Pages

welcome


Wednesday, January 22, 2014

PROJEK CERPEN : NAMAMU DILUTH MAHFUZKU (PART3)

Benarlah kata orang pertunangan ini bukan mudah. Banyak ujian buat Adam dan Hawa yang ingin membina mahligai bersama. Pertunangan juga bukan jaminan dialah jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T buat kita. Hanya doa yang dipadu agar ikatan pertunangan ini akan mencapai matlamatnya.
Harris Azahan yang bergelar tunangan aku, kini sudah berhijrah ke bandaraya Kuala Lumpur atas tuntutan kerja. Pada mulanya berat hati ini untuk melepaskan dia ke Kuala Lumpur namun, setelah berfikir dengan waras inilah peluang terbaik untuk kerjayanya dan masa depan kami berdua juga nanti.
            Buat masa ini kami hanya berjumpa sebulan sekali. Itu pun jikalau dia tidak sibuk outstation ke sana sini. Bertugas di  Head Quarters memang memerlukan Hariss Azahan bergerak ke sana sini.
Segala persiapan perkahwinan aku dan dia berjalan lancar. Bagi di pihak aku, Harris Azahan tidak ambil tahu pun apa warna tema dan konsep yang aku pilih baginya itu hak aku. Dia hanya mengambil berat di pihak keluarganya itu pun semuanya diserah sepenuhnya pada ibunya untuk melaksanakannya.
 Tempoh pertunangan kami setahun itu pun pihak aku yang minta kalau ikutkan pihak lelaki mereka mahu tiga hingga enam bulan sahaja. Aku pun baharu kerja masih banyak masa yang perlu aku untuk menstabilkan ekonomi dan kerjayaku serta diriku untuk bergelar seorang isteri dan bakal ibu, Insya ALLAH.

