Bab
14
Malam
itu, setelah menikmati makan malam dan mengemas dapur Munirah merebahkan tubuh
langsingnya di atas katil bertiang empat buatan kayu jati itu. Lega rasanya
dapat merehatkan diri. Penat melayan ibu mertua dan adik iparnya masih terasa,
maklumlah kena berlakon jadi pasangan yang gembira dan reda dengan jodoh yang
ditentukan oleh orang tua. Ya Allah, ampunkanlah dosa aku sebab berlakon depan
mak mertua aku, doanya kudus. Sungguh penat berlakon! Tak suka tapi terpaksa.
Lakonan yang dimulakan oleh suaminya.
Sedang seronok melayan perasaan
sendiri, bunyi telefon bimbit berjenama
Samsung itu mematikan segala lamunannya. Tertera nama sahabat baiknya, Aisyah.
Tersenyum manis dan gembira melihat nama kesayangannya pada skrin telefon pintar
itu.
‘’Assalamualaikum, Puan Munirah
Haron.’’ Aisyah menyapa mesra sekali dalam nada
mengusik.
‘’Waalaikumussalam, Cik Aisyah Nordin.
Aku dah ada title ‘puan’ kau belum lagi, he he he...’’ jawab Munirah mesra
juga. Sempat mengusik Aisyah.
‘’Yalah... aku ni tak laku macam kau.
Belum apa-apa orang dah sambar!ha ha ha...’’ ketawa besar Aisyah dengan
kata-katanya sendiri.
‘’Alah, kau tu yang jual mahal dulu.
Cikgu Hafiz nak masuk meminang kau, kau tipu dia dah ada tunanglah apalah...’’
Munirah membuka kembali kisah Cikgu Hafiz, guru sandaran yang pernah mengajar
mereka ketika di tingkatan 6 Atas yang
kini bertugas sebagai peguam di sebuah syarikat pembinaan. Lelaki itu bertindak
sebagai pegawai undang-undang bagi syarikat itu. Peguam yang akan menjadi
pemerhati dan juga penyedia bagi setiap kontrak perniagaan.
‘’Kau ni...jangan sebut nama dia
lagilah tension aku ingat ‘orang tua’ tu...’’ larang Aisyah. Kalau boleh dia tidak ingin
langsung mengingati bekas gurunya itu. Lagikan pula, dia tidak pernah menyimpan
sezarah pun perasaan terhadap Hafiz.
‘’Orang tua kau panggil dia?Dia muda
lagi tau baru 26 tahun apa kata orang tu, bujang trang tang tang!hahaha...’’
balas Munirah diiringi ketawa terbahak-bahak.
Mereka jika berbual memang riuh dibuatnya walaupun
melalui telefon. Kalau bertemu tak
mungkin sejam pasti berjam-jam. Kalau masing-masing ke rumah salah seorang,
mesti dari tengah hari bawa ke lewat petang. Ibu bapa mereka cukup tahu akan
keakraban mereka berdua. Bagai isi dan kuku. Persahabatan yang dibina sejak
usia tujuh tuhun terus mekar hingga sekarang usia mereka 20 tahun.
‘’Dia tetap tua bagi aku!Titik.’’
Aisyah bertutur dengan serius. Tidak tahu mengapa sahabatnya itu sangat
membenci Cikgu Hafiz sedangkan lelaki itu punya pakej yang lengkap untuk
bergelar seorang suami. Tampan, berpendidikan tinggi, berketurunan baik dan
sempurna agamanya.
‘’Kira kau kata, laki aku pun tualah
ya?’’ tanya Munirah perlahan bunyinya seakan terasa dengan kata-kata Aqmalina.
Dia tahu beza umurnya dan suaminya, Firas Amsyar
ialah lapan tahun. Jarak yang jauh. Sebelum mengambil kata persetujuan untuk
menerima pinangan Dato’ Arshad dan Datin Nora, dia ada terfikir beza usia
antara dirinya dan Firas Amsyar. Tapi mengenangkan itu semua hanya angka. Dia
fikir mungkin dengan jarak usia yang jauh, Firas Amsyar akan dapat menerima dirinya namun,
semua itu hanya angan semata-mata. Kata-kata amaran suaminya pada malam pertama
perkahwinan mereka dirumahnya tak akan
dilupakan buat selama-selamanya. Sampai mati pun dia akan ingat.
