Pages

welcome


Wednesday, January 22, 2014

PROJEK E-NOVEL KERANA TAKDIR ITU... BAB DUA


“ Kau ni dah kenapa? Senyap aje daripada tadi. Kalau tak mulut kau becok bercerita,” tegur Aisyah apabila melihat sahabat baiknya itu yang hanya diam daripada tadi tanpa berbicara sepatah pun. Entah apa mimpi sahabatnya kerana pagi-pagi lagi sudah terjengul di depan muka pintu rumahnya nasib baik dia bangun awal hari ini kalau tidak jenuhlah  Munirah menunggu dia mandi dan bersiap.
          “ Aku perlu kahwin,” pendek sahaja jawapan Munirah dengan muka yang sungguh tak ceria mahupun gembira. Sepatutnya orang yang hendak kahwin mesti gembira dan ceria. Berbeza pula dengan kawannya itu.
          Aisyah  yang mendengar tersedak-sedak dibuatnya kerana sedang enak menikamati air Milo panas buatan ibunya. Nasib baiklah, air ini suam kalau tak boleh mati aku. Bayi meninggal dek tersedak susu, aku pulak mati dek tersedak milo panas, lalut Aisyah dengan bermonolog sendiri. Sempat lagi Aisyah melalut entah ke mana.

