“ Kau ni dah kenapa? Senyap aje daripada tadi.
Kalau tak mulut kau becok bercerita,” tegur Aisyah apabila melihat sahabat
baiknya itu yang hanya diam daripada tadi tanpa berbicara sepatah pun. Entah
apa mimpi sahabatnya kerana pagi-pagi lagi sudah terjengul di depan muka pintu
rumahnya nasib baik dia bangun awal hari ini kalau tidak jenuhlah Munirah menunggu dia mandi dan bersiap.
“
Aku perlu kahwin,” pendek sahaja jawapan Munirah dengan muka yang sungguh tak
ceria mahupun gembira. Sepatutnya orang yang hendak kahwin mesti gembira dan
ceria. Berbeza pula dengan kawannya itu.
Aisyah yang mendengar tersedak-sedak dibuatnya
kerana sedang enak menikamati air Milo panas buatan ibunya. Nasib baiklah, air
ini suam kalau tak boleh mati aku. Bayi meninggal dek tersedak susu, aku pulak
mati dek tersedak milo panas, lalut Aisyah dengan bermonolog sendiri. Sempat
lagi Aisyah melalut entah ke mana.
Setelah
Aisyah lega daripada kesedakannya dia menyambung semula perbualan mereka
berdua. “ Kau biar betul?Kau buat lawak ea?” tanya Aqmalina inginkan kepastian.
“Ya,
ni bukan lawak bodoh, “ jawab Munirah tenang. Aisyah termangu-mangu dibuatnya.
Melopong dia seketika. Aku ni tengah tengok, Cerekarama ke apa ni?
Tertanya-tertanya Aisyah sendiri.
“
Syah, patut ke aku korbankan masa hadapan aku dengan kahwin muda macam ni dan
pilihan mak ayah aku pulak tu?” tanya Munirah perlahan. Sugul benar wajah
Munirah ketika itu. Wajahnya jelas menunjukkan kebuntuan, kerisauan dan
kesedihan.
Aisyah
sudah mengerutkan dahi. “ Irah, boleh tak kau cerita dengan aku sebab apa kau
perlu kahwin ni?Aku tak faham,” soal Aisyah dengan penuh tanda tanya. Tidak
tahu pangkalnya dah diberitahu buahnya memanglah tidak faham apa-apa.
Munirah
pun terus menceritakan satu persatu. Perihal abangnya dan tercetusnya
perminangan daripada Dato’ Arshad sekeluarga.
Segalanya diceritakan daripada A hingga Z.
Aisyah
tekun mendengar. Pelbagai reaksi wajah yang dibentukkan oleh Aisyah. Sekejap
berkerut sekejap sedih. Dia seakan dapat memahami perasaan Munirah ketika itu.
Perasaan seorang anak yang berada di persimpangan antara mengikut kata hati
yang telah marah bercampur sedih atau akal yang waras dan memikirkan
pengorbanan ibu bapa selama ini yang membesarkannya. Pasti terlalu banyak
perkara yang bersarang dalam kotak fikiran gadis manis itu.
Setelah
mendengar apa yang yang diceritakan oleh Munirah, Aisyah pun bersuara, “
keputusan terletak pada tangan kau. Mak
dan ayah kau pun tak boleh paksa kau sebab ni soal masa hadapan kau. Aku sebagai kawan baik kau sokong apa pun
keputusan kau, asalkan kau jangan buat
keputusan lari rumah pulak ha sebab kena kahwin he he he...” ujar Aisyah sempat
lagi mengusik Munirah.
Munirah
yang mendengar kata-kata sahabatnya itu terus tersenyum geli hati dan mencubit lengan Aisyah lembut.
Cubit-cubit manja.
Munirah
terus tersenyum mendengar ingatan
sahabatnya itu. “Kau ni ke situ pula dia.
Takkanlah aku nak buat macam tu, aku masih ada akal untuk berfikir mana
yang baik dan buruk untuk aku,” jawab Munirah terus ceria. Hilang muka sugul,
masam dan sedihnya itu tadi.
“
Aku tahu kau memang tak akan buat macam tu, tapi aku khuatir jugalah manalah
tahu kau dah hilang pertimbangan ke? Aku
ni ingatkan aje. Aku tak nak kawan aku
ni jadi macam budak-budak perempuan kat luar sana tu yang masuk paper
angkara berani sangat lari rumah
sebab ikut boyfriendlah apalah sebab
akal yang tak panjang,” bebel Aisyah
sambil jari telunjuknya diarahkan ke kepalanya bagi menguatkan lagi ‘hujahnya’.