Aisyah menggigit bibirnya sendiri. Dia
akui bibirnya itu memang tidak makan saman kalau bercakap, laju sahaja.
Mulutnya memang macam bertih jagung. Kata orang mulutnya itu macam Sharifah Shahira, pengacara terkenal
itu. Kelemahnya ialah cakap dahulu baru fikir. Inilah akibatnya.
‘’Laki kau lainlah...dahlah handsome anak
orang kaya pulak tu. 28 tahun tak adalah tua sangat,’’ pandai Aisyah mengatur
susun katanya.
‘’Pandailah kau. Dah 28 tahun tak tua
ke tu?Yang kaya bapa dia, bukan dia.’’ Munirah membalas selamba.
‘’Taklah. Lelaki umur macam inilah
yang paling sesuai untuk dia orang kahwin. Dah matang dan stabil dari segi
ekonomi. Alah, harta bapa dia kalau tak turun pada dia nak bagi pada siapa?
Anak sulung pula tu,’’ sanggah Aisyah panjang lebar.
‘Amboi, makcik ni kalau bercakap kalah
pakar motivasi!’,bebel Munirah dalam hati.
Munirah sudah mencebikkan bibir. ‘’
Aku kahwin dengan dia bukan sebab harta. Aku kahwin dengan dia sebab aku
kasihankan mak dan ayah aku. Malu dia orang kalau aku tolak pinangan itu. Mereka
dah terhutang budi aku ni anak kenalah berkorban sikit. Walaupun aku tahu
pengorbanan aku ni akan mencampakkan aku dalam kehidupan rumah tangga yang tak
pasti. Aku tak pernah terfikir pun akan bertemu jodoh dengan cara macam ini.’’ Munirah
meluah rasa hatinya yang tiada sesiapa mengetahuinya kecuali Dia.
Entah sebab apa malam ini bibirnya
ringan meluahkan rasa dihati. Tidak perasan tubir matanya sudah bergenang. Sejak
bergelar isteri orang ini jiwanya begitu sensitif mudah benar hatinya
tersentuh. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan perkahwinannya. Agaknya betullah
kata orang, apabila seseorang perempuan itu bergelar isteri jiwanya lebih sensitif.
Walaupun perempuan tersebut seorang yang
nampak keras daripada luarannya.
Asyik-asyik tersentuh walaupun kadang-kadang
sesuatu perkara itu nampak remeh dasarnya. Menjadi seorang isteri itu perlu ada
rasa sensitiviti sebab dalam menjalankan tanggungjawab nilai kasih sayang dan perasaan
perlu kuat sebab wanitalah tulang belakang dalam pembinaan sebuah keluarga yang
berkat, mawaddah dan waramah. Isteri yang sensitif boleh memahami gerak zahir
dan batin suami dan anak-anak. Itulah
kelebihan yang ALLAH S.W.T kurniakan kepada kaum hawa.
Terdiam Aisyah mendengar luahan yang
lembut tapi penuh dengan maksud yang mendalam berserta emosi. Dia turut
bersimpati dengan takdir sahabatnya itu. Sebagai sahabat dia hanya menyokong
apa sahaja yang dibuat oleh sahabatnya. Dia tahu, dia merupakan sebahagian
kekuatan Munirah. Kasih sayang mereka berdua bagaikan ada aliran darah yang
sama dalam tubuh mereka. Instinct mereka berdua kuat. Ikatan kimia dalam
persahabatan itu bagaikan bersifat relatif yang tidak boleh dipisahkan lagi.
Ketika zaman persekolahan mereka, ramai yang mencemburui persahabatan mereka
berdua.
‘’Irah, kau sabar ya. Aku tahu jodoh
kau memang dengan Firas Amsyar cuma cara kau berdua disatukan itu yang sukar
untuk diterima oleh kau orang berdua. Aku percaya satu hari nanti pasti ada
kebahagian buat kau orang. Dahlah... chill
lah babe. Don’t be sad, darling, Because I’’ll always be on your side.’’Aisyah
bertutur dengan penuh semangat bagai
menyalurkan aliran semangat dalam diri Munirah.
Munirah terharu dengan kata-kata semangat
yang dilontarkan oleh Aisyah. Semakin bertambah sayangnya buat Aisyah. Bibirnya
mampu mengukir senyuman walaupun tawar dan tiada perisa.