          Setelah Aisyah lega daripada kesedakannya dia menyambung semula perbualan mereka berdua. “ Kau biar betul?Kau buat lawak ea?” tanya Aqmalina inginkan kepastian.
         “Ya, ni bukan lawak bodoh, “ jawab Munirah tenang. Aisyah termangu-mangu dibuatnya. Melopong dia seketika. Aku ni tengah tengok, Cerekarama ke apa ni? Tertanya-tertanya Aisyah sendiri.
          “ Syah, patut ke aku korbankan masa hadapan aku dengan kahwin muda macam ni dan pilihan mak ayah aku pulak tu?” tanya Munirah perlahan. Sugul benar wajah Munirah ketika itu. Wajahnya jelas menunjukkan kebuntuan, kerisauan dan kesedihan.
          Aisyah sudah mengerutkan dahi. “ Irah, boleh tak kau cerita dengan aku sebab apa kau perlu kahwin ni?Aku tak faham,” soal Aisyah dengan penuh tanda tanya. Tidak tahu pangkalnya dah diberitahu buahnya memanglah tidak faham apa-apa.
          Munirah pun terus menceritakan satu persatu. Perihal abangnya dan tercetusnya perminangan daripada Dato’ Arshad sekeluarga.  Segalanya diceritakan daripada A hingga Z.
          Aisyah tekun mendengar. Pelbagai reaksi wajah yang dibentukkan oleh Aisyah. Sekejap berkerut sekejap sedih. Dia seakan dapat memahami perasaan Munirah ketika itu. Perasaan seorang anak yang berada di persimpangan antara mengikut kata hati yang telah marah bercampur sedih atau akal yang waras dan memikirkan pengorbanan ibu bapa selama ini yang membesarkannya. Pasti terlalu banyak perkara yang bersarang dalam kotak fikiran gadis manis itu.
          Setelah mendengar apa yang yang diceritakan oleh Munirah, Aisyah pun bersuara, “ keputusan terletak pada tangan kau.  Mak dan ayah kau pun tak boleh paksa kau sebab ni soal masa hadapan kau.  Aku sebagai kawan baik kau sokong apa pun keputusan kau,  asalkan kau jangan buat keputusan lari rumah pulak ha sebab kena kahwin he he he...” ujar Aisyah sempat lagi mengusik Munirah.
          Munirah yang mendengar kata-kata sahabatnya itu terus tersenyum geli hati  dan mencubit lengan Aisyah lembut. Cubit-cubit manja.
          Munirah terus tersenyum  mendengar ingatan sahabatnya itu. “Kau ni ke situ pula dia.  Takkanlah aku nak buat macam tu, aku masih ada akal untuk berfikir mana yang baik dan buruk untuk aku,” jawab Munirah terus ceria. Hilang muka sugul, masam dan sedihnya itu tadi.
          “ Aku tahu kau memang tak akan buat macam tu, tapi aku khuatir jugalah manalah tahu kau dah hilang pertimbangan ke?  Aku ni ingatkan aje.  Aku tak nak kawan aku ni jadi macam budak-budak perempuan kat luar sana tu yang masuk paper  angkara  berani sangat lari rumah sebab ikut boyfriendlah apalah sebab akal yang tak panjang,” bebel  Aisyah sambil jari telunjuknya diarahkan ke kepalanya bagi menguatkan lagi ‘hujahnya’.
          Munirah tersenyum kecil mendengar ‘ceramah singkat’ daripada bibir mungil kawannya itu yang sememangnya kuat membebel tapi orangnya baik hati, pemurah, penyayang dan prihatin terhadap kawan-kawan. Sikap itulah yang mengeratkan lagi tali persahabtana mereka. Motivasi percuma pagi-pagi hari daripada seorang sahabat yang sayangkan sahabatnya.  
          “Okey, okey...  Cik Aisyah saya akan ingat apa yang awak cakap tadi ya.  Aku tahu kau sayangkan akukan sebab tu kau tak nak aku buat perkara-perkara bodoh tu kan?” Tutur Munirah sambil memaut lengan Aisyah, manja.
          “ Kalau tak sayang tak adalah aku membebel bagai ni,” jawab Aisyah bersahaja.
          “ Aku pun sayang bangat kat kau,muaahhh...” ucap Munirah dengan menghadiahkan sebuah kucupan dipipi kiri Aisyah.
          Terkejut Aisyah dengan respon Munirah. “ Kau ni...kalau orang nampak mesti orang ingat kita ni lesbian tahu tak, “ bebel Aisyah sambil matanya meliar melihat ke arah jalan besar depan rumahnya kalau-kalau ada orang atau jiran tetangga yang melihat aksi selamba Munirah itu tadi.
          “ Peduli apa kalau orang nampak yang penting ALLAH tahu apa yang kita buat,” jawab Munirah selamba.
          “Yalah, yalah... Okey sekarang ni apa keputusan kau?” tanya Aisyah sesudah mengalah dengan kata-kata Munirah.
          “ Errrmm...susah sebenarnya aku nak buat keputusan ni,” jawab Munirah. Munirah sebenarnya masih ragu-ragu tidak pasti dengan keputusannya ketika itu.
          “ Jadi apa keputusan kau? Kau terima ke pinangan tu? ” teka Aisyah.