Munirah
tersenyum kecil mendengar ‘ceramah singkat’ daripada bibir mungil kawannya itu
yang sememangnya kuat membebel tapi orangnya baik hati, pemurah, penyayang dan
prihatin terhadap kawan-kawan. Sikap itulah yang mengeratkan lagi tali
persahabtana mereka. Motivasi percuma pagi-pagi hari daripada seorang sahabat
yang sayangkan sahabatnya.
“Okey,
okey...
Cik Aisyah saya akan ingat apa yang awak cakap tadi ya. Aku tahu kau sayangkan akukan sebab tu kau
tak nak aku buat perkara-perkara bodoh tu kan?” Tutur Munirah sambil memaut
lengan Aisyah, manja.
“
Kalau tak sayang tak adalah aku membebel bagai ni,” jawab Aisyah bersahaja.
“
Aku pun sayang bangat kat kau,muaahhh...” ucap Munirah dengan menghadiahkan
sebuah kucupan dipipi kiri Aisyah.
Terkejut
Aisyah dengan respon Munirah. “ Kau ni...kalau orang nampak mesti orang ingat
kita ni lesbian tahu tak, “ bebel Aisyah sambil matanya meliar melihat ke arah
jalan besar depan rumahnya kalau-kalau ada orang atau jiran tetangga yang
melihat aksi selamba Munirah itu tadi.
“
Peduli apa kalau orang nampak yang penting ALLAH tahu apa yang kita buat,”
jawab Munirah selamba.
“Yalah,
yalah... Okey sekarang ni apa keputusan kau?” tanya Aisyah sesudah mengalah
dengan kata-kata Munirah.
“
Errrmm...susah sebenarnya aku nak buat keputusan ni,” jawab Munirah. Munirah
sebenarnya masih ragu-ragu tidak pasti dengan keputusannya ketika itu.
“
Jadi apa keputusan kau? Kau terima ke pinangan tu? ” teka Aisyah.
Munirah
hanya diam dan memberi senyuman manis. Selepas meluahkan segala yang terbuku
dan terpendam dihatinya, dia mendapat jawapan.
Aisyah
mengerutkan dahinya. Berlapis-lapis dahinya bak kuih lapis yang selalu dimasak
oleh ibunya. ‘’Kau ni dah kenapa? Senyum pula aku tanya,’’ soal Aisyah keliru.
Munirah
memasukkan rerambut yang terkeluar daripada tepi tudungnya sambil mengambil
cawan yang berisi Milo suam itu untuk dihirup perlahan. Kemudian, karipap
berinti sardin dicapainya pula, lalu dimasukkan ke dalam mulut selepas membaca
basmallah. Maklumlah baru ada selera makan setelah lebih tiga hari dia tiada
nafsu nak menjamu selera. Makan pun hanya untuk mengalas perut bagi mengelakkan
penyakit gastriknya menjadi tetamu perutnya. Apabila gastrik dah menyerang
barulah sibuk cari makanan.
Aisyah
naik geram pula dengan respon Munirah. Aku tanya dia buat tak tahu pula, ngomel
Aisyah sendiri. “Makcik, saya tanya awak
dengar ke tak?’’ setelah geram dengan respon Munirah, dia memanggil Munirah
dengan panggilan ‘mak cik’.
Munirah
mengekek ketawa melihat raut wajah Aisyah yang berubah seperti asam kecut. Dah
berkedut-kedut wajah Aisyah menahan geram.
‘’Awatlah
buat rupa lagu ni? Kolagen dah berkurangkah?’’ usik Munirah dalam loghat utara.
Entah betul ke tidak sebutan dan ayatnya. Kelakar bukan apabila orang selatan
nak bercakap dalam loghat utara?
Aisyah
sudah menarik muka. Dia mencubit lengan kawannya, lembut. ‘’Kolagen aku
berkurang disebabkan hanglah. Aku tanya kau buat selamba aje,’’ gerutu Aisyah.
Munirah
sudah ketawa besar. Geli hatinya melihat Aisyah yang mudah sentap semenjak
kebelakangan itu. “Alah, aku baru dapat selera makan ni. Dah beberapa hari aku
tak ada selera makan tapi jumpa kau hari ini terus selera makan aku terbuka
lebar, ‘’ ujar Munirah sambil mengunyah karipap sardin yang dibuat oleh Mak Cik
Kamariah, ibu Aisyah.