‘’Kalau betul ini jodoh aku harapnya
berkekalan, ya. Terima kasih, Syah sebab kau sentiasa ada di sisiku aku selama ini. Aku sayang kau plus plus plus, okey! He he he..’’
Munirah sudah kembali ceria. Munirah ini memang seorang pelik sebab moodnya
akan cepat berubah. Kalau tengah-tengah sedih dia masih mampu mengeluarkan
tawa.
Ketawa kecil Aisyah mendengarnya. ‘’Plus, plus, plus kau ingat ini result
SPM ke? Suami kau mana? Dia baik tak dengan kau?’’ tanya Aisyah cuba mengetahui
perkembangan kehidupan suami isteri itu.
Munirah yang sedang menyelak majalah
INTREND yang baru sahaja dibelinya tengah hari tadi ketika ke Pasar Kip Mart menghentikan
gerakan jari-jemarinya. Apabila Aisyah menyebut tentang Firas Amsyar, moodnya terus
berubah. Sakit hatinya dengan sikap hipokrit lelaki itu terhadap dirinya
apabila bersama keluarga mertuanya. Berpura-pura melayannya dengan baik
bagaikan dialah suami mithali. Munirah tertekan dengan semua itu. Dia tidak
pernah terfikir mimpi ngeri ini akan berlaku dalam hidupnya. Bersuamikan lelaki yang tidak menyintai dan menyayanginya
umpama menjerat dirinya sendiri.
‘’Dia ada kat hall tu tengok tv. Baik? Bolehlah...cuma kita orang macam orang
asinglah. Kau jangan tanya pasal dia boleh tak? Menyampahlah aku dengan
‘harimau jadian’ itu. Asyik tunjuk muka berlagak dan garang semacam dengan aku.
Macam aku ini pula yang terhegeh-hegeh nak kahwin dia. Dia ingat aku suka
sangat tengok muka dia. Nasib baiklah handsome. Tak adalah sakit hati sangat. Kalau
muka macam pecah rumah confirm I tak setuju you nak kahwin dengan dia! Ha ha ha....’’
cerita Munirah riuh disusuli dengan ketawa nakalnya. Riuh sungguh perbualan dua
sahabat itu bagaikan bertemu empat mata. Padahal, hanya melalui corong telefon.
Aisyah sudah terbahak-bahak ketawa. ‘’
Kau panggil dia ‘harimau jadian’?” tanya Aisyah lagi dengan ketawa yang masih
bersisa. Sakit perutnya menahan gelak.
‘’Sesuailah tu dengan perangai dia,’’
jawab Munirah selamba. Tangannya mengurai-uraikan rambut panjangnya yang
melepasi bahu itu.
‘’Amboi, kutuk laki sendiri ya!’’ usik
Aisyah lagi.
Munirah bangun daripada
pembaringannya. Dia bergerak ke hadapan meja solek sambil melihat pantulan
wajahnya pada cermin. ‘Hai, muka macam ni pun suami tak berkenan juga!’ Sempat
Munirah bermonolog sendiri. Rambut panjangnya disikat untuk melancarkan peredaran
darah dikepalanya.
“Bukan kutuk tapi mengata!’’ seloroh
Munirah diiringi ketawa kecil.
‘’Samalah tu Puan Munirah.’’ Aisyah mengenakan sahabat baiknya itu.
‘’Dahlah... tak nak cerita lagi pasal
‘harimau jadian’ tu ya. Aku rindu kaulah. Kau tak rindu aku ke? Jom,
ronggeng!’’ ujar Munirah dengan suara
manjanya. Dia mengubah topik perbualan mereka. Dia mahu mengajak sahabat
baiknya itu keluar bersama. Istilah ‘ronggeng’ diguna pakai oleh mereka berdua
selama ini.
‘’Hai, dah ada suami pun rindu kat aku
jugak ke?he he he. Rindulah, babe. Mahu tak rindu kat kau. Dah lama kita tak
jumpa sejak kau jadi Mrs. Firas. Aku free
aje maklumlah penanam anggur macam aku apalah yang sibuk.’’ Aisyah mengambil
keputusan untuk membantu ibunya yang berniaga di gerai yang terdapat kampung
mereka sahaja semasa menunggu keputusan
STPM. Lagikan pula ibunya memberinya gaji. Sama juga gayanya kalau dia makan
gaji dengan orang lain. Menolong ibunya lagi mendapat pahala. Punca rezeki
mereka sekeluarga juga setelah kematian ayahnya akibat kemalangan jalan raya.
