka bahagia hidup bersuami dan beristeri.
No comments:
Post a Comment
dah baca? terima kasih dan lagi best kalau awak write something here :)