Aisyah
sudah tersenyum lebar. Dia juga mengambil sekeping karipap di piring. Berselera
pula dia melihat Munirah mengunyah kuih itu dengan penuh selera. ‘’Yalah...
orang kena pinang mengejut manalah tak pitam? Betul tak, Irah?’’ Aisyah
mengeyakan pernyataan sahabat baiknya itu.
‘’Tau
tak apa? Aku ni dahlah baru nak menikmati dunia remaja dah orang nak ‘tempah’.
Nasib baiklah yang meminang tu, orang yang aku kenal. Kalau entah siapa-siapa
tentu sekali, panel hakim tak pertimbangkan. He he he...’’ setuju Munirah
yang masih sempat berlawak jenaka.
Aduhai,
kawan aku ni tadi sedih sekarang ni dah boleh ketawa! Aisyah sudah faham benar
dengan sikap periang Munirah.
Ketawa
terbahak-bahak Aisyah dengan kata-kata Munirah disamping intonasi yang ala-ala
diva itu.
‘’Dah
tu, apa keputusan panel hakim? Setuju? Tidak setuju?’’ soal Aisyah cuba
menyelidik keputusan hati teman baiknya itu. Tidak puas hati sekiranya dia
tidak mengetahui keputusan bulat yang dibuat oleh Munirah. Lebih-lebih lagi
soal kebahagiaan hidup dengan memilih seorang lelaki untuk hidup bersama.
Bagi
seorang gadis berusia lewat belasan tahun seperti Munirah dan Aisyah, soal
jodoh mungkin perkara yang akhir mereka fikirkan. Ini kerana, soal akademik
adalah yang paling utama dengan menempatkan diri di dalam institut pengajian
tinggi (IPT) tidak kiralah sama ada swasta mahu pun awam. Segulung ijazah
menjadi idaman mereka. Pendidikan yang tinggi merupakan permintaan tinggi dalam
mencari peluang pekerjaan. Mereka punyai cita-cita seperti insan lain seusia
mereka.
Munirah
mengangkat kedua-dua bahunya dan menarik sedikit tudung segeranya ke belakang
untuk lebih selera.
‘’Panel
hakim belum ada keputusan sebulat suara. Perlu untuk berbicara daripada hati ke
hati. ‘’ Munirah menjawab dengan suara mendatar.
Aisyah
tahu bukan mudah untuk temannya itu melakukannya apatalah lagi melibatkan
perasaan dan pengorbanan. Tidak pernah terlintas dibenak Aisyah yang sahabatnya akan bertemu jodoh dengan
cara begini. Maklumlah, ketika mereka dibangku persekolahan pelbagai
angan-angan mereka mengenai jodoh idaman mereka. Mereka berdua berkeras untuk
mencari dan memilih sendiri bakal suami yang akan berkongsi hidup dengan
mereka. Bagi mereka, berkahwin dengan pilihan ibu bapa sudah kono. Zaman serba
moden ni, anak perempuan berhak untuk menentukan jodoh mereka. Jadi apabila
Munirah menyampaikan berita itu, dia sangat terkejut. Itulah yang dinamakannya
manusia hanya mampu merancang tetapi kuasa takdir Allah yang bernama qada’ dan
qadar itu lebih mengetahui kehidupan, kematian, jodoh dan rezeki setiap hamba-NYA.
‘’Kalau
macam tu, kau dulu yang patut berbual dengan hati sendiri. Tanya betul-betul
hati tu, boleh ke tidak terima untuk hidup dengan orang yang asing dalam hidup
kau? Tanya hati kau, kau ikhlas ke terima dia dan keluarga sebagai sebahagian
hidup kau nanti? Munirah, hati kita tak boleh menipu! Tanyalah hati kau.
InsyaALLAH kau pasti bertemu jawapan.’’ Aisyah memberi sedikit ‘bantuan’ untuk
Munirah koreksi segala isi hati sendiri untuk menemui jawapan tentang
peminangan yang mengejut itu.
‘’Ya,
betul Syah. Bibir kita boleh menipu tapi hati kita tak boleh. Sebab hati kita
ni yang lebih ‘jujur’ daripada diri kita sendiri. Kata hati aku sekarang ni
seakan-akan dah beri jawapan untuk peminangan ini tapi aku masih perlu mencari
kepastian dengan keputusan aku ni. Aku dah tiga hari memikirkan perkara ni. Mak
dan ayah aku nampak macam tak memaksa tapi daripada reaksi mereka, mereka
seolah-olah berharap sangat aku terima pinangan ni.’’ Munirah bercerita panjang
dan penuh maksud mendalam. Kata-kata seorang anak yang tersepit, bak kata
pepatah Melayu ditelan mati mak, diluah mati bapa.