‘’Dah kau kawan baik aku tak akan tak
rindu. Suami tetap suami. Kita jumpa ya
nanti apa-apa hal aku roger kau ya. Okeylah, aku nak solat isyaklah dah lewat
dah ni. ’’ Munirah meminta untuk mengakhiri perbualan mereka kerana dia masih
belum menunaikan solat isyak setelah mengemas dapur tadi. Waktu Isyak sudah
masuk hampir setengah jam yang lalu.
‘’ Okey nanti kau roger aje aku. Kau
solatlah ya, aku cuti. Assalamualaikum. ‘’ Aisyah mengakhiri perbualan mereka malam
itu.
Setelah meletakkan telefon bimbitnya
di atas meja solek buatan kayu jati itu dia terus menuju ke bilik air yang terdapat di luar
bilik itu . Wuduk diangkat, telekung dipakai dan terus menunaikan kewajipan
kepada Yang Maha Pencipta.
***
Munirah
cuba memberi kosentrasi yang terbaik dalam sujudnya kepada PENCIPTA. Hanya
solat yang mampu menghilangkan segala duka dalam dirinya. Solat merupakan
hubungan intim antaranya dan DIA. Dalam solatnya dia memanjatkan doa kudus agar
segala dosanya diampunkan oleh-NYA. Dia masih ingat ketika usianya sembilan
tahun, ustazah sekolah agamanya telah mengingatkan dia dan kawan-kawannya agar memulakan
doa tentang jodoh seawal usia masih kecil kerana doa yang diulang-ulang itu
pasti dikabulkan Allah s.w.t. DIA telah berjanji kepada hamba-NYA setiap doa
itu pasti AKU kabulkan dengan syarat kita sebagai hamba-NYA perlu istiqamah
dalam berdoa.
Bermulalah saat itu, setiap kali lepas solat
fardu Munirah pasti berdoa agar jodohnya
dipermudahkan dan seterusnya ‘dikirimkan’ dengan suami yang soleh, beriman dan
berakhlak baik. Tidak disangka jodohnya telah dipermudahkan dengan cara yang
dia sungguh tidak percaya.
Walaupun suaminya bukan seperti dia
harapkan namun, dia percaya setiap wanita memang diuji dengan jodoh. Ini kerana,
mengikut pemerhatiannya ada wanita yang lambat dapat jodohnya tetapi mendapat
suami yang sangat baik dan soleh. Ada wanita pula, jodohnya cepat tetapi diuji
pula dengan suami yang cukup menguji kesabaran dan kesetiaan seorang isteri. Mungkin
suami itu ujian buat perempuan yang solehah.
Ujian yang Allah beri buat
hamba-NYA dalam pelbagai cabang sama ada
dalam bentuk kewangan, jodoh dan kesihatan. Ada orang yang diuji dengan
kesihatan tetapi memiliki seorang suami yang sangat baik. Mungkin betullah kata
orang, soalan peperiksaan seorang hamba itu berbeza mengikut tahap keimanan dan
kesabaran mereka.
Walaupun Firas Amsyar bukanlah suami yang
kelihatan soleh dan alim luarannya. Suaminya itu telah mengimamkan solat
maghrib ketika mereka berada di rumah keluarganya pada malam pertama mereka.
Itulah yang diberitahu oleh Kak Maria dan Mazni. Begitu juga di rumah keluarga mertuanya setelah selesai majlis
resepsi pihak lelaki di Persada Johor, Johor Bahru. Tersentuh Munirah kerana
tidak sangka suaminya itu mampu menjadi seorang imam.
Munirah percaya dia merupakan insan
yang Allah s.w.t pilih untuk menghadapi ujian rumah tangga yang sebegini rupa.
Diuji dengan suami yang tidak dapat menerima dirinya dengan sepenuh hati dan
langsung tidak menyayangi dirinya apatah lagi menyintainya dengan sepenuh jiwa
raganya.
‘’Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim...kau
ampunkanlah segala dosa-dosaku. Sesunguhnya aku ini pendosa Ya Allah. Aku ini
hamba Engkau yang sentiasa khilaf dan menzalimi dirinya sendiri dengan
melakukan pelbagai dosa kecil mahupun besar. Ampunkan aku Ya Allah. Kasihani
aku dan rahmati aku Ya Allah.