          Munirah hanya diam dan memberi senyuman manis. Selepas meluahkan segala yang terbuku dan terpendam dihatinya, dia mendapat jawapan.
          Aisyah mengerutkan dahinya. Berlapis-lapis dahinya bak kuih lapis yang selalu dimasak oleh ibunya. ‘’Kau ni dah kenapa? Senyum pula aku tanya,’’ soal Aisyah keliru.
          Munirah memasukkan rerambut yang terkeluar daripada tepi tudungnya sambil mengambil cawan yang berisi Milo suam itu untuk dihirup perlahan. Kemudian, karipap berinti sardin dicapainya pula, lalu dimasukkan ke dalam mulut selepas membaca basmallah. Maklumlah baru ada selera makan setelah lebih tiga hari dia tiada nafsu nak menjamu selera. Makan pun hanya untuk mengalas perut bagi mengelakkan penyakit gastriknya menjadi tetamu perutnya. Apabila gastrik dah menyerang barulah sibuk cari makanan.
          Aisyah naik geram pula dengan respon Munirah. Aku tanya dia buat tak tahu pula, ngomel Aisyah  sendiri. “Makcik, saya tanya awak dengar ke tak?’’ setelah geram dengan respon Munirah, dia memanggil Munirah dengan panggilan ‘mak cik’.
          Munirah mengekek ketawa melihat raut wajah Aisyah yang berubah seperti asam kecut. Dah berkedut-kedut wajah Aisyah menahan geram.
          ‘’Awatlah buat rupa lagu ni? Kolagen dah berkurangkah?’’ usik Munirah dalam loghat utara. Entah betul ke tidak sebutan dan ayatnya. Kelakar bukan apabila orang selatan nak bercakap dalam loghat utara?
          Aisyah sudah menarik muka. Dia mencubit lengan kawannya, lembut. ‘’Kolagen aku berkurang disebabkan hanglah. Aku tanya kau buat selamba aje,’’ gerutu Aisyah.
          Munirah sudah ketawa besar. Geli hatinya melihat Aisyah yang mudah sentap semenjak kebelakangan itu. “Alah, aku baru dapat selera makan ni. Dah beberapa hari aku tak ada selera makan tapi jumpa kau hari ini terus selera makan aku terbuka lebar, ‘’ ujar Munirah sambil mengunyah karipap sardin yang dibuat oleh Mak Cik Kamariah, ibu Aisyah.
          Aisyah sudah tersenyum lebar. Dia juga mengambil sekeping karipap di piring. Berselera pula dia melihat Munirah mengunyah kuih itu dengan penuh selera. ‘’Yalah... orang kena pinang mengejut manalah tak pitam? Betul tak, Irah?’’ Aisyah mengeyakan pernyataan sahabat baiknya itu.
          ‘’Tau tak apa? Aku ni dahlah baru nak menikmati dunia remaja dah orang nak ‘tempah’. Nasib baiklah yang meminang tu, orang yang aku kenal. Kalau entah siapa-siapa tentu sekali, panel hakim tak pertimbangkan. He he he...’’ setuju Munirah yang  masih sempat berlawak jenaka.
          Aduhai, kawan aku ni tadi sedih sekarang ni dah boleh ketawa! Aisyah sudah faham benar dengan sikap periang Munirah.
          Ketawa terbahak-bahak Aisyah dengan kata-kata Munirah disamping intonasi yang ala-ala diva itu.
          ‘’Dah tu, apa keputusan panel hakim? Setuju? Tidak setuju?’’ soal Aisyah cuba menyelidik keputusan hati teman baiknya itu. Tidak puas hati sekiranya dia tidak mengetahui keputusan bulat yang dibuat oleh Munirah. Lebih-lebih lagi soal kebahagiaan hidup dengan memilih seorang lelaki untuk hidup bersama.
          Bagi seorang gadis berusia lewat belasan tahun seperti Munirah dan Aisyah, soal jodoh mungkin perkara yang akhir mereka fikirkan. Ini kerana, soal akademik adalah yang paling utama dengan menempatkan diri di dalam institut pengajian tinggi (IPT) tidak kiralah sama ada swasta mahu pun awam. Segulung ijazah menjadi idaman mereka. Pendidikan yang tinggi merupakan permintaan tinggi dalam mencari peluang pekerjaan. Mereka punyai cita-cita seperti insan lain seusia mereka.
          Munirah mengangkat kedua-dua bahunya dan menarik sedikit tudung segeranya ke belakang untuk lebih selera.
          ‘’Panel hakim belum ada keputusan sebulat suara. Perlu untuk berbicara daripada hati ke hati. ‘’ Munirah menjawab dengan suara mendatar.