Aisyah
terfikir sesuatu. ‘’Irah, kau tahukan senjata kita sebagai mukmin apa?” soal
Aisyah tiba-tiba.
‘’Tahu.
Doa.’’ Munirah menjawab pendek. Lembut sahaja suaranya seperti orangnya.
Lembut-lembut pun, gila-gila juga orangnya.
Tersenyum
penuh makna Aqmalina. “Aku nak kau gunakan senjata ni secukup-cukupnya . Tapi
senjata ni tak cukup ‘tajam’ kalau tak dilaraskan dengan solat sunat istikharah
dan solat-solat sunat yang lain. Syaratnya senang sahaja, yakin dan istiqamah.
Aku yakin kau mampu menemui jawapan yang tepat. “ Jelas Aisyah sambil
mengusap-usap belakang Munirah dengan lembut.
Kita umat Islam disediakan dengan iman dan
taqwa sejak dilahirkan di dunia. Tetapi sebagai hamba yang tidak sempurna, kadang kala kita juga boleh tertewas dek
badai ujian hidup yang menimpa. Sehingga kita terlupa tentang sesuatu, bahawa
hidup ini memang satu ujian. Dicelah-celah kehidupan pasti ada ujian. Tidak
kiralah ketika kita suka mahu pun duka.
Munirah
terharu dan hiba dengan peringatan seorang sahabat. Dia seakan tersedar
daripada kekecewaannya yang melampau. Terlalu kecewa sehingga lupa tetang Rukun
Iman yang keenam iaitu Beriman Kepada Qada’ dan qadar. Astagfirullahalazim...
sesungguhnya setiap rencana dalam hidup ini telah direncanakan dengan secantik
mungkin oleh Allah s.w.t. Kita sebagai khalifah-NYA hanya mengikut ‘tempo’
kehidupan yang ditulisnya di samping doa, usaha dan tawakal. Inilah kelemahan
insan bernama manusia yang sentiasa khilaf dalam setiap perkara yang
didatangkan oleh Ilahi buat mereka. Cepat benar rasa kecewa dan sedih sehingga
janji mereka untuk beriman kepada qada’ dan qadar hampir terlupa.
‘’Terima
kasih, Syah. Kau dah ingatkan aku. Aku hampir terlupa tentang perkara ini sebab aku terlalu kecewa, sedih
dan tertekan dengan semua ni. Baiklah, aku akan buat solat istikharah untuk
mendapat petunjuk dan jawapan daripada Allah terhadap semua ni, ‘’ ucap Munirah
yakin dan semangat bersama keyakinan yang amat tinggi terhadap PENCIPTA yang
Maha Merancang segalanya.
Tersenyum
bahagia Aqmalina melihat tindak balas teman sehati dan sejiwa serta ‘sejawanya’
sebab mereka ada darah keturunan Jawa Batu Pahat. Sedikit suntikan perangsang
yang mampu mengubat rasa sedih, kecewa dan tekanan yang dihidapi Munirah
berjawa dipulihkannya walaupun mungkin tidak sepenuhnya selagi tidak memperoleh
kata bulat untuk peminangan itu.
‘’Hello,
inilah namanya kawan! Akukan sejawa kau, jadi aku tahulah macam mana nak ‘ubat’
kawan aku ni. He he he...’’ seloroh Aisyah diiringi ketawa mengekek sambil
memaut bahu kawannya.
Munirah
juga ketawa besar dengan kata-kata Aqmalina. ‘’Alamak, aku lupalah pulak,
kitakan kan ‘sejawa’ yang akrab sampai detik hati masing-masing pun boleh baca!
He he he...’’ balas Munirah ceria sekali. Dia pula memaut bahu Aqmalina. Dua
sahabat itu mengeratkan pautan anatara mereka.
‘’
Sebenarnya aku tahu, kau serba salah sekarang inikan?’’ tebak Aisyah. Dia bukan
pandai-pandai menebak tapi hatinya yang berasa begitu.
Munirah
tanpa memandang wajah Aisyah di sebelahnya, mengangguk. ‘’Kalau aku terima, aku
dah perjudikan nasib aku. Kalau aku tolak aku dah kecewakan niat baik orang.