Ya Allah, kau ampunkan dosa kedua-dua
ibu bapaku dan mertuaku. Ya Allah, kau ampunkan dosa suamiku. Kau kurniakanlah
kepadanya rasa cinta dan kasih kepada diriku ini yang bergelar isterinya. Kau lembutkan
hatinya agar dia boleh menerima diriku dan keluargaku sedanya kami seperti mana
aku menerima dan dia dan keluarganya.
Ya Allah, jika benar dia jodoh yang
kau tuliskan diluth mahfuzku, kau panjangkan jodoh kami dan kukuhkan ikatan
kami suami isteri.Ya Allah, kau terimalah doaku. Ampunkan aku Ya Allah......’’ panjang doa yang Munirah
sebutkan dalam permohonan kudusnya terhadap yang Maha Esa sebegitu juga tinggi
harapannya dalam masjid yang dibinanya bersama Firas Amsyar. Setelah itu, dia meraupkan tangan ke seluruh wajahnya. Lapang dadanya seakan
terlepas sedikit rasa beban dihatinya.
Munirah bangun sedikit untuk mencapai
tasbih yang berada di atas meja lampu tidur itu. Dia berzikir memuji-muji nama
Ilahi. Damainya mengkhalawatkan diri bersama PENCIPTA.
Hari itu, genap empat belas hari dia
bergelar isteri kepada Firas Amsyar. Terasa cepat sungguh masa berlalu. Dia
membelek-belek cincin perkahwinan yang
diperbuat daripada emas putih dan bertatahkan berlian itu yang dipakai cantik
dijari manis tangan kanannya. Seakan terasa tangan kasar suaminya menyarungkan
cincin itu ketika upacara pembatalan air sembahyang yang berlangsung di pelamin
mini yang dibuat khas untuk akad nikah.
Ketika itu betapa sejuknya tangan
Munirah kerana itulah buat pertama kali
dalam hidupnya jari-jemarinya dipegang oleh lelaki yang bukan mahramnya.
Kucupan yang dihadiahkan oleh Firas Amsyar di dahinya walaupun nampak seperti terpaksa dan seperti
tiada perasaan namun, terasa kasih sayang lelaki itu buatnya. Ketika lelaki itu
meletakkan tangan kanannya diubunnya dan mengikut doa yang diajar oleh tuk kadi,
dia berasa sungguh bahagia.
Setelah dia bergelar isteri, Munirah
berasa sungguh gembira walaupun dia tahu dia bukan berkahwin dengan orang yang
menyayangi waima mencintainya kerana dia tidak sabar ingin mengaut ruang-ruang
mengumpul pahala. Maklumlah, seorang isteri yang menjalankan tanggungjawabnya
sebagai suami akan diberi ganjaran pahala oleh Allah. Dia sangat yakin itu
pencen kuburnya nanti. Dia sangat
bersyukur kerana ada insan yang sudi mengambilnya sebagai menantu walaupun anak
lelakinya tidak suka akan perkara itu. Itu bukan masalah bagi Munirah kerana
dia sudah mengenali hati budi keluarga mertuanya terutamanya abah dan umi.
Mereka sangat baik dan tidak sombong walaupun berada dalam kalangan orang
korporat. Sikap low profile mereka
cukup menyenangkan hatinya.
***
Firas
Amsyar sedang melayani saluran Box
Office di Astro di ruang tamu. Malam itu sekali lagi dia melayan tayangan filem
Inggeris yang penuh aksi menyebabkannya melekatkan diri di rumah. Selalunya pada
malam minggu begini ada sahaja aktivitinya bersama rakan-rakannya ketika zaman
persekolahan dan universiti itu dengan mengajaknya minum bersama dan bermain
boling. Kalau tidak pun, mereka akan berjumpa di gim sambil melakukan rutin
senaman mereka. Maklumlah semuanya sibuk dengan karier masing-masing. Apabila
sesekali berjumpa itulah peluang untuk mereka bertukar cerita terbaharu hidup
masing-masing terutamanya perihal karier, cinta dan keluarga.
Terdapat beberapa kawan baiknya sudah
menjejakkan kaki ke alam rumah tangga sepertinya. Mereka juga tahu akan kisah
perkahwinannya dan isterinya yang muda lagi remaja itu, Munirah. Mereka jugalah
yang memberinya sokongan untuk Firas Amsyar
melaksanakan niat murni abah dan uminya.