            ‘’Assalamualaikum, Harris. Awak sihat hari ini?’’ ajuku bersahaja kepada Harris Azahan yang berada di hujung talian.
            ‘’Waalaikumussalam, sayang. Saya sihat hari ini tapi hati saya aje tak sihat, ‘’ jawab Harris Azahan perlahan sahaja.
            Aku tersenyum mendengar jawapannya. ‘’Hati awak sakit rindu ya?’’ usikku riang.
            ‘’Yalah, sayang. Rindunya saya kat awak. Awak tak nak datang KL ke jumpa saya?’’ soal Harris Azahan manja.
            ‘’Pergi KL jumpa awak? Tak bolehlah, Harris. Saya sibuk dengan kerja sekarang ni... awaklah balik JB jumpa saya, ‘’ balasku mesra.
            ‘’Saya tak boleh balik JB buat masa ni sebab jadual memang packed. Awak rindu saya tak?’’ aju Harris Azahan manja.
            ‘’Awak rasa?’’ soal ku pula. Aku memang suka dera hati dia bab rindu-rindu ni. Sepanjang usia pertunangan kami belum pernah aku melafazkan kata cinta buat dia, cukuplah dengan menerima dia sebagai teman yang bakal berkongsi hidup dan impian bersama.
            ‘’Sayang, awak selalu dera hati saya macam ni kan, ‘’ rungut Harris Azahan. Pada aku, cinta dan rindu itu tak semestinya perlu dilafaz. Perbuatan kita dan cara kita melayani pasangan kita merupakan terjamahan rasa sayang dan rindu kita buatnya.
            ‘’Awak tahukan, dalam hati saya selain keluarga saya, awak juga ada istimewa  yang ada tempat khasnya dalam hati saya.’’
            ‘’Sayang, saya tahu. Okeylah, saya tunggu masa ‘itu’,‘’ putus tunangku.
            Belum sempat aku membalas apa-apa, dia sudah meyambung perbualan lagi.
            ‘’Sayang, saya rasa baik kita percepatkan wedding kita. Saya dah bincang dengan mama dan papa saya. Mereka pun nak kita kahwin cepat-cepat.’’
            Aku menggaru kepalaku yang tidak gatal. Aku pening kepala, masalahnya kewangan aku belum mencukupi. Mama dan abah memanglah akan menyediakan perihal katering dan dewan tapi aku ni nak sedia juga duit untuk bayar mak andam dan lebih-lebih lagi baju kahwin, aku buat sendiri.
            ‘’Kita baru aje bertunang enam bulan, Harris.’’
            ‘’Apa salahnya, lagi pun kita tempoh pertunangan kita setahun hidup,’’ sanggah Harris Azahan pula.
Tempoh pertunangan yang kami persetujui setahun hidup yang bermaksud bila-bila masa sahaja dalam tempoh itu kami akan berkahwin. Kalau bertunang setahun mati memang genap tempohlah baru dilaksanakan. Setahun hidup memang pihak keluarga dia tetapkan.
            ‘’Agak-agak awak bila?’’ tanyaku. Aku perlu maklumkan kepada mama dan abah selepas ini.
            ‘’Saya dah minta mama dan papa datang rumah sayang, berbincang. Lagi pun sayang, saya dah tak sabar nak hidup berdua dengan awak sayang. Saya perlukan seorang isteri di sisi saya iaitu awak, Zarith Maryam.’’ Lembut kata-kata itu namun menusuk ke kalbuku. Sebaknya mendengar kata-katanya yang tulus itu.
            ‘’Terima kasih Harris sebab awak perlukan saya sebagai isteri dan bukannya teman untuk awak berseronok, ‘’ ucapku ikhlas.
            ‘’Sayang, masa kali pertama kita jumpa hati saya dah berkata, awaklah Hawa yang saya cari selama ini.’’ Harris Azahan ternyata ikhlas memilih aku sebagai bakal isterinya.
            ‘’Masa bila? Masa saya datang rumah awak ke?’’ soalku ingin tahu masanya itu.
            ‘’Masa dalam bas itulah. Saya tengok aje muka awak, hati saya dah terpikat. Sebab tu saya tahu awak tilik saya atas bawah,’’ jawab Harris Azahan sempat lagi memerli aku. Aduhai, encik tunang ni perkara itu jugak yang dia ingat!
            ‘’Ishhh...awak ni suka baut saya blushing. Patutlah awak ‘smash’ saya macam itu ya,’’
            Melalui corong telefon pintarku, aku dapat mendengar tunangku yang tercinta itu, ketawa besar.
            ‘’Sayang pandang saya masa tu, macam nak telan. Asyik benar tenung anak teruna orang ya?’’ giat Harris Azahan. Geram aku dengan encik tunang ni. Nakal!
            ‘’Yang awak ‘smash’ saya kenapa pulak ya? Ada hati nak suruh orang jadi isteri dia?’’ giatku pula. Aduhai, seronok pula mengenangkan pertemuan kami yang unik itu!
            ‘’Saya memang tengah ‘mencari’ masa tu jadi bila tengok awak tilik saya macam tu, memang dah jumpalah kiranya apa yang saya cari,’’ luah Harris Azahan dalam tawa yang masih belum hilang namun, terasa menusuk ke arus jantungku.
            ‘’Tapikan sayang, saya tak boleh lupa muka awak yang merah gila masa tu. Lepas tu, turun bas menonong aje tak pandang belakang ingat baru nak mintak nombor telefon, ‘’ sambung Harris Azahan lagi dengan ketawa yang masih bersisa.
            Baru aku terperasan selama kami berkenalan selepas berjumpa di rumah keluarganya dan sehingglah tercipta pertunangan,  kami tidak pernah bercerita tentang peristiwa pertemuan kami. Baru hari ini, kami buat imbas kembali.
            ‘’Orang dah malu takkan tayang muka kat awak lagi,’’ balasku yang masih bengang lagi.
            ‘’Alah, tapikan nasib baik saya teringin nak makan KFC tengah hari tu. Rupanya nak jumpa Hawa saya. Nasib baiklah Hawa saya tu sudi terima nombor saya kalau tak kempunanlah saya, sayang,’’ cerita Harris Azahan lagi. Sukanya dia mengimbas kembali kenangan tu, dia tak tahulah yang aku sekarang muka dah macam udang kena bakar.
            ‘’Harris, awak nak tahu tak yang saya ingat awak ni office boy tau, he he he...’’ beritahuku jujur. Yalah siapa nak percaya seorang eksekutif naik bas ke tempat kerja!
            ‘’Tak kisahlah sayang, awak anggap saya kerja apa pun. Saya dah biasa pergi naik bas. Malas nak drive. Kebetulan kereta saya, Helena nak guna pagi tu jadi saya naik bas ajelah. Tak sangka pulak jumpa bakal isteri dalam bas,’’ cerita Harris Azahan bersahaja. Nasib baik dia tak marah aku sebab fikir dia seorang budak pejabat sahaja.
            Aku hanya ketawa kecil. Dia menyambung lagi. ‘’Malam tu awak sms saya aje, saya rasa macam nak pergi peluk mama nak beritahu dia, bakal isteri saya on the way! He he he...’’
            Aduhai, kelakarnya bakal suami aku ni, nakal pun juga! Suka menyakat aku.
            ‘’Sayang, saya harap kita akan nikah tak lama lagi. Saya dah tak sabar nak tangan tok kadi ni,’’
            Aku sudah ketawa besar. Amboi, terujanya dia! Tak ketaq lutut ke encik tunang? Orang lain punyalah berketaq lutut nak jabat tangan tok kadi.
            ‘’InsyaALLAH... saya pun dah bersedia nak jadi isteri awak, Harris. Awak dah pilih tarikh?’’
            ‘’Alhamdulilah...saya pun dah bersedia nak jadi suami awak, sayang. Saya cadang lagi tiga bulan kita nikahlah. Sebenarnya mama dan papa dah siapkan semua, katering dan sebagainya. Okeylah, minggu depan saya cuba balik JB.’’ Terang dia. Aku pun gembira mendengarnya, mungkin benarlah inilah lelaki yang bersungguh-sungguh ingin memiliki anak dara orang. Serius dan tangkas.
           