          Aisyah tahu bukan mudah untuk temannya itu melakukannya apatalah lagi melibatkan perasaan dan pengorbanan. Tidak pernah terlintas dibenak Aisyah  yang sahabatnya akan bertemu jodoh dengan cara begini. Maklumlah, ketika mereka dibangku persekolahan pelbagai angan-angan mereka mengenai jodoh idaman mereka. Mereka berdua berkeras untuk mencari dan memilih sendiri bakal suami yang akan berkongsi hidup dengan mereka. Bagi mereka, berkahwin dengan pilihan ibu bapa sudah kono. Zaman serba moden ni, anak perempuan berhak untuk menentukan jodoh mereka. Jadi apabila Munirah menyampaikan berita itu, dia sangat terkejut. Itulah yang dinamakannya manusia hanya mampu merancang tetapi kuasa takdir Allah yang bernama qada’ dan qadar itu lebih mengetahui kehidupan, kematian, jodoh dan rezeki setiap hamba-NYA.
          ‘’Kalau macam tu, kau dulu yang patut berbual dengan hati sendiri. Tanya betul-betul hati tu, boleh ke tidak terima untuk hidup dengan orang yang asing dalam hidup kau? Tanya hati kau, kau ikhlas ke terima dia dan keluarga sebagai sebahagian hidup kau nanti? Munirah, hati kita tak boleh menipu! Tanyalah hati kau. InsyaALLAH kau pasti bertemu jawapan.’’ Aisyah memberi sedikit ‘bantuan’ untuk Munirah koreksi segala isi hati sendiri untuk menemui jawapan tentang peminangan yang mengejut itu.
          ‘’Ya, betul Syah. Bibir kita boleh menipu tapi hati kita tak boleh. Sebab hati kita ni yang lebih ‘jujur’ daripada diri kita sendiri. Kata hati aku sekarang ni seakan-akan dah beri jawapan untuk peminangan ini tapi aku masih perlu mencari kepastian dengan keputusan aku ni. Aku dah tiga hari memikirkan perkara ni. Mak dan ayah aku nampak macam tak memaksa tapi daripada reaksi mereka, mereka seolah-olah berharap sangat aku terima pinangan ni.’’ Munirah bercerita panjang dan penuh maksud mendalam. Kata-kata seorang anak yang tersepit, bak kata pepatah Melayu ditelan mati mak, diluah mati bapa.
          Aisyah terfikir sesuatu. ‘’Irah, kau tahukan senjata kita sebagai mukmin apa?” soal Aisyah tiba-tiba.
          ‘’Tahu. Doa.’’ Munirah menjawab pendek. Lembut sahaja suaranya seperti orangnya. Lembut-lembut pun, gila-gila juga orangnya.
          Tersenyum penuh makna Aqmalina. “Aku nak kau gunakan senjata ni secukup-cukupnya . Tapi senjata ni tak cukup ‘tajam’ kalau tak dilaraskan dengan solat sunat istikharah dan solat-solat sunat yang lain. Syaratnya senang sahaja, yakin dan istiqamah. Aku yakin kau mampu menemui jawapan yang tepat. “ Jelas Aisyah sambil mengusap-usap belakang Munirah dengan lembut.
           Kita umat Islam disediakan dengan iman dan taqwa sejak dilahirkan di dunia. Tetapi sebagai hamba yang tidak sempurna,  kadang kala kita juga boleh tertewas dek badai ujian hidup yang menimpa. Sehingga kita terlupa tentang sesuatu, bahawa hidup ini memang satu ujian. Dicelah-celah kehidupan pasti ada ujian. Tidak kiralah ketika kita suka mahu pun duka.
          Munirah terharu dan hiba dengan peringatan seorang sahabat. Dia seakan tersedar daripada kekecewaannya yang melampau. Terlalu kecewa sehingga lupa tetang Rukun Iman yang keenam iaitu Beriman Kepada Qada’ dan qadar. Astagfirullahalazim... sesungguhnya setiap rencana dalam hidup ini telah direncanakan dengan secantik mungkin oleh Allah s.w.t. Kita sebagai khalifah-NYA hanya mengikut ‘tempo’ kehidupan yang ditulisnya di samping doa, usaha dan tawakal. Inilah kelemahan insan bernama manusia yang sentiasa khilaf dalam setiap perkara yang didatangkan oleh Ilahi buat mereka. Cepat benar rasa kecewa dan sedih sehingga janji mereka untuk beriman kepada qada’ dan qadar hampir terlupa.
          ‘’Terima kasih, Syah. Kau dah ingatkan aku. Aku hampir terlupa tentang  perkara ini sebab aku terlalu kecewa, sedih dan tertekan dengan semua ni. Baiklah, aku akan buat solat istikharah untuk mendapat petunjuk dan jawapan daripada Allah terhadap semua ni, ‘’ ucap Munirah yakin dan semangat bersama keyakinan yang amat tinggi terhadap PENCIPTA yang Maha Merancang segalanya.
          Tersenyum bahagia Aqmalina melihat tindak balas teman sehati dan sejiwa serta ‘sejawanya’ sebab mereka ada darah keturunan Jawa Batu Pahat. Sedikit suntikan perangsang yang mampu mengubat rasa sedih, kecewa dan tekanan yang dihidapi Munirah berjawa dipulihkannya walaupun mungkin tidak sepenuhnya selagi tidak memperoleh kata bulat untuk peminangan itu.
          ‘’Hello, inilah namanya kawan! Akukan sejawa kau, jadi aku tahulah macam mana nak ‘ubat’ kawan aku ni. He he he...’’ seloroh Aisyah diiringi ketawa mengekek sambil memaut bahu kawannya.