‘’Firas, jodoh yang ibu dan ayah
carikan ini mesti terbaik. Kau tengoklah aku ni, bercinta bagai nak rak tapi
rumah tangga aku cuma bertahan dua tahun aje. Tidak semestinya tak nak pernah
sayang tak pernah cinta tak boleh berkahwin.’’ Pandangan yang disuarakan Lukman
ketika Firas Amsyar berkongsi perihal rancangan perkahwinannya. Mereka baru
sahaja bersenam di gim.
‘’Tapi sekurang-kurangnya kau
berkahwin dengan orang yang kau sayangkan? Aku pulak perlu kahwin dengan orang
yang aku tak pernah suka dan sayang,’’ tukas Firas Amsyar lantang suaranya
seolah-olah cuba melepaskan geram.
Lukman,Kamal dan Wafiy mencurah
pandangan antara satu sama lain. ‘’Ya, betul tapi cinta dan sayang sebelum
berkahwin yang bagai nak gila pun aku dan Gina bercerai juga. Nasib baiklah
kami tak ada anak. Kalau tidak kesian anak-anak kami, ‘’ luah Lukman dalam
membidas pernyataan Firas Amsyar. Dia dan bekas isterinya baru sahaja bercerai
dua bulan lalu akibat hilangnya rasa cinta isterinya akan dirinya.
Firas Amsyar yang sedang memainkan
gajetnya dengan jari-jarinya membalas lagi.’’Itu sebab kau orang tak bijak tangani
krisis rumah tangga kau orang,’’ perli Firas Amsyar.
‘’Kami dah cuba Firas tapi nampaknya
aku dan Gina memang dah tak sehaluan. Cinta kami yang bertahun tu dah tak ada
maknanya. Tiada siapa dalam hidup ni yang berkahwin hanya untuk bercerai hidup
melainkan dia orang kahwin sebab MOU,’’ tangkas Lukman membidas hujah Firas
Amsyar. Dia bukan mahu membela umi dan abah Firas Amsyar tetapi entah sebab apa
hatinya kuat mengatakan bahawa Munirah jodoh yang Allah s.w.t anugerahkan buat
rakannya itu. Dia sudah berusaha memenangi hati Gina sama sewaktu dia memikat
Gina, ternyata hati Gina mudah digoda oleh lelaki lain. Peluang sewaktu tempoh
iddah juga tidak menampakkan hasil. Akhirnya dia akur cinta mereka takat di
situ.
‘’Aku sokong apa yang Lukman cakap tu,
Fir... tiada siapa nak hidup menduda dan menjanda ni. Perit tahu. Aku sendiri
macam mana peritnya mak aku besarkan aku lima beradik tanpa bapa aku.’’ Wafiy
yang daripada tadi berdiam memerhati mencelah pula.
Kamal hanya membisu dia tidak mahu
campur kerana dia sendiri belum berkahwin. Dia belum layak nak bercakap perihal
perkara tersebut. Pastinya Lukman dan Wafiy yang lebih merasa asam garam rumah
tangga lebih memahami.
Firas Amsyar mencampakkan kunci Mazda
X6 di atas meja. ‘’Kau orang ni tak support kawan langsunglah!’’ keluh Firas
Amsyar. Tiada seorang antara kawannya yang menyokong dia untuk mematikan hasrat
umi dan abahnya. Dia sudahlah bengang apabila secara tiba-tiba umi dan abahnya
mempersembahkan rancangan ‘membawa’ jodoh untuk dirinya. Lagi bertambah bengang
setelah orang tuanya menolak Amelia secara terang-terangan tanpa cuba memberi
peluang untuk dirinya membimbing Amelia.
Lukman, Wafiy dan Kamal selamba
menikmati minuman masing-masing. Kamal dengan selambanya menikmati roti
tisunya.
‘’Kau harapkan kami akan ‘hasut’ kau
jangan kahwin dengan Munirah?Macam tu ke Firas?’’ aju Wafiy. Lukman dan Kamal
juga mengeyakan pernyataan Wafiy dengan mengangguk-anggukkan kepala
masing-masing.
Firas Amsyar mengusap-usap tengkuknya
dengan tangan kirinya tanda binggung. ‘’Yalah...kau orang rela ea tengok aku
menderita berkahwin dengan ‘budak kecik’ tu?’’ soal Firas Amsyar. Mereka sudah
mengetahui usia Munirah yang jauh berbeza dengan mereka berempat.