Air muka mak ayah aku tu pun aku kena jaga maklumlah yang memasuk meminang
bukan orang lain, kawan baik dia orang.’’ Munirah berterus terang. Entahlah
memang mungkin perangainya begitu terlalu memikirkan perasaan orang lain sampai
lupa nak tanya kehendak nurani hati sendiri.
‘’Kalau
dah macam tu, apa lagi gunakanlah method yang terang-terang Allah dan rasul dah
sediakan buat kita yang aku cakapkan tadi. Ini sahajalah caranya. Kau
berbincang dengan orang tua kau, pasti dia orang faham.’’Aisyah menyarankan
Munirah berbincang dengan ibu bapanya supaya orang tua temannya itu faham
kehendak dan perasaan anak mereka. Aisyah kenal sangat Pak Haron dan Mak Ju
yang cukup berdiplomasi dengan anak-anak.
‘’Ya,
aku akan gunakan method tu.’’ Akur Munirah.
‘’Firas
Amsyar tu, macam mana orangnya? Okey tak? Aku tak pernah jumpalah,’’ selidik
Aisyah ingin tahu mengenai calon suami sahabatnya itu. Calon? Macam ramai
sahaja padahal itu sahajalah pilihan yang ada buat Munirah.
Munirah
mengangkat keningnya sebelahnya. Cuba mengingati fizikal anak teruna Pak Arshad
dan Mak Nora itu. Alamak, ram memorinya seperti sudah mencapai tahap penuh
sebab tidak mampu mengingati rupa dan fizikal lelaki itu!
‘’Jangan
kata kau yang tak pernah jumpa, aku ni pun
baru jumpa entah beberapa kali. Dah lama gila kot, aku tak jumpa dia.
Maklumlah dia tak bercampur sangat dengan family aku tak macam Kak Farah Laura
dan Kak Fatin. Aku selalu jumpa adik-adik dia aje,’’ cerita Munirah selamba dan
bersahaja.
Aisyah
sudah menarik muka kecewa. ‘’Alah, baru nak buat penyiasatan tapi information tak
cukup pulak!” gerutu Aisyah kecewa!
‘’Ha
ha ha...kesian kawan aku! Eh, aku nak baliklah dah pukul 10! Risau pulak mak
ayah aku nanti.’’ Munirah ingin meminta diri tapi masih sempat mentertawakan
sahabatnya yang gagal mengorek perihal diri lelaki bernama Mohd Firas Amsyar.
Aisyah
sudah mencebikkan bibir. ‘’Okey, tak apa, tak apa. Nanti aku mesti tahu
jugakan... he he he...’’ balas Aisyah dengan mengangkat keningnya sebelah tidak
ubah macam Ziana Zain gitu.
‘’Suka
hati kaulah, Lina. Aku balik dululah. Dahlah kacau kau pagi-pagi buta ni. Kalau
aku betul keputusan aku, aku bagi tahu kau. Assalamualaikum.’’ Munirah
mengucapkan salam bersahaja sambil tangan kanannya dihulur untuk berjabat mesra
dengan teman ‘sejawanya’ itu.
Aisyah
menyambut huluran itu dan mereka melaga-lagakan pipi masing-masing tanda
akrabnya ukhuwah yang dibina selama lebih 10 tahun itu.
Munirah
menghampiri basikal berwarna merah miliknya yang diparkir di hadapan rumah
Aisyah. Dia terus mengayuh pulang ke rumahnya yang tidak sampai sebatu pun.
Dari
jauh Aisyah memandang bayangan tubuh sahabatnya yang semakin menghilang. Dia
berharap keputusan yang diperoleh oleh Munirah ialah terbaik buat diri
sahabatnya itu dan juga keluarga.
‘’Cepat
betul jodoh kau, Irah. Aku ni bilalah pulak?
Tak ada ke mak datin mana nak pinang aku sekarang ni? Ha ha ha...
Mengarut ke mana pulak aku ni, ‘’ ujar Aisyah sendiri sambil mengangkat dulang
yang berisi cawan kotor dan piring kosong ke dalam rumah.
Siapakah aqmalina dlm perbualan munirah dan aisyah tu yer.......
ReplyDeleteayu salina, maaf
Deleteatas editing yg tak sempurna yg sbenarnya nama watak Aisyah asalnya,
Aqmalina. sy telah tukar. Jd Aisyah sahaja dlm perbualan di atas.
maaf berjuta maaf.
terima kasih sudi baca :)
good job iman menarik jln cerita nya..
ReplyDelete