            ‘’Okeylah, kalau macam tu, nanti saya maklumkan pada mama dan abah. Nampaknya, nanti awak kena balik kita perlu uruskan berkaitan akad nikah nanti. Kursus kahwin dah settle,’’ setujuku.
            Kursus telah pun aku jalani pada bulan lalu, senang attend awal-awal.
            ‘’Okeylah, kalau macam tu. Saya pun memang dah sijil kursus kahwin. Awak tunggu saya balik ya sayang. Jaga hati awak untuk saya, tak lupa jaga iman ya.’’ Harris Azahan menitip pesanan buat tunangnya ini. Pesanan yang sering kali dititip setiap kali kami berbual di telefon mahu pun berjumpa empat mata.
            Apabila Harris Azahan menyebut sijil kursus kahwin pasti kursus kahwin yang dia hadiri untuk perancangan perkahwinannya dua tahun dulu ketika baru tamat pengajian di Universiti Sains Malaysia (USM).
            Selepas mengucapkan salam aku pun mematikan talian. Aku mencampakkan badanku ke katil.


Bersambung lagilah gamaknya... he he he
rasa sayang nak nak berpisah dengan mereka...he he he


silalah comment ya :)
apa yg korang harapkan dlm cerpen. :)


4 comments:

  1. bestnya cerpen ni..cpt2 smbung ye..bru trjumpa blog ni...

    ReplyDelete
  2. terima kasih sudi baca cerpen ini, jauhariatul :)

    alhamdulilah terjumpa blog ini :) *wink*

    moga2 terus mengikuti kisah zarith dan harith :)

    ReplyDelete
  3. Iman,

    Dah baca dari awal sampai n3 ni... kira komen secara pukal la ekkk...

    menarikkk.... cerita santai... mudah.. dan yg penting best...

    teruskan the next n3

    sayang
    kak ita

    ReplyDelete
  4. Nk tnyaa...part 4 ad tak??sy cri xjmpk..rsa segan plk sbb dh 2018 dhh bru nk bcaa

    ReplyDelete

dah baca? terima kasih dan lagi best kalau awak write something here :)