Lukman, Wafiy dan Kamal ketawa besar
dengan kenyataan Firas Amsyar.
‘’Tapi ‘budak kecik’ tu dah terima pun
kau jadi suami dia, ‘’ giat Wafiy.
Firas Amsyar menjegilkan matanya.
‘’Munirah tu pun satu...apasallah dia terima,’’ keluh Firas Amsyar lagi.
‘’Entah-entah, dia memang suka kat kau
tak?’’ ujar Kamal pula. Lukman dan Wafiy sudah tersengih.
‘’Tak ada maknanya. Tapi tak tahulah
pulak kalau dia memang suka aku, maklumlah ‘terhangat di pasaran’!’’ ujar Firas
Amsyar selamba dan bersahaja.
Lukman, Kamal dan Wafiy sudah
menyampah. ‘’Piiiraahh...’’ ujar mereka bertiga.
Firas Amsyar sudah ketawa besar.
‘’Tapi apa-apa pun aku nak kau terima
ajelah jodoh ni. Belajarlah terima Munirah, Firas.’’ Lukman menasihati
rakannya. Dia yang tampak beria-ia menyokong Firas Amsyar berkahwin dengan
Munirah.
‘’Macam mana aku nak hidup dengan dia.
Nak tengok muka dia pun, aku tak suka tahu tak, ‘’ tukas Firas Amsyar.
Lukman, Kamal dan Wafiy hanya terdiam
dan menggelengkan kepala.
‘’Kenapa kau benci sangat dengan dia?
Apa dosa dia pada kau, Firas?” tanya Wafiy cuba mengorek isi hati Firas Amsyar
ketika itu.
Firas Amsyar yang baru sahaja meneguk minuman teh tarik di gerai mamak yang mereka pilih pada malam
itu menjawab pertanyaan Wafiy. ‘’ Sebab dialah, umi dan abah aku tolak Amelia!’’
beritahu Firas Amsyar dengan penuh rasa marah dan dendam.
Lukman, Kamal dan Wafiy terdiam.
Mereka faham situasi sahabat mereka itu yang berada dalam keadaan tertekan
kerana pilihan hati tidak menepati piawaian yang diidamakan oleh umi dan
abahnya.
‘’Munirah tu istimewa sangat ke sampai
umi dan abah kau tolak Amelia?” soal Wafiy pula.
Firas Amsyar yang sedang leka dengan
gajet jenama Apple itu, mengangkat wajahnya memandang Wafiy. ‘’Aku pun tak tahu
apa yang istimewa sangat perempuan tu. Budak baru habis sekolah tu yang umi aku
sibuk sibuk umi aku nak buat menantu,’’ balas Firas Amsyar sedikit mendengus.
Dia meneguk sedikit minuman kegemaran rakyat Malaysia itu.
‘’Tentu ada istimewanya, Firas. Kalau
tidak, tak adelah umi kau beria-ia paksa kau kahwin dengan dia. Hati orang tua,
Fir.’’ Wafiy bersuara menyuarakan pendapatnya.
‘’Kalau tak nak bagi aje kat Luth ,
Fir. Aku tengok daripada asyik back up Munirah. Dia pun duda hot sekarang ni,
‘’ usik Kamal selamba dengan menyeringai.
Lukman merenjis Kamal dengan air
mineralnya. Kamal sudah tergelak besar.
‘’Amboi, senangnya cakap! Kau ingat
Munirah tu anak ayam, Mal?’’ balas Wafiy.
‘’Kalau boleh dah lama aku buat tak
payah kau suruh, Mal.’’ Firas Amsyar membalas selamba. Nampaknya mereka
kawan-kawan yang baik tidak ‘membantu’ Firas Amsyar untuk membuat sebarang
dajal. Umi dan abahnya hanya menunggu kata setujunya. Tanpa kata setujunya pun
perkahwinan itu tetap perlu diteruskan. Pihak perempuan sudah menerima kalau
dibatalkan, mengamuklah umi dan abahnya.
Uminya memang tahu ‘kelemahan’ anak
sulungnya itu. Pandai betul uminya.
Firas Amsyar memandang pintu bilik
isterinya. Dia cuba menghadam segala kata-kata rakan-rakannya dahulu. Dia
memikirkan sesuatu. Ya, dia mahu Munirah yang meminta cerai bukan dia yang akan
menceraikan!
nice one dear!
ReplyDeleteBest.
ReplyDeleteBest la.
ReplyDelete