          Munirah juga ketawa besar dengan kata-kata Aqmalina. ‘’Alamak, aku lupalah pulak, kitakan kan ‘sejawa’ yang akrab sampai detik hati masing-masing pun boleh baca! He he he...’’ balas Munirah ceria sekali. Dia pula memaut bahu Aqmalina. Dua sahabat itu mengeratkan pautan anatara mereka.
          ‘’ Sebenarnya aku tahu, kau serba salah sekarang inikan?’’ tebak Aisyah. Dia bukan pandai-pandai menebak tapi hatinya yang berasa begitu.
          Munirah tanpa memandang wajah Aisyah di sebelahnya, mengangguk. ‘’Kalau aku terima, aku dah perjudikan nasib aku. Kalau aku tolak aku dah kecewakan niat baik orang. Air muka mak ayah aku tu pun aku kena jaga maklumlah yang memasuk meminang bukan orang lain, kawan baik dia orang.’’ Munirah berterus terang. Entahlah memang mungkin perangainya begitu terlalu memikirkan perasaan orang lain sampai lupa nak tanya kehendak nurani hati sendiri.
          ‘’Kalau dah macam tu, apa lagi gunakanlah method yang terang-terang Allah dan rasul dah sediakan buat kita yang aku cakapkan tadi. Ini sahajalah caranya. Kau berbincang dengan orang tua kau, pasti dia orang faham.’’Aisyah menyarankan Munirah berbincang dengan ibu bapanya supaya orang tua temannya itu faham kehendak dan perasaan anak mereka. Aisyah kenal sangat Pak Haron dan Mak Ju yang cukup berdiplomasi dengan anak-anak.
          ‘’Ya, aku akan gunakan method tu.’’ Akur Munirah.
          ‘’Firas Amsyar tu, macam mana orangnya? Okey tak? Aku tak pernah jumpalah,’’ selidik Aisyah ingin tahu mengenai calon suami sahabatnya itu. Calon? Macam ramai sahaja padahal itu sahajalah pilihan yang ada buat Munirah.
          Munirah mengangkat keningnya sebelahnya. Cuba mengingati fizikal anak teruna Pak Arshad dan Mak Nora itu. Alamak, ram memorinya seperti sudah mencapai tahap penuh sebab tidak mampu mengingati rupa dan fizikal lelaki itu!
          ‘’Jangan kata kau yang tak pernah jumpa, aku ni pun  baru jumpa entah beberapa kali. Dah lama gila kot, aku tak jumpa dia. Maklumlah dia tak bercampur sangat dengan family aku tak macam Kak Farah Laura dan Kak Fatin. Aku selalu jumpa adik-adik dia aje,’’ cerita Munirah selamba dan bersahaja.
          Aisyah sudah menarik muka kecewa. ‘’Alah, baru nak buat penyiasatan tapi information tak cukup pulak!” gerutu Aisyah kecewa!
          ‘’Ha ha ha...kesian kawan aku! Eh, aku nak baliklah dah pukul 10! Risau pulak mak ayah aku nanti.’’ Munirah ingin meminta diri tapi masih sempat mentertawakan sahabatnya yang gagal mengorek perihal diri lelaki bernama Mohd Firas Amsyar.
          Aisyah sudah mencebikkan bibir. ‘’Okey, tak apa, tak apa. Nanti aku mesti tahu jugakan... he he he...’’ balas Aisyah dengan mengangkat keningnya sebelah tidak ubah macam Ziana Zain gitu.
          ‘’Suka hati kaulah, Lina. Aku balik dululah. Dahlah kacau kau pagi-pagi buta ni. Kalau aku betul keputusan aku, aku bagi tahu kau. Assalamualaikum.’’ Munirah mengucapkan salam bersahaja sambil tangan kanannya dihulur untuk berjabat mesra dengan teman ‘sejawanya’ itu.
          Aisyah menyambut huluran itu dan mereka melaga-lagakan pipi masing-masing tanda akrabnya ukhuwah yang dibina selama lebih 10 tahun itu.
          Munirah menghampiri basikal berwarna merah miliknya yang diparkir di hadapan rumah Aisyah. Dia terus mengayuh pulang ke rumahnya yang tidak sampai sebatu pun.
          Dari jauh Aisyah memandang bayangan tubuh sahabatnya yang semakin menghilang. Dia berharap keputusan yang diperoleh oleh Munirah ialah terbaik buat diri sahabatnya itu dan juga keluarga.
          ‘’Cepat betul jodoh kau, Irah. Aku ni bilalah pulak?  Tak ada ke mak datin mana nak pinang aku sekarang ni? Ha ha ha... Mengarut ke mana pulak aku ni, ‘’ ujar Aisyah sendiri sambil mengangkat dulang yang berisi cawan kotor dan piring kosong ke dalam rumah.



3 comments:

  1. Siapakah aqmalina dlm perbualan munirah dan aisyah tu yer.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. ayu salina, maaf
      atas editing yg tak sempurna yg sbenarnya nama watak Aisyah asalnya,
      Aqmalina. sy telah tukar. Jd Aisyah sahaja dlm perbualan di atas.

      maaf berjuta maaf.
      terima kasih sudi baca :)

      Delete
  2. good job iman menarik jln cerita nya..

    ReplyDelete

dah baca? terima kasih dan lagi best kalau awak write something here :)